Wednesday, May 30, 2012

B/Pemimpin Komunis China Terlibt Skandal Seks

Aktres popular China Zhang Ziyi

Aktres popular China Zhang Ziyi ini dilaporkan berhadapan dengan siri kontroversi sejak dua tahun lalu.
 
Aktres Ziyi nafi skandal seks dengan pemimpin China

BEIJING - Aktres popular China, Zhang Ziyi menafikan laporan media bahawa dia terlibat dalam skandal pelacuran membabitkan Bo Xilai, bekas pemimpin Parti Komunis China bagi bandar  Chongqing City. Xilai, antara pemimpin yang meningkat naik, dipecat baru-baru ini.

Menerusi mikroblognya, Ziyi, yang kini terlibat dalam sesi penggambaran filem di selatan China berkata, "orang boleh menerima angin sebagai hujan" dengan menggunakan imaginasi mereka. Media-media China melihat kenyataan beliau itu sebagai satu penafian dakwaan dia terlibat dalam skandal seks untuk mendapatkan wang.

Dia antara berlakon dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon, Rush Hour 2, Hero, dan Memoirs of a Geisha.

Laporan portal Boxun, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Apple Daily yang diterbitkan di Hong Kong dan Taiwan, dan beberapa media China yang lain melaporkan bahawa aktres berusia 33 tahun itu tidur dengan pemimpin itu sebanyak 10 kali antara 2007 dan 2011.

Pelakon itu juga kini diletakkan dalam siasatan polis dan didakwa dilarang meninggalkan China. Apple Daily dan beberapa media lain melaporkan bahawa kedua-dua pasangan itu diperkenalkan oleh pembantu Bo, Xu Ming, 41, pengasas dan pengerusi Dalian Shide Group.

Sumber-sumber berkata Ming telah mengaku membayar Ziyi enam juta yuan untuk mengadakan hubungan seks buat kali pertama. Dia kemudian berunding untuk bayaran sebanyak 10 juta yuan.

Media China juga melaporkan bahawa transkasi seks Ziyi dengan individu-individu kaya dan berpengaruh mencecah 700 juta yuan sepanjang 10 tahun lalu. Ini termasuk wang tunai 180 juta yuan daripada Ming. Ming juga didakwa memperkenalkan aktres itu kepada dua lagi pegawai berkedudukan tinggi.

Spekulasi media juga berkata siasatan kes ini kemungkinan sebab Ziyi tidak menghadiri festival filem Cannes baru-baru ini. Filemnnya, Dangerous Liaisons telah dipertontonkan pada festival itu. Ziyi mendakwa dia sibuk dengan penggambaran filem The Grandmasters dan pernah dikaitkan dengan skandal-skandal lain sebelum ini.

Pada 2010, dia didakwa memperbesar-besarkan kutipan dana untuk mangsa gempa bumi Sichuan. Dia hanya mampu mengutip AS$400,000 tetapi mendakwa telah berjaya mengumpulkan AS$1 juta. Setahun sebelum itu, Ziyi dituduh menipu seorang ahli perniagaan yang sudah berkahwin tetapi ketika itu dilaporkan telah bertunang dengan jutawan Israel, Vivi Nevo. Nevo dan Ziyi berpisah pada 2010. (SH)

Kes Sosilawati: Adun Terlibat Jualbeli Tanah



Datuk Sosilawati Lawiya
 
SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.

Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.

Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam. Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.

“Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari,” katanya.

Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony. Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain?

Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja? Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli. Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini? Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.

Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta. Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab ‘dia seorang berkuasa’ dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah.

Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu. (SH)

Lihat kisahnya dari awal..
E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'
E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'

Mesej Twitter: Nizar Mohon Maaf. Tidak Hina Sultan..

nizar

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
Antara petikan mesej Mohammad Nizar yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya.
 
IPOH –  “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000. Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Sebelumnya, di Shah Alam diberitakan Mohamad Nizar Jamaluddin mahu Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran kereta yang melibatkan unsur angka dan wang bidaan.

"Tunggu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh tidak terlibat dalam pembidaan nombor pendaftaran kenderaan, yang berkemungkinan berunsur spekulatif," kata bekas Menteri Besar Perak ini dalam satu mesej Twitter hari ini.

Beliau melahirkan pendirian ini tanpa merujuk kepada mana-mana pihak tetapi dilihat berkaitan dengan bidaan nombor pendaftaran WWW yang menarik minat banyak pihak dan pelbagai kaum. (IH)

Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?



TAHUKAH anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Islam?

Fesyen secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain, terutama perkara yang baru yang menjadi kegemaran dan kegilaan ramai. Berbeza pula dengan difinisi berfesyen iaitu menunjukkan atau mengikut sesuatu gaya dan trend terkini dalam cara berpakaian dan lain-lain.

Fesyen bukan hanya tertumpu kepada pakaian seperti baju atau tudung semata-mata, namun ia mempunyai skop yang amat luas seperti perhiasan, kosmetik. Pada hakikatnya fesyen berkonsepkan Islam sebenarnya mengandugi cara, gaya, panduan dan adab yang tersendiri, tanpa kita sedari Islam telah menggariskan beberapa cara berpakaian atau berfesyen.

Ia begitu indah untuk diikuti dan diteladani oleh penganutnya. Antaranya ialah memakai pakaian yang menutup aurat bagi perempuan dan lelaki berdasarkan had yang ditentukan, sopan serta tidak mengundang fitnah kepada orang yang memakaianya.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman..
  • supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), 
  • dan memelihara kehormatan mereka; 
  • dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya 
  • dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka 
  • dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; 
  • dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; 
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Apa yang dapat di fahami dari dalil di atas ialah sewajarnya..
  • seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.
  • Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat.
  • Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang sebagai seorang Muslim.
Jadi sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita mematuhi cara yang ditetapkan. Rasulullah SAW  juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagimana ia  tidak melanggari batas syariah. Beliau menggalakkan umat Islam supaya memakai pakaian bewarna putih, namun ada juga  hadis-hadis lain menunjukkan Beliau juga memakai pelbagai warna.

Beliau juga memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom  yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain)

Beliau di dalam hayatnya juga pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya. Beliau pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir serta  memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka pada zaman tersebut juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas.

Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri. Memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditangkalkan.” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma‘ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Tanpa disedari sebenarnya fesyen telah banyak mengubah manusia, apabila di perhatikan fesyen-fesyen masa kini terlalu berbeza dari asalnya. Jika pada zaman dahulu pakaian seperti baju Melayu, baju kurung serta baju kebaya di agung-agungkan kerana ia melambangkan kesopanan, tradisi, adat serta budaya  kepada pemakainya.

Tetapi setelah dunia melalui arus pemodenan dan berteknologi fesyen menjadi semakin tidak senonoh dan mengairahka serta provokatif. Perkara sebegini adalah amat bertentangan dengan syariat serta sedikit sebanyak boleh menjejaskan akidah ummat islam.

Biar papa asal bergaya adalah pepatah yang sesuai digunakan kepada mereka yang terlalu obses kepada gaya fesyen terkini, mereka sanggup  berhabis duit semata-mata untuk memuaskan hati dan kelihatan cantik di mata masyarakat.

Namun begitu ada juga yang sanggup mengikat perut dan berhutang sana-sini semata-mata untuk bergaya. Oleh kerana sikap segelintir masyarakat yang beranggapan  bahawa mereka yang tidak berfesyen adalah kolot dan ketinggalan zaman  menjadikan manusia lebih terdorong untuk berfesyen dan sanggup menjadi  hamba kepada fesyen, sehinggakan mengundang kepada pembaziran harta dan wang ringgit.

Justeru itu, kita seharusnya bijak untuk berfesyen supaya ia tidak melanggari batas-batas yang dibenarkan. Wallahu 'aklam. (IH)

Tuesday, May 29, 2012

Servey Perlecehan Seks Wanita Di London

 
















 SERVEY terbaru menunjukkan bahawa lebih dari 4 dari setiap10 wanita London mengaku mendapatkan pelecehan seksual di tempat umum tahun lalu.

Sebuah survey YouGov oleh End Violence Aganist Women Coalition (Evaw) mendapati, 43 persen dari 1,047 wanita berusia 18-34 tahun yang disurvey mengalami pelecehan seksual di tempat-tempat umum tahun lalu, lapor Guardian 25 Mei2012.

Menurut Direktor Evaw Holly Dustin, meskipun awam semakin tidak dapat toleren tatapan seksual, namun pelecehan masih sangat umum terjadi dan membuat wanita merasa tidak aman khususnya ketika bepergian sendiri.


“Pelecehan seksual sangat terselubung, sehingga kita hampir tidak sedar. Tetapi ketika anda mula perkatakan perkatakan mengenai wanita, hampir setiap orang memiliki kisah menyeramkan untuk diceritakan. Sudah saatnya bagi masyarakat untuk bertindak dan menghentikannya.”


Dustin mengatakan, anak perempuan berusia 12 tahun saja sudah menjadi target pelecehan seksual. Di mana berdasarkan penelitan sebelumnya, terungkap bahawa satu dari tiga pelajar puteri pernah mengalami kontak seksual yang tidak diinginkan.


Pelecehan seksual, mulai dari komentar tentang penampilan sampai rabaan fizik, adalah “kesenangan berbahaya” bagi wanita, tambah Dustin.


“Pelecehan seksual memiliki akibat nyata terhadap kehidupan wanita, baik apakah itu mengubah perilakunya atau pun perasaan aman di jalanan,” katanya.


“Hal itu menimbulkan ketakutan akan perkosaan dan kekerasan seksual, juga memiliki kesan berbahaya pada masalah yang lebih luas,” tegasnya.


Hasil survey itu menemukan, 

  • 31% wanita usia 18-24 tahun mengalami tatapan seksual di kendaraan umum.
  • Sementara di kelompok umur 25-34 tahun yang mengalami hal serupa jumlahnya mencapai 21%. 
  • Secara keseluruhan, 5% dari wanita yang disurvey pernah mengalami kontak seksual yang tidak diinginkan di pengangkutan umum.
Fiona Elvines dari South London Rape Crisis mengatakan, adalah jarang bertemu dengan perempuan yang tidak pernah mengalami pelecehan seksual.

“Wanita harus menghadapi pelecehan ini setiap hari, dalam rutin dan keseharian mereka, yang memiliki kesan terhadap kepercayaan diri dan citra tubuh mereka,” paparnya.


“Para wanita mengatakan hal ini ada benarnya, dan ini sudah saatnya untuk mendengar pengaduan mereka.”

“Apakah itu berupa komentar jorok yang tidak diinginkan, atau serangan kekerasan seksual, pelecehan di jalanan sudah menjadi epidemi di London,” kata Byrony Beynon, direktor Hollaback.


Hollaback memiliki sebuah situs di internet, tempat para wanita yang mengalami pelecehan seksual dapat menceritakan pengalaman mereka ataupun memanjangkan foto pelaku pelecehan. Kelompok ini memiliki aktivis di 50 kota di 17 negara di seluruh dunia. 

(IH)

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Esok, Jom!


 
















  KUALA LUMPUR: Menjelang Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 Jun ini, pelbagai persiapan giat dilakukan bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Selain khemah-khemah yang sudah mula dipasang, raptai tentang program itu juga akan dijalankan esok, khususnya bagi program Amanat Presiden, yang dijadualkan di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Alor Setar.

Pengarah program tersebut, Datuk Mahfuz Omar, berkata selain raptai bagi program Amanat Presiden itu, raptai bagi program Himpunan Hijau juga akan diadakan pada 31 Mei ini.

"Penyediaan raptai ini bagi memastikan segala perancangan kita dapat berjalan dengan baik.  Dengan raptai, kita dapat melihat mana-mana kekurangan dan akan perbaikinya secepat mungkin," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS juga berkata, kira-kira 200 tapak gerai telah habis dijual sempena program tersebut. Tambahnya, pihak urusetia masih mendapat permintaan daripada peniaga yang inginkan tapak gerai, namun tidak dapat dipenuhi memandangkan ruang yang terhad.

"Pihak urusetia memohon banyak kemaafan kerana ruang agak terhad.  Ruang yang ada ini kita khaskan untuk para peserta program, parkir dan sebagainya, yang terpaksa kita kosongkan," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berkata program ini tidak menjemput wakil dari luar negara memandangkan fokus program ini untuk menuju ke Putrajaya. Bagaimanapun, wakil pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat Kedah, dijangka akan menyerikan program ini sebagai 'tuan rumah'.

Selain pimpinan Pakatan Rakyat Kedah, beberapa selebriti tanah air juga dijangka turut memeriahkan program ini yang mensasarkan kehadiran ahli PAS dari seluruh negara. (Hrkh)

RM1.8 Bilion, Lebuhraya Wakaf Akan Siap -N/Aziz



TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam


MACHANG: Lebuh raya berkonsepkan wakaf dibina. Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mengusahakan projek pembinaan lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang bernilai RM1.8 bilion.

“DPPM percaya pembinaan lebuhraya ini adalah hasil dari kecekalan dan kesungguhan pemimpin PAS berjuang demi rakyat dan bukannya khayalan atau gimik politik seperti tohmahan sesetengah pihak,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, hanya dengan sikap amanah, adil, jujur dan bersih serta menjauhi rasuah atau penyelewengan kuasa menjadikan kerajaan PAS Kelantan mampu berdikari meskipun tanpa bantuan kerajaan pusat.

Katanya, ia juga menjadi petanda bahawa PAS bersedia memimpin negara ini jika diberikan mandat oleh rakyat kelak.

Apa yang lebih membanggakan lagi, ujar beliau kerajaan Kelantan berjaya menunjukkan contoh Negara Berkebajikan yang dicanangkan PAS selama ini dan juga dalam Buku Jingga seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu dengan pembinaan lebuhraya tanpa tol, sesuatu yang tidak pernah difikirkan munasabah oleh pemerintahan Umno BN.

Malah, katganya konsep wakaf dan sumbangan daripada orang ramai serta syarikat berteraskan kerajaan (GLC)  memberi gambaran bahawa projek ini adalah hasil titik peluh daripada kerajaan dan rakyat negeri itu yang bekerjasama membangunkan negeri tersebut.

DPPM juga, ujarnya merasa kecewa kerana kerajaan pusat gagal memberikan kemudahan lebuhraya kepada rakyat Kelantan seperti yang sepatutnya. Menurutnya, berpuluh tahun rakyat Kelantan dinafikan hak daripada memiliki pelbagai kemudahan sehingga mereka terpaksa memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah mereka.
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails