Thursday, November 15, 2012

Kita Mahu Muslimat Jadi Macam Rosmah -Norasyikin


Mumtaz dan Dr Mariah tergelak mendengar ucapan perwakilan

KOTA BHARU: Muktamar Dewan Muslimat hari ini menjadi gamat seketika apabila ucapan Perwakilan Beruas Norasyikin Hashim dengan tiba-tiba menyebut nama 'Rosmah' dalam perbahasannya.

Ketika membahaskan usul pembantu rumah, Norasyikin dengan loghat Peraknya mencuit hati lebih 1300 perwakilan.

"Kita mahu Muslimat jadi macam Rosmah, minta (peruntukan) apa sahaja terus dapat. Tengoklah Permata, berapa dia dapat? Kalau boleh Muslimat pun macam itu," katanya (gambar) berseloroh sambil diikuti ketawa dan tepukan gemuruh dari perwakilan.

Gelagat beliau yang beberapa kali tersasul dan tesekat-sekat untuk berucap dek disampuk oleh pengerusi tetap, namun beliau masih mampu tersenyum dan bersahaja membuatkan perwakilan ketawa.

"Apa dah? Saya dah lupa apa nak saya cakap...," katanya sambil terpinga-pinga mencari ucapan untuk sambung perbahasannya.

Sebelum itu, beliau mencadangkan agar Muslimat diberi peruntukan oleh PAS Pusat untuk merealisasikan usaha mereka bagi menubuhkan akademi pembantu rumah khususnya membabitkan warga tempatan.

Beliau juga mensyorkan agar Muslimat mewujudkan nurseri seperti Pasti yang sudah sedia ada.

"Saya cadang buat nurseri macam Pasti, biar baju sedondon. Kalau kita pergi ke rumah-rumah taklah segan. Baru glamour," katanya dikuti tepukan gemuruh perwakilan. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Muslimat Prihatin Kebajikan Terlaksana -Siti Zailah

 
KOTA BHARU - Muslimat Prihatin Kebajikan Terlaksana, tema kali  ini. Dewan Muslimat Pas Pusat menyeru seluruh perwakilan merapatkan saf perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urus tadbir parti itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff dalam ucaptamanya berkata, bila pun masanya yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri kelak, muslimat perlu sedia untuk bertempur dalam pilihan raya yang paling sengit ini.

"Walau bila pun tarikhnya, saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera Dewan Muslimat Pas untuk bersiap sedia sebaik sahaja muktamar kita selesai untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Semua aktivit Muslimat Pas Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya melaksanakan 70 peratus tumpuan program ke arah mendekati pengundi yang masih menunggu Pas bertemu dengan mereka dan golongan atas pagar yang masih belum membuat keputusan dalam pilihan raya akan datang," ujar beliau.

Menurut Zailah, muslimat memerlukan pendekatan yang lebih terkehadapan "sebagai salah satu sayap kepada Pas, Muslimat Pas mesti dilihat melepasi kepongan pemencilan."

"Ia hendaklah dilihat sebagai tenaga penting dalam semua bidang kemasyarakatan khususnya dalam memimpin pemikiran feminisme yang menepati syariat, menaikkan martabat wanita, meletakkan hak-hak wanita kembali ke tempat asalnya serta membela masyarakat wanita yang ditindas," ujar beliau lagi.

Bertemakan 'Muslimat Prihatin Kebajikan Terlaksana', Dewan Muslimat Pas Pusat yang bermuktamr kali ke-52 menggariskan enam agenda berkebajikan wanita, kesinambungan tema muktamar lalu Membangun Negara Berkebajikan.

Ia merangkumi bidang pendidikan, penglibatan dan peluang ekonomi, pendemokrasian politik, kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti, kesejahteraan sosial, pemberdayaan penguatkuasaan undang-undang dan agenda wanita muda.

Menurutnya, dasar Negara Berkebajikan yang dikemukakan oleh Pas menghayati semangat kebersamaan dan permuafakatan politik Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana yang termaktub dalam dasar bersama PR dalam Buku Jingga dan dipersetujui dalam Konvensyen PR.

Dasar tersebut ialah demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh, hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil dan setara.

Perasmian Dewan Muslimat Pas malam tadi dirasmikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - (IH/SH)

13,800 Tunai Haji Ke Makah, China Negara Islam?


IBADAT haji pada tahun ini dijatuh pada 23 hingga 27 Oktober. Menurut statistik, seramai 13,800 orang umat Islam China menunaikan fardu haji pada tahun ini. Mereka yang berasal dari bandar Lanzhou, Beijing, Yinchuan, Urmuqi, Kunming dan lain-lain, menaiki 41 penerbangan sewa khas pergi ke Arab Saudi.
Biro Agama Negara China dan Persatuan Agama Islam China mengambil beberapa tindakan dalam aspek pengangkutan, perubatan dan penginapan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih memuaskan hati kepada jemaah haji ini.
Menurut Pengarah Jabatan Pengawalan Masjid Besar Dongguan, bandar Xining, provinsi Qinghai, Ma Zhi, "Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, taraf hidup rakyat China meningkat, sekali gus jumlah umat Islam yang mampu menunaikan fardu haji juga meningkat. Hampir seramai 2,000 orang umat Islam dari provinsi Qinghai menunaikan fardu haji pada tahun ini."

Terdapat seramai 20 juta orang umat Islam di China. Kebanyakan mereka tinggal di Xinjiang, Qinghai, Gansu, Yunnan dan Ningxia. Menurut pegawai Biro Agama Negara China, pihaknya aktif bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memastikan kesemua penerbangan sewa khas selamat mendarat di Mekah. Ini membantu mengurangkan keletihan jemaah haji China. Harga tiket penerbangan juga hampir sama seperti tahun lalu.

Persatuan Islam China menghantar delegasi yang terdiri daripada 60 orang pegawai, memilih lebih 200 orang umat Islam yang berpengalman luas dari pelbagai provinsi berkenaan, dan 100 orang imam untuk memberikan perkhidmatan sebaiknya kepada umat Islam yang menunaikan fardu haji. Persatuan Islam China juga menghantar kumpulan perubatan yang terdiri daripada 52 orang doktor serta bekalan pelbagai jenis ubat-ubatan dan alat perubatan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Berita ini diangkat dari CRI Online, berita antarabangsa dari China. Apakah dengan membenarkan rakyatnya yang beragama Islam menunaikan sembahyang, menunaikan hajji di Mekah dan melaksanakan beberapa tuntutan lain, negara komunis itu boleh digolongkan sebagai negara Islam? Sedangkan penduduknya melebihi penduduk Islam di Malaysia? (IH)

Doktor Ini Buat Kebajikan Seperti Kehendak Islam..

DOHNER (kanan) berbual dengan seorang pesakit di kliniknya di Rushville pada 20 Oktober lalu.

Doktor hanya caj pesakit AS$5 di AS
RUSHVILLE, Illinois - Seorang doktor perubatan mengenakan bayaran sebanyak AS$5 (RM15.20) untuk setiap pesakit yang mahu memeriksa kesihatan mereka di kliniknya di sini. Dr. Russell Dohner yang berusia 87 tahun itu sebelum ini mengenakan bayaran hanya AS$2 (RM6.12) di kliniknya pada tahun 1955.

"Saya hanya mahu menjadi seorang doktor yang membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan," katanya.
"Saya tidak pernah berhasrat untuk memperoleh banyak wang," tambahnya.

Setiausaha doktor itu, Edith Moore mengutip bayaran pendaftaran itu. Dohner memberitahunya supaya tidak mengambil bayaran tersebut terhadap beberapa pesakit. Bagaimanapun, beberapa pesakit membuat bantahan kerana doktor tersebut enggan menerima sebarang bayaran.

"Saya akan membayar anda AS$20 (RM61.25) pada masa depan," kata salah seorang pesakit. - Agensi

Komen weblog Ibnu Hasyim: Buat kebajikan disuruh oleh Islam, kerana itu sikap doktor ini sesuai dengan kehendak Islam atau kerajaan kebajikan.

Pertandingan Janggut, Kreatifkah?



JOM KREATIF

Pertandingan janggut di Las Vegas

LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang peserta Austria, Fritz Sendlhofer memenangi pingat emas pada pertandingan janggut kategori Gerabaldi di sini pada Ahad lalu.

Dia turut memenangi Anugerah Pilihan Orang Ramai dan bonus sebanyak AS$1,000 (RM3,066).
Seorang peserta Jerman, Hans-Peter Weis memenangi pingat emas bagi kategori janggut gaya bebas. - Reuters

Lu Apa Peduli, Rosmah Menari Sesama Wanita!

Ini Dialog bila lihat video ini..
"Lu apa peduli Rosmah menari sama pompuan!! Tak pasti ada lelaki di majlis tu.." Kata seseorang.

"Tapi lebih baik dari Najib ..." Jawab yang lain. Lihat gambar ini...
Bagaimana Campur Baur Begini Dari Sudut Adap Agama Dan Adat Ketimuran?
PM Hj Najib Gembira Dengan Hari Belia
Konsert, Penyanyi  Jemputan dari Negara Luar,, Berapa Dibayar Ma..

Selatan Eropah Mogok Bantah Jimat & Cukai

BEBERAPA pekerja melancarkan mogok di sebuah landasan kereta api di Brussels.


SEJUMLAH penunjuk perasaan berhimpun pada tunjuk perasaan bagi membantah dasar penjimatan pemerintah di Rom, Itali semalam. 

Pekerja-pekerja di selatan Eropah lancar mogok
MADRID - Pekerja-pekerja di seluruh selatan Eropah melancarkan mogok bagi membantah terhadap pengumuman dasar langkah penjimatan dan kenaikan cukai yang diumumkan di empat buah negara semalam. Mogok itu menyebabkan operasi kilang-kilang dan lebih 700 penerbangan dibatalkan. Beberapa pemimpin dunia dan pakar ekonomi berkata, langkah itu dianggap perlu bagi membetulkan dasar kewangan awam selepas bertahun-tahun pemerintah terlebih belanja.

Bagaimanapun, pihak kesatuan sekerja melancarkan mogok umum di Sepanyol, Portugal, Greece dan Itali bagi membantah langkah penjimatan perbelanjaan yang dilaksanakan pemerintah. Menurut Gabungan Kesatuan Sekerja Perdagangan Eropah, mogok melibatkan empat buah negara itu dilakukan secara serentak buat kali pertama.

"Di sesetengah negara kemarahan rakyatnya sudah sampai ke peringkat kemuncak," kata setiausaha agung gabungan kesatuan, Bernadette Segol.
"Kami memerlukan penyelesaian segera bagi membolehkan ekonomi kembali ke landasan yang betul, bukan dengan mengadakan langkah-langkah penjimatan.
"Para pemimpin Eropah melakukan kesilapan besar jika tidak mendengar suara rakyat yang membuat bantahan di jalan-jalan raya," tambahnya.

Mogok itu telah menjejaskan operasi beberapa buah kilang termasuk kilang kereta Volkswagen di utara Navarra dan Ford di timur Valencia, lapor media Sepanyol.

Di Portugal, mogok telah menjejaskan perkhidmatan komuter, feri, kereta api, kutipan sampah dan kesihatan apabila 90 peratus kakitangan hospital turut menyertai bantahan yang diadakan itu. Lebih 40 buah bandar sekitar Portugal menjadi pusat bantahan terhadap dasar langkah penjimatan yang diumumkan pemerintah.

Mogok turut menyebabkan industri penerbangan terjejas teruk apabila syarikat penerbangan Iberia, Iberia Express, Air Nostrum, Vueling, Air Europa dan easyJet membatalkan lebih 600 penerbangan termasuk 250 penerbangan antarabangsa. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails