Tuesday, June 11, 2013

Gadis 13 Tahun Lari Ikut Kekasih. Dimana Salahya?

SITI RAHAYU (kiri) dan suaminya, Zamri bersama anak kedua mereka, Siti Nur Ratna Sari menunjukkan gambar dan poster Siti Nur Nilam Sari di Melaka semalam. 

MELAKA - Sepasang suami isteri kini bingung memikirkan nasib anak gadis mereka yang menghilangkan diri dari rumah neneknya sejak lima hari lalu. Zamri Ajid, 39, dan Siti Rahayu Amat, 35, berkata, Siti Nur Nilam Sari, 13, dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Riduan.

Menurut Siti Rahayu, ketika hilang pada 4 Jun lalu anak gadisnya yang berkulit hitam manis memakai baju-T berwarna putih dan baju sejuk kelabu serta berseluar jean sambil membawa beg tangan berwarna hitam.
Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia dan suami sempat makan malam bersama Siti Nur Nilam Sari sebelum menghantar gadis itu ke rumah ibunya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai pada pukul 11 malam.

"Bagaimanapun, pada pukul 1 petang esoknya, saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa Siti Nur Nilam Sari sudah tiada di rumah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah kerajaan tidak merasa bertanggungjawab atau bersalah?

Apa Rahsia Lelaki-lelaki Ini Pakai Skirt?


PEMANDU kereta api, Martin Akersten memakai skirt sebagai tanda membantah polisi seragam syarikat yang melarang mereka memakai seluar pendek ketika musim panas.- AP


STOCKHOLM - Para pengguna kereta api di wilayah utara Stockholm akan bertemu dengan pemandu serta konduktor kereta api lelaki yang memakai skirt di tempat kerja mereka.
Seorang pemandu kereta api, Martin Akersten memberitahu dia dan rakan-rakannya yang bekerja di stesen Roslagsbanan mula memakai skirt pada musim panas ini untuk membantah polisi syarikat yang menghalang mereka memakai seluar pendek.

Akersten, 30, memberitahu maklum balas daripada orang ramai terhadap tindakannya itu adalah positif. Syarikat pengendali kereta api terbabit, Arriva bagaimanapun tidak menghalang perbuatan tersebut.
Jurucakap Arriva, Tomas Hedenius menyatakan syarikat mahu kakitangannya untuk kelihatan kemas, tetapi tidak boleh menghalang pekerja lelaki daripada memakai skirt sekiranya itu yang mereka mahu.
Hedenius bagaimanapun tidak menyatakan bahawa polisi uniform syarikat akan berubah. - AP

Hina Nabi: Mereka Bantah Facebook Calvin Gani & Rakyat Anarki..

SEBAHAGIAN daripada gabungan 15 NGO Melayu Islam menunjukkan salinan laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW di Kuala Lumpur semalam. 


KL - Perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW terutamanya melalui media sosial adalah perbuatan biadap dan individu terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perbuatan itu perlu segera dibendung kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam selain boleh menggugat keharmonian antara agama.

Menurut beliau, para penulis media sosial baharu perlu bertanggungjawab atas setiap apa yang ditulis apabila ia menimbulkan ketegangan serta menyinggung agama yang dianuti masyarakat dalam negara.

"Penulis media sosial yang sewenang-wenangnya menggunakan medium itu untuk tidak menghormati agama lain perlu menerima risiko tindakan undang-undang yang bakal dikenakan," katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2013 di Wangsa Walk di sini semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Zainal Abidin Jaffar.

Jamil Khir berkata demikian sebagai mengulas isu dua akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang menghina Allah SWT, Rasul SWT dan Islam, tidak boleh dimaafkan. Orang Islam yang mengatakan Islam dan perundangannya  tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, adakah tidak menghinakan  Islam, Allah dan Rasul?  Boleh pula luah perasaan melalui demontrasi jalanan?

Gambar Aksi Polis Wanita Bertudung, Tetap Cantik & Dihormati.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Malaysia: Polis Wanita sedang  bertindak ke atas aktivis yang sedang berdemonstrasi di Kuala Lumpur, 1 Ogos 2010
polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Aceh: Polis Syariah sedang soal siasat perempuan yang tidak berjilbab di Banda Aceh, Indonesia 19 Desember 2012.
polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Aceh: Polis Wanita bertudung sedang  mengatur jalan di Banda Aceh, Indonesiam 30 Oktober 2009.
  
polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Iran: Seorang remaja melintas di samping Polis Wanita bertudung yang sedang berbaris memegang senjata di Akademi Polisi di Tehran, Iran, 4 Oktober 2003.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Iran: Polis Wanita sedang di dalam kereta Polis di jalan Tehran, 22 April 2006.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Bahrain: Polis Wanita di Manama, Bahrain. 28 Oktober 2010.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Libya: Polis Wanita dengan pakaian seragamnya di Tripoli, 4 September 2011.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Kuwait:  Polis Wanita di TPSdi Jahra, Kuwait. 2 Februari 2012.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Dubai: Seorang Pos Wanita berdiri di depan kereta polis di Dubai, 7 Mei 2013.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Jordan: Seorang Polis Wanita sedang memeriksan wajah perempuan yang menggunakan cadar di tempat pilihan raya Amman, 9 November 2010.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Palestin: Pois Wanita Hamas sedang melaksanakan suatu upacara di Gaza.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
India: Seorang Pos Wanita memakai helmet semasa mengamankan aksi unjuk perasaan di New Delhi, 9 Desember 2012.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
Afghanistan: Pois Wanita sedang dilatih cara penggunaan senjata di Gozarah, Herat, Afghanistan, 22 Desember 2012.

polisi wanita jilbab (© AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
England: Dua orang Polis Wanita bertudung polisi sedang berjaga di sebuah jalan di London.

Sweden: Aduh manisnya Donna Eljammal  yang berusia 26 tahun ini (gambar)! Dia merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang pakai tudung. Lapor metro.se (05/12/11), media lokal dalam bahasa Sweden.. (IH)

Lihat sebelum ini..

Monday, June 10, 2013

PRU 13, Zahid Hamidi Belanja Lebih RM200,000 Langgar Akta..


PKR: Zahid belanja lebih RM200,000 masa kempen

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.

Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini. Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini. PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen. (Sumber MK)

Artis Ditangkap Khalwat, Tapi Bina Rumahtangga Baru, Tak Malukah?


HALAMAN HIBURAN
KL: WALAUPUN kes khalwat terhadapnya masih berjalan di mahkamah, namun ianya tidak menjejaskan hubungan rumah tangga yang baru dibina. Hal ini berlaku kepada pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego,33.

Katanya, kes khalwat yang masih berjalan di mahkamah tidak menjejaskan hubungan rumah tangga yang baru dibinanya bersama Linda Hashim, 29, pada Jumaat lalu. Malah, Beego berkata, Linda dan keluarga mertuanya sentiasa memberi semangat untuk dia berhadapan dan menyelesaikan kes ini.

"Kes itu masih lagi berjalan, saya akan naik mahkamah lagi dan saya sedang cari peguam yang terbaik untuk selesaikan kes ini dengan segera.
"Bagaimanapun, Alhamdulillah keluarga sebelah Linda faham dengan situasi saya dan tahu cerita sebenar, malah memberi sokongan moral kepada saya," katanya ketika diminta mengulas tentang perkembangan kes khalwat terhadap dirinya.

Pada 23 Februari 2011, kira-kira pukul 6 pagi, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.
Tambahnya, kes tersebut terjadi sebelum dia mengenali dan bercinta dengan isterinya lagi.

"Linda faham dan terima saya seadanya, sebelum bercinta lagi dia tahu saya seorang artis bermasalah.
"Saya harap selepas berkahwin ini saya akan jadi suami yang terbaik untuk dia," katanya.

Sementara itu, Linda berkata selepas mengenali Beego, lelaki tersebut bukan seperti yang digambarkan sebelum ini.
"Sebelum kenal dia, saya tahu pasal kes itu tapi saya tidak ambil kisah sangat sebab kami kenal hanya sebagai rakan artis, jadi kesihan dekat dia sahaja.
"Namun selepas bercinta, dia jelaskan keadaan sebenar dan bagaimana perkara itu terjadi, dan saya tahu masalah yang datang kepada dia bukan dia yang cari masalah," katanya.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 7 Jun lalu dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, di sini.

Tak malukah? (IH)

Khalid Samad Nak Jatuhkan Ulama & Presiden PAS?

Khalid Abdul Samad

KL: Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad dikaitkan dengan usaha untuk menjatuhkan ulama dan Presiden Pas. Namun beliau menafikan tuduhan tersebut di Shah Alam semalam.

“Itu satu kenyataan rambang dan tidak bertanggungjawab. Tulisan saya tidak pernah menyalahkan sesiapa tetapi saya ingin akui tindakan berkenaan silap dan tidak sepatutnya berlaku dan jangan sekali-kali diulangi."


Beliau juga menegaskan beliau tidak kisah sekiranya tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti pada pemilihan Pas, dijadualkan hujung tahun ini. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, beliau tidak berhasrat menggunakan isu insiden hitam di Kota Damansara pada PRU13 lalu sebagai kempen pemilihan itu.

“Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang.
“Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin ke arah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun.

Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan,” katanya dipetik menerusi blognya http://www.khalidsamad.com/ kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pelbagai pihak yang dilemparkan terhadapnya susulan kenyataan beliau mengenai isu tersebut sebelum ini. Dalam pada itu, Khalid menegaskan, semua kenyataan beliau mengenai insiden di Kota Damansara itu adalah berdasarkan kepada hujah dan ia sepatutnya perlu dijawab dengan cara itu juga sekiranya ada pihak tidak bersetuju terhadap pendiriannya.

“Yang ingin dibincangkan adalah berkenaan strategi yang silap, yang mendatangkan natijah yang buruk serta imej Pas yang terpalit hasil tindakan bertanding di KD (Kota Damansara), bukan soal wala’ dan thiqah, pro PKR atau sebaliknya. Sebenarnya saya sangat pro Pas bersama PR (Pakatan Rakyat).

“Tulisan saya tidak langsung dituju kepada mana-mana individu. Saya lebih minat bincang apa yang silap dari siapa yang silap,” katanya. (IH)

Lihat sebelm ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails