Friday, November 15, 2013

Kes 'budak suruhan', Pengikut Siti Nurhaliza & KJ...



PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.

Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.

"Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy.

Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.
Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan ‘budak suruhan’ yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.

Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai ‘budak suruhan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.
Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.

"Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti.

Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.  (IH/mStar))

Lihat sebelum ini..

Thursday, November 14, 2013

Filem Cabul Seks Ini, Diluluskan Penapis Filem?



Antara aksi Wan Hanafi Su dan Marsha dalam Laga

HALAMAN HIBURAN

KL: Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut. Lapor mStar hari ini.

Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.
"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya pada sidang media pelancaran lagu tema filem Laga di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang treler filem Laga yang ada memaparkan aksi panas antara pelakon Marsha dan Wan Hanafi Su. Adegan tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim. Tambah Ismail, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.
"Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.

Walau apa pun alasan, filem seperti adengan di atas telah diluluskan dan bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014. Jadi LPF terlibat dalam kerjasama meluluskan filem cabul,  lucah, seks dan tidak senonoh seperti yang dilaporkan di atas. Di mana nilai kayu ukur LPF dalam menentukan seks, lucah atau cabul? Adakh LPF menilai menurut Al-Quran dan hadis? (IH)

Video: Trailer Filem LAGA (HYPER ACT - KAYANGAN)

Nak Tarik Skirt, Tertarik Seluar Dalam, Di Pentas..

 
HALAMAN HIBURAN
LILIANA Mass merupakan seorang penari Hot Dancer dari Peru. Dia bukan sahaja penari, malah celebriti TV dan juga model.

Dia menjadi popular dengan tiba-tiba seluruh dunia apabila ketika dalam satu persembahan tarian pentas, rakan tarinya telah mengenakan beliau dengan melondehkan skirt tariannya.. Lebih memalukan, skirt tersebut ditarik sekali dengan seluar dalamnya hingga ke paras buku lali!
Memang memalukan, tetapi dia menganggap perkara tesebut sebagai satu jenaka dan tidak berhenti ketawa ketika berbicara mengenainya. Katanya, dia akan membalas dendam terhadap rakannya itu!

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Soal aurat dan maruah dijadikan bahan gurauan dan publisiti. Inilah suatu fenimena pemikiran sesat sudah memjajah pemikiran manusia yang asalnya bersih fitrah. Mereka tidak berpaksikan agama lagi. Kerana semua agama menolak kebiadaban dan ketidak tamadunan itu.

Di alam Melayu sini pun ada otak macam tu, terutamanya golongan artis. Mereka sanggup berbogel, separuh bogel atau berpakaian tapi bertelanjang di dalam filem atau pun di luar filem. Tv-tv dan media kerajaan sekular terus menjadi tukang azan kepada kemasjidan iblis itu. 

Tapi, di Malaysia tidak semua artis-artis begitu. Ramai yang dah berhijrah. Al-hamdilillah!!

Lihat sebelumini..

Bayar K-pop RM1.6J, Bukan Pengiktirafan Tapi Pengkhiatan.


Khairy tetap mempertahankan tindakan KBS membawa masuk artis K-pop pada sambutan Hari Belia tahun lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 November, 2013. 

KL: The Malaysian Insider melaporkan, Khairy tetap mempertahankan tindakan KBS membawa masuk artis K-pop pada sambutan  Hari Belia tahun lalu. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.

Khairy berkata, langkah tersebut adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada belia terhadap sokongan mereka  dalam proses pembangunan negara.

"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama dalam menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.
"Jika dilihat dari sudut positif, perkara tersebut juga satu pengiktirafan kerajaan khususnya kepada golongan belia betapa kerajaan mengambil berat akan minat mereka," kata Khairy di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan menerima kritikan dan tekanan hebat susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-pop, iaitu U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet. Khairy mempertahankan penganjuran dan langkah membawa kumpulan K-pop tersebut bermanfaat dan memberi banyak faedah kepada pengunjung pada Hari Belia Kebangsaan ketika itu.

"Bagaimanapun kajian impak ekonomi telah dibuktikan bahawa program kesuluruhan memberi impak ekonomi tinggi dengan kehadiran 2.4 juta pengunjung yang secara tidak langsung memberi pendapatan kepada golongan usahawan dan peniaga yang terlibat dalam himpunan ini," katanya.

Khairy juga menegaskan adalah tidak adil apabila mempertikaikan jemputan tiga kumpulan K-pop tersebut kerana artis tempatan juga dijemput untuk menjayakan program tersebut.

"Selain persembahan artis Korea, jangan kita lupa seramai 204 artis tempatan, individu dan berkumpulan turut diundang untuk membuat persembahan sepanjang empat hari.
"Himpunan yang berlangsung itu  melibatkan nama-nama besar seperti Wings, Search, Azlan Typewriter, Rabbani dan Hijjaz," katanya.

Namun, Ahli Parlimen Sepang (PAS) Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan kewajaran langkah membawa bentuk hiburan sedemikian yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

"Adakah ia sesuai dengan Islam? " soal Mohamed Hanipa kepada Khairy.

Namun, Khairy bertegas kumpulan K-pop menjadi satu trend di kalangan belia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah salah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama untuk menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang," katanya.
Ada orang kata, ini gambar ulat bulu?
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan penganjuran konsert itu daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja. Laporan Audit Negara 2012 juga turut mendedahkan KBS berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti bagi acara tersebut.

Lanjutan isu tersebut, bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menerangkan sendiri isu berbangkit berhubung laporan audit berkenaan.

Menurut editor weblog ini Hj Mohd Hasyim," Pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu itu, sebenarnya bukan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia, tetapi suatu pengkhiatan 'amanah Allah' yang dititipkan kepada pemimpin-pemimpin  umat masakini."

"Belia-belia di Malaysia, sepatutnya dipandu dan dipantau ke arah yang membangun, bukan dibazir tenaga dan peruntungan kewangan hak mereka, kearah yang tidak wajar!"  (IH)

Wow! Skirt Ini Bukan Koyak, Tapi Bergambar Spender, Fesyen Baru!!



SKIRT pendek dibawah ini bukanlah koyak seperti yang kamu nampak, tetapi skirt itu bergambar seluar dalam.. So jangan terkejut sampai terkeluar bijik mata korang bila terjumpa trend pakaian seksi sebegini di Jepun.

Seni kreatif fesyen mereka telah menjadi ikutan ramai gadis-gadis d isana. Mungkin kerana mengidamkan bentuk paras yang sebegitu kot.. Sebab tu mereka pakai pakaian seksi palsu macam tu. Fesyen Baru, perlukah ia dikawal lebih awal supaya jangan masuk Malaysia?


(IH)

Wednesday, November 13, 2013

Aceh Dilanda Koin Emas.. Lokasi Kini Ditutup.


Warga gunakan alat berat, lokasi penemuan koin emas ditutup
Penemuan koin emas di Aceh. ©2013 Merdeka.com/Afifuddin

Warga gunakan alat berat, lokasi penemuan koin emas ditutup
Lokasi penemuan koin emas di Gampong Pande, Kecamatan Kuta Raya, Banda Aceh, ditutup untuk sementara oleh Pemerintah Kota setempat. Penutupan itu dilakukan lantaran warga sudah merusak kawasan yang diduga terdapat makam dan situs sejarah itu dengan alat berat.

"Kita tutup sementara sampai ada kebijakan lebih lanjut dari Pemerintah Aceh dan juga Pemerintah Kota (Pemko) nantinya. Di situ ada makam, bahkan ada yang sudah menggunakan alat berat membongkar makam untuk mencari koin, ini sudah membahayakan," kata Sekretaris Camat (Sekcam) Kecamatan Kuta Raja, TM Syukri di lokasi, Rabu (13/11)

Penutupan ini, kata Syukri, merupakan hasil musyawarah dari warga Gampong Pande, Merduati serta jajaran Pemerintah Aceh dan Pemerintah Kota Banda Aceh. Menurut Syukri, pencari koin emas bukan hanya warga sekitar tetapi dari Aceh Besar bahkan warga Kabupaten Pidie.

"Bukan lagi warga Banda Aceh yang datang, tapi luar Banda Aceh, mungkin akan ditutup sampai dua minggu ke depan," imbuhnya.

Sementara pencari tiram yang merupakan warga Gampong Pande dan Merduati tetap diberikan izin untuk mencari tiram. Karena mereka menggantungkan mata pencaharian dari tiram yang diambil di lokasi tersebut.

"Pencari tiram yang sering ngantor di situ diberikan izin untuk masuk, karena memang semua sudah dikenal yang mencari tiram," tukasnya.

Berita dan Foto


Dikhawatirkan, koin emas itu akan dijual ke pihak asing oleh warga yang menemukan.

Pemerintah diminta menebus koin emas yang sudah ditemukan warga.

Emas yang ditemukan di rawa bernama Krueng Doy (Krueng Daroe) diduga berasal dari tahun 1612-1625 M.

Ratusan warga berbondong-bondong turun ke rawa-rawa mencari kepingan koin emas peninggalan Sultan Iskandar Muda.

Rudi mengatakan, kawasan itu juga merupakan pusat perakitan senjata api di masa lampau.

Kepingan emas itu pertama kali ditemukan pada hari Minggu, (10/11) saat salah seorang wanita sedang mencari tiram.

Lagi berita-berita Aceh..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Wanita Vietnam Ingin Kahwin Rakyat M'sia. Islam, Penyelesaian?

Foto 
WANITA Vietnam yang menawarkan khidmat seks.

Ipoh: “Kami dijanjikan pendapatan lebih lumayan di Malaysia kerana ejen beritahu lelaki di negara ini lebih pemurah dan penyayang,” kata salah seorang pelacur warga Vietnam dikenali sebagai Binh, 24, yang berkhidmat sebagai pekerja seks di sebuah pusat spa di bandaraya ini.

Dia yang berasal dari daerah Phu My Hung turut berharap ada pelanggan dalam kalangan lelaki tempatan sudi mengahwininya seperti mana berlaku pada rakannya yang dihantar bekerja di Korea Selatan atau Taiwan.

Menurutnya, aktiviti pelacuran di Vietnam menghadapi persaingan sengit dan kebanyakan rakan-rakannya ‘dieksport’ ke China, Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia oleh sindiket.

“Ada yang benar-benar sukarela menjadi pelacur dan ada yang ditipu sindiket yang berselindung di sebalik agensi mencari jodoh atau agensi menyediakan pekerjaan di luar negara.

“Saya sendiri bersama rakan-rakan dibawa masuk ke Malaysia awal tahun ini dengan menggunakan pasport sebagai pelancong.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Islam agama dunia untuk semua manusia, tidak kira batas sempadan. Apakah tidak ada jalan penyelesaian dalam masalah kemanusiaan begini? Agama Islam bukan sempit, seperti kepala otak sesetengah pemimpin-pemimpin yang hanya berfikir di bawah tempurung kedaerahan dan asobiah kebangsaan saja.

Lihat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails