Friday, April 05, 2013

PRU 13: Wanita 94 Tahun Ini Tanding Kerusi Parlimen. Apa Motifnya?

http://3.bp.blogspot.com/-O3H7DOQTFRg/UV0BOFN8_vI/AAAAAAAAih0/miZK1V270Yk/s320/tok-mun.jpg

BELIAU (gambar) adalah Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.

Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi. Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada PRU kali ini.

Apa motifnya? Fikir-fikirlah! Atau tanya beliau sendiri. (IH)


1 Comment - Show Original Post

1 – 1 of 1
Anonymous Tembakau Jawa said...
Tujuan tok Mun bertanding pru adalah untuk memecahkan undi, pada pru12 mat sabu mungkin berpeluang menang sekiranya orang tua ni tak kacau daun.Dari mana dia dapat duit untuk bayar deposit bertanding,buat poster dan kempen. Ini mesti ada dalang yang sponsor.
April 5, 2013 at 9:42 AM

Wanita B/Huruf Mahu Jadi Wakil Rakyat, Taliban Tak Marah Pun!

BADAM (kanan) duduk bersama seorang saudaranya di Khar, Bajaur pada 1 April lalu.  

KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan.

Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.

"Saya bertanding dengan penuh keterujaan dengan hati yang suci dan suara hati yang jelas.
"Keazaman saya adalah untuk mendidik generasi masa depan, kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkhidmat untuk mereka," katanya kepada agensi berita AFP menerusi telefon dari daerah Bajaur.
"Saya mengetahui bahawa saya merupakan wanita pertama yang akan bertanding dan berharap akan menang," tambahnya.

Dia akan bertanding atas tiket bebas di daerah tersebut. Daerah itu terletak di kawasan pergunungan dan merupakan antara yang paling miskin dan ramai penduduknya tidak berpendidikan.
 
"Saya tidak berasa takut. saya tidak pernah menerima ancaman daripada mana-mana pihak," katanya.

Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kelmarin, permohonannya untuk bertanding telah diterima. Undang-undang Pakistan tidak melarang calon yang buta huruf bertanding untuk menjadi wakil rakyat.
Bajaur merupakan kubu kuat kumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain.

Daerah tersebut menjadi lokasi pertempuran antara tentera Pakistan dengan kumpulan militan. - AFP 

Komen Weblog Ibnu HasyimKumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain, tak marah dan tidak fanatik pun. Cuma puak-puak anti Taliban dan sekutunya saja yang taksub fanatik kepada negara penjajah!

Ini, Pakaian Dalam Wanita Anti Rogol, Di Mana Ajaibnya?


Mahasiswa India bikin pakaian dalam anti pemerkosaan

JOM KREATIF

MAHASISWA teknik di India telah mencipta pakaian dalam perempuan anti rogol. Pakaian ajaib yang boleh mengeluarkan setruman letrik hingga sebanyak 82 kali dan secara otomatik dapat menghubungi pihak polis atau waris mangsa pula.

"Pakaian dalam ini dilengkapi alat penentu posisi Global Positioning System (GPS) dan alat sensor yang dapat mengeluarkan setruman letrik sebesar 3,800 kilovolt dan secara otomatik pula boleh menghubungi waris orang tuanya serta pihak polis." kata Manisha Mohan dari Universiti SRM di Kota Chennai, Negara Bahagian Tamil Nadu, seperti dilapor  surat khabar The Times of India, (3/4).

Mohan mencipta pakaian dalam ini bersama rekan-rakannya Niladri Basu Bal dan Rimpi Tripathi. Pakaian dalam anti rogol ini mengandungi sirkuit lettrik diletakkan dekat payudara, dilengkapi GPS dan kad perdana telefon seluler. Tiga mahasiswa itu mengatakan setruman lettrik itu diletakkan dekat payudara kerana menurut survey, perogol biasanya menyerang dada korban lebih dulu.

"Mereka yang cuba menganiaya seorang perempuan akan terkena setrum dan sensor alat itu, akan aktif secara otomatik menghubungi nombor telefon darurat serta waris mangsa." kata Mohan.

Peristiwa pemerkosaan di India masa ini semakin kerap terjadi setelah seorang mahasiswi 23 tahun diperkosa di dalam sebuah bas di Ibu KOta New Delhi hingga terkorban Desember tahun lalu. Kejadian itu membangkitkan tunjuk perasaan besar-besaran seluruh India.(IH)


Lanjut lihat ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Thursday, April 04, 2013

Trend Baru Babak Ranjang, Sengaja Dipertonton.. Finas & LPF?

HALAMAN HIBURAN

APAKAH ini suatu trend baru dalam dunia perfileman tempatan di negara yang majoritinya masyarakat orang Islam? Sebelum ini, aksi 'panas' pelakon cantik, Nora Danish bersama Rusdi Ramli menerusi filem Mencari Cinta, mendapat kritikan hebat di kalangan masyarakat. Namun, belum reda kontroversi itu, peminat dikejutkan lagi dengan adegan ranjang yang dilakonkan pelakon Remy Ishak dan Diana Danielle, menerusi filem Sembunyi: Amukan Azazil.

Walaupun babak itu dipotong dari tayangan asal, namun tindakan syarikat produksi, Grand Brilliance Sdn Bhd, yang memuat naik video berdurasi 1:07 pada 29 Mac lalu, mendapat perhatian segelintir peminat. Ramai mula mengkritik adegan itu, malah ada yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.

Menganggap ianya berpunca daripada sikap pelakon dan pihak penerbitan sendiri, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memandang serius mengenai perkara ini. Menurut Raja Rozaime Raja Dalnish Shah, perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku di dalam industri seni tempatan.

"Memang saya akui, kebanyakan pelakon dan produksi semakin berani dengan menampilkan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan budaya kita.
"Namun, Finas hanya mampu menasihati dan menegur tindakan itu kerana ia menjadi tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem (LPF).
"Selain pihak produksi, pelakon juga harus bijak memilih untuk melakonkan sebarang aksi. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa, jika artis itu sendiri sanggup melakukan aksi sedemikian," katanya yang berharap agar LPF lebih memainkan peranan dalam memastikan babak-babak yang sepatutnya tidak terlepas daripada tapisan. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak yang diberi kuasa mengaku seolah-olah tidak berkuasa. So, siapa sebenarnya yang berkuasa? Fasal apa untuk hindar maksiat banyak sangat dalih? Apakah BN/UMNO yang memerintah negara ini masih bukan tanggung jawabnya dalam membina umat? (IH)

Pas Tawar Simbol Parti (Bulan) Kepada DAP -Presiden PAS

MARANG - Pas bersedia menawarkan simbol partinya kepada calon DAP seandainya parti sekutunya itu dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata langkah itu dibuat kerana amalan 'berkongsi' logo dalam pakatan pembangkang pernah diguna sebelum ini khasnya di Sabah dan Sarawak.

"PKR (Parti Keadilan Rakyat) ada pembahagian parti-parti di Sabah. Saya dimaklumkan di sana parti-parti (pembangkang) Sabah guna simbol PKR dan kita mengizinkan rakan PR (Pakatan Rakyat) guna simbol Pas.
"Seperti yang diuar-uar oleh media, kemungkinan DAP akan diambil tindakan sebab mesyuarat agung dia. Kalau DAP tidak dibenarkan guna simbol (roket) dia (oleh ROS), Pas bersedia beri simbol Pas," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Pas sedia memberi kerjasama tersebut sekiranya ROS menggantung DAP sebagai parti politik sementara menunggu siasatan mengenai dakwaan penyelewengan ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu selesai. Ketika pemilihan CEC Disember lepas sepatutnya ada 2,576 perwakilan mengundi bagi memilih 20 anggota CEC, namun 753 perwakilan yang layak tidak diberi peluang berbuat demikian.

Bagaimanapun, pimpinan DAP kemudian mendakwa ada kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengarahkan pengiraan semula undi dan membuat pembetulan, menyebabkan beberapa anggota parti membuat aduan kepada ROS. - Bernama

Jaga-jaga, Pelecehan Seksual Di Internet Kini, Sudah Ke Tahap Cemas.

Ilustrasi cyber sex
IBARAT sebilah pisau, Internet dapat menjadi alat yang berguna di tangan orang yang tepat. Tapi, boleh jadi sangat jahat kalau dimanfaatkan oleh orang yang mempunyai tujuan tidak baik.

Di England, setiap hari ada 15 murid yang dikeluarkan dari sekolah kerana  melakukan pelecehan seksual melalui Internet. Yang lebih mencengangkan, tindakan itu dilakukan oleh murid-murid sekolah rendah.

Data tersebut juga menunjukkan setiap tahun lebih dari 3,000 kanak-kanak mengalami pelanggaran seksual, seperti intimidasi, penyerangan, dan pelecehan seksual. Akibatnya, banyak dari korban merasa depresi dan ingin bunuh diri.

Meningkatnya aktiviti seksual di kalangan masyarakat, diduga kuat kerana sangat terbukanya akses pornografi di dunia maya. Terlebih lagi, banyak murid-murid sekolah yang hari ini memiliki ponsel cerdas, dan bebas menggunakan tanpa ada pengawasan.

Tingkat kekhawatiran semakin tinggi ketika aktiviti 'sexting' kirim-kirim pesan teks yang bermaksud untuk saling merangsang- dengan melampirkan gambar vulgar, sudah menjadi hal yang lumrah. Contohnya, seorang murid perempuan dan lelaki berusia 13 tahun diketahui saling bertukar gambar telanjang secara rutin. 

"Selama seminggu, saya tiga kali bertukar gambar telanjang dengan teman lelaki." akui remaja perempuan tersebut.

Kelmarin, National Union of Teachers di Ingegris mengungkapkan, pada tahun 2010 sampai 2011, ada 200 kes bully seks di  sekolah rendah. Hasilnya, 190 murid diskors dan 10 di antaranya dikeluarkan.

Komisaris Deputi Kanak-kanak Inggeris, Sue Berelowitz mengatakan kepada anggota parlimen Inggeris, bahawa ramai guru besar sekolah yang tidak mendedahkan eksploitasi seksual kanak-kanak di dalam sekolah.

"Guru besar sekolah takut nama sekolahnya tercemar dan hancur. Mereka tidak melihat fakta, jumlah intimidasi seksual pada kekanak semakin meningkat dan mengkhawatirkan," kata Berelowitz, dilaporkan Dailymail, 2 April 2013.

Sementara menurut Claire Perry, Penasihat Perdana Menteri Bidang Anak-anak, data statistik memperlihatkan bertambahnya jumlah murid sekolah yang dikeluarkan membuat para orang tua gelisah.

"Kini, kekanak sudah dalam budaya seksual yang 'tumpah' di dalam kelas," kata Perry. "Kita perlu sedar ha ini, dengan membuat filter Internet segera, termasuk memblok situs porno yang diakses di ponsel cerdas," tambahnya.

Untuk meminima perilaku seksual pada murid-murid sekolah, pemerintah dan guru besar sekolah didesak untuk menangani masalah ini dengan serius.
"Mereka sepatutnya mampu memulihkan kondisi psikologis kekanak dari pengaruh buruk Internet," kata Perry. (IH/Vivanews)

Lihat sebelm ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Kempen PRU 13: Soal-Jawab Papan Tanda, Unik! Satu Ugutan?



Duhai BN, Wahai UMNO
Oleh: amkns
 
"Marilah kita berkempen secara berhemah.
Gambar dan laporan dari Facebook Ramlan Roes
3 April 2013 Pekan Rembau, Negeri Sembilan

Laporan Polis telah dibuat berkenaan 'billboard berbaur' ugutan oleh Barisan Nasional di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau. Gambar - Sdr. Nazree Yunus (Ketua Angkatan Muda NS / Naib Ketua AMK Pusat) sedang memberi kenyataan akhbar dalam sidang media AMK NS kepada Sinar Harian. Turut hadir aktivis PAKATAN
" 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 
Soal-jawab dan penjelasan mulalui papan tanda.. Unik!

Papan tanda UMNO/Dacing:: Awas Pembangkang, Ini Kawasan BN!!!
Papan tanda AMK NS: Duhai BN, Wahai UMNO, Belajarlah Sejarah Rembau, Asalnya Kawasan Orang Asli Suku Jakun Dan Pendatang Dari Sumatera. Milik Kita Semua, Bumi Allah.

'Awas Pembangkang' boleh ditafsirkan sebagai ugutan..
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails