Thursday, June 14, 2012

Rohingya Protes Di KL

Orang Penting K'jaan M'sia Libat Rasuah Indo...

Dua lelaki M'sia ditahan disyaki bantu Neneng Sri Wahyuni
KL: Dua lelaki warga Malaysia ditahan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia di Jakaarta semalam kerana disyaki memainkan peranan dalam membantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni melarikan diri daripada buruan suruhanjaya itu sejak tahun lepas.
  
Timbalan Ketua KPK, Bambang Widjojanto berkata kedua-dua warga Malaysia itu ditahan di dua lokasi berasingan manakala Neneng ditangkap di rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sebaik tiba dengan sebuah teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.
  
"Kami sedang menyiasat peranan kedua-dua lelaki itu dalam pelarian Neneng selama beliau berada di Malaysia," katanya pada sidang media di pejabat KPK malam tadi.

Katanya salah seorang daripada dua lelaki Malaysia itu merupakan orang penting dalam kerajaan di Malaysia. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sama ada lelaki itu memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri atau pusat.
  
Adalah difahamkan seorang lelaki Malaysia itu ditahan selepas menemui suami Neneng, Muhammad Nazaruddin, dipenjara di Jakarta manakala seorang lagi ditahan di sebuah hotel di bandaraya itu.

Bambang berkata KPK sebelum itu telah mendapat maklumat bahawa Neneng akan berlepas dari Kuala Lumpur malam tadi dan bermalam di Batam, Indonesia, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta dengan menaiki pesawat semalam.
  
Pada Ogos tahun lepas, Muhammad Nazaruddin, iaitu bekas bendahari Parti Demokrat ditahan di Colombia dan dibawa ke sini atas dakwaan rasuah.

Pasangan suami isteri itu disyaki terbabit dalam skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek Pengadaan Pembangkit Listrik Surya (PLTS) di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi antara 2008 hingga Ogos 2011.

Berdasarkan siasatan polis Indonesia, Nazaruddin dipercayai melarikan diri ke Singapura, Vietnam, Kemboja dan Colombia.
  
Isterinya Neneng yang turut didakwa terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur dan sering menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain.

- Bernama

16 Jun, H/Hijau Serang Perak, Dg Beberapa Kejutan




IPOH: Setelah berjaya mengadakan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat pusat 1 Jun lalu, himpunan ini akan diadakan di peringkat negeri-negeri pula. Himpunan peringkat negeri Perak akan berlangsung pada 16 Jun ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, himpunan ini akan diadakan di Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai jam 9.00 malam. Menurutnya, program itu akan dihadiri oleh Mursyidul AM PAS,  Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.

“Semua pimpinan PAS Perak akan turun bersama-sama dalam himpunan ini bagi meneruskan momentum gelombang Hijau ke Putrajaya yangdiadakan di Stadium Darul Aman baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Katanya, beberapa kejutan akan berlaku termasuklah pengiytiharan bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Nik Aziz.

“Justeru saya mewakili PAS Perak menyeru seluruh rakyat negeri ini turun beramai-ramai bagi meneruskan gelombang yang digeruni Umno ini,” ujarnya.

Sementara itu, Xpresi Hijau Anak Muda pula akan berlangsung di sebelah petangnya. Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ketika ditemui berkata, program ini sebagai menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia untuk meneruskan gelombang perubahan anak muda dinegeri-negeri.

“Program bermula dengan Konvoi bersama Tuan Guru Nik Aziz di Tol Bukit Merah jam 10 pagi seterusnya menuju ke Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai.

“Pemuda akan berkumpul bersama kepimpinan Pemuda PAS Negeri di Markas tersebut dan beberapa aktiviti telah disusun seterusnya bersama-samadalam Himpunan Hijau di sebelah malamnya,” jelasnya.
Raja Ahmad menjelaskan, beberapa penampilan istimewa dijemput untuk memeriahkan suasana termasuklah penyanyi yang terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long.

“Saya menyeru anak muda di seluruh pelusuk negeri hadir ke program ini dan dicadangkan memakai baju hijau,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu

L/raya Rakyat: Usaha Ganggu Kontraktor -Husam


Datuk Husam Musa

KOTA BHARU - Belum pun pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bermula sudah timbul dakwaan terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan pembinaan projek itu yang dikenali sebagai lebuh raya rakyat.

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat.

Malah kata beliau, pihaknya juga melantik lapan juruukur baru yang terlibat dalam proses mengenal pasti laluan setelah juruukur yang asal diganggu.

“Kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk (hasut supaya) tidak terlibat, ini adalah satu dari cubaan tetapi semuanya masih mengikut jadual,” kata beliau selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, beliau terkejut apabila mendapati konsep wakaf yang diperkenalkan mendapat sambutan baik bukan sahaja dari segi kewangan malah perkhidmatan.

Mengulas mengenai kritikan sinis pihak tertentu yang meragui usaha pembinaan tersebut, Husam berkata, beliau tidak akan memberi banyak reaksi sebaliknya menunjukkan usaha itu melalui tindakan.

“Saya tak akan jawab lisan, sebaliknya melalui tindakan, kita sudah lantik kontraktor dan mempunyai perjanjian serta struktur kewangan, bagi kita empat bulan pun dah nampak kemajuan,” katanya.

Bagi tujuan yang sama, Husam dalam nada sinis berkata, pihaknya akan melelong perkakasan pembinaan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh peserta perhimpunan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) minggu lalu.

Menjawab kritikan mengenai terdapat kontraktor yang terlibat dalam pembinaan mempunyai kaitan dengan syarikat Genting, Husam berkata, mereka yang membuat dakwaan itu terlebih dahulu perlu menyelidik kenapa Kerajaan Pusat tidak membina sedangkan ia tanggungjawab mereka. (SH)

Bola Pun Ada Samseng, 184 Ditangkap

BEBERAPA penyokong Rusia dan Poland bergaduh di luar Stadium National di Warsaw kelmarin. 


 SUKAN

WARSAW - Polis menangkap 184 orang kebanyakannya peminat pasukan bola sepak Poland selepas mereka bergaduh dengan penyokong skuad Rusia dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012, menurut Kementerian Dalam Negeri semalam.

Kebanyakan mereka ditangkap semasa 5,000 penyokong Rusia berarak ke Stadium Nasional di sini.
Penyokong-penyokong Rusia itu berarak bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara mereka.
Perbuatan para penyokong Rusia itu dianggap sebagai hasutan kepada kebanyakan penduduk Poland.
Penduduk Poland menyimpan perasaan marah dengan Rusia kerana sejarah silam semasa era pemerintahan komunis.

Ketika era itu, Poland berada di bawah telunjuk Moscow. Para penyokong Rusia itu kemudian berdepan dengan 100 samseng bola sepak yang mencetuskan kekacauan sebelum dan semasa perlawanan berlangsung kelmarin. Seramai 24 orang cedera dalam insiden itu termasuk 10 anggota polis.

Ketika perarakan itu, samseng-samseng Poland menyerang penyokong Rusia yang kemudiannya bertindak balas. Kedua-dua penyokong itu kemudian saling menendang dan memukul antara satu sama lain.
Akhbar dalam talian MailOnline kelmarin melaporkan para peminat Rusia di dalam stadium mempamerkan kain rentang gergasi yang mengandungi ayat This is Russia sekali gus merujuk kepada bekas empayar Soviet.

Menteri Dalam Negeri Poland, Jacek Cichocki menyatakan, samseng-samseng bola sepak Rusia yang ditangkap itu akan dibicarakan dan mereka akan diusir keluar. Menurutnya, samseng-samseng Poland akan turut dibicarakan dan bakal menerima hukuman berat.

Anggota-anggota polis melepaskan tembakan peluru getah, menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan pergaduhan. Dalam perlawanan bola sepak itu, Rusia dan Poland seri 1-1. - Agensi

Lihat sebelum ini...

Benarkah Rangka Manusia Mati 1815 Ditemui?

PELURU berbentuk bola yang terdapat pada celah rangka itu.

UNGKAP  RAHSIA YANG MAHA AGUNG

Rangka askar mati pada tahun 1815 ditemui
 BRUSSELS - Hampir 200 tahun selepas tentera Prussia dan England menewaskan askar-askar Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte di Waterloo, sepasukan ahli arkeologi Belgium akhirnya menemui satu rangka seorang askar muda pada 8 Jun lalu.

"Anda hampir dapat membayangkan keadaan askar itu yang sedang nazak," kata seorang pakar arkeologi Belgium, Dominique Bosquet mengenai rangka manusia tersebut.

Peluru berbentuk bola berada di celah tulang rusuk askar itu.
"Rangka manusia ini masih sempurna," kata Bosquet kepada stesen televisyen RTL kelmarin.

Dipercayai mati pada 18 Jun 1815, rangka manusia tersebut ditemui tertanam 40 sentimeter di bawah tanah.
Pakaian seragam askar itu telah reput tetapi ahli arkeologi akan melakukan kajian ke atas sebatang sudu, kepingan duit syiling, serpihan kayu bertulisan C.B dan tali pengikat kulit yang ditemui bersama rangka tersebut. Ia dikaji bagi mengenal pasti identiti askar itu.

Rangka itu ditemui oleh pasukan arkeologi di sebuah kawasan yang dikuasai askar England ketika perang Waterloo berlaku. Kawasan berkenaan diratakan pada bulan lalu bagi memberi laluan kepada satu projek pembangunan.

Peperangan itu yang melibatkan 125,000 askar Napoleon dan 210,000 anggota tentera Prussia dan England telah meragut lebih 12,000 nyawa. - AFP

Komen Weblog  Ibnu Hasyim: Maka terungkap lagi kehebatan rahsia Yang Maha Agung.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Bayi 6 Minggu, Ditemui Dlm Bot Pelarian Rohingya

SEKUMPULAN etnik Rohingya Islam duduk di dalam sebuah bot selepas mereka dipintas tentera pihak berkuasa Bangladesh semasa melintasi Sungai Naf di sempadan Bangladesh semalam.

PULAU SHAHPURI, Bangladesh - Seorang bayi perempuan yang dibawa melintasi sebatang sungai di sempadan pada waktu malam bagi melarikan diri daripada keganasan di Myanmar ditemui bersendirian di dalam sebuah bot semalam.

Bayi berkenaan ditemui oleh beberapa pengawal keselamatan Bangladesh yang mengusir beratus-ratus pelarian Islam etnik Rohingya dari Myanmar. Anak kecil berusia enam bulan itu kemudian diserahkan kepada sebuah keluarga Bangladesh. Keluarga berkenaan memberitahu, bayi itu kurang sihat tetapi mereka akan berusaha menjaganya.

"Pasukan peronda sungai kami memintas sebuah bot pada pukul 2 pagi (waktu Bangladesh)," kata Mejar Shafiqur Rahman.

Beliau mengetuai operasi untuk menghantar pulang pelarian Rohingya yang cuba memasuki Bangladesh melalui bot di Sungai Naf bagi melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.

"Mereka menggeledah bot berkenaan dan menemui seorang bayi perempuan Rohingya berusia dalam lingkungan satu setengah bulan," kata Rahman kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara telefon.

"Bot berkenaan kosong. Ini satu keajaiban tetapi bayi tersebut kelihatan pucat," tambahnya.

Sejak kelmarin, pasukan peronda sungai Bangladesh telah mengusir 16 buah bot yang membawa lebih 660 pelarian Rohingya dengan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Sementara itu, beberapa pegawai Myanmar memberitahu, keganasan yang melanda negeri Rakhine di barat Myanmar telah meragut nyawa sekitar 25 orang setakat ini.

Kekacauan di Myanmar tercetus selepas sekumpulan penduduk beragama Buddha memukul sehingga mati 10 orang etnik Rohingya yang beragama Islam pada 3 Jun lepas kerana tersilap menyangka mereka membunuh dan merogol seorang gadis tempatan pada bulan lalu. Tindakan tersebut mencetuskan serangan balas etnik Myanmar dengan banyak kediaman penduduk beragama Buddha dibakar sehingga memaksa campur tangan tentera. - AFP

Lihat Sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails