Saturday, October 06, 2012

Hidup Melayu P/Pg, Bakar Baju UMNO!

Panas!! Ketua Cawangan Umno bakar baju Umno

MARAH apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.

Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.

Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.  Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.

















Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. “Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?” soal Talib.


















“Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri”

Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.

Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?

Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..

Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..

















Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!
 (Hrkh/ http://darisungaiderhaka.blogspot.com)

Acara Masak Berbogel Di Hongkong Secara LIVE



BANYAK cara untuk menggamit penonton demi mengejar rating selangit. Di Hong Kong, misalnya, salah satu stasyen televisyen dikatakan membuat penonton terliur. Nama acaranya, Icefire Kitchen. Menghadirkan model dan aktris hot asal Hong Kong, Flora Cheung, sebagai juru masaknya (chef).

Soal masak-memasak bukan jadi menu utamanya. Tapi pihak produser menonjolkan Cheung sebagai jualannya. Ya, bintang berusia 26 tahun yang namanya tengah bersinar itu bertindak sebagai chef. Cuma semasa membawa acara, Cheung kerap tampil menggoda dengan menanggalkan pakaiannya.

Hadirnya tayangan tersebut, sempat memunculkan pro-kontra. Ada kalangan menilai tontonan tersebut sangatlah mem'bodoh'kan dan hanya menjual syahwat semata. Kritikan dan hujatan pun dilayangkan kepada Cheung. Cheung tidak peduli orang ramai, ia cukup aman dengan lakonannya.

"Setengah orang berfikir, ini cara busuk untuk dapatkan wang, tetapi saya tidak sependapat dengan anggapan itu. Ini hanya pertunjukan. Orang-orang beragam menanggapi pertunjukan memasak saya. Ada yang positif, ada juga yang berfikiran negatif. Tetapi kerana pro-kontra ini, saya malah menjadi terkenal," ujar Cheung bangga.

Jebolan ilmu komputer Universiti Sydney ini mendakwa acara memasak yang dihadirnya adalah terobosan yang unik dan berani. "Kami ingin lelaki belajar bagaimana memasak, memasak bersama pasangannya dan menemukan gairah baru dalam hidupnya," leter Cheung.

Meski cacian dialamatkan kepadanya berkait aksinya itu, namun Cheung terus merancang melanjutkan acara gagasannya itu pada tahun mendatang. "Kami akan melanjutkan lebih banyak episode Icefire Kitchen tahun akan datang," ujarnya.

Melalui tersebut, nama Cheung mulai kesohor. Selama 13 tahun ia menetap di Australia. Beberapa tahun belakangan ini, ia memutuskan untuk berkarier di kampung halamannya sebagai seorang model dan bintang filem.

Seperi diwartakan Asiaone.com. Cheung menyukai pekerjaannya sebagai seorang model dan pemain filem. Ia mengaku tidak akan ragu-ragu berpose mencabar dan terlibat filem yang 'sedikit nakal'. "Takde masalah selama adegan itu bukan adegan betul-betul. Kalau sekedar tampil polos (bogel), saya tak kisah." jelasnya.


Maaf kerana terlalu fulgar jadi Videonya tidak di Thread disin.

Begitulah contoh cara berfikir salah, yang tidak Islamik. Takpe kerana dia bukan Islam dan berlaku dalam negara yang tidak mengaku negara Islam. Tetapi cara berfikir begini sudah wujud di negara ini, terutama kepada artis-artis atau selebriti yang salah fahan mengenai Isam. Sanggup jadi artis atau selebriti yang tidak bertindak Islamik, ertinya melakukan aktiviti yang tidak selaras dengan kehendak Islam.

Bahkan disokong oleh pemerintah yang seolah-olah menyokong Islam tetapi melaksanakan amalan yang merosak Islam. Sering menyebut 'Insya Allah' dalam perbuatan-perbuatan yang tidak Islamik.Tukang hebah tv wanita yang memberi salam kepada orang ramai hukumnya 'sunat', sedangkan tidak pakai pakaian menurtup aurat itu 'haram' hukumnya.

Apa lagi bila ditambah dengan perangai kerajaan doktrin 'menghalalkan cara' dan 'asal dapat duit tidak peduli 'hala-haram'?  Bercelaru habis kefahaman dan perlaksanaan Islam di negara ini...(IH)

Friday, October 05, 2012

Sokong Kembalikan Cuti Jumaat, Hak Umat Islam..


KL 5 Okt 12: Weblog Ibnu Hasyim menyokong saranan Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, yang mngharap supaya dikembalikan kebesaran cuti hari Jumaat. 

"Ini hak umat Islam, ingin bebas menunaikan ibadat di negaranya sendiri." Jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim (gambar). "Kerajaan sepatutnya prithatin dan akur atas tuntutan rakyatnya."

Lihat Harakah hari ini, tulis Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, katanya..

"Sedar atau tidak, kita agak tersasar daripada membesarkan kebesaran Islam itu sendiri iaitu hari Jumaat yang sepatutnya menjadi hari 'Saidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari. Banyak keberkatan serta keistimewaannya yang sepatutnya kita tempatkan ditempat sewajarnya hinggakan dalam al-Quran surah 'Jumaah' menceritakan dan menekan betapa hari Jumaat itu dimuliakan oleh mereka yang mengaku beragama Islam.

"Pada hari Jumaat bapa segala manusia, Nabi Allah Adam dicipta oleh Allah SWT. Pada hari Jumaat jugalah Nabi Adam diturunkan kedunia serta pada hari Jumaat jugalah akan berlakunya kiamat. Hari Jumaat adalah hari kebesaran Islam hingga dianggap sebagai hari keberkatan dan lebih besar lagi fadilatnya berbanding Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha.

"Kita digalakkan beramal sebaik mungkin bermula dari malam Jumaat hingga sampai menunaikan solat Jumaat. Banyakkan berselawat, berzikir dan bersedekah serta membuat sunat-sunat yang lain termasuk membersihkan diri saperti memotong kuku dan mandi sunat Jumaat serta memakai pakaian bersih dan wangian-wangian mengikut sunnah sebelum pergi ke Masjid. Digalakkan juga supaya hadir ke Masijid seawal yang boleh untuk beribadah melakukan yang sunat-sunat yang lain." Menurut beliau.

"Kalau pihak kerajaan masih berdegil, hukum BN dalam PRU 13 akan datang. Tunggu apa lagi?" Komen weblog Ibnu Hasyim. (IH)



Paus Terdampar Jadi Lauk.. Tidak Membazir


BEBERAPA penduduk melihat bangkai ikan paus pilot yang terdampar di pantai Pulau Savu di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia semalam.
SAVU, Indonesia - Penduduk tempatan di sebuah pulau terpencil di timur Indonesia semalam melapah beberapa ekor ikan paus pilot untuk dijadikan makanan selepas 41 ekor mamalia itu mati terdampar, kata beberapa pegawai.

Sejumlah 44 ekor ikan paus pilot terdampar pada malam kelmarin di pantai Pulau Savu di wilayah Nusa Tenggara Timur, yang mengamalkan budaya memburu paus untuk dijadikan makanan.

"Penduduk tempatan telah memotong kira-kira 11 ekor ikan paus setakat ini dan mungkin dagingnya dijadikan lauk," kata ketua pejabat perikanan Savu, Dominggus Widu Hau kepada agensi berita AFP.

Ketika nelayan tempatan menjumpai paus-paus itu sebelum tengah malam kelmarin, ia masih hidup. Namun, sudah terlewat dan orang tidak cukup untuk menolaknya kembali ke laut. Berpuluh-puluh orang termasuk nelayan, tentera laut dan pegawai polis bertungkus-lumus sehingga tengah hari semalam untuk memastikan tiga ekor paus yang terselamat terus hidup.

"Kami berjaya menolaknya kembali ke kawasan perairan, tetapi ia kembali ke pantai," tambah Hau.

Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta mengenal pasti mamalia yang terdampar kira-kira 150 meter dari pantai sebagai ikan paus pilot. Kata Hau, semua ikan puas yang terdampar itu berukuran antara dua hingga lima meter panjang .- AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bagus! Tidak membazir, membantu rakyat miskin dapat makan sedap.. Alhamdulillah.

Gadis Diculik Semasa Ke Sekolah 1 T/Hari...

TRAUMA...mangsa menceritakan detik cemas kepada wartawan Harian Metro.
TRAUMA...mangsa menceritakan detik cemas kepada wartawan Harian Metro.

Remaja diculik tiga lelaki guna van putih
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang remaja perempuan berpura-pura pengsan selepas dipukul tiga lelaki yang menculiknya dalam sebuah van menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol, bunuh dan bakar dalam kejadian di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun berjalan keseorangan ke sebuah sekolah di kawasan berhampiran untuk menjemput sepupunya berusia lapan tahun pulang apabila tiba-tiba van putih berhenti dan terus menariknya masuk ke dalam kenderaan itu.

Bagaimanapun, selepas 500 meter perjalanan, mangsa berpura-pura pengsan sejurus dipukul sebelum berjaya melarikan diri ketika tiga lelaki terbabit keluar untuk menculik seorang lagi gadis berhampiran jambatan laluan komuter di Salak Selatan.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang ingin dikenali sebagai Iqa berkata, setiap hari dia menghantar sepupunya itu ke sekolah. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah negara ini sudah tidak aman lagi? Siapa yang tak buat kerja, polis atau pemimpin negara?



Lebih 200 Silap B/Teks, Kementerian Buta Kayu?


Tan Sri Muhyiddin


KL: 5 Okt 12: Kalaulah betul seperti apa yang disuarakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasrudin bin Hassan terdapat lebih 200 kesilapan, seolah-olah Kementerian Pelajaran Malaysia 'buta kayu' atau 'makan gaji buta', 'tak buat kerja' atau 'tak tahu nak buat kerja'!

Demikian dikutip oleh weblog Ibnu Hasyim dari sembang-sembang orang ramai sekitar Kuala Lumpur hari ini. Antara kesilapan-kesilapan tersebut ialah:

1. Sungguh memeranjatkan! Bagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan sebuah buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 yang menjadi silibus Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] mengandungi lebih 200 kesalahan utama. Kesalahan yang melibatkan nahu tatabahasa, methodologi bahasa dan susunatur bahasa dan ejaannya.

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] mahu Menteri Pelajaran bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa depan pelajar. Apakah kegagalan hampir 50% pelajar yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah khasnya Mesir adalah berpunca dari silibus yang salah?

3. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah [KBSM] Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mata pelajaran  Bahasa Arab  Tingkatan 5  yang diterbitkan oleh Cerdik Publication Sdn Bhd  [203370-D] dan dicetak oleh Percetakan Rina Sdn Bhd [31964-X].

4. Kesilapan ketara seperti ini sewajarnya tidak berlaku. Bukan sahaja ia merosakkan masa depan pelajar yang gagal menguasai bahasa arab dengan baik tetapi juga melibatkan pembaziran dengan kos yang tinggi. Justeru itu pihak kami Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengetahui berapakah jumlah cetakan buku tersebut dan berapa pula kos percetakannya? Jangan hanya kerana kelalaian atau kecuaian yang didiamkan, mengorbankan wang rakyat.

5. Sebelum ini negara telah gempar dengan sedikit kesilapan pada novel Interlok yang akhirnya mencetuskan perdebatan para saterawan negara dan cerdik pandai. Malang Kementerian Pelajaran tidak mempelajari kesilapan lalu. Akhirnya mempertaruhkan masa depan pelajar.

Diharap pihak berwajib tidak buta dan peka tidak pekak. Prihatin terhadap kritikan rakyat dan orang ramai. (IH/Hrkh)

'R' K'tan RM10.4B. Haram Makan Wang Rakyat!


 














KL: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan atau 'R' kelmarin turut menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Memorandum itu diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sejurus selesai Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat rayuan terhadap tiga tuntutan.

Tuntutan itu adalah..
  • memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.
  • Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.
  • Dalam memorandum itu, NGO 'R' membuat resolusi menuntut Datuk Seri Najib memastikan pembayaran Wang Royalti dibuat secara tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Mereka juga menuntut bayaran keseluruhan termasuk tunggakan iaitu berjumlah RM10.4 Billion dengan kadar segera mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975.

Dalam pada itu, mereka juga menggesa Perdana Menteri dan Petronas membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas di Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan hanya 140 kilometer sahaja ke Pantai Senok, Bachok.

Berbanding ke Kerteh, ianya lebih jauh dengan jarak pembinaan paip sepanjang 300 kilometer.

Menurut Pengerusi R, Nazri Deraman, pembinaan hab di Bachok itu secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan.

"Ianya juga selari dengan Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yang telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000 ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.

Pembinaan itu juga ujarnya akan membuka peluang kerja yang sangat luas sekiranya projek gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bukan saja wang bunga, judi dan lain-lain haram, rampas hak rakyat 'royalti minyak' juga haram! Mengapa mufti-majlis fatwa kerajaan bisu? Syaitan bisu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails