KL: Simpanan
tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat. Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat
sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota
Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini.
Ini bermakna, "..simpanan
tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat." kata Pengarah Eksekutif Pusat
Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad
(gambar) dalam satu tulisannya.
Beliau
berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah
dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari
kedua-dua negeri ini.
"Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari
Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah
tumbang kepada Pakatan Pembangkang," tulis beliau.
Anggota
Parlimen Kuala Selangor itu mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim
Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong
Pakatan Rakyat.
"Kejutan buat Najib bukan kepalang, amat
menyiksakannnya. Mimpi ngerinya semakin menjadi realiti, tambahan masa
bukan disebelahnya untuk membuat apa jua percaturan strategik kecuali
memandang ke hujung tahun atau dilajakkan ke tahun depan," ulas beliau
ekoran kenyataan kedua-dua anggota Parlimen BN dari Sabah itu.
Bagi
beliau, tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sejak
akhir-akhir ini hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja tanpa
memikirkan BN secara menyeluruh.
"Apakah maknanya bagi Najib yang
mengikut kajian mutakhir Merdeka Centre bahawa ‘tahap keyakinan’ atau
‘Approval Rating’ pada paras 64%, (Jun) menurun 1% dari bulan Mei (65%),
sementara tahap keyakinan kepada parti dan BN yang dipimpin terus
mengalami penghaksian sokongan ke paras 42%," kata AJK PAS Pusat itu.
Bagi beliau, Najib hanya mahu pujian dan pengiktirafan rakyat maka dia terus memberi – BRIM 1 dan kini bonus dan sebagainya.
"Kesemua
untuk membuktikan bahawa beliau peka dan prihatin kepada rakyat
sementara kesan pemberian itu tidak lagi seperti dulu,begitu hebat dan
mendalam, termasuk kepada peneroka Felda mutahkir ini," tulis beliau.
Pada
pendapat beliau, rakyat umumnya semakin membenci tindakan pemimpin yang
cuba untuk memujuk dan menggula-gulakan rakyat seperti.
Tidak kira dari BN atau Pakatan penolakan rakyat terhadap kepimpinan ‘populist’ seperti ini semakin ketara, dakwa beliau.
"Kecuali
golongan yang boleh terus ditipu dan dibeli dengan pelbagai ‘pemberian’
ini, rakyat umumnya sedang menyaksikan gelagat kepimpinan Umno-BN yang
semacam cacing kepanasan mutakhir ini," katanya lagi.
Bagi beliau, masa untuk berubah telah sampai.
"Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? dan Mampukah Pakatan mengisi pengharapan rakyat nanti?" soal Dr Dzul.