Wednesday, January 23, 2013

Nikmati Salji Di Greenwich Park London.











  
Reuters - Antarafoto

London, ON: Warga Kota London, England menikmati musim salji dengan berjalan kaki di kawasan Greenwich Park di London. Pemandangan yang indah tersaji di kawasan itu, hingga warga pun betah untuk menghabiskan hari di tempat itu. 

Meski cuaca dingin terus menghinggapi tubuh. Namun, tak menyurutkan keinginan warga Kota London untuk menikmati keindahan alam di kawasan Greenwich Park. Bahkan, warga Kota London juga mengajak hewan peliharaan mereka, seperti anjing untuk sekedar cuci mata. Saat musim semi, kawasan Greenwich Park terkenal dengan keindahan alamnya nan hijau. Namun, di musim salju, keindahan Greenwich Park tak pudar oleh putihnya salji. (IH)

Algeria: 37 W/Asing, 29 Militan Maut. 2 W/M'sia?

ANGGOTA bomba Algeria mengusung keranda salah seorang mangsa yang terbunuh dalam tragedi di kompleks pemprosesan minyak dan gas In Amenas kelmarin. 

ALGIERS - Pihak berkuasa Algeria semalam bertindak meneruskan gerakan mencari lima lagi warga asing yang masih hilang selepas menjadi tebusan di kompleks pemprosesan minyak dan gas In Amenas di gurun Sahara, kata beberapa sumber keselamatan.
"Masih belum ada sebarang berita mengenai kelima-lima warga asing yang masih hilang itu," sumber tersebut memberitahu agensi berita AFP.

Sabtu lalu, skuad khas tentera Algeria bertindak menyerbu kompleks minyak dan gas tersebut dan berjaya menawan kembali daripada kumpulan militan Islam. Sehingga semalam pemerintah Algeria mengesahkan 37 warga asing dan 29 militan Islam maut dalam krisis tebusan itu. Dua rakyat Malaysia pula dikuatiri masih hilang. 

Drama tebusan kompleks kendalian syarikat minyak BP dari Britain, Statoil milik Norway dan firma Algeria, Sonatrach itu bermula pada 16 Januari lalu. Sementara itu, menurut sumber yang sama, kerja-kerja memulihkan kompleks tersebut telah bermula. Katanya, sekurang-kurangnya tempoh seminggu lagi diperlukan sebelum semuanya kembali beroperasi. - Agensi

Lagi Maksiat Pusat Hibuan, Lelong Diri RM300.




Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila pusat hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, diserbu polis, semalam. Difahamkan, wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ dirinya agar dipilih dibawa pulang dengan bayaran serendah RM300.

pix_topright

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 12 malam itu menahan 13 wanita warga Vietnam berusia antara 21 dan 27 tahun. Pegawai Turus D7 IPKKL Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, selain wanita berkenaan, tiga lelaki warga Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kerana bekerja sebagai pelayan.


“Risikan yang dilakukan seminggu lalu tidak menolak pusat hiburan ini ada menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.
“Ketika serbuan, ada seorang wanita yang sedang asyik menari ghairah di atas pentas, selain terdapat lebih 50 pelanggan di dalam pusat hiburan ini,” katanya.


Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pusat hiburan yang baru sebulan beroperasi ini tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.(IH/myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selagi BN kekal memerintah Malaysia, selagi itulah maksiat pusat hiburan akan berterusan. Tolaklah BN dalam PRU 13 ini dan tentukan PAS dan rakan-rakan memerintah pula!

UNDILH PAS & PR! 

Peneroka Rugi Teruk, FGVH Terendah RM4.36


KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam. Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian.

Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42. Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar. Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank.

Sementara itu, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut sebanyak 40.81 points or 2.43 peratus pada hari Isnin. Ini adalah penurunan paling besar sejak 26 September 2011. Penganalisa berkata ketidak-tentuan politik dan tarikh pilihanraya antara faktor menyumbang kepada kejatuhan indeks KLCI.

Gerald Ambrose, pengarah urusan Aberdeen Asset Management dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata keputusan pilihan raya kini dilihat oleh para pelabur sebagai faktor “risiko”.

“Saya cuma berkata pasaran akan lebih berisiko jika mereka masuk ketika menunggu keputusan pilihan raya,” katanya.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong  Chen pada 11 Januari 2013 mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP kata beliau. Harga FGV ditutup pada harga RM4.60 pada hari sebelumnya. Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. (IH)

Pelarian: Dasar Pintu Terbuka Turki Patut Dicontohi.







Timbalan Perdana Menteri Turki, Beşir Atalay Selasa lalu berkata semua rakyat Syria boleh menerima perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan sama ada mereka sedang ditempatkan di kem-kem pelarian atau tinggal di bandar-bandar tanpa berdaftar.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Atalay berkongsi maklumat mengenai situasi terkini pelarian Syria yang berlindung di Turki.

Lebih daripada 150,000 pelarian telah ditempatkan di Turki dan tinggal di kem-kem di berhampiran sempadan. Turki juga telah memberikan rawatan perubatan kepada beribu-ribu rakyat Syria yang cedera, termasuk kepada kumpulan penentang yang melawan rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.


Atalay menyatakan bahawa sebagai tambahan kepada perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan bagi mereka yang berada di kem-kem pelarian, rakyat Syria yang datang ke Turki tanpa berdaftar dan memilih untuk tinggal di pangsapuri di bandar-bandar di selatan Turki juga boleh mendapat perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan.


Atalay menafikan laporan berita menyebarkan bahawa wabak sedang merebak di kem-kem pelarian Syria ketika menjawab soalan dari wartawan.


"Isu ini tidak wujud. Perkhidmatan kesihatan berfungsi seperti biasa. Terdapat satu masalah, tetapi ia telah diselesaikan. Masalah tersebut berkaitan dengan penjagaan kesihatan rakyat Syria yang tinggal di beberapa wilayah Turki. Sekarang, mereka juga boleh pergi ke hospital kerajaan [untuk menerima rawatan perubatan],"ujar Atalay.


Turki mengamalkan "dasar pintu terbuka" dan menerima beratus-ratus, sehingga beribu-ribu pendatang baru dari Syria setiap minggu. Selain pelarian Syria yang berdaftar, terdapat puluhan ribu rakyat Syria yang menetap di Turki tanpa berdaftar. (todayszaman.com)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah pelarian, 'dasar pintu terbuka' ini patut dicontohi oleh negara-negara lain di dunia.

Boleh Ke Masa Ke Tandas 2 Mint Saja? Bantah!


GAMBAR pada 20 Januari lalu menunjukkan bangunan kilang syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di Shanghai, China. 

Bantah masa ke tandas 2 minit
SHANGHAI - Sekitar 1,000 pekerja kilang di China yang berang berhubung masa ke tandas yang singkat bertindak menjadikan pengurus tempatan dan Jepun sebagai tebusan selama sehari sebelum polis menyuraikan protes tersebut.

Kumpulan pekerja syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di sini menahan 10 warga Jepun dan lapan pengurus Cina di dalam kilang itu di sini bermula pagi Jumaat lalu hingga pukul 11.50 pagi keesokan harinya.
Satu kenyataan syarikat induk Shinmei Electric Co. kelmarin menyatakan, semua pengurus berkenaan tidak dicederakan dengan mereka dibebaskan selepas 300 anggota polis tiba di premis itu.

"Pekerja-pekerja itu menuntut peraturan tidak munasabah yang menyatakan mereka cuma diberikan masa dua minit untuk ke tandas dimansuhkan," kata pengawal keselamatan kilang tersebut yang dikenali sebagai Feng.
"Mereka turut menuntut agar pihak pengurusan membatalkan peraturan mendenda pekerja yang lewat ke tempat kerja untuk kali pertama sebanyak 50 yuan (RM24) dan memecat pekerja yang lewat sebanyak dua kali j," tambahnya.

Menurut pengawal keselamatan berkenaan, semua pengurus itu kemudian bersetuju untuk menimbang semula dua peraturan yang menimbulkan kemarahan pekerja kilang itu. Kilang tersebut mengeluarkan gegelung elektromagnetik dan beberapa produk elektronik lain. - AP

McDonalds Palsukan Iklan Tak Halal, Umum Halal.


McDonalds bayar komuniti Islam AS$700,000

DEABORN, Michigan: Rangkaian restoran makanan segera McDonalds dan seorang pemilik francaisnya bersetuju membayar AS$700,000 (RM2.1 juta) kepada komuniti Islam di sini, untuk menyelesaikan saman berhubung sebuah restoran itu menyiarkan iklan palsu bahawa makanan yang disediakan adalah halal.

McDonalds dan Syarikat Pengurusan Finley's bersetuju pada Jumaat untuk membayar wang itu yang akan dikongsi bersama penduduk di sini, Ahmed Ahmed, sebuah klinik setempat dan Muzium Kebangsaan Arab Amerika serta peguam mereka.

Dalam komennya kepada agensi berita The Associated Press (AP) semalam peguam Ahmed, Kassem Dakhlallah berkata, beliau gembira dengan persetujuan itu yang dijangka dimuktamadkan pada 1 Mac depan.
Pada September 2011, Ahmed mendakwa telah membeli sandwic ayam di restoran Mcdonald di sini dan mendapati hidangan tersebut tidak halal malah, penyediaannya tidak dibuat berdasarkan garis panduan Islam.

Menurut Dakhlallah, McDonald menyediakan dua premis restoran makanan halal di AS dengan kedua-duanya terletak di sini ekoran daerah ini mempunyai bilangan penduduk Arab dan Islam antara yang terbesar di Amerika Syarikat.

Tambah Dakhlallah, restoran tersebut sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan produk halal tetapi mereka menjual makanan tidak halal apabila kehabisan stok.

"Ahmed telah menjalankan siasatan di premis berkenaan dan dia mendapati restoran tersebut memang menjual makanan yang tidak halal dan ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini terjadi.

"Satu surat telah dihantar kepada pihak pengurusan bagaimanapun tiada tindakan diambil oleh mereka," katanya.

Mereka kemudian memfailkan saman di mahkamah Daerah Wayne pada November 2011 untuk tindakan selanjutnya.

Ini merupakan tuntutan pertama yang diterima McDonald di AS berkaitan isu makanan halal. - AP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails