Wednesday, August 22, 2012

Beza Kerjasama Komponen BN Dg PR -Abd Hadi

Abdul Hadi disambut ketika hadir pada sesi dialog anjuran Pas Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU – Pas mendakwa kerjasama dijalinkan parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) tidak fokus terhadap dasar dan konsep Islam, berbeza dengan apa dilakukan komponen Pakatan Rakyat (PR).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, percampuran politik yang terjalin antara Umno, MCA dan MIC tiada kaitan dengan agama Islam dan tidak menekankan perkara itu sebagai asas utama dalam menjalinkan kerjasama.

“Kerjasama Pas dan DAP adalah kerjasama berasaskan agama Islam yang dinyatakan Rasulullah SAW, iaitu Islam wajib melaksanakan syarat-syarat dimeterai, kecuali syarat menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

“Walaupun fahaman berbeza, tidak sama, tetapi  ada persamaan berasaskan kemanusiaan. Disebabkan dasar kemanusiaan inilah, Islam benarkan kita bekerjasama dengan pihak lain,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai sikap terlalu tolak ansur orang Melayu sehingga ada pihak lain ambil kesempatan dan status hubungan Pas serta DAP pada sesi dialog dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Perantau anjuran Badan Perhubungan Pas Terengganu, semalam.

Menjawab pertanyaan berhubung dakwaan sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang melakukan diskriminasi dengan membuang pekerja Melayu, Abdul Hadi mendakwa, ia berlaku kesan pemerintahan BN di negeri itu sebelum ini.

“Lebih 90 peratus pegawai dilantik ketika mereka memerintah lebih mementingkan politik daripada tanggungjawab pentadbiran. Sebab itu tidak mustahil DAP di Pulau Pinang juga menghadapi perbuatan tidak dipilih oleh BN semasa pemerintahan mereka,” katanya.

Beliau berkata, tidak mudah untuk DAP memerintah sekiranya saki baki parasit politik masih wujud.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, beliau masih belum menerima maklumat mengenai kes itu dan akan melakukan siasatan bagi memastikan sama ada ia benar-benar berlaku.(SH)

Ditipu Penjual Beg Tangan Melalui Internet..



LEONG (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berhubung pembelian barangan tiruan sambil diperhatikan oleh Alex di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk yang dijual adalah tiruan. Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga murah ke atas produk tersebut menyebabkan pembeli mudah tertipu dengan produk tiruan tersebut.

“Selain harga murah, butik-butik dalam talian juga menawarkan pilihan yang banyak dengan potongan harga hingga 50 peratus.
“Ini telah menarik minat pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut tanpa mengetahui ia adalah tiruan. Ini memberi peluang kepada peniaga untuk memperdaya pelanggan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Dalam hal ini, beliau menarik perhatian mengenai kes pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan baru-baru ini yang diperdaya oleh sebuah butik dalam talian yang menjual beg berjenama tiruan pada harga ribuan ringgit. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul begitu apakah kementerian berkaitan tidak mampu bertindak?

Lihat sebelum ini?
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Gadis 'Ting-ting' Cara Baru Gadai Maruah.

KELIHATAN sekumpulan wanita dipercayai gadis ‘ting-ting’ berkumpul di kaki lima kedai di Kampung Air, Kota Kinabalu.


KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.

Dikenali dengan gelaran ‘ting-ting’, godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan. Modus operandi yang dilakukan cukup mudah iaitu hanya berdiri di kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya berbaju ketat dan berseluar pendek.

Tinjauan Kosmo! di kawasan popular di sekitar Kampung Air dekat sini mendapati rata-rata gadis yang dipercayai menawarkan khidmat seks palsu itu berusia belasan tahun serta berasal dari Filipina dan Indonesia. Sumber memaklumkan, kepintaran gadis-gadis itu bermula pada detik pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Ting-ting' godaan gadis jalanan, samada sudah terjebak dalam perlakuan (bukan perkhidmatan) najis zina atau tidak, itu adalah mungkin cara baru gadai maruah. Muncul lagi virus penyakit sosial yang akan merosakkan masyarakat.

Inilah hasil dari produk tarbiah pemerintah BN yang melaksanakan pembangunan ekonomi insan tanpa kira 'halal-haram' menurut semua agama di Malaysia ini..

Tuesday, August 21, 2012

Tv Islam Pertama Di Rusia, Cuma M'sia Bengap..


Pemimpin Redaksi Al-RTV, Rustam ArifdzhanovPemimpin Redaksi Al-RTV, Rustam Arifdzhanov (AL-RTV)

KL 21 Ogos 12: Saluran Tv Islam pertama di Rusia, Al-RTV, telah ke udara. Siaran Al-RTV mencakup lapan wilayah Rusia: Bashkortostan, Tatarstan dan enam republik di kawasan Kaukasus Utara. Al-RTV didirikan oleh organisasi Muslim terbesar di Rusia, untuk mempromosikan nilai-nilai agma dan spiritual Islam.

Al-RTV dilancarkan pada hari Minggu kelmarin, bertepatan dengan perayaan Idul Fitri. Saluran tv ini berada di bawah sebuah dewan umum yang mencakup perwakilan dari semua organisasi Islam di Rusia. Pemimpin Redaksi adalah Rustam Arifdzhanov, yang juga merupakan wakil presiden Akademi Eropah-Asia untuk televisyen dan radio Rusia.

"Dari hari pertama kami beroperasi, kami adalah sebagai saluran TV publik," kata Arifdzhanov dalam wawancara dengan berita RIA Novosti.

Biaya saluran tv ini akan disokong oleh sumbangan peribadi dan hibah dari pemerintah. Rencananya, pihak Al-RTV akan memperluas cakupan siaran ke kawasan lain di Rusia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuma perkembangan media di Malaysia sahaja yang masih bengap dan tdak berkembang bebas seperti di negara komuis tersebut. Buktinya, Kelantan hendak laksanakan radio sendiri pun masih dihalang. (IH)

Intip Kehidupan Kaum Penternak Rusa..

Salah satu anak Suku Nenets di Rusia,(21/02/2012).Foto:REUTERS/Anton Golubev
UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
 

Rasa Cinta Digambarkan Pada Mangga Di Pagar Ini

GAMBAR fail menunjukkan 'mangga cinta' yang terdapat di Jambatan Pont des Arts di Paris pada 4 Oktober 2010. - AFP

PARIS - Pihak berkuasa Dewan Bandar Raya Paris tidak melarang orang ramai meletakkan 'mangga cinta' di beberapa jambatan di Sungai Seine di sini. 'Mangga cinta' itu diletakkan di pagar jambatan atau di tempat awam lain oleh pasangan lelaki dan perempuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.

"Kami membenarkan fenomena itu berdasarkan perasaan kasih sayang," kata jurucakap dewan itu, Damien Steffan kepada agensi berita AFP.

Kebanyakan pasangan itu membuang kunci tersebut tetapi sebahagian lagi menyimpannya untuk anak-anak mereka. Pada mangga itu, tertera kata-kata cinta. Seorang pelancong, Suzan Field dari negeri Nevada, Amerika Syarikat menyatakan, dia dan suaminya meletakkan mangga tersebut di jambatan Pont de l'Archeveche di sini dua tahun lalu. Menurutnya, dia merancang untuk memeriksa mangga itu setiap dua tahun. - Agensi

Nik Aziz Berkhutbah: "Carilah Nabi Melayu..."


KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’. Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

“Namun oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku, politik suku’ itu betul,” katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari.

'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah. Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini. Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’. Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab.

"(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah ‘dunia akhirat’ pada rangkaian ucapan  ‘Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin’.

Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu ‘akhirat’.

“Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih baca, teringatkan akhirat.

“Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu ‘akhirat’,” ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak. Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia. (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails