Friday, February 22, 2013

Pertandingan Laga Kuda, Zalimi Binatangkah?

Dua ekor kuda beradu kekuatan. 

BEIJING - Satu pertandingan laga kuda diadakan di Rongshui Miao, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, China kelmarin. Pertandingan tradisi itu terkenal dalam kalangan etnik minoriti Miao. Sejumlah penduduk menyaksikan pertandingan tersebut. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Laga kuda ini menyiksa binatangkah? Islam melarang menzalimi binatang, apa agi manusia.

Di K'tan Pun Ada China Town, Tok Guru Rasmi..



KOTA BHARU: Jalan Kebun Sultan di sini diisytiharkan sebagai ‘China Town’ dan majlis pelancarannya akan diadakan pada 8 Mac ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu telah disahkan pada mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini petang semalam. Takiyuddin memberitahu, nama Jalan Kebun Sultan bagaimanapun dikekalkan, ‘gelaran’ kepada kawasan tersebut sahaja telah ditukar, memandangkan ianya menjadi pusat pasaran ekonomi, santai warga itu sejak sekian lama.

Menurutnya, bangunan, jenis perniagaan, masyarakat yang terdapat di sekitar itu begitu bersesuaian dengan gelaran China Town di kawasan terbabit.

“Pada masa yang sama kita berharap masyarakat Cina di negeri ini dapat membangun, merancang atau juga sebagai zon perniagaan seperti di negara China.
“Kerajaan negeri akan mempertimbangkan hasrat itu demi untuk sosio ekonomi masyarakat terbabit khususnya di jalan tersebut,” ujarnya.
 
Untuk menjayakan hasrat tersebut, jelasnya pada 8 Mac ini majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah malam.

Persembahan kebudayaan, katanya yang mewakili pelbagai masyarakat akan diadakan pada malam itu. Takiyuddin turut menjelaskan, kawasan berkenaan juga menjadi tempat menjual minuman keras untuk bukan Islam di mana peniaganya mendapat lesen dari MPKB.

Katanya lagi, kawasan tersebut juga telah dijadikan antara kawasan pelancongan. (Hrkh)

Sulu Minta AS Campurtangan Sengketa Dg M'sia

Mendagri Malaysia pantau wilayah yang diduduki kelompok bersenjata di Lahad Datu, Sabah 
 
Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu.
Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu.

Jakarta: Kesultanan Sulu tengah menjajaki kemungkinan adanya pihak ketiga untuk memediasi sengketa wilayah dengan pemerintah Malaysia. Untuk peran ini, Sulu memilih Amerika Serikat, negara yang mereka anggap mampu melindungi hak-hak warganya.

Demikian ungkap mantan senator Filipina yang juga salah satu pewaris Kesultanan Sulu, Santanina Rasul, seperti dilansir Inquirer, Rabu 20 Februari 2013. Dia mengatakan, saat ini salah satu putranya di AS tengah menjajaki kemungkinan untuk meminta bantuan dari pemerintahan Barack Obama.

"Pemerintah Amerika terkenal selalu melindungi hak-hak warga negaranya, tidak seperti pemerintahan kami di sini (Filipina). Putra saya tengah mencari cara untuk meminta bantuan Amerika," kata Santanina.

Santanina mengatakan, putranya dan enam orang keturunan Kesultanan Sulu lainnya telah menjadi warga negara Amerika dan akan menuntut hak mereka di Sabah dari negara itu.

Sementara itu, desa Tanduao, wilayah Lahad Datu, negara bagian Sabah, masih dikepung tentara Malaysia. Sedikitnya 300 pasukan Sulu telah menguasai desa itu sejak seminggu lalu. Mereka menuntut dikembalikannya wilayah Sabah yang menjadi tanah leluhur mereka pada Sultan Jamalul Kiram III.

Masalah ini tidak hanya memusingkan Malaysia, tapi juga Filipina. Pasalnya, persahabatan kedua negara terancam terganggu dengan masalah ini. Filipina utang budi pada Malaysia yang sukses memediasi konflik dengan separatis di Mindanao.

Menteri Kehakiman Filipina, Leila de Lima, kemarin mengatakan bahwa kabinet juga tengah merundingkan masalah ini. "Tapi kami tidak bisa memberitahukan hasil diskusi dan langkah yang akan diambil pemerintah," kata Lima.

Pemerintah Malaysia, melalui Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, mengatakan bahwa mereka memilih opsi damai dan menahan diri. Itu sebabnya, memasuki minggu kedua, masih belum ada agresi pada kedua kubu. Namun dia mengatakan, tentara akan melakukan apapun jika mereka terpaksa. (Vivanews)

Lihat videonya di tautan ini.

Gambar Hiasan   
Perisytiharan "Deklarasi Kemerdekaan Sulu Sultaniyyah Darul Islam
,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.

Thursday, February 21, 2013

Wilders, Minta Umat Islam Tinggal Agama, Biadap!



MELBOURNE: Menurut Republika Online, Indonesia,  

"Tak salah bila komunitas Muslim dan warga Australia khawatir dengan kedatangan politisi anti-Islam asal Belanda, Geert Wilders. Pasalnya, apa yang diucapkan pimpinan partai Kebebasan Belanda (PVV) itu pastinya bakal membuat panas telinga.  Itulah yang terjadi ketika Wilders berbicara di Melbourne, Senin kemarin."

Ini suatu ucapan kurang ajar yang menghina Islam dan mencabar umat Islam.

Sila lihat video ini.. 


(IH/ROL)


RM9.65B, S'ngor Kembalikan Hak Air Kpd Rakyat.


 
KL: Kerajaan Negeri Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, nilai tawaran itu telah diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini dan surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sd Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) akan dikeluarkan secara rasmi oleh KDEB petang ini.

"Kerajaan Negeri juga berpandangan tawaran tinggi yang kita berikan ini adalah untuk menyelesaikan masalah penswastaan air yang ternyata gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dan berharap semua pengusaha air temasuk Tan Sri Rozali Ismail tidak memprejudiskan usaha ini.

"Kita juga yakin tawaran ini tidak akan merugikan syarikat-syarikat berkenaan kerana jumlah ini merupakan pulangan 12% setahun terhadap ekuiti – yang mereka miliki berbanding dengan pulangan lazim bagi industri air iaitu hanya 6%. Tambahan pula segala liabiliti akan juga diambil alih oleh KDEB menerusi Special Purpose Vehicle," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin negeri ini akan berhak menguruskan industri air. Hasil daripada pengambilalihan ini ujarnya akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat di mana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan.

Beliau juga percaya proses pengambilalihan ini akan berjalan lancar memandangkan tawaran ini adalah tawaran terbaik oleh rakyat Selangor demi mempertahankan hak air mereka.

"Rakyat juga akan mendapat pengurusan air yang telus dan cekap dan yang paling penting sekali pengambilalihan ini juga akan menamatkan era monopoli air oleh mana-mana individu atau syarikat," tambahnya.

Sementara itu, Kerajaan Negeri telah pada 14hb Februari yang lalu menerima surat jawapan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui yang bertarikh 6 Februari 2013. Namun, jawapan menteri itu kata Abdul Khalid, tidak banyak membantu menyelesaikan masalah pengambilalihan ini kerana nampaknya menteri terlalu keliru dengan situasi yang kita hadapi ini.

Menteri tersebut ujarnya, gagal memahami peranan yang sepatutnya dilakukan selaku menteri yang diamanahkan menjaga industri air hingga memberikan beberapa fakta dan pandangan yang bercanggah di antara satu sama lain.

"Dalam surat beliau, menteri berkata Kerajaan Persekutuan tiada halangan untuk Kerajaan Negeri memulakan proses pengambilalihan.
"Walaubagaimanapun, kelmarin apabila ditanya oleh pihak media beliau dengan tegas mengatakan pengambilalihan yang mahu dilakukan Kerajaan Negeri tidak boleh dijalankan kecuali dengan kebenaran Kerajaan Persekutuan," jelas Abdul Khalid.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri sebenarnya sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa penentu selaku pemegang saham emas seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (Akta 655). Justeru itu, sejak dari awal lagi pihaknya telah menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa tersebut demi kepentingan awam dengan membantu kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula setelah kerajaan negeri membuat tawaran kepada syarikat konsesi.

"Kerajaan Negeri Selangor konsisten dengan pendirian bahawa hak air harus diserahkan kepada rakyat Selangor dan pengambilalihan ini akan menyelesaikan masalah pengurusan industri air secara menyeluruh.
"Kerajaan Negeri percaya rakyat Selangor dan Lembah Klang akan menyokong tindakan berani yang kita lakukan ini kerana antara faktor utama kerajaan hari ini dipilih adalah untuk melakukan reformasi pentadbiran termasuklah dalam industri air," katanya. (Hrkh)

Kreatif, Gunting Rambut Dengan Mata Tertutup

Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup



MAKSYUK menggunting rambut dengan matanya ditutup di salunnya di Sevastopol pada Isnin lalu. 
JOM KREATIF

SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, dia menggunting rambut dengan kedua-dua matanya ditutup dengan kain penutup mata berwarna gelap. Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kreatif la tu, untuk menarik pelanggan, menambah pendapatan.

Kopi Boleh Cas Telefon Bimbit

JOM KREATIF

PENNSYLVANIA 12 Feb 13: Anda sering menghadapi masalah kehabisan bateri telefon bimbit ketika saat-saat genting? 

Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana secawan kopi panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan masalah anda yang sering kehabisan bateri telefon bimbit. Sebuah syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan bateri telefon sentiasa penuh. 

Ciptaan yang dikenali sebagai The Epiphany One Puck mempunyai dua bahagian berwarna merah untuk air panas dan biru bagi air sejuk. Gajet tersebut menggunakan penjana yang dikenali sebagai Stirling untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik yang kemudiannya disambungkan kepada telefon bimbit melalui kabel USB. 

Buat masa ini, firma Epiphany Labs masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber. Pegawai Epiphany Labs, Tim Joseph berkata, pihaknya masih mengumpul dana bagi merealisasikan projek tersebut untuk memasarkan gajet berkenaan secara besar-besaran. 

"Idea menggunakan penjana Stirling bukan perkara baharu, tetapi tiada pihak yang berjaya menghasilkan gajet berguna yang dijual secara meluas di pasaran.
"The Epiphany One Puck dijangka mula dijual pada awal tahun depan dengan harga AS$114 (RM351) seunit," katanya. 

- AGENSI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails