Wednesday, November 28, 2012

Ular Sawa Ini Telan Lembu, Macam Israel/HAMAS?

GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan seekor ular sawa gergasi memuntahkan seekor lembu (dalam bulatan) yang dibahamnya di sebatang sungai di Brazil.

Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya 

RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari. Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut. Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. - Agensi 

Komen Weblog Ibnu Hasyim  Macam Israel cuba telan HAMAS baru-baru ini. Israel pengganas bangsat itu mengebom HAMAS bersama-sama haramjadah Amerika Syarikat.  Cuma bedanya, HAMAS tidak mati seperti lembu itu. 

Bahkan HAMAS makin kuat. Membuat tafsiran asal Israel tersasar. Israel/AS mula terkejut, kehadiran Mesir baru, Turki dan Qatar bersama HAMAS, dengan senjata baru Iran.. Kekuatan baru pakatan mulai terserlah. Ini membimbangkan barisan nasional mustakbiran AS/Israel!

K/Pusat Nafi, RM195,000 Elaun G/Pasti -Husam


Pelajar yang menerima anugerah bergambar bersama Husam dan pimpinan Pasti negeri.

KOTA BHARU: Walaupun kerajaan Pusat nafi, sebanyak RM195,000 dibelanjakan oleh Pasti Kelantan untuk elaun bulanan kepada tenaga pengajarnya seramai 650 orang seluruh negeri dalam tempoh dua bulan tahun ini. Jumlah itu termasuk kenaikan elaun guru-guru Pasti bermula bulan ini (November-Disember) di samping bonus yang baru diperkenalkan tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan pada majlis Hari Anugerah Kualiti Pasti Negeri Kelantan dan Penyampaian Elaun Guru Pasti 2012 yang dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, di Putik semalam. Turut hadir ialah Pengarah Pasti negeri, Abdul Latif Abdul Rahman serta setiausahanya, Hafiz Musa.

Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, walaupun kerajaan Pusat menafikan hak prasekolah,  namun demi Islam PAS berjaya memajukan Pasti dengan sumber kewangan yang terhad. Katanya, mengikut perlembagaan negara, Kerajaan Pusat bertanggungjawab mengeluarkan dana kepada mana-mana pihak yang membuka prasekolah atau sekolah aliran agama yang lain.

“Namun apa yang berlaku dalam negara kita, perdana menteri serta timbalannya bukan sahaja tidak membantu, sebaliknya ingin menghapuskannya termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR),” ujarnya.

Beliau yang juga anggota exco kerajaan Kelantan seterusnya berkata kerana nawaitu yang baik demi untuk pendidikan Islam, akhirnya Pasti muncul sebagai sebuah pra pendidikan yang terkenal dan terhebat di negara ini. Sambungnya, kerana kehebatannya itu juga ia menarik minat masyarakat bukan beragama Islam untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti. (IH/Hrkh)

Gadai Ibu, Lagi BN Gagal Selesai Masaah Along


KUALA LUMPUR: Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau along.

Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu.

Menurutnya, sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an berada dalam tahanan mereka.

“Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya meminjam wang dengan mereka dan masih ada baki hutang RM10,000 yang belum dibayar.


“Luluh hati saya mendengar kata-katanya. Bila saya merayu supaya anak dibebaskan lelaki itu beritahu dia hanya akan berbuat demikian jika mendapat semula wang RM10,000 itu. (myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini buktinya, kerajaan Malaysia masih gagal menyelesaikan masalah pinjaman along, membuat rakyat miskin hidup dalam ketakutan.Tidak prihatin kepada kehidupan rakyat.

UMNO, Doa Muhyiddin, Kembali Ke Pangkal Jalan.


MUHYIDDIN berjalan memasuki Dewan Merdeka untuk perasmian serentak Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC malam tadi. Turut mengiringi beliau ialah Shahrizat (enam dari kanan), Rosnah (empat dari kanan) dan Khairy (dua dari kanan).

UMNO, sesat dihujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Contoh, sekurang-kurangnya, kalau tidak tutup aurat wanitanya, maka tutuplah, malulah kepada Allah!. -IH 

UMNO doakan orang Islam kembali ke pangkal jalan
KUALA LUMPUR - Perhimpunan UMNO malam tadi mendoakan supaya orang Islam di negara ini tidak menjahanamkan sesama sendiri, dan memohon supaya mereka yang tersasar kembali ke jalan yang diredhai.

Doa yang dibacakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu jelas menunjukkan niat UMNO jauh berbeza dengan Pas baru-baru ini yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri melafazkan doa itu pada penghujung ucapan beliau bagi merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini.

Doa Muhyiddin: "Ya Allah Ya Tuhan kami, terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami, jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai.
"Ya Allah, bimbinglah kami di jalan yang lurus, redhakanlah jalan perjuangan kami, tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah." (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, memang jelas perbedaan UMNO dengan PAS. Macam langit dengan bumi. Lihat perlembaggan PAS Fasal 3, Dasar PAS adalah Islam.(DASAR DAN TUJUAN) dan (FASAL 7 -Fasal 7 (1)(2)(3) Hukum, Kekuasaan dan MAJLIS SYURA ULAMAK). Sedangkan dasar UMNO ialah Kebangsaan (asobiaih Melayu), berdasarkan perlembagaan ciptaan penjajah Lord Reid.

Nabi SAW membawa perjuangan Islam, sedangkan masyarakat jahiliah di zamannya membawa faham kebangsaan dan qaumiah Arabiah. Kerana Islam menolak kebangsaan asobiah sempit, maka jelaslah UMNO berada di jalan yang salah dan sesat.  Oleh itu, kalau sesat ke hujung jalan, kembaiah ke pangkal jalan, wahai UMNO, kesian!

Jom Bersedekah. Tapi Tanpa Harta.. Bagaimana?

Islam dan Perilaku Sosial

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 
 
BANYAK cara  bersedekah, walaupun tiada harta. Begitu hebatnya Islam yang memberi peluang untuk seseorang dapat bersedekah meski tanpa material. Tentu saja, bagi yang merasa kaya, ia tetap dianjurkan bersedekah dengan hartanya sekaligus menambah pundi kebaikan dengan melakukan perkara-perkara lain yang bernilai sedekah tanpa harta. 

Dalam pemikiran dan masyarakat kita biasanya bila disebut sedekah tergambarlah dalam bentuk mengeluarkan wang, harta, atau apa saja yang memiliki nilai berharga. Ingat, jangan putus asa, bagi yang belum mampu, peluang masih terbuka luas. Ada banyak  bentuk-bentuk sedekah tanpa harta yang mungkin masih sedikit dari kita sudah mengetahuinya.  

Antara yang banyak itu..


1. Melakukan kebaikan: Segala bentuk kebaikan yang kita lakukan dalam hidup ini merupakan sedekah dan pelakunya dapat pahala bersedekah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda:
  • كل معروف صدقة
  • “Setiap kebaikan adalah sedekah.” (HR. Bukhari)

2. Bekerja dengan tangan. Memenuhi keperluan dengan bekerja, menjemput rezeki, termasuk kategori sedekah. Selain mendapat pahala juga terhindar dari sikap bermalas dan lepas tangan.

Bekerja dengan tangan menjadi sedekah, setidaknya untuk diri sendiri, dan menjadi suatu manfaat bagi orang lain. Rasulullah SAW mengatakan:

  • على كل مسلم صدقة قالوا يا نبى الله فمن لم يجد قال يعمل بيده فينفع نفسه ويتصدق قالوا فإن لم يستطع قال يعين ذا الحاجة الملهوف قالوا فإن لم يستطع قال يأمر بالمعروف قال أرأيت إن لم يفعل قال يمسك عن الشر فإنها له صدقة
  • “Wajib bagi setiap muslim bersedekah.”Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Nabi Allah, bagaimana kalau ada yang tidak sanggup? Beliau menjawab: “Dia bekerja dengan tangannya sehingga bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah. ” Mereka bertanya lagi: “Bagaimana kalau tidak sanggup juga?” Beliau menjawab: “Dia membantu orang yang sangat memerlukan bantuan.” Mereka bertanya lagi: “Bagaimana kalau tidak sanggup juga?” Beliau menjawab: “Hendaklah dia berbuat kebaikan (ma'ruf) dan menahan diri dari keburukan kerana itu juga berarti sedekah baginya.

3. Membantu orang lain. Di saat kita mempunyai kemampuan untuk membantu orang lain sekecil apapun bantuan itu, seperti membantu tolak keeta yang rosak. Bantu bawa barang dagangan orang lain, dan sebagainya, ini semua adalah sedekah, sedekah dalam konteks membantu orang lain. Tentukan  dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.  Tapi jangan tertipu jadi 'kaldai dadah'.


Nabi Muhammad bersabda:

  • يُعِينُ الرَّجُلَ فِى دَابَّتِهِ يُحَامِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَة
  • “Membantu orang lain mengikut kendaraan, untuk membawa atau mengangkut barang adalah sedekah.” (HR. Bukhari).

4. Amar ma`ruf nahi munkar. Amar makruf dan nahi munkar termasuk sedekah. Amar ma`ruf bererti menyuruh kepada kebaikan dan nahi munkar adalah mencegah terjadinya kemunkaran. Seseorang yang melakukan hal demikian, sejatinya ia telah bersedekah di jalan Allah.

Disebutkan dalam satu hadits:

  • وَأْمُرُكَ بِالْمَعْرُوْفِ وَنَهْيُكَ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَة
  • “Amar makruf dan nahi munkarmu adalah sedekah.” (HR. Timridzi dan Ibnu Hibban)

5. Berkata yang baik. Seseorang berkata-kata yang baik, ia telah menunjukkan salah satu manfaat sebagai manusia, juga termasuk sedekah.  Rasul bersabda:

  • وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَ
  • “Perkataan yang baik adalah sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

6. Berlaku adil. Kalau kita berlaku adil kepada orang lain dalam kehidupan ini, maka kitapun termasuk orang yang bersedekah meskipun harta tidak kita miliki, Rasulullah SAW bersabda:

  • يَعْدِلُ بَيْنَ اْلإِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ
  • "Berlaku adil antar dua orang adalah sedekah." (HR. Bukhari dan Muslim)

7. Damaikan orang bermusuhan. Permusuhan antara seseorang atau kelompok tidak boleh kita biarkan terus berlangsung, perlu dilakukan usaha mendamaikan yang berselisih dan bermusuhan. Kitapun akan dapat salah satu dari sedekah yang paling utama, Rasulullah SAW bersabda:

  • أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ إِصْلاَحُ ذَاتِ الْبَيْنِ
  • “Sedekah yang paling utama adalah mendamaikan orang yang bermusuhan.” (HR.Thabrani dan Bazzar).

8. Salam dan senyum berseri. Ini juga termasuk sedekah. Dalam satu hadits, Rasulullah SAW bersabda:
  • من الصدقة أن تسلم على الناس وأنت طلق الوجه
  • “Termasuk sebahagian sedekah adalah kamu memberi salam kepada orang lain dalam keadaan wajah berseri-seri.” (HR. Baihaqi).

9. Membimbing orang tersesat. Bila di jalan ada orang yang meminta diberi tahu tentang alamat atau lokasi sebuah tempat, dan kita memang tahu maka kita perlu tunjukkannya dengan sejelas-jelasnya. Kitapun boleh perolehi nilai sedekah dari kebaikan yang kita lakukan itu.

Rasulullah SAW bersabda:

  • وَإِرْشَادُكَ الرَّجُلَ فِى أَرْضِ الضَّلاَلِ لَكَ صَدَقَة
  • “Bimbinganmu terhadap orang yang berada dalam kesesatan adalah sedekah.” (HR. Tirmudzi dan Ibnu Hibban).

10.  Singkirkan gangguan di jalan. Menyingkirkan gangguan berupa sampah, kulit pisang, duri, tanah yang longsor, dan beragam rintangan yang merintangai jalan publik, sekecil apapun itu, tetap bernilai sedekah. Bertamaddun rasanya, bila setiap orang memiliki kesedaran dalam menjaga kebersihan lingkungan masing-masing.


Tak perlu tunggu pihak Majis Daerah atau Dewan Bandaraya untuk buang gangguan dan sampah-sampah itu, kerana ia sehagin dari sedekah. Sabda Rasul:
  • وَإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ وَالشَّوْكَةَ وَالْعَظْمَ عَنِ الطَّرِيقِ لَكَ صَدَقَة
  • “Menyingkirkan gangguan, batu, dan duri dari jalan merupakan sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi).

11. Beri air. Berikan air kepada orang yang perlu termasuk sedekah tanpa harta. Ertinya toong menolong dalam ha minuman dan makanan adaah dituntut. Sabda Rasul:

  • وَإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ فِى دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
  • “Menuangkan isi timbamu ke timba saudaramu adalah sedekah.” (HR. Tirmidzi).

12. Beri idea. Memberi saran atau idea yang baik, petunjuk tepat, dan pendapat yang mulia bernas adalah sedekah. Dalam kehidupan ada saja manusia yang dilanda masalah, masalah rumah tangga, pekerjaan, rencana pernikahan, dan lain-lain. Beri idea dan solusi penyelesaian juga sedekah.

  • وَبَصَرُكَ لِلرَّجُلِ الرَّدِىءِ الْبَصَرِ لَكَ صَدَقَة
  • “Bimbinganmu untuk orang yang lemah pandangannya adalah sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi).

13.   Melangkah ke masjid. Langkah-langkah kaki kita tiap kali pergi ke masjid atau surau menunaikan ibadah shalat adalah sedekah. Begitu pula, apabila kita pergi ke masjid dengan menggunakan kendaraan roda dua atau empat, termasuk bahagian dari sedekah.
 

Maka, naïf sekali seseorang yang sudah le tidak bersedekah dengan harta,  tidak pula mahu pergi ke masjid atau surau bagi melaksanakan ibadah di dalamnya. Kata Nabi
  • وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَمْشِيهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَة
  • “Setiap langkah yang diayunkan untuk pergi shalat adalah sedekah.” (HR. Bukhari-Muslim).

14.   Dzikir: Aktiviti dzikir merupakan rangakaian ibadah kepada Allah SWT. Dalam Al-Qur`an misalnya, kita diperintahkan untuk berdzikir di saat duduk, berdiri, atau berbaring. Ketika kita berdzikir dengan lisan, selain dzikir dengan amal dan hati, saat itu pula lantunan dzikir kita merupakan sedekah di sisi Allah.

Bersedekah melalui dzikir dapat dilakukan oleh orang kaya mahuapun miskin, sehingga orang kaya tidak hanya mencukupkan diri dengan sedekah harta, sementara orang miskin tidak berkecil hati sebab iapun tetap dapat bersedekah dengan dzikir itu sendiri.

Rasulullah SAW bersabda:

  • يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
  • “Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kamu wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah, setiap satu kali tahmid adalah sedekah, setap satu kali tahlil adalah sedekah dan setiap satu kali takbir adalah sedekah. ‘Amr ma’ruf pun sedekah dan mencegah kemungkaran pun sedekah. Semua itu terpenuhi dengan dua rakaa’at shalat dhuha.” (HR. Muslim).
Insya Allah, jika ada kelapangan, akan bersambung, banyak lagi peluang bersedekah tanpa harta. Sedekah, bukan monopoli orang kaya sahaja. Wassalam.


Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com  26 Nov 2012
KL

Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012 

Kesan Sejarah Nabi SAW Yang Dihancurkan Saudi.


PROJEK perluasan Masjid Nabawi oleh pemerintah Arab Saudi dibimbangi akan menghancurkan makam Nabi Muhammad SAW yang berada di dalam Masjid Nabawi. Masjid yang merupakan masjid suci ke dua umat Muslim di Dunia.

Mengapa ramai yang bimbang? Kerana ternyata pemerintah Arab Saudi juga telah menghancurkan atau mengalih fungsikan beberapa peninggalan dan kesan sejarah Nabi Muhammad SAW yang ada di sana. Ini contohnya..

1. Makam Nabi Muhammad

Pemerintah Arab Saudi bakal menghancurkan makam Nabi Muhammad. Pusara Rasulullah itu terletak di dalam masjid paling suci kedua setelah Masjid Al-Haram di Kota Makkah. Tujuannya untuk memperluas Masjid Nabawi. Pembangunan masjid itu memang diperlukan, tapi rencana pemerintah Negera Dua Kota Suci itu sungguh mencemaskan.

Sebab perluasan bakal dilakukan di sebelah Barat, tempat makam Rasulullah bersama dua sahabatnya, Abu Bakar as-Shiddiq dan Umar bin Khattab. Rencana ini dinilai bakal membuat banyak pihak murka dan umat Islam bakal bergejolak.

2. Rumah Nabi Muhammad Jadi Perpustakaan

Dalam dua dekad terakhir, the Gulf Institute yang berpusat di Ibu Kota Washington D.C Amerika Syarikat, mencatat Riyadh telah melumatkan 95 persen dari seluruh bangunan berusia lebih dari seribu tahun di Mekkah dan Madinah. Perluasan Masjid Al-Haram juga mengundang protes dan kecaman pelbagai pihak. 

Di sekitar Kabah kini bermunculan pelbagai pusat belanja, hotel, dan gedung jangkung. Di sana kini terdapat kompleks Jabal Umar, terdiri dari apartemen, hotel, dan menara jam tertinggi sejagat. Buat mewujudkan proyek ini, Saudi membuldoser benteng Ajyad dibangun di masa kekhalifahan Usmaniyah. 

Di kompleks ini ada rumah nabi kini berubah menjadi perpustakaan masjid.

3. Rumah SitI Khadijah Jadi Toilet

Perluasan Masjid Al-Haram, selain ada rumah nabi yang kini berubah jadi perpustakaan masjid, ternyata juga terdapat rumah Siti Khadijah, isteri baginda Rasulullah. Lebih parah dari nasib rumah Nabi Muhammad SAW, bangunan didiami Khadijah di masa lalu ini berubah jadi toilet. Toilet mempunyai persamaan dengan ruang kecil dipakai untuk buang kotoran. Ini dianggap penghinaan atas istri Rasulullah itu.

4. Penghancuran Makam Keluarga Rasulullah

Pada 21 April 1925, pemakaman Jannatul Baqi tempat keluarga Nabi Muhammad dimakamkan telah dihancurkan oleh Raja Abdul Aziz bin Saudi dari Arab Saudi. Di sini pernah terbaring Shafiah (bibi Rasulullah), Ibrahim, putera baginda nabi, dan masih banyak lagi, termasuk putera Umar bin Khattab, dan ibu Ali bin Abi Thalib, dan Fatimah binti Asad.

Kerajaan Saudi beralasan perlu banyak pengeluaran merawat dan merekonstruksi makam-makam itu, sebab bangunannya sudah banyak yang rusak. Sangat boros membuang wang negara untuk memperbaiki kuburan. Tidak berapa lama kemudian setelah memberikan alasan kewangan, pemerintah Saudi membangunkan hotel mewah dengan jam raksasa di atas sekitaran Kabah.

5. Penghancuran Makam Imam Hasan bin Ali

Pada 1925, Raja Abdul Aziz bin Saudi menghancurkan makam Imam Hasan bin Ali terletak di kompleks pemakaman Jannatul Baqi. Kuburan Hasan yang terdiri dari bangunan putih, rata dengan tanah. Kejadian ini menimbulkan protes dari masyarakat Muslim dunia. Imam Hasan bin Ali merupakan salah seorang cucu Rasulullah. Beliau anak dari sepupu nabi, Ali bin Abi Thalib yang menikahi anak perempuan nabi, Fatima Az Zahra.

Sekian. (IH)

Salun Unisex: PAS Terbuka Sambut Baik -Abd Hadi



 
Presiden PAS
KL: Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak - daripada kalangan bukan Islam - dan mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun rambut Kelantan. Pendirian ini dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang petang ini.

"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang-orang bukan Islam," kata Hadi dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, Pas memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam tentang pertikaian isu ini di Kelantan.

"Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.
"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails