Friday, March 30, 2012

Skirt Mini Porno. Tangani Aurat,Indo Ke Depan?

JAKARTA: Selepas menubuhkan pasukan penguatkuasaan antipornografi, Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, berkata skirt yang di atas paras lutut mungkin tergolong dalam definisi bahan pornografi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengatur mesyuarat dengan pihak yang mempunyai kepentingan berbeza daripada orang ramai, untuk mendapatkan input mengenai bagaimana mereka memahami pornografi.

“Saya pasti mereka mempunyai definisi yang berbeza mengenainya,” kata Suryadharma.

Beliau yang dilantik oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk memastikan badan itu beroperasi, memberitahi Persidangan Suruhanjaya Dewan Rakyat VIII mengenai Hal Ehwal Agama dan Sosial semalam, satu set kriteria universal untuk mentakrif sesuatu sebagai pornografi perlu diwujudkan dan satu daripadanya ialah skirt mini.

“Apabila standard pornografi itu sudah ditentukan, ia akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi semua etnik,” katanya.

Untuk mencegah pengedaran bahan-bahan porno di seluruh negara, Susilo. baru-baru ini menubuhkan satu pasukan petugas dalam pengurusan dan pencegahan pornografi sebagai satu badan untuk melaksanakan Undang-undang Pornografi 2008

Susilo melantik Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat, Agung Laksono untuk mengetuai pasukan petugas dan Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali untuk menguruskan hal operasi harian.

Ahli pasukan petugas termasuk anggota Kabinet yang lain, seperti Menteri Penerangan dan Teknologi, Tifatul Sembiring, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin, Menteri Memperkasa Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak, Linda Gumlar, Menteri Pelajaran dan Budaya, Muhammad Nuh dan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi. - JP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah Indonesia agak ke depan dalam menngani aurat wanita? Malaysia masih lembab?

Sebelum ini..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel (1)
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel (1)
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

Thursday, March 29, 2012

Kasino Mini Tengah Hutan Diserbu, 63 Ditahan

Gambar ini juga restoran rimba, tapi cuma hiasan sahaja, tiada kene mengena dengan berita di bawah.

George Town 29 Mac 12: Siapa sangka di tengah-tengah hutan di Kampung Batak, Sungai Ara di George Town, wujud sebuah kasino mini yang sering menjadi tumpuan kaki judi setiap malam.

Selain jauh dari penempatan penduduk, ia dikelilingi kebun sayur dan pengunjung perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ, menjadikannya lokasi cukup strategik untuk menjalankan kegiatan judi haram.

Namun kewujudan kasino mini itu dapat dihidu pihak polis hasil maklumat orang ramai dan intipan telah dilakukan sejak tiga hari lepas.

Sehubungan itu kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis seramai 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu tempat berkenaan dan menahan 63 orang termasuk 17 wanita.

Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 tersebut, DSP Tan Tin Heng berkata premis tersebut turut terselindung di belakang sebuah bengkel kereta.

Beliau berkata, ketika dalam serbuan yang berakhir awal pagi tadi, kesemua yang ditahan itu yang berumur lingkungan 30 hingga 70 tahun sedang leka bermain judi tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Katanya pihaknya juga terpaksa berdepan dengan ancaman tonto malah kawasan itu dipenuhi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap persimpangan masuk.

"Kita berjaya merampas wang tunai sebanyak RM45,000 dan pelbagai cip yang bernilai RM65,000 dalam serbuan berkenaan.

"Setiap pertaruhan boleh mencecahi RM250,000 malah ada antara mereka yang sanggup mengadaikan barang yang berharga bagi meneruskan permainan setelah kalah," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tersebut.

Tan berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

"Kami yakin ini merupakan serbuan judi yang terbesar di negeri ini setakat ini malah pihak kami akan menjalankan lebih banyak operasi bagi membanteras kegiatan ini," katanya. - Bernama

Si Tua Joget Sampai 5 Pagi, Ada Kait Orang Asli?

ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.
ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.

GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.

Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.

Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maaf, sahabat kami Tok Batin Bukit Kala Gombak Bt 12 Husin Ngah Yin, perkara itu berlaku di dalam kawasan kamu ke? Ada kaitan dengan orang Asli ke?

Sebelum ini, sila lihat..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Ramalan Daim Fakta & Kredibiliti - Dr Aziz Bari



TEMERLOH, 28 Mac 12:
Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan. (Hrkh)

Sebelum ini..

Phahrolrazi Belum Terima Surat Lantik Exco

NONE

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini beliau masih belum menerima apa-apa surat berhubung pelantikan semula sebagai exco kerajaan negeri selepas tempohnya tamat secara rasmi pada 7 Mac lalu.

"Saya belum terima surat memaklumkan lantikan dan angkat sumpah (sebagai exco) setakat ini.

"Jadi, belum ada apa-apa kenyataan yang boleh saya buat. Terima
kasih," katanya menjawab soalan Malaysiakini melalui satu kiriman SMS semalam.

Akhir bulan lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilapor berkata kedua-dua exco tersebut - Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh - "masih berpeluang dilantik semula" selepas tamat tempoh khidmat pada tarikh itu.

Sebelum ini, kedua-dua tokoh tersebut enggan dilantik semula menyambung tugas kerana tidak berpuas hati berkaitan soal pentadbiran kerajaan negeri terutama Phahrolrazi yang mengakui mempunyai perbezaan 'kritikal' dengan Azizan.

Hal demikian menyebabkan pucuk pimpinan parti campurtangan menyelesaikan kemelut yang berlaku selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri selama lebih dari lima jam di Alor Setar, Kedah awal bulan ini.

Hasilnya PAS mengarahkan kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu menerima semula jawatan berkenaan dan mereka akur dengan arahan tersebut, sekaligus mengaktifkan semula jawatankuasa pemandu yang dilaksanakan sewaktu PAS menguasai Kelantan pada 1990.

Mengulas sama ada beliau selesa selepas kepimpinan Pemuda PAS negeri mendesaknya dan Ismail digugurkan dalam kepimpinan negeri susulan kontroversi itu, Phahrolrazi berkata desakan itu "sebahagian daripada asam garam berpolitik".

"Walaupun PAS sebuah parti Islam, keadaan ini tidak dapat dielakkan di mana ada pihak yang menyokong dan tidak menyokong kita.

"Ini sebahagian daripada asam garam berpolitik seperti pepatah Melayu "kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai"," tegasnya.

Sehubungan itu, Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata tidak timbul soal selesa atau tidak berhubung perkara itu.

Sementara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor berkata tuntutan daripada Pemuda negeri yang mahu mereka berundur sebagai "pandangan peribadi."

Bahkan, beliau menegaskan, PAS tidak menerima apa-apa pandangan rasmi daripada sayap parti itu berhubung perkata itu. (Mk)

Sebelum ini..

Imam 'Baling Kasut' Islamkan 2 Banduan Di Penjara

KL, 29 Mac 12: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi. Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin. Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun. DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah. Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..

Tarbiah UMNO, Gini Bentuk Generasi Muda M'sia.


PERSEMBAHAN memukau daripada Girls' Generation di KLCC Jumaat lalu.

HALAMAN HIBURAN

Girls' Generation tawan Kuala Lumpur

HUJUNG minggu lalu pada 23 Mac, buat pertama kalinya kumpulan wanita popular Korea Selatan, Girls' Generation yang dianggotai oleh sembilan orang gadis jelita iaitu Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun menjejakkan kaki di Malaysia apabila diundang mengadakan persembahan pada konsert Twin Towers@Live 2012 yang berlangsung di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Kedatangan mereka itu sememangnya dinanti-nantikan oleh ribuan peminat mereka yang membanjiri perkarangan KLCC.

Sebaik sahaja Girls' Generation naik ke pentas peminat lelaki terutamanya mula menggila, sehingga ada yang menjerit nama mereka dan ada juga yang tidak mempedulikan orang sekeliling dengan terus menderu ke hadapan pentas demi mendapatkan posisi terbaik ketika kumpulan gadis cantik itu membuat persembahan.

Memakai pakaian serba putih dengan 'uniform' rasmi mereka iaitu seluar pendek, Girls' Generation yang datang ke Kuala Lumpur tanpa seorang anggotanya iaitu Yuri telah mendendangkan enam buah lagu popular mereka termasuk The Boys, Hoot, Run Devil Run dan juga Gee sebagai lagu penutup.

Sekali-sekala mereka berkomunikasi dengan penonton dalam bahasa Korea yang kemudian diterjemahkan oleh anggota mereka yang fasih berbahasa Inggeris iaitu Jessica.

"Terima kasih Malaysia. Akhirnya kami berada di Malaysia, kami sangat teruja dan berjanji akan kembali lagi ke Malaysia." ucap Sooyoung.

Konsert yang berlangsung secara percuma selama dua hari itu sempena perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad lepas itu turut menampilkan penyanyi Nicole Scherzinger serta persembahan tarian daripada juara program realiti tarian Showdown 2011, Elecoldxhot.

Turut serta ialah artis-artis tempatan seperti DJ Prem, James Baum, Reshmonu dan DJ Nadine. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginilah bentuk generasi muda yang dikehendaki UMNO. Inilah tarbiahnya. Begini acuan, sudah tentu beginilah kuehnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails