Thursday, December 13, 2012

Serangan Di Gaza, Syahid 156, Tapi Lahir 1,197


 
Pencerobohan lapan hari Zionist Israel ke Jalur Gaza bulan lalu mencatat seramai 1197 bayi lahir di Gaza dilaporkan oleh Mi'raj News Agency (MINA) dari Gaza, Selasa (11/12).

Korban dari pihak Gaza tercatat seramai 156 Syahid. Sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. namun pada masa yang sama seramai 1197 bayi dilahirkan dengan selamat di Semenanjung Gaza,

Pentadbiran Urusan Awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza mengeluarkan statistik yang menyatakan jumlah bayi yang lahir di Semenanjung Gaza selama lapan hari serangan Israel mencapai 1197 bayi iaitu 592 lelaki dan 605 perempuan.

Gaza city mencatat 421 kelahiran, sementara Khan Younis lebih dari 300 kelahiran, Gaza Utara mencatat 197, Gaza Tengah 163, dan Rafah 151 kelahiran. Statistik mencatat, sejak bulan November lalu, ada 4.110 bayi lahir, yang terdiri dari 2.082 laki-laki dan 2.028 wanita dengan rata-rata 137 kelahiran perhari.

Sementara UNICEF melaporkan, lebih dari 50 mangsa akibat keganasan   Israel selama lapan hari itu adalah anak-anak.

Ini juga berlaku semasa operasi Cast Lead 2009 lalu iaitu daripada 4000 wanita hamil, 3500 di antaranya telah melahirkan bayi mereka dengan selamat selama serangan Israel tersebut di Gaza.

Jumlah tersebut tentu cukup besar jika dibandingkan jumlah korban syahid yang dianggarkan mencapai 1300 jiwa.
Diterjemah dari sumber islampos

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. antara tanda-tanda kemenangan Islam, ma'unah dari Allah SWT..

N/Aziz Sumbang RM60,000 Kpd Persatuan Ragbi..


SUKAN
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menghadiahkan RM60,000 kepada Persatuan Ragbi Kelantan di atas kejayaan mencul juara Piala Agong tiga tahun berturut-turut bermula 2010. Cek berkenaan disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Timbalan Yang Dipertua persatuan itu, Hanafi Abdul Rahman, di bilik mesyuarat Menteri Besar semalam.

Turut hadir pada majlis itu, naib-naib pengerusi persatuan itu, Mohd Nor Alias dan Mohd Roslan Mohd Nor termasuk setiausaha, Ahmad Nasri Salleh. Tuan Guru berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti sukan di negeri itu selagi tidak bercanggah dengan dasar dan syariat Islam.

Katanya, apa yang penting usaha mempopularkan sukan ragbi perlu dipergiatkan agar standing dengan acara sukan lain.

“Di Eropah sukan ragbi begitu masyhur dan kita harap ianya turut berlaku perkara yang sama di negara ini khususnya Kelantan.
“Semoga kita bukan sahaja popular dengan sukan bola sepak, tetapi juga sukan ragbi,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood. (hRKH)

Nasihat Ali Sobuuni Kpd Nik Aziz, Al-hamdulillah!

Tok Guru Nik Aziz mencium tangan menyantuni ulama besar dari Syria, Syeikh Muhammad Ali As Sobuni  yang melawat Kelantan. Syeikh Muhammad Ali As Sobuni telah mengarang hampir 40 kitab kitab besar termasuk yang paling terkenal tafsir Al Sobuni, yang diguna ramai umat Islam di seluruh dunia ~ Tinta Hijau DKB

 Diam Perkara Batil Turun Bala  - Ali as-Sobuuni
KOTA BHARU: Ulama terkenal Syria, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuuni melahirkan rasa bimbang akan diturun bala oleh Allah Taala apabila ada orang Islam yang membisu terhadap perkara-perkara batil.

“Kalau kita diam di atas perkara batil yang berlaku di hadapan mata kita dibimbangi Allah akan menurunkan bala ke atas kita.
“Oleh itu rakyat Kelantan hendaklah bekerja bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam. Apabila hukum tersebut dilaksanakan Allah Taala akan menurunkan rahmat,” katanya pada program solat hajat dan ceramah perdana di Putik malam tadi.

Program berkenaan dianjur Dewan Pemuda PAS Kelantan. Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman. Program bermula solat Isyak berjemaah kemudian diikuti solat hajat.

Syeikh Muhammad Ali yang juga pengarang tafsir Sofwah At-Tafasir turut meluahkan rasa sedih apabila ada negara umat Islam yang membisu terhadap kekejaman yang berlaku di Syria sekarang. Katanya, seluruh dunia membisu biar pun lebih 200,000 rakyat Syria menjadi mangsa korban kerangkusan Bashar Hafez al-Assad bagi mempertahankan kuasanya.

“Maka tidak hairanlah umat Islam di Syria sekarang hanya mengharap pertolongan Allah Taala. Namun kita yakin orang yang melakukan kezaliman akan ditimpa bala,” ujarnya.

Oleh itu beliau mengajak umat Islam di seluruh dunia membantu rakyat Syria dengan apa sahaja yang termampu dilakukan. Sebaik selesai program berkenaan orang ramai bersesak-sesak meluru ke pentas utama bagi menghulur sumbangan kepada ulama terbabit

Ucapannya dalam bahasa Arab sambil duduk di kerusi disebabkan keuzuran diterjemahkan Ustaz Nazmi Karim dari Selangor. Beliau berada dua hari di Kelantan dalam siri jelajah bagi mendedahkan isu mengenai Syria.

Semalam beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Dan hari ini beliau diundang ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri. (IH/Hrkh)

Musibatnya P/Hiburan, Pelacur Cemarkan Krismas!


SEBAHAGIAN daripada 11 pelacur yang diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kota Damansara kelmarin. 

PETALING JAYA – Tembelang pemilik sebuah pusat hiburan mempromosikan khidmat hubungan seks tanpa had selama 24 jam bersama pelacur dengan bayaran RM600 sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini terbongkar apabila premis itu diserbu di Kota Damansara di sini kelmarin.

Pelanggan boleh membawa pelacur yang disediakan oleh pusat itu ke tempat yang disukai tanpa sekatan oleh ‘majikannya’ dan boleh memilih sama ada mahu tidur dengan salah seorang daripada 20 wanita dari Thailand, Vietnam, Filipina atau wanita dari mana-mana negara yang ditawarkan.

Bagaimanapun, kegiatan persundalan sejak lima bulan lalu itu terbongkar apabila polis daripada Bahagian Cegah Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu premis tersebut dan menahan 11 pelacur asing berusia antara 20 hingga 37 tahun.

Difahamkan, sembilan lagi wanita telah pulang ke negara masing-masing untuk memperbaharui pas lawatan sebelum kembali ke negara ini. Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, ketika serbuan, terdapat 15 pelanggan sedang asyik berhibur bersama pelacur di situ.

“Siasatan mendapati pelanggan boleh membawa pulang pelacur terbabit untuk melakukan seks tanpa sekatan dengan bayaran antara RM300 hingga RM600 semalam selain menjadi teman sosial,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Komen Weblofg Ibnu Hasyim: Islam agama bagi Persekutuan Malaysia (Pasal 3 Perlembagaan)? Malu kepada agama Kristian, kalaupun tak malu kepada Allah SWT yang menciptakan bumi Malaysia ini!  Itulah antara musibat Pusat Hiburan yang dibelai dan tidak mahu dibersihkan oleh sistem perundangan Malayisa.

Hubungan Sulit, Speaker P/S'pura Letak Jawatan

PALMER (kiri) duduk bersama Chee Hean pada sidang akhbar yang diadakan di Singapura semalam. 

SINGAPURA - Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer semalam mengumumkan peletakan jawatannya selepas beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti. Palmer, 44, yang sudah berkahwin dan merupakan bapa kepada seorang anak mula mengangkat sumpah sebagai speaker parlimen pada bulan Oktober 2011. 

Beliau turut meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).
"Saya telah meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesalahan besar yang saya telah dilakukan.
"Kelakuan saya tidak sopan dan ia merupakan kesilapan pertimbangan yang sangat serius. Saya telah meletakkan jawatan sebagai langkah untuk mengelakkan PAP dan Parlimen daripada mendapat malu," kata Palmer pada sidang akhbar.

Palmer mendedahkan bahawa dia mempunyai hubungan dengan seorang kakitangan sebuah organisasi komuniti, Persatuan Rakyat. Beliau yang merupakan seorang peguam menyatakan kekesalan yang mendalam berhubung perbuatannya itu kepada para penyokong, PAP dan keluarganya. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga merupakan Setiausaha Agung PAP kemudian mengumumkan bahawa beliau menerima peletakan jawatan Palmer.

Hsien Loong berkata, anggota-anggota parlimen perlu mendukung keperibadian yang tinggi. Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean yang berada di sisi Palmer pada sidang akhbar itu meminta maaf kepada penduduk di kawasan parlimen bekas speaker itu. "Saya memastikan bahawa kami akan terus menjaga anda," katanya.

Sebelum ini, PAP mempunyai imej tentang moral yang tinggi dalam kalangan anggota-anggotanya. Bagaimanapun, skandal tersebut mencetuskan kritikan di internet. Menurut seorang penduduk, Andrian Lim yang menulis di akaun Hsien Loong mengkritik tentang maklumat peribadi yang diketahui PAP tentang Palmer. Peletakan jawatan Palmer itu merupakan skandal terbaharu melibatkan pegawai peringkat tinggi di Singapura.

Sebelum ini, ketua bahagian narkotik polis dibicarakan kerana dituduh meminta habuan seks daripada seorang kontraktor. Seorang lagi ketua pertahanan awam dijangka dibicarakan pada Januari depan berhubung tuduhan yang sama. - AFP

Najib & 1M4U Masih Tak Tentu Hala?



NAJIB (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama para peserta akhir Pertandingan 1M4U My Uni Rocks di Putrajaya semalam. Melihat pakaian dan campur jantan-betina, kemana agaknya hala tuju negara membawa IM4U ?


PUTRAJAYA:: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 100 buah pusat outreach 1Malaysia For Youth (1M4U) akan diwujudkan di semua institusi pengajian tinggi di negara ini secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2013 untuk merancakkan gerakan sukarelawan tersebut.

Najib berkata, kerajaan melalui 1M4U akan menganjurkan Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 pada Februari tahun depan untuk mengumpul semua ahli sukarelawan yang aktif dalam negara ini untuk berbincang mengenai hala tuju gerakan tersebut.

"Bagi merancakkan kegiatan sukarelawan di semua pusat outreach tersebut, 1M4U akan memberi sumbangan geran sebanyak RM5,000 kepada setiap pusat itu.
"Kita juga akan memberi penganugerahan kepada pusat outreach yang aktif termasuk mewujudkan anugerah khas Tokoh 1M4U," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan bersama para peserta akhir Pertandingan 1M4U My Uni Rocks di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Najib umum wujudkan sebanyak 100 buah pusat outreach 1Malaysia For Youth (1M4U) dan akan memberi sumbangan geran sebanyak RM5,000 kepada setiap pusat itu, bagi  membincang mengenai hala tuju gerakan tersebut.

RM1/2 juta peruntukan, baru nak bncang hala tuju? Memng IM4U masih tak tentu hala? Aparaaa.. Najib..

Mengembara Mencari Tuhan. Akhirnya Bertemu...



Beliau...

SUATU hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mula mencarinya. Jiwanya mula mengembara.

Sebagai seorang punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar kekayaan, wang dan harta...  Bukan sebagai erti dan tujuan kehidupan yang difahami umum di barat. 

Suasana kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih ini memilih muzik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahami berlaku diselilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras.

Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau sentiasa tercari-cari jawapan kepada semua persoalan yang bersarang dalam fikirannya. Beliau mula mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan Tuhan di dalam agama-agama dan ideologi-ideologi manusia lain. Jiwanya terus mengembara, walaupun beliau dibesarkan dalam komuniti Kristian. Beliau mula mencari jawapan dalam agama itu. Beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian. Jiwanya yang kuat memberontak menyebabkan beliau mula mempersoalkan jawapan yang diberikan itu. 

Baginya, itu adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila Tuhan memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan memerlukan seorang pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah perlu Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa ke atas alam ini memerlukan perkara seperti itu?  Rasa tidak puas hatinya menyebabkan dia mula beralih kepada agama lain. Beliau mula cuba mencari jawapan di dalam agama Hindu.  Dia mengetahui bahawa agama Hindu menyembah patung-patung yang disucikan. 

Sebagai seorang yang keras dan pemberontak, beliau bertanya "Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan mencederakan saya?'. 

Para penganut Hindu menjawab , " Perbuatan itu adalah perkara yang amat buruk..". 

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau bertanya lagi " Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?".

Ternyata jawapan yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana patung-patung yang disembah itu seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa. Seterusnya, beliau mula mencari erti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih kepada doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai bangsa manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya khusus untuk sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa tersebut? 

Hal ini amat pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk bangsa Yahudi sahaja, sedangkan manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza-beza. Pencariannya diteruskan lagi dengan mengkaji pelbagai ideologi-ideologi yang ada ketika itu. Beliau mendapati, sentiasa terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat diantara ideologi-ideologi itu, kerana ia hanyalah rekaan manusia semata-mata berdasarkan ego masing-masing.

Suatu hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet yang diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang dilihatnya sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada pamplet itu. Corak tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis didalam bahasa arab dan beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula melihatnya semasa kecil dahulu. Beliau amat berharap untuk mengetahui maksud corak grafiti atau tulisan Arab tersebut. Pamplet itu sebenarnya adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan Islam. 


Beliau hakikatnya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan berazam untuk menyelidikinya. Akhirnya, didalam kekurangan buku-buku Islam ketika itu, dia berjaya menjumpai sebuah buku agama. Dia mendapati, buku itu juga turut mempunyai corak grafiti yang sama seperti mana pamplet itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau merasakan bahawa corak grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau terus membelek dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah Al-Ikhlas di dalam buku tersebut.

Dia amat-amat kagum dan terperanjat dengan surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa Tuhan itu adalah satu sahaja. Baginya, adanya alam ini sudah semestinya memerlukan Pencipta. Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah satu, dan mustahil terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya bilangan tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini tidak sesekali lojik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa itu akan berkongsi kuasa dengan tuhan yang lain. 


Sudah pasti akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu. Dia menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat tersebut yang menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan apa sesuatupun diatas muka bumi dan alam semesta ini.  Beliau mengetahui bahawa apa saja yang berada di alam ini sama sekali tidak mempunyai kuasa yang hakiki ke atas setiap yang lain.

Jiwanya membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin dengan apa yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau tidak mengetahui untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai seorang punk menyebabkan beliau tidak kenal siapa pun yang beragama Islam untuk ditanya. Beliau tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat mempelajari agama ini. Akhirnya beliau mendapatkan sebuah buku telefon dan mencari suatu nombor yang mempunyai kaitan dengan Islam. 


Beliau menjumpai nombor Masjid Besar London dan terus menghubunginya.  Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya.  Namun, apabila beliau sampai di situ, para petugas masjid amat terkejut.  Beliau datang ke masjid itu dan menyatakan bahawa ingin ucap dua kalimah syahadah dengan penampilan yang menggerunkan Iaitu memakai rantai, tali pinggang peluru, vest, subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan badannya. 

Akhirnya dia dibawa bertemu dengan setiausaha masjid itu dan melafazkan dua kalimah syahadah disitu. Itulah kisah hampir 20 tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagai Brother Abdul Malik, seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.


Nota Editor: Pautan Youtube ditukar kepada pautan baru yang difikirkan sesuai, pautan asal tidak berfungsi/tiada capaian"

 Tambahan: 
Tafsir Surah Al Ikhlas 1,2 dan 3, Tg Hj Nik Abd Aziz Nik Mat 


(IH/hanzarbosnia)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails