Wednesday, March 13, 2013

Tahlil Perdana Prajurit, Baik Dari Konsert Amal ..


KL: Program Tahlil Perdana buat Prajurit lebih baik  dari Konsert Amal artis yang tidak Islamik. (Lihat Konsert Amal L/Datu/P'tin Tak Ikut Syariat? Fatwa....) Demikian pandangan Webog Ibnu Hasyim.

Sempena program Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 yang akan berlangsung pada di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol 16 Mac ini, penganjur juga akan mengadakan tahlil perdana buat prajurit negara yang terkorban di Lahad Datu.

"Tahlil perdana ini akan dipimpin oleh Al Fadhil Sohibus Samahah Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah selepas solat Maghrib di tapak Xpresi Ulama Muda Haraki insyaallah.
"Semoga ruh para pejuang itu dirahmati oleh Allah swt dan dikurniakan pahala syahid di sisiNya," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan.

Sehingga kini 10 orang dari anggota pasukan keselamatan Malaysia telah terkorban sepanjang mengendalikan operasi menentang penceroboh bersenjata di Sabah sejak beberpa minggu lalu. Terbaru semalam dua anggota tentera gugur iaitu Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Roslan.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakalaAhmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Berikut adalah nama-nama wira negara yang telah gugur sepanjang operasi tersebut setakat ini:
1- ASP Zulkifli Mamat
2- Sjn Sabaruddin Daud
3- ACP Ibrahim Lebar
4- ASP Michael Padel
5- Sjn Abdul Azis Sarikon.
6- L/Kpl Mohd Azrul Tukiran
7- Sjn Detektif Baharin Hamit
8- Kpl Salam Tugiran
9- Prebet Ahmad Hurairah Ismail
10- Kpl Ahmad Farhan Roslan.

(IH)

Konsert Amal L/Datu/P'tin Tak Ikut Syariat? Fatwa..


SYED ALI (kanan) bersama para artis yang bakal menjayakan Konsert Amal Artis Tabung Lahad Datu di Stadium Badminton, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini. 

HALAMAN HIBURAN
RAMAI yang sedih dan terkejut mendengar cerita dan melihat gambar-gambar anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu, Sabah. Paling menyayat hati apabila mengenangkan nasib isteri yang menjadi balu dan anak-anak yang menjadi anak yatim dalam sekelip mata.

Atas dasar prihatin, pihak Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad dan Cahaya Idaman Enterprise akan mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Amal Lahad Datu dan Tabung Amal Palestin serta Konsert Amal Artis pada 16 Mac ini.

Menurut Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tujuan utama pelancaran tabung dan konsert amal itu diadakan adalah untuk membantu mangsa-mangsa di Lahad Datu dan Palestin.

“Diharap dengan penganjuran ini (tabung dan konsert) ia dapat mengumpul dana sekali gus menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa di Lahad Datu dan Palestin,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Tabung Amal Lahad Datu dan Palestin serta Konsert Amal Artis di Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Kuala Lumpur.

Jelasnya, majlis perasmian akan diadakan pada pukul 11.30 pagi manakala Konsert Amal Artis yang bertemakan Berhibur Sambil Beramal pula akan bermula pada pukul 2 hingga 6 petang bertempat di Stadium Badminton, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Antara artis yang terlibat ialah Tomok, Mawi, Ayu Damit, Elly dari kumpulan AXL, Isma (AF), Shiha (Mentor), Wanie, Band pengiring Rosewell dan penampilan istimewa model dan pelakon Cha Cha Maembong.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya, wajar atau tidak program yang dikatakan, kutip derma 'amal' itu, berjalan di atas landasan yang tidak mengikut peraturan syarak dan hukum Islam? Contohnya, ada konsert nyanyian dikhalayak umum oleh artis perempuan yang tidak menjaga aurat dan suaranya, campur baur jantan-betina, peragakan tubuh dan segala macam maksiat lagi..

Adakah ia termasuk dalam kaedah 'menghalalkan cara' atau teori politik Machelvelli yang diharamkan agama. Atau ikut nafsu kutip duit 'demi fulus semua lulus'? Atau ada di kalangan pimpinan masyarakat yang berfikiran 'kalau dikira halal-haram, bagaimana Islam nak maju'...

Diminta ulama-lama anak didik di bawah ketiak Kerajaan pimpinan UMNO tolong jawab! Mana hukum dan fatwa mengenainya? (IH)
 

Manila Bawa 'Mesej' Jamalul Kiram Kepada Najib

MANILA - Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina akan memanjangkan beberapa soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dibangkitkan oleh Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu.

Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas berkata, Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan saudara terdekat kepada Jamalul mahukan penjelasan daripada Malaysia mengenai pengikut Kiram yang terus diburu di Lahad Datu.

Polis Malaysia mengesahkan setakat semalam, 63 pengikut Kiram terbunuh.

Op Daulat dilancarkan minggu lalu.

“Saya rasa soalan yang bakal diajukan itu berkaitan dengan perdana menteri dan mereka mahukan penjelasan. Saya akan sampaikan mesej mereka ini (pengikut Kiram) kepada presiden sendiri melalui Setiausahanya, Albert del Rosario supaya persoalan ini dapat dijawab,” katanya.

Roxas turut berkata pertemuan dengan Esmail hanya lebih kepada langkah pertama bagi menyelesaikan konflik di Sabah.

Beliau turut menyampaikan kebimbangannya terhadap keselamatan 800,000 rakyat Filipina yang berada di Sabah termasuk pengikut Kiram yang hingga kini enggan berundur.

Jurucakap Kiram, Abraham Idjrani bagaimanapun masih belum memberi sebarang butiran berhubung pertemuan Esmail dengan Roxas.

Abraham mengesahkan Agbimuddin masih berada di Sabah.

Sebelum ini..  
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.
  E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam..

Israel Latih Anjing Serang Penyebut 'Allahu Akbar'


SEORANG  wakil di parlimen Israel, Ahmed al-Tayeb menjerit “Allah Maha Besar hanya untuku!. Dia mengecam tentera Israel yang akan melatih 1 unit anjing tentera  Israel dan menggajar menyerang siapa yang berkata “Allah Maha Besar."
Al Tayeb mengatakan dalam sebuah sidang, di mana anggota Knesset akan melatih anjing-anjing milik tentera Israel untuk menyerang setiap orang Arab yang mengatakan, Allah Maha Besar. "Saya nak tanya kamu, adakah di sini anjing akan serang saya?"

Tayeb menambahkan ,”Sampai di mana kamu? Kamu sombong, kerana kamu mengaku sebagai orang yang ada kod etika, apa akan jadi jika unit ini telah dihantar ke masjid? Anjing-anjing itu akan menyerang semua jamaah atau siapa yang melalui di jalan berkata, “Allah Maha Besar."
(IH)

L/Datu: Korban Terbaru, N/Aziz Ucap Takziah


KL: PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS mendoakan Allahyarham memperoleh ganjaran setimpal dari Allah atas tugas mulia mempertahankan negara.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga seorang tentera Malaysia yang menjadi korban terbaru di Sabah dalam insiden tembak menembak pagi tadi.
"Saya dimaklumkan Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa.
"Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan melalui Facebook petang ini.

Seorang lagi wira Malaysia terkorban di Lahad Datu. Takziah buat keluarga Prebet Mohd Hurairah dari Kelantan yang bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman. Dalam insiden pagi tadi, Mohd Hurairah yang berasal dari Kelantan dan bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini.

Dalam pertempuran itu juga, tiga orang penceroboh turut ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Korban terbaru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan yang terkorban seramai sembilan orang dipihak penceroboh seramai 57 orang. Allahyarham Prebet Mohd Hurairah merupakan anggota tentera pertama yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.(Hrkh)

My PhotoWeblog Ibnu Hasyim juga merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah seperti di atas.

Perkara Lama PM Baru Umun -Datuk Husam Musa


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menaikkan taraf pangkat dalam tentera dan polis semalam hanya perkara lama yang baru diumumkan sahaja.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, perkara ini hanya perkara lama yang baru diumumkan kerana mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda  bagi kemasukan ke pangkat inspektor sedangkan sebelum itu, mereka yang lulus SPM layak untuk menjawat jawatan inspektor.

Husam berkata demikian ketika mengulas pengumuman Najib semalam yang kononnya ia satu perkara baru yang dibuat untuk kepentingan tentera dan polis.

Berikut adalah kenyataan penuh Husam.

Saya merujuk kenyataan PM semalam mengenai perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Antara lain, PM mengumumkan "Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44. Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.".
Seperti dilaporkan oleh Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pangkat-dalam-atm-pdrm-disetara-dengan-perkhidmatan-awam-1.138619

Penjelasan saya: Pada masa lalu, entry point kemasukan graduan ke dalam perkhidmatan tentera dan polis ialah di pangkat Kapten(tentera) dan ASP (polis), jadi mereka ini diberi point kemasukan mata gaji gred 41.
Mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda  bagi kemasukan ke pangkat inspektor. Sebelum ini, kemasukan ke pangkat inspektor hanya perlukan SPM dan latihan di Kuala Kubu Baru sahaja.
(rujuk di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm)

Kemudian mulai Januari tahun ini, perkhidmatan tentera juga mengubah syarat kemasukan dengan meletakkan ijazah sarjana muda bagi lantikan ke pangkat leftenan muda (yang sebelum ini hanya memerlukan SPM dan latihan di Maktab Tentera Diraja (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/220867)

Dengan perubahan ini, secara automatik berarti entry point bagi Leftenan Muda dan Inspektor ialah gred gaji 41, iaitu entry point lazim bagi kemasukan pemegang ijazah ke dalam perkhidmatan awam.   Sehubungan dengan itu, pelarasan yang sama akan berlaku kepada pangkat kapten dan ASP.

Dahulunya pangkat kapten diberi gred gaji 41, dan sekarang oleh kerana gred gaji 41 telah diperuntukkan kepada Leftenan Muda, maka Kapten diberikan gred gaji 44. Pelarasan yang sama dipakai untuk jawatan ASP (Penolong Penguasa Polis).

Oleh yang demikian, secara hakiki sebenarnya pengumuman yang dibuat oleh PM semalam hanyalah pengumuman terhadap sesuatu yang memang telah sedia digunapakai di dalam perkhidmatan polis dan tentera  sejak 2010. Pada hakikatnya tidak ada apa-apa INSENTIF baru yang diperolehi oleh tentera dan polis.

CADANGAN
Saya mencadangkan penjawat tertinggi dalam tentera dan polis juga menikmati gred gaji turus 1,2 dan 3 SPA dinikmati oleh KSN / KPPA dan sebahagian KSU sekarang memandangkan perkhidmatan tentera dan polis diurus oleh dua suruhanjaya tersendiri dan bukannya SPA.

Penjawat tertinggi di bawah ketiga-tiga suruhanjaya sepatutnya layak kepada terma perkhidmatan yang selari.   Saya  sebaliknya  mencadangkan agar perkhidmatan tentera dan polis dikira sebagai perkhidmatan kritikal dan mendapat elaun perkhidmatan kritikal seperti doktor dan sebagainya kerana mereka mendedahkan diri   kepada bahaya  sepanjang masa bertugas.

Bagi menarik lebih banyak graduan yang berkualiti ke dalam perkhidmatan tentera dan polis, sepatutnya skim perkhidmatan graduan tentera dan polis disamakan dengan perkhidmatan PTD. Sementara itu, bagi pegawai-pegawai lain-lain pangkat (Leftenan Muda dan Inspektor ke bawah), mereka juga sepatutnya mendapat kelayakan elaun dan skim perumahan yang sama tarafnya dengan pegawai2 pelaksana di dalam perkhidmatan awam.

Menyanyikan lagu lama untuk tentera dan polis jelas mempermainkan anggota tulang belakang keamanan negara.   Ia juga menunjukkan terputusnya PM dengan isu dan masalah yang dihadapi khususnya oleh anggota tentera.

Pada hal, antara perubahan yang ditunggu-tunggu oleh anggota tentera antara lain penetapan band gaji yang sama iaitu band 5. Pada waktu ini, kor infantri ditetapkan dalam band 5 sedangkan kor yang lain sehingga band 5.

Begitu juga kenbaikan pangkat yang lambat sedangkan bagi kor MP, selepas rekrut terus diberikan pangkat LKPL.   Bagi anggota tentera yang bertukar ketukangan kepada ketukangan baru, mereka diturunkan umpamanya dari ketukangan 4 kepada ketukangan 3. Begitu juga pangkat, diturunkan dari KPL kepada LKPL. Mereka mencadangkan anggota yang menukar ketukangan dikekalkan dalam band dan pangkat yang sama.

Banyak lagi cadangan penambah baikan skim perkhidmatan tentera yang ditunggu oleh anggota tetapi langsung tidak disentuh oleh PM.

Di bawah saya perturunkan jadual perbandingan Skim Asal dan Skim Baru yang telah diguna pakai sejak beberapa tahun yang lalu bagi menunjukkan apa yang diumumkan oleh PM adalah perkara lama yang telah diamalkan;

Skim Asal:

Polis Tentera Awam
ASP (Penolong Penguasa) Kapten 41
DSP (Timbalan Penguasa) Major 44
Superintenden (Penguasa) Leftenan Kolonel 48
ACP (Asisten Komisioner/Penolong Pesuruhjaya) Kolonel 52
SAC (Senior Assistant Commisioner) Brigadier General (1 star general) 54
Deputy Commissioner Major General (2 star general) Jusa C
Commisioner Leftenan General (3 star general) Jusa B
IGP dan Timbalan IGP General Penuh (4 star general) Jusa A



 
Skim Baru (Yang digunapakai sejak sekian lama ekoran kemasukan Ijazah ke Inspektor dan Leftenan Muda):

Polis Tentera Awam
Inspektor Leftenan Muda 41
ASP (Penolong Penguasa) Kapten 44
DSP (Timbalan Penguasa) Major 46A
Superintenden (Penguasa) Leftenan Kolonel 48
ACP (Asisten Komisioner/Penolong Pesuruhjaya) Kolonel 52
SAC (Senior Assistant Commisioner) Brigadier General (1 star general) 54
Deputy Commissioner Major General (2 star general) Jusa C
Commisioner Leftenan General (3 star general) Jusa B
IGP dan Timbalan IGP General Penuh (4 star general) Jusa A



 
Husam Musa
13 Mac 2013

Tuesday, March 12, 2013

M'sia Curi Sabah Dari Kami - Jamal Kiram III

Malaysia telah mencuri Sabah dari kami

KONFLIK bersenjata di Lahad Datu, Sabah, sudah meletup hampir sebulan. Pemerintah Malaysia menuding mereka gerakan separatis. Namun, Jamal Kiram III yang mengaku-aku sebagai sultan Sulu menegaskan pertempuran itu sebagai upaya merebut kembali Sabah dan Serawak dari kekuasaan Malaysia.

Perdana Menteri Najib Razak menyatakan pintu perundingan tertutup. Jika ini berlaku, Sultan Sulu Mudarasulail Alasatam Kiram (sultan Sulu sah) menegaskan Malaysia harus mengembalikan Sabah dan Serawak kepada mereka. "Sabah dan Serawak adalah milik Kesultanan Sulu dan selama ini Malaysia menyewa dari kami," kata Mudarasulail

Dia menegaskan Jamalul Kiram III bukan sultan Sulu. "Dia paman saya, sepupu dari ayah saya."

Berikut penuturan Sultan Mudarasulail kepada Faisal Assegaf dari merdeka.com saat dihubungi melalui telepon selulernya, Ahad (10/3).

Apa komentar Anda terhadap konflik di Lahad Datu?

Saya sangat sedih karena muslim bertempur bertempur melawan muslim. Ini tidak islami. Kenapa harus berperang, semua bisa dirundingkan.

Apa memang benar ada sengketa wilayah antara Kesultanan Sulu dan Malaysia?

Memang benar ada sengketa wilayah antara kami dan pemerintah Malaysia. Sabah dan Serawak adalah milik Kesultanan Sulu dan selama ini Malaysia menyewa dari kami. Uang sewanya 5.300 ringgit saban tahun dan itu sangat kecil. Apalagi, Malaysia sudah tidak mau lagi membayar uang sewa itu. Kalau memang sudah tidak mau menyewa, Malaysia harus mengembalikan wilayah Sabah kepada kami. Kalau mereka tidak mau, kami akan meminta pihak ketiga menengahi konflik ini.

Jadi Sabah dan Serawak memang kepunyaan Sulu?

Sabah dan Serawak memang milik Kesultanan Sulu sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan dari Inggris. Mereka telah mencuri wilayah kami.

Lalu apa akan Anda tempuh?

Kami ingin sebuah penyelesaian sama-sama menyenangkan. Jika Malaysia tidak ingin menyewa lagi maka mereka harus menyerahkan Sabah kepada kami. Kami juga tidak keberatan bila Malaysia masih mau menyewa. Kami gterbuka buat berdialog. Namun, kalau mereka menolak, kami akan bawa masalah ini ke Mahkamah Internasional.

Kalau Malaysia ingin menyewa, berapa seharusnya mereka bayar tiap tahun?

Uang sewa 5.300 ringgit per tahun sangat murah. Itu tidak adil dan islami.

Jadi berapa seharusnya?

Kami tidak ingin hanya bicara soal uang. Mereka harus mengakui Sabah dan Serawak adalah milik Kesultanan Sulu. Mereka telah merusak warisan sejarah kami, mereka harus mengganti itu.

Bagaimana kalau Malaysia masih ingin menyewa?

Saya harus lebih dulu memiliki perjanjian kontrak dengan pemerintah Malaysia, jadi semua jelas.

Jika itu sudah tercapai, berapa mereka harus bayar?

Mereka harus membayar uang sewa tahunan sebesar setengah dari total pendapatan wilayah Sabah dan Serawak.

Berapa lama Anda akan menyewakan Sabah dan Serawak kepada Malaysia?

Hanya sepuluh tahun. Selepas itu, mereka harus mengembalikan kepada kami.

Apakah benar Jamal Kiram sultan Sulu palsu?

Dia adalah paman saya, sepupu dari ayah saya, sultan Sulu sebelumnya. Jadi, tidak mungkin dia menjadi sultan. Saya adalah sultan Sulu yang sah.

Jadi Anda menangkap dia karena telah mengaku sebagai sultan Sulu?

Saya tidak mungkin menangkap dia karena dia paman saya.

Apa jabatan Jamal dalam Kesultanan Sulu?

Dia hanya warga biasa, tidak ada jabatan apa-apa, baik di parlemen atau pemerintahan.

Jadi yang bertempur di Lahad Datu bukan pasukan Anda?

Bukan, mereka itu orang-orang Sulu suruhan Jamal.

(Dingkat dari  http://www.merdeka.com)

Sebelum ini..
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails