Wednesday, February 06, 2013

'Spider-Man' Panjat Hotel Di Cuba

AP: SALAH seorang penghuni hotel itu (kiri) merakamkan gambar Robert yang sedang memanjat.

JOM KREATIF

HAVANA - Seorang warga Perancis yang digelar Spider-Man, Alain Robert memanjat bangunan Hotel Havana Libre di sini kelmarin tanpa menggunakan tali sebagai tanda sokongannya kepada pemimpin revolusi negara ini, Fidel Castro.

"Memanjat adalah satu cara untuk mendalami sesebuah negara atau budaya," kata pelagak ngeri Perancis itu sebelum menamatkan aksi pertamanya di Cuba.
"Ini tanda sokongan padu saya kepada Castro," tambahnya.

Apabila ditanya sama ada dia akan menemui Castro ketika berkunjung ke sini, Robert berkata: "Saya tidak pasti sama ada beliau akan berjumpa dengan saya."

Castro yang berusia 86 tahun itu menyerahkan teraju pemerintahan Cuba kepada adiknya Raul pada tahun 2008. Dibuka pada 1958, hotel tersebut pernah menjadi ibu pejabat sementara untuk Castro.

Robert mula memanjat bangunan tersebut dari tingkat empat dan sampai ke tingkat 26 hotel setinggi 70 meter itu dalam tempoh cuma 26 minit. Polis menghentikan lalu lintas ketika Robert melakukan aksi ngeri tersebut yang disaksikan sekitar 2,000 penonton. - AFP

Wanita Bertudung Rompak 2 Bank Selang 15 Minit.

REUTERS GAMBAR yang disiarkan Biro Penyiasatan Persekutuan menunjukkan seorang wanita yang merompak dua buah bank di Washington D.C. kelmarin. 

WASHINGTON D.C: Seorang wanita dipercayai merompak dua buah bank di sini selang 15 minit kelmarin.
Perompak itu yang memakai cermin mata dan skaf hitam menghantar nota kepada juruwang di kedua-dua bank tersebut supaya mereka memberikannya sejumlah wang.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah wang itu. Jarak antara kedua-dua buah bank itu ialah 2.41 kilometer. Pihak polis kini memburu wanita tersebut. - Agensi

S'ngor RM70.4J Unt Pelajaran -Dr Halimah


 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, program yang dimulakan sejak 1 Julai 2008 lalu diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima sebanyak 45,164 permohonan daripada pelajar dan hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja layak dipertimbangkan untuk proses pemberian HPIPT sebanyak RM1,000.

Manakala, sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini.

Dr Halimah berkata, seramai 758 pelajar diberikan pengurangan dan pelupusan bayaran balik atas sebab Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang cemerlang mulai tahun 2004 hingga 2012.

Katanya, sejumlah RM5.05 juta jumlah pinjaman pelajaran yang dilupuskan sejak lapan tahun lalu.

“Bagi PNGK di antara 3.75 hingga 4.00 pinjaman diubah kepada biasiswa penuh dan bagi 3.49 hingga 3.74 diberi kadar pengurangan pinjaman sebanyak 50 peratus dan bagi 3.20 hingga 3.49 diberi pengurangan sebanyak 25 peratus,” katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang tadi. (Hrkh)

Wanita Dirogol Dihukum Penjara, Benarkah Ini?


ABDIAZIZ 


Wanita didakwa dirogol dihukum penjara.

 MOGADISHU - Seorang wanita yang mendakwa dia telah dirogol oleh askar-askar Somalia dihukum penjara selama setahun oleh Hakim Ahmed Adan di sebuah mahkamah di sini, semalam.

Seorang wartawan yang melaporkan kisah tersebut, Abdiaziz Abdinuur Ibrahim turut dihukum penjara selama setahun. Pemerintah Somalia sebelum ini menyatakan wanita itu sengaja membuat cerita dia dirogol. Pihak pendakwa raya menyatakan, bukti-bukti perubatan menunjukkan wanita tersebut tidak dirogol.

Namun, tertuduh dibenarkan menjalani tahanan di rumah sebagai ganti hukuman penjara kerana dia terpaksa menjaga seorang anaknya yang masih kecil. Peguam-peguam wanita dan wartawan itu menyatakan, mereka akan membuat rayuan berhubung hukuman tersebut.

Hukuman itu mencetuskan kemarahan sebuah pertubuhan hak asasi manusia. "Pemerintah baharu Somalia berfikir mereka akan dapat menutup keganasan seksual oleh pasukan keselamatan dengan menghukum wanita yang membuat aduan rogol dan wartawan yang melaporkannya," kata beberapa penyelidik pertubuhan Human Rights Watch.

"Polis Somalia bukan sahaja tidak melakukan siasatan tetapi menggunakan tenaga mereka untuk memalukan wanita tersebut dengan mendakwa dia dan wartawan itu berkomplot untuk menjatuhkan imej pemerintah bagi mendapatkan keuntungan," kata pertubuhan itu.

Pemerintah Somalia yang disokong masyarakat antarabangsa mula menguasai pemerintahan di negara ini sejak September tahun lalu memberitahu, pihaknya tidak campur tangan dalam proses kehakiman tersebut. - dpa

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Banyak berita-berita di dunia yang  tidak boleh diterima bulat-bulat, terutama berita-berita mengenai Islam dari sumber bukan Islam. Maka berita itu peru ditafsir semula, dan dilihat dari sudut agama Islam itu sendiri.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Group Rock Muslimah Ini, Diancam Rogol & Bunuh..

Diancam Diperkosa, Grup Rock Batal Manggung   
Dua personel Pragaash.


HALAMAN HIBURAN

New Delhi: Sebuah group rock yang seluruh personelnya wanita Islam membatalkan pertunjukannya di Kashmir setelah menerima ancaman rogol dan bunuh. Ancaman itu antara lain disampaikan melalui Facebook. 

'Pragaash', nama group ini, populer setelah menerima banyak penghargaan pada usianya yang baru seumur jagung. Namun sejak itu mereka juga menjadi target serangan kaum ekstrem.. Ancaman yang dilontarkan di Facebook tidak hanya sekali dan bukan hanya dilakukan satu orang. 


Pengancam itu mengatakan tidak sepatutnya dilakukan oleh personel Pragaash yang ertinya 'cahaya', selain patut diperkosa dan direjam di sungai.

Di halaman Facebook Kashmir News, ancaman juga dilontarkan. Memposting gambar group itu, pengunggat menulis, "Secara peribadi, saya menganggap mereka sebagai anak yang tidak tahu malu."

Anggota band, Farah Deeba (gitaris), Aneeka Khalid (vokalis), dan Noma Nazir (gitaris) menolak membicarakan masalah ini. Namun mereka dikhabarkan sangat tergoncang oleh ancaman itu. Kini mereka bersebunyi di sebuah tempat di New Delhi.

"Mereka terluka. Mereka menangis, tetapi aku cuba meyakinkan mereka untuk terus aktif" kata Adnan Mattoo, pemilik Band Inn, akademi muzik yang melahirkan group ini. "Mereka hanya anak remaja 15 tahun yang masih terlalu muda untuk menghadapi ancaman seperti itu."

Menteri Besar Jammu dan Kashmir, Omah Abdullah, menyatakan sokongannya terhadap trio ini. Ia berharap "segelintir orang bodoh tidak akan mencengkam mereka". 


"Memalukan, mereka menggunakan kebebasan berbicara melalui media sosial dan kemudian menggunakan kebebasan itu untuk mengancam anak perempuan yang memiliki hak untuk bernyanyi," kata Omah.


Komen Weblog Ibnu Hasym: Umat Islam sepatutnya menentang group hiburan muslimat seperti ini, kerana ia menyalahi syariat agama Islam. Tidak kira di India ataupun di Malaysia. Ulama-uama kerajaan Malaysia sepatutnya berani mengeluarkan fatwa hukum, walaupun bertentangan dengan kehendak pemikiran dan nafsu pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tidak Islamik.

(IH/Daiy Mail)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Drama 'Sahara' Dihentikan,Siapa Perlu Minta Maaf?

ANTARA babak kontroversi Sahara yang menyaksikan Reen yang membawa watak wanita berpurdah berpelukan dengan Ikhwan

HALAMAN HIBURAN
 KUALA LUMPUR – Tiga pelakon lelaki drama bersiri kontroversi, Sahara semalam tampil membuat permohonan maaf berikutan babak yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga menyebabkan tayangannya terpaksa dihentikan di saluran Astro Prima baru-baru ini.

Tindakan itu diambil apabila pelakon lain yang turut membintangi drama yang ditayangkan di saluran itu menerima tempias dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama di blog dan laman sosial seperti Facebook. Pelakon Arief Farhan, Faried Wari dan Muaz Aydyl tampil membuat permohonan maaf secara peribadi tanpa melibatkan pihak produksi atau stesen televisyen.

“Kami mengharapkan orang ramai berhenti membuat tohmahan dan provokasi di laman sosial.
“Kami memohon maaf sekiranya isu ini mencetuskan kemarahan. Setiap manusia melakukan kesilapan dan kami mengakui kesilapan kami,” jelas Arief yang mewakili barisan pelakon drama tersebut pada sidang akhbar di sini semalam.

Drama tersebut sebelum ini mencetuskan kemarahan apabila terdapat babak romantis yang melibatkan wanita berpurdah lakonan Reen Rahim bersama watak yang dilakonkan oleh Ikhwan Khairuddin. Reen sebelum ini telah memohon maaf dengan mendakwa dia tidak berniat mempersendakan agama. Pengarah drama terbitan Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. itu, Dinesh Samby belum mengeluarkan kenyataan mengenai kontroversi tersebut.

Drama 20 episod itu dihentikan tayangannya sehingga episod ke 15 minggu lalu. Sahara mengisahkan seorang gadis bandar yang liar terpaksa tinggal di sekolah pondok dan berdepan cabaran menjadi wanita muslimah sebelum jatuh cinta dengan seorang pelajar di situ. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan pelakon kena minta maaf, tetapi penerbit dan pihak penapis filem yang amat bertanggung jawab.

Inilah peranan baik laman sosial dalam membetulkan masyarakat. Tahniah dan Al-hamdulillah.

Lihat sebelum ini.. 

T/Baru Cina, Import Penyanyi Korea, Komen N/Aziz.



Psy

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan langkah membawa penyanyi popular Korea, Psy bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN)  di Pulau Pinang pada 11 Febuari ini satu pembaziran.

“Bagi saya sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan masyarakat terbabit yang meriah, namun tidak perlulah membazir dengan menjemput penghibur dari luar untuk memeriahkan acara sambutan.

“Daripada kita agungkan artis luar patut kita beri sokongan kepada anak-anak muda kita, namun persembahan yang dilakukan mestilah bermesej dan tidak menyimpang dari budaya negara kita yang masyarakatnya majoriti beragama Islam,” katanya kepada media hari ini selepas menziarah dua rumah masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina di Kampung Tebing Tinggi dekat sini. (SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails