Wednesday, April 04, 2012

Universiti Ganja Diserbu, Tapi Patut Ada Di Aceh.

Universiti ganja' diserbu


BEBERAPA ejen mengawal pintu masuk ke Universiti Oaksterdam di Teluk San Francisco, Oakland kelmarin.

OAKLAND, Amerika Syarikat (AS) 4 Apr 12: Sejumlah ejen Persekutuan AS kelmarin menyerbu Universiti Oaksterdam di Teluk San Francisco kerana menyediakan kelas penanaman dan perniagaan ganja.

Universiti Oaksterdam itu sebelum ini giat berkempen supaya ganja dibenarkan di AS. Serbuan itu dilakukan oleh ejen-ejen Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS.

Universiti Oaksterdam itu diasaskan oleh Richard Lee. Seorang jurucakap IRS, Arlette Lee memberitahu wartawan bahawa mereka melakukan serbuan selepas memperoleh waran geledah persekutuan.

Namun, dia enggan mengulas secara terperinci tentang tujuan serbuan tersebut dilakukan.

"Tempat ini telah ditutup," katanya.

Ejen-ejen itu turut menyerbu rumah Lee dan menahannya seketika semasa serbuan dilakukan tetapi lelaki berkenaan tidak ditangkap. - Agensi

artikel-populer.blogspot.com - Supermarket Ganja Pertama di Dunia

Supermarket ganja pertama di dunia

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Universiti Ganja', antara lain berfungsi menyediakan kelas penanaman dan perniagaan ganja. Hal ini baik, terutama seperti di negara Aceh, Indonesia. Kerana sudah terbukti negara Aceh adalah tanah yang sesuai untuk tanaman ganja dan sudah menjadi tanaman rakyat sejak dulu.

Adalah baik di wujudkan institusi begini untuk menguruskan penanaman secara kormisial dan membuka pasaran. Bukan untuk tujuan haram dadah, tetapi untuk tujuan perubatan. Seperti yang telah mula diwujudkan perusahan farmasi atau perubatan berasaskan ganja, di beberapa negara di dunia..

Dari segi hukum Islam bagaimana? Ingat buah anggur dan kurma tidak haram, tetapi boleh dibuat arak dan memabukkan, akhirnya jadi haram. Begitu juga ganja. Jangan bazirkan kesesuaian tanah dan perusahan sumber pendapatan rakyat miskin sejak dulu di Aceh. (IH)

Artikal Tambahan mengenai ganja..

Jajak Pendapat di Canada 66% Setuju Legalisasi Ganja. By On January 19, 2012 · In Hukum, Internasional, Politik

Sebuah jajak pendapat terbaru di Canada sukses dengan 66 persen responden setuju legalisasi ganja. Akhirnya diskusi tentang kebijakan publik di negara ini berhasil menjawab pertanyaan tentang apa yang harus kita lakukan terhadap suatu zat yang relatif jinak tapi dan dilarang penggunaannya di hampir seluruh pelosok negeri.


Larangan ganja selama 40 tahun melalui “Perang terhadap Narkoba” telah menyebabkan banyak kerugian. Selama ini, ganja dengan mudah dapat ditemui di pasar gelap melalui bandar narkoba yang lebih banyak diakses oleh anak-anak sekolah. Tidak adanya aturan resmi peredaran ganja akhirnya hanya memperkaya para bandar narkoba.

Setiap tahun, lebih dari 50.000 orang Canada ditangkap karena memiliki ganja. Lebih dari 20.000 kasus perdagangan gelap ganja yang selalu diperangi dan perang ini menelan biaya sebanyak $ 400 juta per tahun untuk biaya penegakan hukum, pengadilan dan perbaikan.

Semakin Banyak Orang Setuju.
Jajak pendapat diilakukan di Toronto pada tanggal 13 Desember 2011 oleh Forum Research Inc. dan dirilis hari Selasa bulan ini. Polling melibatkan 1.160 responden yang berusia 18 keatas dan mayoritas dari mereka mendukung reformasi hukum marijuana dengan 73 persen menginginkan adanya perubahan.

Quebec mendapat dukungan terendah untuk reformasi sebanyak di 61 persen. (Survei interaktif melalui telepon memiliki margin error plus atau minus 2,9 poin, 19 dari 20.)

Siapa yang paling banyak mendukung? Mereka yang berusia 55-64. Mengapa? Ya, karena ada banyak hippie tua. Namun dari semua kelompok usia, tengah baya dan lanjut usia, kelompok usia muda lebih banyak belajar daripada kelompok usia lain dengan pertimbangan bahwa ganja bisa menjadi “Aspirin” di abad ke-21.

Medical Marijuana mengubah arah perdebatan mengenai legalitas ganja di seluruh dunia. Mulai dari pasien kanker melawan rasa mual setelah menjalani kemoterapi sampai mereka yang menderita glaukoma dan penyakit lainnya. Ganja merupakan salah satu obat terapi penyembuhan yang tidak tersedia pada produk farmasi.

Mengakhiri pelarangan ganja bukan berarti membuatnya tersedia secara bebas, melainkan mengatur peredarannya seperti yang kita lakukan pada produk alkohol dan tembakau yang mana sebenarnya justru jauh lebih berbahaya.

Hasil dari jajak pendapat ini harus memacu pemerintah untuk melihat kembali undang-undang narkotika dan mempertimbangkan untuk memulai diskusi tentang legalisasi.

Mengisap ganja rekreasi kemudian bisa ditangani dengan cara yang sama seperti yang selama ini kita lakukan pada pengguna alkohol dan tembakau.

Ganja lebih murah, lebih baik untuk masyarakat kita dan lebih aman untuk anak-anak. Mari kita perlakukan ganja sebagai urusan kesehatan daripada kejahatan.

Legalisasi ganja akan mengarahkan polisi untuk fokus hanya pada pelaku kriminal yang sesungguhnya sehingga polisi dapat diringankan beban pekerjaannya dan dapat meringankan beban biaya pengadilan hukum pidana. (cpt)

http://www.vancouversun.com/

Catatan:
Aktivis LGN sedang melakukan edukasi dan sosialisasi mengenai manfaat ganja. Kedepan, kita akan mengadakan jajak pendapat legalisasi ganja seperti di Canada dan kita berharap hasilnya akan sama atau bahkan lebih tinggi pendukungnya di Indonesia. Untuk itu mari kita dukung terus wacana legalisasi ganja di Indonesia. Legalize it!

Lihat sebelum ini..

Penbunuh Janin, Guna Topeng Klinik & Ustaz.

IMBAS...wartawan Harian Metro menjalani ujian pengimbasan di klinik terbabit.
IMBAS...wartawan Harian Metro menjalani ujian pengimbasan di klinik terbabit.

KL 4 Apr 12: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.

Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.

Hasil tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan saban hari tanpa mengira waktu. Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih kepada Harian Metro! Teruskan bongkar lagi, penjenayah yang bersembunyi di balik klinik kesihatan dan menggunakan topeng ustaz. (IH)

Wanita Perlu Jadi Pendakwah Kpd Remaja -A/Fattah

Wanita disaran giatkan dakwah













KOTA BHARU 4 Apr 12: Golongan wanita bukan sahaja membantu keluarga mengharungi pelbagai masalah harian malah dalam masa sama menjadi pelengkap kepada keharmonian keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, selain terserlah dalam bidang perniagaan, wanita Kelantan juga mampu berada sebaris dengan golongan lelaki dalam menghadapi cabaran masa kini.

Menurutnya, kerajaan Kelantan mahu melihat golongan wanita menjadi pendakwah kepada anak-anak muda terutamanya dalam kalangan remaja perempuan dengan mengajak mereka ke arah kebaikan.

“Sememangnya terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini dan dengan adanya kepimpinan dalam kalangan wanita, ia dapat memudahkan lagi urusan untuk mendekati golongan sasar tersebut.

“Kita berharap lebih banyak program dapat dilaksanakan dalam usaha mendekati remaja wanita bagi memastikan mereka tidak mudah terjerumus dalam gejala sosial yang semakin serius ini,” katanya demikian dalam Program Memperkasakan NGO Wanita

Kelantan Bersama Ustazah Asni Mansoor di sini, semalam.

Program yang turut disertai isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak itu turut dihadiri Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Abdul Aziz Yunus.

Abdul Fattah berkata, Kelantan sinonim dengan gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang yang merupakan seorang pemimpin wanita terunggul di Kelantan pada suatu masa dahulu boleh menjadi penyuntik semangat untuk kaum hawa meneruskan semangat kepimpinan.

“Kerajaan Kelantan sentiasa memberi galakkan kepada mana-mana NGO wanita yang ingin mengadakan pelbagai aktiviti khususnya untuk remaja wanita dan golongan ini wajar didekati dan diberi pendedahan mengenai kesan buruk akibat terjebak dengan gejala sosial,“ katanya. (SH)

Sultan Bersama Rakyat. Jom Jalan Kaki Sama2

KOTA BHARU 4 Apr 12: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Induk penganjuran Walk With Me 2012 – Dibarakan Sinar Harian berlangsung di Istana Balai Besar, di sini semalam.

Mesyuarat dipengerusikan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood bersama Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Feissal, disertai Pegawai Protokol THR Gegar, Tuan Saharizam Tuan Hamzah.

Mesyuarat Khas ini juga dihadiri Pengurus Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan Media Karangkraf, Izahar Atan dan Brand Sinar. Pelbagai perkara diperhalusi bagi memastikan kelicinan penganjuran dan dijangkakan, 30,000 peserta akan menyertai program ini.

Pada program ini, Sultan Muhammad V akan mencemar duli, berjalan kaki sepanjang tujuh kilometer di sekitar Kota Bharu bersama peserta. Peserta juga dapat melihat sendiri keunikan budaya Kelantan seperti tarian tradisional, dikir barat dan sebagainya.

Program in berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini. Masyarakat setempat dijemput hadir dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sultan bermasa rakyat. Jom!! Al-hamdulillah!

Perancis: 2 Imam Diusir, Seru Wanita Pakai Purdah

imam












PARIS 4 Apr 12: Perancis telah mengambil tindakan melulu dengan mengusir dua orang Islam dan merancang untuk mendeportasi tiga lagi di bawah operasi besar-besaran yang kononnya menyasarkan ahli kumpulan pelampau di negara itu, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan dua imam warga Algeria dan Mali telah dihantar pulang ke negara asal mereka. Tindakan tersebut diambil kerana mendakwa kesemua imam itu telah menggesa orang Islam supaya menolak nilai-nilai diamalkan orang Barat dan turut meminta golongan wanita memakai purdah menerusi khutbah yang disampaikan oleh mereka.

Polis turut menahan 19 individu lain yang didakwa terlibat dengan rangkaian kumpulan pelampau dan 16 daripada mereka dituduh merancang penculikan di negara tersebut. Pada minggu lalu, empat pendakwah Islam telah dilarang memasuki negara itu untuk menyertai Persidangan Kesatuan Pertubuhan Islam Perancis (UOIF) selepas presiden Nicolas Sarkozy melancarkan ‘perang’ ke atas kumpulan pelampau sebagai dasar utama untuk kempen pilihan rayanya.

Orang Islam berterusan menjadi sasaran pihak berkuasa di negara tersebut susulan daripada tindakan Mohamed Merah, 23, membunuh tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak di selatan Perancis sebelum dia ditembak mati oleh polis pada bulan lalu. (IH)

Al-Qaeda 'Coming Soon' Ke New York

WASHINGTON 4 Apr 12: Sebuah gambar menggunakan teknik pertindihan ala Hollywood memaparkan pemandangan­ sekitar Manhattan yang turut disertakan kapsyen AL- QAEDA - akan kembali semula ke New York, telah mencetuskan kontroversi.

Penguat kuasa undang-undang dan pegawai jabatan untuk menghentikan pengganas di Amerika Syarikat (AS) kini sedang berusaha membongkar kaitan antara kumpulan Al-Qaeda dengan beberapa laman sesawang yang memaparkan mesej berbaur ancaman serangan ke atas New York.




Gambar kontroversi tersebut telah dimuat naik ke dalam laman forum Ansar al Mujahiddin (Amaf), kelmarin yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Taliban dan pemimpin utama militan di Jordan.

Seorang pakar yang memantau aktiviti di dalam laman sesawang militan, Evan Kohlmann berkata, dua laman forum rasmi Al Qaeda telah dikenakan sekatan sejak dua minggu lalu.

“Pasukan Petugas Khas Bersama Antikeganasan kini sedang menyiasat ketulenan gambar dan motif sebenar ancaman­ itu bagi memastikan sama ada ia perlu diambil serius atau sebaliknya,” kata jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

AS kini terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga terhadap mana-mana ancaman­ serangan terutamanya daripada Al Qaeda kerana khuatir kononnya tragedi serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 akan berulang. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-37: Osama Bin Laden
E-Buku IH-37: Osama Bin Laden

Wanita Pulang Dari Angkasa Pilih Islam, Mengapa?


Sunita Williams

HEBUH di dunia maya atau internet, ramai memperkatakan, 'Sunita Williams' masuk Islam setelah melihat kota Mekah & Madinah dari bulan atau angkasa lepas? Benarkah?

Banyak berita melalui emai dilengkapi foto Mekah dan Madinah dari luar angkasa, ditemui. Samada benar atau tidak masih belum jelas lagi. Tetapi beginilah beritanya...

Satu: Sebuah kenyataan..

[As-salmu'alaikum!

An important message to all Muslim brothers and sisters : Sunita Williams (First Indian woman who went on a space journey few months back) accepted "ISLAM" Masha Allah, bcoz when they were on the moon, they saw towards EARTH, the entire EARTH looked dark, but 2 places on the EARTH GLITERED & looked like SPARKS (Roshni). They were shocked to see that and saw them with the help of telescope and came to know that those two places were "MAKKAH" and "MADINAH" Masya Allah !. Then they decided that after reaching to earth they'll accept "ISLAM". Thats y they reached safely following this glitering light. So be proud to a muslim and forward it to all like fire. Allah Hafiz...!

(Sebuah pesan penting untuk seluruh saudara muslim dam muslimah : Sunita Williams (Wanita Indian Pertama yang pergi ke luar angkasa untuk beberapa bulan telah kembali) menerima "ISLAM " kerana ketika mereka ke bulan, mereka melihat ke bumi, dan nampak semua wajah bumi kelihatan sangat gelap (hitam), tetapi ada 2 tempat di bumi yang bersinar dan terlihat seperti berkilauan.

Mereka kagum melihat hal itu, mereka ingin melihat lebih jelas dengan batuan teleskop dan mengetahui bahawa kedua tempat tersebut adalah Mekah & Madinah. Mereka memutuskan setelah mereka tiba di bumi mereka akan menerima Islam. Itulah alasan kenapa mereka dapat kembali ke bumi dengan selamat, kerana mengikuti arah sinar dari tempat tersebut. Maka berbanggalah menjadi seorang muslim.)]

Dua:

Sebuah postingan seorang penulis berjudul "Kesaksian Sunita Williams: Mekah dan Madinah Nampak Terang Dari Luar Angkasa". Dilengkapi foto kota Makkah dan Madinah dari luar angakasa. Berikut kutipannya..

Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu Mekah dan Madinah. Sunita William, seorang astronaut pertama India yang pada 2 Julai 2007 berada di angkasa luar, mengatakan bahawa dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop ada 2 tempat yang sangat berbeda, iaitu Mekah dan Madinah. Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masya Allah, Allah Maha Besar.

Tiga: Foto Kota Madinah kota Makkah


(Sebelah kiri adalah kota Madinah dan kanan adalah kota Mekah, Saudi Arabia)

Empat:

Selain itu, fenomena lain yang ditangkap adalah ketika gelombang suara dari bumi tidak mampu merembat luar angkasa, dan ternyata dapat menangkap suara Adzan. Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah SWT untuk menunjukkan sudut-sudut kebenaran kepada ahli astronomi atau atronout itu?. Dikhabarkan setelah peristiwa ini, Sunita Williams secara spontan memeluk agama Islam. Allahu Akbar.

Lima:

Sunita Williams sendiri adalah seorang astronot kelahiran Ohio pada 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA. Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: Berada diluar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 menit).

Sekian, begitu maklumat awal dari IH. Wallahu 'aklam.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails