Monday, February 25, 2013

PAS Lebih Teruk Dari Kafir, Mufti -N/Aziz Jawab

by
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

AGAK kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi  UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

Filipina Hantar Kapal Bawa Pulang Penceroboh



SEBUAH bot peronda laju Tentera Laut Diraja Malaysia mengawal kawasan pantai Tanjung Labian, Lahad Datu kelmarin. 

KL: Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi. Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan.

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air."

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu. Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini. Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama

Hubungan Seks Dengan Anjing. Mengapa.. BN?

wanita mati akibat bersetubuh dengan anjing - blog epic scene Wanita ini mati akibat bersetubuh dengan anjing - blog epic scene

SEORANG Seorang wanita di Las Vegas, negara bahagian Nevada, Amerika Syarikat ditangkap polis kerana melakukan hubungan seks dengan seekor anjing jenis pit bull. Tindakan menjijikkan ini dilakukannya di halaman belakang rumahnya, disaksikan tetangganya.

Diberitakan Huffington Post minggu ini, tetangganya yang jijik melihat pemandangan tidak senonoh itu  menghubungi polis. Saat polis itu sampai ke rumahnya, gadis yang diketahui bernama Kara Vandereyk itu tengah telanjang bulat di atas tanah dengan anjingnya.

Wanita 23 tahun itu lalu diberi selimut menutup tubuhnya dan selanjutnya dibawa ke penjara ibukota negara bahagian, Clark County Jail. Vandereyk didakwa di bawah pasal pencabulan. Hubungan seks dengan binatang atau bestiality memang tidak dianggap hal yang melanggar hukum di Nevada. Namun, tindakan tidak senonoh di depan publik masuk dalam ranah kriminal. 

Di beberapa negara bahagian di AS, bestialiy dilarang, seperti di Pennsylvania, Iowa, Illinois dan Washington. Kes hubungan seksual dengan binatang biasa di AS. Bulan lalu di Delaware seorang wanita berusia 24 tahun didakwa setelah berhubungan seks dengan haiwan. Aksinya sempat diabadikan dalam bentuk foto oleh pacarnya sendiri.

November 2012, polis Arizona menahan wanita 20 tahun kerana melakukan oral seks dengan dua anjing. Tindakan ini dilapor oleh mantan karibpnya. Beberapa negara juga telah melarang hal ini. Di antaranya adalah Belanda, Perancis dan Swiss. Namun di beberapa negara seperti Belgium, Denmark dan Sweden, praktik ini dibolehkan. Di Jerman, berhubungan seks dengan binatang akan dikenakan denda sebesar 25,.000 euro.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begini? Kerana tidak ikut landasan perdaban kemanusiaan dan agama. Tidak ikut agama fitrah jadi macam binatang, walaupun ia sebuah kerajaan. Kerajaan yang menjadikan rakyatnya sebagai binatang! BNkah?

Apa hukum bersetubuh dengan binatang dalam Islam?  

Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang, iaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat bercakap. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terbalik ke belakang kerana ia turun pada derjat yang rendah. Maka ia akan mendapati dirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan anjing, keledai, kera, atau apa pun dari semua binatang sesuai dengan tabiat dan keinginannya. 

Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu. Sungguh Nabi SAW bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallaahu ‘anhu,

“ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ‏‎ ‎الْبَهَائِمِ …”
  • “Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….” Hadits ini masih panjang. [1]
 Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

“ وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ‏‎ ‎الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ‏‎ ‎الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ‏‎ ‎الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ‏‎ ‎التَّلَوُّطِ”
  •  “Tidak diragukan lagi bahawa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.“ [2]
Tidak diragukan lagi, orang yang melakukan perbuatan ini tidaklah menjauh dari semua perbuatan keji. Ia berada dalam keadaan lebih teruk...  Kerana ia tidak akan setubuhi binatang kecuali tidak sanggup setubuhi binatang, berzina, gay, atau ia dalam keadaan yang sedang mengigau.. sehingga tidaklah ia menemui satu perbuatan keji, kecuali melakukannya.

Menyetubuhi Binatang

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

لِلْفُقَهَاءِ فِيْهِ ثَلاثَةُ‏‎ ‎أَقْوَالٍ :
* أَحَدُهَا : يُؤَدَّبُ وَلا حَدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ.
* وَالثَّانِيْ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎الزَّانِيْ.
* وَالثَّالِثُ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎اللُوْطِيِّ.

Di kalangan ahli fiqih ada tiga pendapat:
  • Pertama, ia dididik dan tidak dihukum. 
  • Kedua, hukumannya sama seperti berzina. 
  • Ketiga, hukumannya sama seperti gay.
وَالَّذِيْنَ قَالُوْا بِْقَتْلِهِ‏‎ ‎احْتَجُّوْا بِحَدِيْثِ ابْنِ‏‎ ‎عَبَّاسٍ الَّذِيْ رَوَاهُ أَبُوْ‏‎ ‎دَاوُدَ عَنِ النِّبِيِّ : » مَنْ‏‎ ‎أَتَى بَهِيمَةً فَاقْتُلُوهُ‏‎ ‎وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ «، قَالُوْا‎ ‎لأَنَّهُ وَطْءٌ لا يُبَاحُ بِحَالٍ‏‎ ‎فَكَانَ فِيْهِ الْقَتْلُ كَحَدِّ‏‎ ‎الْلُوْطِيِّ، وَمَنْ لَمْ يَرُدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ حَدًّا قَالُوْا : “لَمْ‏‎ ‎يَصِحْ فِيْهِ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ‏‎ ‎صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ‏‎ ‎يَحِلَّ لَنَا مُخَالَفَتُهُ ”
  • “Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas RA yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi SAW
” مَنْ أَتَى بَهِيمَةً‏‎ ‎فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ“‏

  • “Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“ [3]
Mereka berpendapat kerana perbuatan ini tidak dibolehkan dalam keadaan bagaimanapun maka dia dibunuh sebagaimana hukuman bagi pelaku gay. 

Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,

” لَمْ يَصِحَّ الْحَدِيْثُ،‏‎ ‎وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ‏‎ ‎وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا
مُخَالَفَتُهُ “

  • “Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.” [4]
Al-Imam Al-Auza’i Rahimahullah berpendapat ada hukuman bagi pelakunya dan yang selainnya berpendapat agar dita’zir. [5]. Al-Imam Asy-Syaukani Rahimahullah memberikan catatan terhadap hadits Ibnu Abbas RA, beliau berkata, 
  • “Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatang itu dibunuh.  Alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas RA
” مَا شَأْنُ الْبَهِيمَةِ ؟ ”
  • “Bagaimana dengan binatangnya?”
Beliau RA menjawab:

” مَا أَرَاهُ قَالَ ذَلِكَ‏‎ ‎إِلاَّ أَنَّهُ يُكْرَهُ أَنْ‏‎ ‎يُؤْكَلَ لَحْمُهَا وَقَدْ‏‎ ‎عُمِلَ بِهَا ذَلِكَ الْعَمَلُ “

“Aku tidak tahu kalau Rasulullah SAW berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan kerana haiwan tersebut telah disetubuhi.”

Adapun alasan pendapat untuk haiwan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu … -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahawa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek ...  
  • sebagaimana diriwayatkan bahawa ada seorang penggembala yang menyetubuhi haiwan, lalu haiwan itu melahirkan keturunan yang jelek.” [6] 
Selesai ucapan Ibnul Qayyim.

Yang nampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah bahawasanya beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh.
Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm.
128.

SUMBER : Buku SEKS BEBAS UNDERCOVER (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr. Ahmad Nida, Penerjemah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit: Toobagus Publishing, Bandung. Lihat http://kaahil.wordpress.com/2009/07/22/hukum-zoophilia-menyetubuhi-binatang/
____________________
[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”
[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.
[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.
[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.
[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.

(IH)

Sunday, February 24, 2013

UMNO Makin Rapuh, 5 Cadangan Raja Nazrin


KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini  berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil,  penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung  perjuangan, era jatuh dan bangun.
"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat  lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda. (Hrkh)

Belanja Rakyat 1 tahun,Sama Kenduri Tunang Anak PM


Apakah beza antara belanja rakyat 1Malaysia sekeluarga, dengan belanja kenduri pertunangan anak PM 1Malaysia? = RM22.00 sahaja.
Jangan terkejut.

Ini bukan cubaan!
Ini kata PM 1Malaysia:

Rakyat boleh belanja RM500 untuk makan satu keluarga selama 12 bulan!!!! Wow!!!:
Ada sesiapa mahu despute?
Di bawah ini pula invoice kenduri pertunangan anak PM 1Malaysia dari Shangri-la. Najib kata dia bayar sendiri. Huh, rakyat 1Malaysia patut bangga. Kita ada piem yang kaya raya! Belanja kenduri  untuk VIP hanya RM522.00 sahaja.
Wei, RM522.00 untuk seorang VIP lah (tengok anak panah biru). Takkan VIP nak bagi makan nasi dengan kicap Tamin dan ikan kering kot?
Apa nak heran. Sebuah beg birkin pun cuma jutaan RM sahaja!
Selepas buat cerita lawak 1001 malam, oops... 365 x 4 malam, PM 1Malaysia cuba alih cerita ke bab lain. Dia kata Tuan Guru Nik Aziz pergi rumah Karpal Singh yang anti hudud.

Siapa sebenarnya yang menentang hudud? Bab itu Yong dah citer di sini.
Hujung minggu ni nak rehat dan berwassatiyah. Makan nasi lauk kicap dengan ikan kering dan salad pucuk daun sambung nyawa dengan budu...
Kah Kah Kah.
TAKNAK TERUS DIPERBODOHKAN
TOLAK UMNO. TOLAK BN (Hrkh)

Amanat MB K'tan: Umno Silapnya Di Sini...


Tuan Guru Nik Aziz bercakap kepada wartawan hari ini

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Umno dan BN bertindak menjadikan rakyat seumpama haiwan apabila terpaksa menaburkan duit untuk hadir pada majlis mereka.

Menurutnya, seharusnya sebagai pemimpin negara mereka perlu diberikan ilmu dan bukannya wang ringgit atau kebendaan. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis amanat Menteri Besar Kelantan bersama warga Yik, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini tengahari ini.


“Media nak ubah kenyataan sebenar saya, ubahlah tetapi ingat mereka akan berhadapan dengan dosa, tetapi kerana tidak memahami maksud sebenar, kenapa menjadi wartawan.
“Untuk menjadi seorang wartawan, bukan putar belit cerita, sebaliknya kena cerdik, faham apa saja yang dimaksudkan penyampai berhubung sesuatu perkara,”ujarnya.

Menurutnya, Umno dan BN guna duit untuk tabur pada rakyat dalam apa juga sekalipun termasuk BR1M, seumpama memanggil manusia seperti haiwan.

“Hey itik marilah aku nak berceramah agama, mana itik nak mari (datang), jadi kena bagi hampas kelapa, baru dia datang. Kena bagi padi, nak suruh ayam, itik datang.
“Hey lembu aku nak ceramah, lembu tak akan datang sekiranya tidak diberikan rumput padanya,”ujarnya.

Jadi, sekiranya kita memanggil manusia dengan memberikan kebendaan (wang) juga, ertinya kita meletakkan manusia setaraf   haiwan. Menurutnya, perjuangan Umno silapnya di sini kerana tidak memberikan ilmu agama pada rakyat, sebaliknya kebendaan semata-mata.

“Nak bagi macamana sebab perjuangannya tolak Islam, dalam kebangsaan mana ada Islam,”ujarnya.

Tuan Guru bagaimanapun berkeyakinan rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia akan menolak perjuangan yang ‘menjual’ kebendaan. Beliau turut mengambil contoh bagaimana negara maju barat khususnya Amerika yang membenarkan berkahwin sesama sejenis yang diharamkan oleh Islam. Tegasnya, tindakan itu bukan sahaja akan memupuskan pertambahan manusia, sebaliknya amalan lebih teruk dari haiwan.

“Haiwan contohnya lembu (jantan) akan cari pasangannya lembu betina, dia tak cari lembu jantan, bodoh lembupun tahu keperluan sebenar,”ujarnya.

Apa yang berlaku itu, tegasnya kerana menolak landasan Islam sebaliknya memilih kehidupan mengikut nafsu sendiri.

Berhubung calon, beliau mengakui telah banyak pencalonan yang selesai walaupun belum siap sepenuhnya. Tuan Guru yang juga Menteri Besar juga enggan mengulas bila ditanya berhubung muka-muka baru yang bakal diketengahkan.

“Tunggu dihari pengumuman atau di hari penamaan calon,”ujarnya sambil ketawa kecil. (IH/Hrkh)

N/Aziz: Beza Pendekatan PAS Dg UMNO, Lembu?


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.

Beliau berkata, Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.

“Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..’Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.

“Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak Baginda yang kemudian lari ke Madinah.

“Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu.

“Umno sekarang guna duit pula, BR1M1, BR1M2… Umno silap di sini, silap tidak bagi ilmu wayhu. Mana ada ilmu wahyu dalam kebangsaan. Insya-ALLAH rakyat Kelantan juga Malaysia akan berubah fikiran kerana kita sudah bagi ilmu pengetahuan.

Islam bawa benda halal. Hak halal kita kata halal, hak haram kita kata haram,” katanya.

Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat.

“Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas,” katanya.(IH/SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails