Wednesday, June 13, 2012

Dadah RM10J: Meletup, Baru Tahu Ada Kilang..

SIASAT...anggota polis memasuki kawasan kilang untuk membuat pemeriksaan.
SIASAT...anggota polis memasuki kawasan kilang untuk membuat pemeriksaan.
MISTERI...sebuah kereta  di luar premis kilang turut disiasat.
MISTERI...sebuah kereta di luar premis kilang turut disiasat. 
PONTIAN: Sebuah kilang yang dijadikan makmal dadah di Jalan Perindustrian 12, Kawasan Perindustrian Pekan Nenas, dekat sini, meletup serta terbakar kelmarin sebelum pemeriksaan menemui pil Ecstasy dan syabu dianggarkan bernilai RM10 juta.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, dua letupan kuat menggegarkan bangunan berkenaan dan kilang berhampiran hingga memaksa pekerja di premis bersebelahan bertempiaran menyelamatkan diri.
Akibat letupan kuat itu, bumbung makmal dadah berkenaan rosak, bahagian belakang premis itu hangus terbakar, manakala kepulan asap memenuhi ruang udara kawasan berkenaan.

Penemuan dadah itu bermula selepas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas dan Pontian yang menjalankan kerja memadam api menemui bahan pelik disyaki dadah sebelum melaporkannya kepada polis.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dah meletup, baru tahu ada kiang dadah. Tindakan efisyen dan rofesional ke?

Rosmah Bakal Dapat Menantu Penipu? -N/York Pos

 


Harap-harap laporan sebuah protal berita yang memetik akhbar The New York Pos hari ini mengenai bakal menantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak benar dan hanyalah satu gimik atau berita palsu yang sengaja diadakan-adakan untuk memalukan isteri perdana menteri dan keluarganya.

 Daniyar: Dilapor cuba menipu?

Berita dimaksudkan itu ialah mengenai lelaki warga Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, dikatakan terlibat dengan satu penipuan bapa tirinya untuk memiliki seunit kondominum bernilai AS20 juta (RM62 juta) serta memaslukan dokumen untuk memasuki universiti luar negara.

Maklumat itu terkandung dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan.

Berita ini ini benar-benar mengejutkan dan menjatuhkan air muka isteri persana menteri dan juga suaminya Ha Najib Razak. Secara tidak langsung juga berita berkenaan turut sama mengaibkan rakyat negara ini kerana beliau (Daniyer) bakal menjadi menantu kepada perdana menteri.

Dari sudut lain berita ini seakan memberi paku buah keras kepada Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan tidak menyukai menantunya seorang warga Malaysia kerana mempunyai status dan kedudukan tidak setaraf dengan anaknya yang menuntut di luar negara.

Beliau tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya dan juga telah melarang rakan-rakannya terdiri dari isteri vvip daripada menghadiri majlis perkahwinan yang dilangsungkan di PWTC itu.

Mana-mana para jemputan terdiri daripada vvip dikatakan menerima sms daripada Rosmah yang meminta jangan hadir majlis perkahwinan anaknya dengan pemuda tempatan itu. Mana-mana tetamu yang enggan mematuhi larangan itu diganggu di mana kereta mereka ada yang digores dan dirosakkan.

Isteri perdana menteri itu merasakan anaknya tidak layak berkahwin dengan anak seorang kuat Umno yang hanya berkelulusan dalam negeri dan merupakan seorang artis, penyanyi. Katanya Rosmah telah melarang dan marah kepada anaknya tetapi kerana cinta suci anaknya tidak menghiraukan larangan itu menyebabkan Rosmah tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya itu.

Tampaknya sekiranya berita dilaporan The New York itu benar ia bakal menjadi pengajaran kepada Rosmah Mansor dan ibu-ibu yang ego dan sombong agar tidak merendah-rendah atau memperlekehkan warga tempatan. Adalah diharap berita itu tidak benar dan isteri perdana menteri akan membuat penjelasan dengan segera. [wm.kl.4:42 pm 12/06/12] (Hrkh)



Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Pengasas Laman Web Porno Didakwa. M'sia?



 Gambar hiasan..

NEW JERSEY: Pengasas laman sesawang pornografi kanak-kanak didakwa di mahkamah atas tuduhan mengeksploitasi, semalam sebagai sebahagian daripada operasi khas yang membawa penahanan 560 warga Amerika Syarikat di 47 negeri.

Pejabat Pendakwa Raya berkata, Maksym Shynkarenko, 33, dari Kharkov, Ukraine, menghadapi 32 tuduhan menggunakan laman sesawang diasaskannya, Illegal.CP, untuk mengedar imej lucah kanak-kanak serta bayi yang didera secara seksual. Dia diekstradisi dari Thailand selepas ditahan pada Januari 2009.

Pegawai pendakwa New Jersey, Paul Fishman, berkata Shynkarenko memperoleh faedah daripada aktiviti mendera ribuan kanak-kanak melalui laman sesawangnya.

“Pemangsaan kanak-kanak itu sentiasa diperbaharui setiap kali imej dimuat turun,” katanya.

Jika bersalah, dia boleh dihukum penjara seumur hidup. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Di Malaysia kita dengar yang didakwa, hanya yang hina Sultan.

Pemikiran Syed Syeikh Al-Hadi Diselewengkan

 Tunku Abdul Rahman mengisytihar Malaya Merdeka! (1957)
Syed Syeikh Al-Hadi Biografi &Pemikiran (2)

Syeikh Muhammad Abduh

UNTUK mengenal pemikiran atau minda belaiu, maka kita perlu menelusuri sumbernya, iaitu Gerakan Reformis atau pemulihan Islam di Mesir. Gerakan ini bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan yang dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani, Syed Rashid Ridha dan Syeikh Muhammad Abduh. 

Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga meninggal dunia pada tahun 1905. 

Ringkasnya, matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam pempinan mereka ialah:
  • Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. 
  • Membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitan dengan ajaran Islam yang sebenar. 
  • Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith.
  • Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith. 
  • Membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.
Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir ini pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor gerakan yang juga disebut Gerakan Islah-Islam ini. 

Maka lahirah tokoh-tokoh terkenal antaranya beliau sendiri, bersama teman-temannya.. 
  • Syeikh Tahir Jalaluddin, 
  • Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan 
  • Haji Abbass bin Mohammad Taha. 
Mereka menyebarkan idea-idea Islam atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam, sistem pemdidian dan lain-lain.

Kaitan Dengan Melayu.


Melihat kepada maatlamat-matlamat di atas, maka gerakan ini menjadi amat bersesuaian dengan 'Gerakan Nasionalisme' di Tanah Melayu. Secara umum, dalam konteks Tanah Melayu, nasionalisme bermaksud 'perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing'. 

Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi. Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan orang Melayu. 

Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:

                        Tahap                          Tahun                          Pendidikan
                        Agama                         1906 – 1926               Arab
                        Sosioekonomi              1926 – 1937                Inggeris
                        Politik                          1937 – 1941                 Melayu

Gabungan tiga tahap inilah yang melahirkan kemerdekaan Tanah Melayu. Golongan tahap agama ini bukanlah hanya dari kumpulan reformis dari Mesir sahaja, tetapi juga melibatkan Gerakan Pan-Islam dari Turki, Indonesia dan lain-lain. 

Contohnya, terdapat ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani  yang ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang juga pernah mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal.Begitu juga gerakan Islam Indonesia.

Penyelewengan

Setelah mencapai kemerdekaan Tamah Melayu, rupanya golongan berpendidikan Inggeris telah diletakkan sebagai pemimpin negara. Mereka diangkat melalui parti anak didik penjajah iaitu UMNO. Digabungkan dengan MCA (Malayan Chinese Assosiation) yaang asalnya persatuan kebajikan, dan MIC (Malayan Indian Congres) menjadi PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional).


Parti Islam Hizbul Muslimin pimpinan Abu Bakar Baqir, dan parti Melayu golongan kiri, awal-awal lagi diharamkan penjajah. Pilihan raya pertama Tanah Malayu 1955 memberi kemenangan 51 kerusi parlimen kepada PERIKATAN dan 1 kepada PAS atau parti Islam. 

Maka berlakulah ambilalih kuasa dari penjajah British kepada anakmuridnya (UMNO), tanpa tumpah darah setitikpun. Perlembagaan Lord Ried (Made in England yang dimodifikasikan ala Malaya) diperkenal dan dipaksakan ke atas penduduk Tanah Melayu. Jadilah Tanah Melayu diperintah bangsa pribumi tetapi pemimpinnya berfikiran seperti penjajah. Bahkan kadang-kadang mereka beragak lebih penjajah dari penjajah.


Di sinilah berlakunya penyelewengan kepada rakyat pribumi majoriti Islam di Tanah Melayu, dengan menyalahgunakan 'pemikiran' belaiu tersebut. Sekurang-kurang penyelewengan itu diringkaskan kepada 3 perkara..


Satu: Menolak asas pemerintahan negeri-negeri Melayu dari pentadbiran ala Islam kepada barat. Islam (Ad-deen) yang ditempelkan ke dalam Perlembagaan Malaya adalah Islam yang di'sekular'kan, yakni seperti pemahaman pemimpim-pemimpin politik barat ke atas agama mereka Kristian (Ad-deen Islam bukan 'religion' seperti pemahaman dalam Kristian, yakni agama terpisah dari pemerintahan). 


Dua: Inilah suatu jenayah penyelewengan amat besar kepada perjuangan Syed Syeikh Al-Hadi, yang terang-terang menolah penjajahan puak barat secara total, baik di Afrika atau Asia. Penjajah berjaya mengekalkan undang-undang mereka di atas nama kemerdekaan rakyat, walaupun mereka kononnya sudah pergi meninggalkan jajahannya ini.


Tiga: Pemimpin-pemimpin pribumi yang mula mentadbir Malaya mempergunakan agama Islam untuk kepentingan poitik mereka. Mereka menggunakan 'Nasionalisme' (Bangsa-bangsa diciptakan untuk kenal-mengenal) yang dibawa oleh Syed Syeikh Al-Hadi sebagai alat mempertajamkan perkauman sempit mereka. Menjadikan Nasionalisme itu sebagai Kebangsaan Asobiah (Bantu-membantu bangsa sendiri dalam perkara mungkar), sehingga lahirnya Tragedi Hitam Peristiwa 13 Me1 1969.

Petikan tulisan Syed Syeikh Al-Hadi..  

Satu:

"Wahai sekelian ikhwan timur yang sedang lenyak di dalam tidurnya. 
Wahai sekelian saudara kami yang sedang lina bersedap-sedap di dalam keelokan mimpinya. Memadalah. Memadalah. 
Memadalah tidurmu itu kerana telah melampaui sangatlah 
sudah daripada sempadan mengambil kesenangan bilangan pingsan atau orang mati yang bernafas. Bangunlah segera. 
Sapulah mata daripada bekas tidur yang membunuh itu..."
Syed Syeikh Al Hadi, dari Al Ikhwan

Dua:
 
"Janganlah tertipu daya kamu dengan angkatan dan pangkat kebesaran gelaran pembesar-pembesar kamu kerana mereka itulah asal segala bala yang telah menimpa ke atas kamu itu dan mereka itulah sehingga masa ini sebesar-besar penolong segala bangsa-bangsa yang telah menindih dan hendak menindih akan kamu."

 Image
Tulisan itu tersiar di dalam majalah Al-Ikhwan, Oktober 1926, dengan tajuk "teriakan yang sebenar" kemudian Dr. Alijah Gordon mengumpulkan semua tulisan-tulisan kritis tokoh pejuang Melayu-Islam dan wartawan itu ke dalam buku The Real Cry of Syed Sheikh Al-Hadi, dan diterbitkan oleh Malaysian Sosiological Society, 2001.
 
Bersambung ke 
'Syed Syeikh Al-Hadi Biografi &Pemikiran (3) -Syed Syeikh Al-hadi &Pulau Pinang.' Insya Allah.


Tuesday, June 12, 2012

Felda Potong Bonus Raya? -PKR

PKR mendakwa Felda merancang untuk mengurangkan peruntukannya sehingga hampir RM100 juta kepada peneroka ekoran penyenaraian Felda Global Ventres Holdings (FGVH).

Pengerusi biro pelaburan PKR, Wong Chen menjangkakan Felda berbuat demikian kerana penyenaraian itu didakwa akan menyebabkan pendapatan Felda akan berkurangan sebanyak RM900 juta daripada RM2.5 bilion tahun lalu.

"Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH. Apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak.

"Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64 peratus.

"Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta, jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menyifatkan pemotongan peruntukan kepada RM326 juta itu, berbanding RM424 pada tahun lalu, sebagai satu bentuk "penindasan" kepada golongan peneroka. Langkah tersebut antara lainnya akan melibatkan pembangunan infrastruktur (pemotongan hingga 57 peratus) dan juga bayaran bonus hari raya (25 peratus), kata Wong.

Tindakan itu juga akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan belia generasi kedua dan ketiga (27 peratus), insentif produktiviti  (22 peratus) dan pelan insurans untuk peneroka (25 peratus), kata Wong lagi. 
Katanya maklumat tersebut terkandung dalam buku Bajet Felda 2012 yang turut diedarkan kepada pemberita dalam sidang media hari ini.
Berdasarkan analisis PKR, Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta untuk kebajikan peneroka sebelum wujudnya FGVH, kata Wong. (MK)

Tiada P/raya Musim Haji Perlu Jaminan PM -PAS


KL: PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada musim haji tahun ini.

Ia bagi memastikan jemaah haji yang terpilih dapat menunaikan ibadah haji dengan lebih tenang dan selesa, tanpa dipinggirkan hak mereka untuk mengundi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Perdana Menteri sepatutnya boleh mengumumkan tarikh pilihan raya dan tidak perlu berteka-teki kepada rakyat.

"Kita mahukan jaminan Perdana Menteri agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji tahun ini. Sebaik-baiknya kerajaan elak untuk adakan pada tarikh tersebut," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan arahan penangguhan untuk menunaikan haji yang dikeluarkan sebelum ini khusus kepada ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti, bukannya kepada semua ahli.

Katanya, arahan itu lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, turut menyokong desakan Tuan Ibrahim agar kerajaan memberi jaminan agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji.

"Terpulang kepada Najib untuk menetapkan bila tarikh pilihan raya.  Tapi kita mohon jaminan daripada beliau supaya ia tidak diadakan pada musim haji.  Selesai masalah," komen ringkas beliau, hari ini.

Ini, tegasnya bagi membolehkan para pengundi yang beragama Islam menunaikan hak mereka di dalam sistem demokrasi.(IH/Hrkh))

MP BN Bakal Terima RM1.5M, PRU Lepas Bajet?


KUALA LUMPUR, 12 Jun — Para ahli Parlimen (MP) daripada  Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sejumlah RM1.5 juta bagi mempertahankan kerusi mereka, ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya ke-13 selepas pengumuman Bajet 2013 pada 28 September depan.

The Malaysian Insider difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lagi berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.

Sumber mengesahkan ia akan mengambil masa tiga bulan untuk projek-projek tersebut untuk dikenalpasti dan dijalankan, dan pengumuman lain ketika bajet 2013, termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.

Ahli-ahli Parlimen BN enggan mendedahkan jumlah sebenar tetapi mereka berkata sebahagian dana tersebut “boleh diperolehi berdasarkan permintaan.”

“Kami perlu mintanya untuk projek spesifik,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Shahrir Samad (gambar), turut berkata perdana menteri terlalu “berhati-hati” ketika menyuarat malam itu.

“Jika tiada peruntukan, pilihan raya akan datang sangat cepat”, katan ahli Parlimen Johor Baru tersebut yang turut ditanya bagaimana dana sedemikian untuk berkenaan akan memberi kesan kepada tempoh masa Najib harus mengetuai kempen BN untuk kali pertama.

Walaupun pengerusi BN dan presiden Umno pada mulanya akan membubarkan Parlimen bulan ini untuk pilihan raya pada Julai ini, beliau mengumumkan akan membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, dan dilihat bakal ada kemungkinan untuk pemberian wang tunai BR1M untuk keluarga berpendapatan rendah.
Bayaran wang tunai RM500 itu kepada hampir lima juta keluarga dengan kos RM2.6 bilion awal tahun ini menunjukkan kadar kedudukan Najib meningkat kepada 69 peratus, disebabkan peningkatan dalam kalangan isi rumah kaum miskin.

Namun insiden keganasan polis dan para penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam protes Bersih pada 28 April menyaksikan penurunan populariti beliau kepada 65 peratus bulan lalu.

The Malaysian Insider melaporkan pada 28 May, berkemungkinan pilihan raya pada bulan September namun pengumuman Najib bahawa Bajet 2013 hanya akan dibentangkan pada 28 September telah memaksa pakar strategi parti untuk mencari tarikh yang sesuai bagi memastikan apa-apa manfaat bajet boleh sampai ke peringkat akar umbi.

Ibadah Haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13  November dan cubaan Barisan Nasional menarik sokongan pengundi Cina dan belia memungkinkan pilihan raya pada bulan November, menurut sumber, yang menambah, Najib masih lagi mengenal pasti calon untuk meraih kemenangan majoriti untuk BN.

Sumber BN turut mengesahkan beberapa kajian sebelum ini menunjukkan parti perlu bekerja keras terutamanya meyakinkan pengundi baru yang berjumlah sekitar 2.2 juta orang.

Difahamkan hasil kajian mendedahkan BN mampu menang hingga 146 kerusi Parlimen dengan 80 yakin menang, lebih 140 daripada Pilihan Raya 2008.

Bagaimanapun, kaji selidik terbaru oleh unit khas BN menunjukkan BN hanya mampu menang 118 kerusi, memaksa pakar strategi menunda pilihanraya.

Najib mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009 untuk menaikkan imej BN yang kalah teruk dalam PRU 2008, yang mana BN hilang kuasa dua pertiga dewan dan lima negeri. (MI)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails