Thursday, October 31, 2013

BN Kupiah Putih, Mahu Hijrah?



JERAI: Latar belakang dan budaya masyarakat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau yang taat beragama mungkin mendorong calon BN dan para pemimpin Umno merubah corak pemakaian dan bahan kempen apabila mengenakan kopiah putih yang agak sinonim dengan PAS.

Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih. Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan "Berani Hijrah" bagi menyaingi tema "Kekal" calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yangjuga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut kelihatan berjemaah di beberapa masjid di sekitar Dun Sungai Limau dengan berkopiah putih. Mungkin juga kempen harmoni yang dilancarkan PAS dan BN di Sungai Limau membuahkan hasil apabila pemimpin kedua-dua parti cuba mengetepikan perbezaan melalui perlambangan.

Budaya baru Umno ini amat berbeza dengan pendirian bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin yang mahukan songkok hitam menjadi pemakaian orang Melayu berbanding kopiah putih. Begitu juga dengan Ketua Bahagian Umno Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mahukan para jemaah haji Malaysia memakai songkok dan berbaju Melayu ketika menunaikan solat di Masjidil Haram, Makkah.

Seterusnya..

E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Muzik Britney Spears Takutkan Perompak Somalia, Penemuan Baru!


Musik Britney Spears bikin takut perompak Somalia
Britney Spears. ©blogspot.com

HALAMAN HIBURAN
Komite internasional menemukan cara baru memerangi kelompok perompak Somalia. Mereka memasang lagu pesohor muzik pop Britney Spears dengan kekuatan suara besar dan kuat

Surat khabar the Huffington Post melaporkan, Selasa (29/10), menurut jurucakap kapal dagang angkatan laut Amerika Syarikat Rachel Owens, perompak itu tidak tahan muzik barat. Muzik itu diputar dan pembesar suara ditujukan langsung ke perompak.

"Britney Spears memang cara efektif memerangi lanun laut," ujar Owens.

Menurut jurucap asosiasi keamanan untuk industri maritim Steven Jones, ada beberapa negara barat tidak bersedia melakukan perlawanan pada pemberontak Somalia sebab takut melanggar hukum internasional. Dia bahkan tidak dapat membayangkan jika mendengarkan lagu Justin Bieber bakal bertentangan dengan Konvensi Genewa.

Perompak-perompak ini diyakini takut pada suara kuat dan jenis muzik menghentak-hentak dimainkan oleh Spears. (IH)

Benih Padi Azam: Ini, Presiden PAS Turun Ke Bendang



JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menamakan benih padi yang ditabur untuk musim depan dengan nama Azam. Menurutnya, pemilihan nama itu sebagai mengambil nama calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau kali ini.

"Calon PAS yang bertanding Ustaz Mohd Azam, jadi benih ini saya namakan benih Azam sesuai dengan calon.
"Ia juga sebagai azam kita kepada Allah supaya benih ini subur dan memberi hasil yang banyak musim depan," katanya ketika berucap di majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Kampung Kabu Sepuluh di sini hari ini.

Pemberian nama itu adalah permintaan daripada tuan tanah di mana Tuan Guru diminta menabur benih tersebut dalam petak sawah miliknya. Sebagai gimik pelancaran, Tuan Guru mengenakan pakaian turun ke bendang, iaitu baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang dan turun menabur biji benih padi di petak sawah kira-kira 700 meter dari tempat peigram.

Turut serta dalam acara itu termasuk Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah dan Salahudin Ayub, Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Iskandar Al-Hiss.

Terdahulu dalam ucapannya juga, Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan masyarakat agar sentiasa berdoa kepada Allah di samping usaha dan ikhtiar yang dibuat supaya padi yang ditanam menjadi dengan baik. Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela nasib petani khususnya penanam padi.

Ia termasuk dalam isu pemberian subsidi bagi meringankan beban pesawah padi dan harga padi yang masih rendah sekitar RM248 satu tan.

"Subsidi bukan keseluruhannya beban kepada kerajaan. Kerajaan kena fikir panjang untuk bekalan makanan negara.
"Seperti negara barat, mereka galakkan pertanian untuk sumber makanan mereka. Apabila berlaku bencana mereka punyai bekalan makanan yang cukup," katanya lagi.

Di samping itu beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu kerajaan menggunakan kepakaran termasuk menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan penghasilan padi. Beliau juga menggesa kerajaan memanfaatkan sebaiknya tanah-tanah yang masih banyak dalam negara untuk pertanian sebagai memperbanyakkan stok bekalan makanan negara.

"Kerajaan jangan duk fikir nak bagi RM50, RM100 waktu kempen pilihan raya ini sahaja.
"Pesawah di sini mahu pendapatan mereka, hasil padi mereka meningkat. Kerajaan kena bantu dari sudut itu," tegasnya.

Majlis hari ini dibuat mengikut tradisi orang dahulu, dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat, dan kemudian menjamu pulut kelapa parut serta ikan masin, sebelum turun ke bendang. (Hrkh)

Seterusnya..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Mesin Duit Maya Pertama Di Dunia

SEORANG lelaki menyaksikan mesin duit maya itu.

JOM KREATIF
VANCOUVER - Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang boleh digunakan untuk traksaksi di internet.

Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia. Ia digunakan kelmarin yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat (AS), Robocoin. Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).

Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia internet. Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto. Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.

"Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia," kata pengasasnya, Mitchel Demeter.

Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu. Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan.

"Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja," kata Demeter.

Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu. Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.

Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan. - AFP

Lihat lagi..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Bajet 2014: Belanja Lebih Dari Pendapatan -Dr Siti Mariah



KUALA LUMPUR: Bajet 2014 yang dibentangkan baru-baru ini tidak memperlihatkan satu komitmen kerajaan untuk mengatasi masalah defisit yang dialami negara. Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud,  berkata masalah defisit yang dialami negara sejak 16 tahun lalu berikutan perbelanjaan melebihi pendapatan yang diamalkan kerajaan.

"Namun, kita lihat kerajaan tidak cuba untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan, sedangkan ia secara jelasnya sudah didedahkan melalui Laporan Audit Negara setiap tahun, tapi tidak diambil perhatian," tegas beliau.

Membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, di Dewan Rakyat, hari ini Dr Mariah berkata pendedahan laporan audit berkenaan tu jelas menunjukkan berlakunya ketirisan dan pembaziran yang menyebabkan perbelanjaan berlebihan. Malangnya, tegas Dr Mariah, dalam usaha kerajaan untuk 'menutup lubang' tersebut, kerajaan mengalihkan beban itu ke atas rakyat, khususnya kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan GST sebagai 'pukat tunda', di mana semua rakyat terkena dengan cukai tersebut bermula 2015 nanti. Dr Mariah berkata hutang isi rumah yang kini menjangkau sehingga 700 bilion sudah tentu akan memberi kesan ke atas pembayaran pinjaman yang akan meningkat dengan adanya GST.

Sebelum itu, Dr Mariah turut menegur kerajaan yang bertindak membentangkan bajet pada Jumaat lalu, tanpa memikirkan waktu solat Asar. Beliau mencadangkan  agar perkara tersebut tidak berulang pada tahun hadapan, sebaliknya meminta agar kerajaan memilih hari dan waktu yang benar-benar sesuai untu pembentangan bajet. (Hrkh)

Video: Apa Kata MP PAS?


VIDEO

29 Oct 13|20:32
-
28 Oct 13|31:43

-


25 Oct 13|9:42

-
25 Oct 13|2:31

Konsert Siti Nurhaliza Bagaimana Dari Sudut Agama Negara

Konsert Lantera Timur oleh Siti Nurhaliza telah berjaya mencipta sejarah Istana Budaya.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.

"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.
"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya kepada mStar Online.

Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.


 Teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak salah rasanya kalau dibongkar bagaimana penilaian konsert artis terkenal diiktiraf negara itu, dari sudut Islam 'agama bagi Persekutuan' di negara ini. Lihat bagaimana aurat, tabarruj atau gaul bebas lelaki-perempuan di konsert tersebut.(IH)

Lihat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails