Tuesday, August 14, 2012

Hudud: DAP Tentang, Umno Tolak..

Oleh
Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS



Pendahuluan: Sumber memahami ajaran Islam

SESIAPA sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram.  

Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.

Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam di antaranya hukum Hudud. Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk berbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat. Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka.

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120 :
  • Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.

Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, diantaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan.Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.

Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah.Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat :14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi:
  • Maksudnya: Orang-orang  A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: “Kami telah Islam”. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam

Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah : 42) :

  • Maksudnya: Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan  bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar ditanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.

Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya.Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.

Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.

PAS dan dasarnya

PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza. Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : 
  • “Orang Islam itu wajib bertanggungjawab diatas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal”.

Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir.  Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir.  Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
 

Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini. Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.

Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud. Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud. Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu  hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah  dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum. 


Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO.Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini.Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan “Hudud PAS” atau “belum tiba masanya” walau pun berlalu masa setengah abad. PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. 

Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA dibawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.

Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum.Dengan jasa baik YBM Tengku Razaliegh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama.Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab.Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti. 


Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan dibawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?

Hudud ditolak oleh UMNO

Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO.  Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah  oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan.Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah dibawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. 


Di mana salahnya PAS? Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. 

DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.  Hakikatnya ialah tema “Hudud” ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini !
 

Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.

PRESIDEN PAS

Meugang. Masyarakat Aceh Sambut Puasa & Raya

 Sejumlah warga memadati pusat pasar meugang tradisional Inpres Lhokseumawe, Propinsi Nanggroe Aceh Darussalam 

Meugang

Makmeugang atau Makmuegang atau Meugang adalah salah satu tradisi yang ada dalam masyarakat Aceh sejak berabad lalu. Iaitu acara membeli daging, memasak daging dan menikmatinya bersama-sama, baik dengan keluarga bahkan ada yang mengundang anak yatim untuk menikmati kebersamaan hari meugang ini.

Tradisi ini dilakukan tiga kali dalam setahun :

1. Menjelang bulan Puasa atau bulan Ramadhan
2. Menjelang Hari Raya Idul Fitri
3. Menjelang Hari Raya Idul Adha

Hari Makmuegang telah ada sejak berabad yang lalu dan biasanya dilakukan sehari sebelum bulan puasa, hari raya idul fitri dan hari raya idul adha. Namun pada masa ini, hari makmeugang secara tidak langsung sudah menjadi 2 hari. Ada meugang ubit (meugang kecil) pada hari pertama dan meugang rayeuk (meugang besar) pada hari kedua. 

Namun, tidak semua wilayah atau juga kabupaten di Aceh menerapkan hari meugangnya selama dua hari, ada juga hanya sehari saja. Yang membedakan meugang kecil dan meugang besar, hanya jumlah daging yang dipasarkan atau dengan kata lain banyaknya penjual yang turun ke pasar. Jika pada hari kedua, yakni meugang besar sudah dipastikan tempat yang dijadikan pasar dadakan, sangat ramai sekali.

Perputaran ekonomi masyarakat di hari meugang memang sangat luar biasa, banting harga, kualiti daging serta jenis daging juga mempengaruhi para pembeli yang notabennya juga warga setempat.

Hari meugang ini biasanya mulai beroperasi dari pagi hari setelah solat subuh, sampai siang hari sebelum waktu solat zuhur. Walaupun masih ada yang berjualan sekitar siang, cuma boleh kira dengan jari sahaja kerana  pengaruh waktu juga akan mempengaruhi harga.





Asal Meugang
 

Makmuegang berasal dari kata:

1. Makmue ertinya makmur. Semua elemen masyarakat Aceh, pada hari inilah dari segala elemen masyarakat dapat menikmati daging tanpa kecuali. Benar-benar satu hari yang makmur dinikamati dan dirasakan semua masyarakat Aceh, baik pejabat mahupun rakyat jelata, baik kaya mahupun yang miskin. Janda miskin mahupun anak yatim. 


Bahkan di hari makmuegang ini anak yatim kalau dapat undangan dari tuan rumah yang ingin berbagi malah mendapat amplop yang berisi wang yang diberikan oleh yang punya rumah. inilah yang dinamakan makmue…semua elemen masyarakat menikmatinya.

2. Gang ertinya Gang di dekat Pasar (Kumpulan para penjual daging yang berjualan di gang-gang pasar biasanya satu gang ini terapat puluhan bahkan ratusan lapak, tiap lapak para pedagang seluas ukuran meja. Di atas meja inilah daging sapi dipajang, sementara diatasnya dipajang bamboo tempat gantungan daging masi utuh dengan pahanya)

Tradisi hari makmuegang ini muncul bersamaan dengan penyebaran agam Islam di Aceh sekitar abad ke 14 Masehi, sesuai dengan ajaran Islam, datang hari-hari besar Islam iaitu bulan suci Ramadhan,Hari Raya Idul Fitri dan Hari Raya Idul Adha sebaiknya disambut secara meriah

Jika pada hari-hari biasa masyarakat Aceh terbiasa menikmati makanan dari darat ,sungai maupun laut, maka menyambut hari istimewa hari makmuegang ini masyarakat Aceh merasa daging sapi atau lembulah yang terbaik untuk dihidangkan.

Zaman dahulu, pada hari Meugang, para pembesar kerajaan dan orang-orang kaya membagikan daging sapi kepada fakir miskin. Hal ini merupakan salah satu cara memberikan sedekah dan membagi kenikmatan kepada masyarakat dari kalangan yang tidak mampu. Dan tradisi masih juga dilakukan oleh sebahagian orang-orang kaya, sementara orang yang berpenghasilan pas-pasan paling tiding mengundang anak yatim kerumahnya.

Sebuah pepatah Aceh yang tidak dapat dipisahkan di hari makmuegang bahkan sudah berlaku berabad-abad yang lalu cukup tepat untuk menggambarkan betapa hari makmuegang bagi masyarakat Aceh merupakan hari yang sangat penting dan istimewa. Hari di mana kebahagiaan dapat diwujudkan dengan cara menikmati daging secara bersama-sama juga sebagai wujud mensyukuri nikmat rezeki selama setahun itu,

“ SI THOEN TAMITA, SI UROE TA PAJOH ”Ertinya : Setahun kita mencari rezeki/nafkah,sehari kita makan/nikmati

 Yang menjadi momok masyarakat untuk meugang seperti yang dikutip dari Kompasiana memang tidak lain dan tidak bukan adalah masalah harga yang terus melambung tinggi, saat pagi pasar dadakan meugang dibuka harga sejumlah daging melonjak cukup tinggi di atas 100 ribu per kilo.

Namun, tidak semua penjual daging memiliki harga yang sama, disinilah kadang terjadi perang harga antara penjual dalam menarik minat pembeli. Dalam sehari meugang, untuk wilayah tertentu banyak sapi yang dihabiskan hingga mencapai seratus lebih. Sangat beda dengan hari-hari biasa yang cuma perlukan 3 atau 4 sapi untuk penjualan biasa.

Memang meugang telah menjadi sebuah keperluan masyarakat Aceh dalam meneruskan tradisi nenek moyangnya. Kebiasaan meugang biasanya akan dinikmati oleh berbagai lapisan masyarakat baik mereka keluarga miskin yang tidak sanggup membeli atau juga masyarakat menengah ke atas yang nantinya membahagi-bahagikan hasil olahan dari daging tersebut untuk dibagi ala kadarnya.

Kembali pada soal harga, jika penjual sudah mulai merasa bahawa yang tinggal lapak untuk berjualan daging hanya tinggal beberapa, terutama saat sudah mulai siang atau akan kelihatan sore. Harga yang ditawarkan akan drastis turun sampai 50 ribu per kilo dilepasnya untuk menghabiskan sisa daging yang dimiliki oleh penjual.



Kesimpuan

Seperti yang dikutip dari Bulletin Lamuri Online Perayaan Meugang memiliki beberapa dimensi nilai yang berpulang pada ajaran Islam dan adat istiadat masyarakat Aceh:

1.Nilai Agama
 

Meugang yang dilaksanakan sebelum puasa merupakan upaya untuk mensyukuri datangnya bulan Ramdhan yang penuh berkah. Meugang pada Hari Raya Idul Fitri adalah sebentuk perayaan setelah sebulan penuh menyucikan diri pada bulan Ramadhan. Sementara Meugang menjelang Idul Adha adalah bentuk terima kasih kerana masyarakat Aceh dapat melaksanakan Qurban.

2.Nilai Sedekah atau Nilai berbagi sesame

 
Sejak zaman Kerajaan Aceh Darussalam, perayaan Meugang telah menjadi salah satu momen berharga bagi para dermawan dan petinggi istana untuk membagikan sedekah kepada masyarakat fakir miskin. Kebiasaan berbagi daging Meugang ini hingga kini tetap dilakukan oleh para dermawan di Aceh. 


Tidak hanya para dermawan, momen datangnya hari Meugang juga telah dimanfaatkan sebagai 'ajang kampanye' oleh calon-calon wakil rakyat, calon pemimpin daerah, mahupun partai-partai di kala menjelang Pemilu (piihan raya umum Indonesia) . Selain dimanfaatkan oleh para dermawan untuk berbagi rezeki, perayaan Meugang juga menjadi hari yang tepat bagi para pengemis untuk meminta-minta di pasar mahupun pusat penjualan daging sapi.
Para pengemis ini meminta sepotong atau beberapa potong daging kepada para pedagang. Ini berkaitan dengan terbangunnya nilai sosial atau kebersamaan.
3. Nilai Kerbersamaan
 

Tradisi Meugang yang melibatkan sektor pasar, keluarga inti mahupun luas, dan sosial menjadikan suasana kantor-kantor pemerintahan, perusahaan-perusahaan swasta, serta lembaga pendidikan biasanya akan sepi sebab para karyawannya lebih memilih berkumpul di rumah. Orang-orang yang merantau pun bakal pulang untuk berkumpul menyantap daging sapi bersama keluarga. 

Perayaan Meugang menjadi penting kerana pada hari itu akan berlangsung pertemuan silaturrahmi di antara saudara yang ada di rumah dan yang baru pulang dari perantauan. Pentingnya tradisi Meugang, menjadikan perayaan ini seolah telah menjadi kewajiban budaya bagi masyarakat Aceh. 

Betapa pun mahal harga daging yang harus dibayar, namun masyarakat Aceh tetap akan mengupayakannya (baik dengan cara menabung atau bahkan terpaksa harus berhutang), sebab dengan cara ini masyarakat Aceh dapat merayakan kebersamaan dalam keluarga. Dengan kata lain, melalui tradisi Meugang masyarakat Aceh selalu memupuk rasa persaudaraan di antara keluarga mereka.

4. Menghormati Orang Tua

 
Tradisi yang telah kita diskusikan di atas tidak hanya merepresentasikan kebersamaan dalam keluarga, namun juga menjadi ajang bagi para menantu untuk menaruh hormat kepada mertuanya. Seorang lelaki, terutama yang baru menikah, secara moral akan dituntut untuk menyediakan beberapa kilogram daging untuk keluarga dan mertuanya. Hal ini sebagai simbol bahawa pria tersebut telah mampu memberi nafkah keluarga serta menghormati mertuanya. 


Tidak hanya para menantu, pada hari Meugang para santri (murid-murid yang belajar agama) pun biasanya akan mendatangi rumah para guru ngaji dan para teungku untuk mengantarkan masakan dari daging sapi sebagai bentuk penghormatan. Begitu pentingnya nilai penghormatan terhadap orang tua telah mengkondisikan tradisi tersebut tidak mungkin untuk ditinggalkan. 

Jika ditinggalkan hidup menjadi terasa tidak lengkap dan dan muncul perasaan terkucil.
Pelaksanaan tradisi Meugang secara jelas telah menunjukkan bagaimana masyarakat Aceh mengapresiasi datangnya hari-hari besar Islam. Tradisi ini secara signifikan juga telah mempererat relasi sosial dan kekerabatan di antara warga, sehingga secara faktual masyarakat Aceh pada hari itu disibukkan dengan berbagai kegiatan untuk memperoleh daging, memasak, dan menikmatinya secara bersama-sama. 


Selain dampak penguatan ikatan sosial warga di tingkatan gampong dan tempat kerja (kantor), nampak pula dampak signifikan dari tradisi ini di ranah pasar, iaitu aktivitas jual-beli daging yang meningkat tajam. Selamat hari makmeugang..selamat menikamati hari kebersaman saat memakan daging sapi yang terbaik bersama keluarga dan warga. (IH)

4 Tips Ringkas Menuju Lailatul Qadar

KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

http://mutiaraislam.files.wordpress.com/2009/09/malam-lailatul-qadar-9.jpg?w=390&h=364&h=292
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/07/doa10terakhirramadhan.png?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/07/pertampunan.png?w=300

Sila berkuliah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Bikini Show Dalam Pesawat. Tidak Wajar..


Bikini show di maskapai Vietjet AirBikini show di Vietjet Air (Youtube)

HO CHI MINH: Anak-anak kapal pesawat Vietnam, VietJet Air, memilih cara unik merayakan penerbangan perdana dari Ho Chi Minh City ke pantai eksotis Nha Trang, peragaan pakaian bikini. Namun acara di atas pesawat itu berbuntut denda kerana dianggap mengabaikan keselamatan penumpang.

Pelayan VietJet Air didenda oleh Badan Penerbangan Awaam Vietnam sebesar 20 juta dong kerana melanggar peraturan penerbangan lokal. Peristiwa ini terjadi pada awal Ogos 2012 lalu semasa merayakan penerbangan perdana menuju Nha Trang.

"Mereka mengadakan pertunjukan yang tidak disetujui otoriti di dalam pesawat," kata Ketua Inspektur Badan Penerbangan Awam Vietnam, Nguyen Trong Thang Seperti dilapor The Telegraph Ogos 2012.

Lima perempuan berasal dari pusat kecantikan Vietnam berlenggok di dalam lorong pesawat selama tiga minit dengan hanya menggunakan bikini. Para penumpang tidak menyia-nyiakan momen tersebut dengan merakam adegan tersebut dan mengunggahnya dalam situs Youtube.

Nguyen Trong menjelaskan dengan membolehkan penumpang untuk menggunakan telefon seluler dalam pesawat dan mengunggahnya dalam Youtube bererti anak kapal tersebut tidak mentaati aturan keselamatan penerbangan dimana penggunaan telefon bimbit tidak dibolehkan selama penerbangan berlangsung.

Syarikat penerbangan di negara-negara bertamaddun dan negara umat Islam perlu ambil perhatian. (IH)

Monday, August 13, 2012

Hukum Potong Tangan Pencuri Di Mali

Militan Mali mengamputasi tangan pencuri


BAMAKO: Kelompok militan di Mali memotong tangan seorang pencuri ternak di utara Kota Ansongo, Khamis 9 Ogos 2012. Kes ini merupakan kes pertama kali sejak penerapan syariat oleh kelompok pemberontak di wilayah utara.

"Orang-orang kami memotong tangan pencuri setelah mengadili berdasarkan bukti penyokong.. Mereka melakukannya berdasarkan syariat," kata tokoh Movement for Oneness and Jihad in West Afric (Mujwa), Aliou Toure, yang dikutip dari berita Reuters.

Mujwa merupakan salah satu kelompok militan Islam yang menguasai wilayah utara sejak April yang lalu, setelah mengkudeta pemerintah di Ibukota Bamako. Selain Mujwa, wilayah ini juga dikuasai oleh pemberontak Tureg. Sementara itu, pejabat Mujwa lainnya, Mohamed Ould Abdine mengatakan amputasi ini sesuai dengan 'hukum Tuhan'. "Syariat mengajarkan ini," katanya seperti lapran BBC.

Eksekusi potong tangan ini disaksikan oleh orang ramai, lelaki, wanita, orang dewasa, hingga anak-anak. Sejumlah orang yang berkerumun di lapangan tempat eksekusi. Sebahagian dari mereka memohon kepada para pemberontak untuk membatalkan eksekusi ini. Namun permohonan itu sia-sia.

Eksekusi tetap dilakukan. Darah berceceran setelah eksekusi itu. Kelompok pemberontak ini telah bersumpah akan menerapkan hukum syariat ini, meski mendapat tentangan dari masyarakat Muslim setempat. (IH)

Salah satu mausoleum yang terdapat di Timbuktu, Mali
Salah satu muzium yang terdapat di Timbuktu, Mali (rp-online.de) Kaum militan Islam bersenjata menghancurkan muzium dan makam para wali berusia ratusan tahun di Timbuktu, Mali, kompleks bangunan yang digezetkan Unesco sebagai situs warisan dunia.  

Lailatur Qadar & Rohingya Myanmar

Rohingya Muslims who fled Burma to Bangladesh to escape religious violence, sit in a boat after being intercepted crossing the Naf River by Bangladeshi border authorities. Pic: AP.

KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

Namakan apa sahaja yang sedang berlaku pada umat Islam Rohingya di Burma dengan pelbagai nama, pembersihan etnik, perselisihan saudara, pertembungan agama, penganiayaan hak asasi, atau apa sahaja nama yang boleh mendefinisikan keadaan semasa di Burma, isunya yang lebih utama adalah di mana kita selaku saudara seaqidah mereka?

Sabda Rasulullah SAW,  
  • “Barang siapa yang tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka.”

Mungkin kita kini sibuk mengejar Lailatul Qadr, bertelingkah malam ke berapa Lailatul Qadar, sibuk membuat persiapan raya dengan langsir dan kerusi baru, ada yang sibuk dengan persiapan untuk pilihan raya, ada yang sibuk mengira-ngira apakah yang mahu dibeli untuk dibuat juadah berbuka puasa hari ini esok lusa tulat, ada yang masih berkelahi raya tahun ini nak pakai baju raya tema warna apa, ada yang berbalah nak beli lemang jagung atau lemang tak berjagung, ada pula yang sedang sibuk mengejar khatam Quran sementara berbaki Ramadan yang mulia ini.

Pada yang sudah berjaya mengkhatam Quran, tahniah, sekiranya kita sudah khatam Quran, bukankah sepatutnya pula kita sudah melompat pula ke satu tingkat yang lebih tinggi? Memahami pula apa yang dibawa oleh Quran? Bukankah Quran ini arahan daripada Allah untuk kita hidup bahagia di atas bumi ciptaan-Nya ini? Tidakkah Quran telah menyatakan dalam Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:
  • “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Umat Islam Rohingya memerlukan bantuan, sepertimana di Syria, Palestin, Afghanistan, dan di mana-mana sahaja umat Islam menetap di muka bumi Allah ini, mereka memerlukan perhatian saudara seaqidah mereka. Pemecahan tembok nasionalisme ini tidak akan pernah menyingkirkan kesatuan aqidah kita dengan mereka. Kezaliman yang dirasakan mereka dirasakan juga oleh kita. Cubit peha kanan, satu badan terasa sakit. Tidak ada perbezaan antara kita dan umat Islam di mana ceruk bumi sekalipun.

Jangan buat-buat buat tidak tahu saudara kita di tempat lain menderita kehidupannya dengan kita bergelak ketawa menikmati hidangan berbuka puasa yang bertimbun timbun di atas meja. Jangan menafikan hak saudara seaqidah kita ke atas kita. Jangan tidak sekalipun terlintas di hati kita untuk membantu mereka hatta dengan sebiji kurma yang kita genggam untuk dijadikan sunnah berbuka puasa.

Cukuplah kita jadi penakut kepada kezaliman di negara sendiri, cukuplah kita jadi buta kepada nasib saudara seaqidah kita di atas bumi Allah, cukuplah kita hanya jadi penonton apabila Islam dihina dan dikeji, cukuplah kita jadi bakhil kepada perjuangan Islam, cukuplah kita sekadar menjadi pendengar, cukuplah kita hanya sekadar menjadi orang yang kagum kepada kerajaan Turki yang telah mendahului kita memberikan bantuan kepada umat Islam Rohingya.

Cukuplah kita sekadar berbincang di kedai kopi tanpa amal Islami, cukuplah wahai saudaraku, cukuplah semua ini. Cukuplah jadikan hidup anda hanya untuk mencari makan dan mencari tempat untuk berteduh. Cukuplah kita sekadar menjadi buih-buih di lautan yang cintakan dunia dan takutkan mati. Cukuplah. Jadikanlah Ramadan ini, satu industri mega yang pada akhirnya nanti, industri ini akan berjaya menghasilkan “hasil” matlamat Ramadhan yang sebenar-benarnya iaitu insan yang bertaqwa.

Siapa insan yang bertaqwa ini? Allah berfirman yang bermaksud:
“Bukanlah dianggap kebajikan itu hanya sekadar menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah 
  • beriman kepada Allah, 
  • hari kemudian, 
  • malaikat-malaikat, 
  • kitab-kitab, 
  • nabi-nabi 
  • dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, 
  • anak-anak yatim, 
  • orang-orang miskin, 
  • musafir yang memerlukan pertolongan, 
  • dan orang-orang yang meminta-minta 
  • dan memerdekan hamba sahaya, 
  • mendirikan solat 
  • dan menunaikan zakat, 
  • dan orang-orang yang menepati janji apabila dia berjanji 
  • dan orang-orang yang sabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di dalam peperangan. 
Mereka itulah orang-orang yang benar keimanan mereka dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah : ayat 177)

(Diangkat dai Izwan Noor -Hrkh)

Sila berkuliah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Bina Bandar Unt Wanita, Saudi Gabung Syariah....




RIYADH: Arab Saudi merancang membina sebuah bandar baru, khusus untuk wanita dalam usaha menggabungkan undang-undang syariah dengan wanita yang cenderung untuk berkerja. Lembaga Hartanah Perindustrian Saudi (Modon) diminta membangunkan bandar kontroversi itu, menjadikan negara itu selari dengan dunia moden yang lain.


Bandar berkenaan kini direka dan pembinaan akan dimulakan tahun depan.  Ia diharap akan membolehkan wanita bekerja tanpa melanggar undang-undang Islam negara itu. Bandar yang dirancang dibina di Hafuf, wilayah timur Arab Saudi itu dijangka menarik pelaburan sebanyak 500 juta riyal (RM410 juta) dan mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dalam industri tekstil, farmasi dan industri memproses makanan.

Meskipun undang-undang syariah Arab Saudi tidak melarang wanita bekerja, angka menunjukkan mereka hanya mewakili 15 peratus tenaga kerja negara itu.  Rancangan berkenaan selari dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada wanita memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan negara.  Antara matlamatnya ialah mewujudkan peluang pekerjaan, khususnya untuk golongan wanita muda.

Bandar perindustrian yang sedia ada di negara itu sudahpun mempunyai kilang yang dimiliki wanita serta syarikat yang mengambil sebahagian kecil pekerja wanita.  “Kami kini berusaha untuk mewujudkan bandar perindustrian kedua untuk wanita.
Kami mempunyai rancangan untuk membina beberapa industri untuk wanita saja,” kata Timbalan Ketua Pengarah Modon, Saleh Al-Rasheed. - TG

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails