Friday, November 29, 2013

Novel Dilancar PM Diharamkan Jakim. Apa Dah Jadi?



Novel pengarang terkenal Faisal Tehrani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu kini diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas dakwaan mempunyai mesej Syiah.

Menariknya, perakuan itu dinyatakan dalam majlis ceramah berhubung dakwaan kesesatan Syiah yang turut dihadiri isteri Najib, Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin, lapor MyMetro.

NONEPenolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas'od dilaporkan berkata, berlaku penyusupan idea ajaran itu melalui novel berjudul Perempuan Nan Bercinta itu."Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita... malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.

"Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim.

"Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi," beliau dipetik sebagai berkata.

Juga dilancarkan di Seri Perdana
Justeru, Mohd Aizam menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk "Kesesatan dan Fahaman Syiah" anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).
Buku Faisal Tehrani (kiri), atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa itu dilancarkan perdana menteri bersama 29 lagi buku karya asli Terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada awal Julai tahun lalu.

Tahun lalu, beberapa hari selepas pelancarannya, juga di Seri Perdana, Aizam memberitahu Malaysiakini, Jakim sedang menimbangkan peng
haraman novel itu selepas terdapat aduan diterima.

Sebuah lagi novel Faisal Sebongkah Batu di Kuala Berang turut diharamkan Jakim sebelum ini.

Novel itu dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan.

Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.

Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.


Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi pengarang berhubung langkah terbaru Jakim itu. (MK)

Polis Britain Sedia Terima Surat Kakak S/Aishah


Kamar Mahtum Abdul Wahab

Aktivis Hishammuddin Rais yang bersama-sama dalam misi pencarian warga Malaysia Siti Aishah Abdul Wahab mengatakan polis Britain kini dalam proses menerima surat yang dikirimkan kakak kepada “mangsa”,

Kamar Mahtum Abdul Wahab selepas meminta bantuan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.
Katanya surat itu akan diserahkan sebaik sahaja pegawai penyiasat polis Britain itu tiba di Suruhanjaya Tinggi untuk diserahkan pula kepada adik Kamar Mahtum, Siti Aishah yang "dikurung" Aravindan Balakrishnan yang juga dikenali sebagai "Komrad Bala" dan isterinya, Chanda selama 30 tahun.

“Pegawai polis Neil Hamilton akan menerima surat daripada Cikgu Kamar dan ini akan dilakukan di kedutaan.
“Surat ini untuk disampaikan kepada adiknya, Siti Aishah. Ini berita baik yang ditunggu-tunggu,” kata Hishamuddin melalui kiriman di blog Tukar Tiub.

Hishammuddin mengirimkan pesanan itu pada jam 1.30 tengahari waktu tempatan atau 9.30 malam tadi.
Beliau sebelum ini melaporkan Kamar Mahtum mengambil langkah awal bagi bertemu adiknya dengan menghantarkan sepucuk surat kepada polis Britain.

Katanya, surat itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong semasa pertemuan di London semalam.

Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah. Pihak berkuasa United Kingdom hari ini mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei 1944.

Kementerian Luar memaklumkan kes itu masih di peringkat siasatan. Akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom.

Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini. Kenyataan itu menyebut Suruhanjaya Tinggi akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa tersebut dari segi undang-undang.

"Sekiranya beliau secara tidak disedari telah kehilangan kewarganegaraan Malaysia serta tidak mempunyai sebarang kerakyatan dalam tempoh 30 tahun yang lalu di bawah keadaan daif, Suruhanjaya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi mengembalikan semula kerakyatan beliau.
"Bantuan konsular selanjutnya akan dihulurkan kepada mangsa dan ahli keluarga, sebagaimana yang sesuai dan perlu," kata Kementerian Luar. – 28 November, 2013.(TMI)

Lihat sebelum ini..

Mesir: 21 Muslimat Penyokong Mursi Di Penjara 11 Tahun.

Muslimah penyokong Ikhwanul Muslimin. 
SEBUAH mahkamah pengadilan di Mesir telah menjatuhi hukuman sebelas tahun penjara kepada 21 perempuan penyokong presiden yang digulingkan Muhammad Mursi. Mereka dinyatakan bersalah atas beberapa tuduhan, termasuk bergabung dengan kelompok teroris, menghalangi lalu lintas, sabotase, dan menggunakan kekuatan saat protes di Kota Alexandria pada bulan lalu, seperti dilansir situs bbc.co.uk, Khamis, 28 Nofmber lalu.

Tujuh di antaranya masih di bawah usia 18 tahun dan akan dikirim ke penjara remaja. Pengadilan juga menjatuhi hukuman kepada enam pemimpin Ikwanul Muslimin 15 tahun penjara atas tuduhan menghasut protes. Sebuah laporan mengatakan keenam orang itu telah diadili secara absentia.

Sementara itu 17 ulama yang dikaitkan dengan gerakan Ikhwanul Muslimin, organisasi pendukung Mursi, ditangkap di Kota Gharbiya, seperti dikutip berita Mena. Mereka dituduh menggunakan masjid dan memberikan ceramah untuk menghasut kerusuhan melawan tentara dan polis.

Mena juga menyatakan lapan orang akan diadili atas tuduhan penculikan dan menyiksa seorang pengacara selama pemberontakan 2011 saat menggulingkan mantan Presiden Husni Mubarak. Perdakwa itu termasuk Mahmud al-Khodeiry, mantan hakim dekat dengan Ikhwanul Muslimin, Osama Yassin, yang menjabat sebagai menteri pemuda di bawah pemerintahan Mursi, dan Ahmad Mansyur, seorang pembawa acara untuk stasiun tv Aljazeera.

Sejak militer Mesir menggulingkan Mursi pada Julai lalu, ribuan anggota Ikhwanul Muslimin dan kelompok Islam lainnya telah ditahan dengn tuduhan terorisme. Ratusan orang juga dikhabarkan tewas dalam insiden tempur dengan pasukan keamanan, sejak pasukan keamanan melancarkan pembersihan di Ibu Kota Kairo Ogos lalu.(IH)

Thursday, November 28, 2013

MB Kelantan Bertemu PM Pagi Tadi




PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.
   
Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.
   
Beliau berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
   
"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.   
   
Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.
   
Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - Bernama

Kedudukan 'Hamba Sahaya', Bagaimana Dalam Al-Quran?

 ADA yang bertanya, "Dalam tafsir surat Al Mu’minuun (Ayat 1- 11) disebutkan tentang keberuntungan menjaga kemaluan kecuali terhadap isteri-isterimu dan hamba-hambamu. Apa maksud kata “hamba (budak)”, apakah kita boleh tidak menjaga kemaluan terhadap hamba, dan apakah pengertian 'hamba' dalam tafsir Al-Quran ini. Jazakumullah khairan katsiran. Wassalammu’alaikum wr.wb.

Jawapan

Satu: 
Ayat mengenai hamba sahaya pada surah Al Mu’minuun tepatnya terdapat pada ayat 5-6, terjemahannya adalah..
  • ”Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (kehormatannya), kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela”          (http://quran.al-islam.com/Targama/)
Sebelum Islam diturunkan, perbudakan atau perhambaan sangat merajalela dan tidak ada batasan yang melarangnya. Ertinya siapa saja dapat dijadikan hamba dengan cara apapun, seperti dirampas, diculik dan sebagainya. Namun ketika Islam datang perhambaan sangat dibatasi. Iaitu hanya tawanan perang yang boleh dijadikan hamba. Sebab hal ini sudah menjadi konvensi internasional, dimana orang Islam pun ditawan oleh musuh akan dijadikan hamba. 

Namun demikian, Islam sangat menganjurkan kepada umatnya untuk memerdekakan hamba-hamba itu. Diantaranya dijadikan sebagai tebusan untuk membayar kafarat dalam beberapa pelanggaran syariat, seperti kafarat sumpah, membunuh dengan tidak sengaja dan sebagainya. Dalam Islam hamba perempuan dihalalkan untuk digauli sebagaimana layaknya seorang isteri, namun hamba tersebut hanya boleh digauli oleh tuannya saja. 

Ertinya hamba yang dimiliki oleh seorang bapa tidak boleh diguali oleh anaknya atau siapapun juga. Bahkan apabila dia telah melahirkan anak maka disebut 'ummul walad' dimana tuannya tidak boleh menjualnya kepada yang lain, tetapi dia perlu terus memelihara atau memerdekakannya. Diantara dalilnya adalah ayat di atas dan beberapa ayat berikut ini: 
  • “Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali hamba-hamba yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina.” (QS. An-Nisa’: 24) . 
http://www.eramuslim.com/ks/um/3c/8617,2,v.html

Dua:
Sebagai tambahan kepada jawapan di atas.. 
  • Maksudnya adalah hamba belian yang didapat dalam peperangan dengan kaum kafir, bukan hamba belian yang didapati diluar peperangan. Dalam peperangan dengan kaum kafir itu, wanita-wanita yang ditawan biasanya dibagi-bagikan kepada kaum muslimin yang ikut dalam peperangan. Kebiasaan ini bukanlah suatu yang diwajibkan. Namun Imam boleh melarang kebiasaan ini. (sumber : Al Qur’an Dan Terjemahnya, Departemen Agama Republik Indonesia Jakarta,Penerbit PT.Kumudasmoro Grafindo Semarang, Edisi Revisi tahun 1994).
  • Maksudnya adalah hamba sahaya yang berasal dari tawanan perang. (sumber : Al Quran Terjemah Indonesia,Tim DISBINTALAD,PT.Sari Agung Jakarta,Cetakan ke : 8, Th.1995)
  • Maksudnya adalah perempuan yang dapat kamu miliki sebagai tawanan dari medan perang. Iaitu perang untuk mempertahankan agama, bukan perang untuk merebut kekayaan dunia dan keuntungan raja-raja, maka perempuan itu boleh kamu tawan dan kamu kahwini. Boleh pula kamu lepas dan dikembalikan ke tanah airnya. Adapaun hamba perempuan yang ada sekarang bukanlah hamba yang sebenarnya. (sumber : Tafsir Quran karim, Prof.Dr.H.Mahmud Yunus,PT.Hidakarya Agung Jakarta,Cetakan ke : 29,Tahun 1991).

Merdekakan Hamba

  • “Bila seseorang memiliki hamba yang masih mahram, maka dia merdeka”. – (Ahmad dan Empat, dari Samurah bin Jundub)
Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: 
  •  “Barang siapa memerdekakan bagiannya dalam diri seorang hamba, kemudian ia masih mempunyai kekayaan yang mencapai harga hamba itu, maka hamba itu ditaksir menurut harga sepatutnya, lalu ia membayar kepada masing-masing kawan bersama yang lain bagian mereka, sehingga merdekalah hamba itu. Jika tidak, maka ia hanya memerdekakan bagiannya saja . (Sahih Muslim, hadits no : 2758)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, dari Nabi saw. beliau bersabda: 
  •  “Mengenai seorang hamba yang dimiliki dua orang tuan, lalu salah seorang dari keduanya memerdekakan hamba tersebut. Beliau bersabda: Dia menanggung (pembayaran hak kawan sekutunya bila ia seorang yang kaya)”. (Sahih Muslim, hadits no : 2759)
  • Hadis riwayat Aisyah ra, dari Ibnu Umar, dari Aisyah, bahawa ia ingin membeli seorang hamba perempuan untuk dimerdekakan. Pemilik hamba itu berkata: Kami akan menjualnya kepadamu, dengan syarat hak loyalitasnya untuk kami. Lalu Aisyah ra. menceritakan hal itu kepada Rasulullah saw. dan beliau bersabda: “Syarat itu tidak dapat menghalangimu, kerana hak loyalitas itu hanya untuk yang memerdekakan” . (Sahih Muslim, hadits no : 2761)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, dari Nabi saw. beliau bersabda:
  •  “Barang siapa memerdekakan seorang hamba mukmin, maka Allah akan membebaskan setiap anggota tubuhnya dari neraka dengan setiap anggota tubuh hamba itu. (Sahih Muslim, hadits no : 2775)
http://hadith.al-islam.com/

  • “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”. (QS. 51 : 55)

  • “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS. 47 : 7)

  • “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS. 3 : 104)
 Wallahu 'aklam. (IH)

Boikot Sertai Sukan Sea kali ke-27 Di Myanmar -Mapin


SUKAN
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Malaysia menimbang penyertaan dalam Kejohanan Sukan  Sea kali ke-27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 1 Disember ini.

“Mengambilkira tindakan kelompok sami Buddha yang terang-terangan berkempen membenci Islam dan menyebarkan permusuhan terbuka kepada Islam dan syiar agama Islam termasuk membunuh, membakar hidup-hidup  mangsa yang diserang, membakar masjid, memusnah kubur dan madrasah Islam yang  diserang berterusan,  berbulan-bulan sejak Jun 2012, menunjukkan mereka tekad untuk melenyapkan Islam dari bumi Myanmar,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, demonstrasi yang terkini yang didorong sendiri oleh kerajaan Yangoon telah mempamerkan kempen membenci Islam dan masyarakat Islam secara jelas, terus disebar luas.

Katanya, setelah mereka membunuh, merampas, menyiksa, membakar dan menzalimi masyarakat Islam Rohingya, kini jelas mereka sudah secara terang-terangan menyerang Islam sebagai agama suci dan melancarkan kempen untuk menghapuskan seluruh simbol Islam di Myanmar.

Tambahnya, terkini mereka menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini untuk meninjau mangsa pelarian Rohingya Muslim yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam.

Katanya lagi, kebencian terhadap umat Islam sangat meluap-luap sehingga seorang warga Muslim sama ada rakyat Myanmar atau orang luar akan sentiasa dipandang dengan mata permusuhan oleh semua penganut Buddha di Myanmar.

Kini, ujarnya Myanmar akan menjadi tuan rumah kepada kejuaraan Sukan Sea.

“Pada pendapat kami Myanmar hilang kelayakan untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang diadakan itu di Myanmar itu, setelah Myanmar menjadi tuan rumah sebanyak dua kali sebelum ini iaitu 1961 dan 1969.

“Dalam keadaan inilah kami menggesa Malaysia malah semua delegasi kejohanan Sea tahun ini membatalkan penyertaan mereka atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat di Myanmar,” ujarnya.

Katanya, Mapim menggesa semua olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia mahupun dari mana-mana negara Asean yang menyertai kejohanan ini berfikir dua kali untuk ke Myanmar.

Menurutnya lagi, mereka harus menilai keadaan keselamatan ketika  berada di Myanmar yang tidak selamat dan tidak terjamin.

“Kami berpendirian memboikot kejohanan Sukan Sea di Maynmar itu adalah wajar kerana antara matlamat kejuaraan ini adalah untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Asean dan Myanmar tidak berhasrat menjayakan keharmonian itu,” katanya lagi.

Beliau menambah, dengan jelas Myanmar tidak berhasrat untuk berbuat demikian, malah dengan sangat tidak bertamadun, rejim Myanmar yang ada sekarang telah melaksanakan penindasan, penafian hak manusia etnik Rohingya Muslim dan seterusnya menyatakan sikap permusuhan terhadap Islam.

“Kami tidak nampak manfaat penyertaan dalam kejohanan Sea di Myanmar jika Malaysia serta semua anggota lain serius dengan slogan rantau aman, bebas dan neutral Asean (zone of peace, freedom and neutrality),” katanya.

Mohd Azmi berkata, Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mewujudkan ketegangan agama antara penganut Buddha dan Islam bertujuan untuk menghapuskan Islam dan umat Islam di negara tersebut.

Katanya, Mapim menegaskan peserta Malaysia yang mempunyai anggota dari kalangan orang Islam mungkin menjadi sasaran oleh puak ekstremis Buddha ketika berada di Myanmar.

“Kami mengambil berat terhadap ingatan yang diberikan oleh beberapa pertubuhan Islam Rohingya supaya peserta Islam di kejohanan Asean itu benar-benar menjaga keselamatan diri ketika di Myanmar kerana ada tanda-tanda bahawa mereka boleh diserang,” katanya.

Ini, kata beliau menunjukkan bahawa keadaan di Myanmar sangat terdedah kepada keganasan oleh penganut ekstremis Buddhis dan kekhuatiran etlit Islam akan menjadi sasaran adalah beralasan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kebiadaban Myanmar membunuh, merampas, menyiksa, membakar, menzalimi masyarakat Islam Rohingya, kini secara terang-terangan menyerang Islam sebagai agama suci dan melancarkan kempen untuk menghapuskan seluruh simbol Islam di Myanmar..

Bagaikan jiran kita  yang membunuh, merampas, merogol, menyiksa, membakar dan menyerang rumah saudara kita, reaksi kita baru nak boikot main bola? Padankah?

Jauh dari padan. Itupun kalau berlaku... (IH)

Rombongan “Misi Mencari Siti Aishah” Tiba Di London


Rombongan dari Malaysia ke London dalam misi mencari Siti Aishah Abdul Wahab, wanita yang dikatakan menjadi tahanan selama tiga dekad tiba di London selepas 14 jam penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 pagi tadi (gambar), lapor Hishamuddin Rais melalui blognya.

Hishamuddin melalui blog; tukartiub.blogspot.com berkata, waktu ketibaan beliau di London adalah jam 5.30 pagi dan ketibaan rombongan berkenaan yang turut disertai kakak kepada Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," kata Hishamuddin dalam blognya.
Beliau turut berkata, rombongan berkenaan turut diserbu wartawan di London sejurus keluar dari lapangan terbang.
"Cikgu Kamar menunggu Dean untuk pergi minum pagi dan berbincang apa yang perlu kami lakukan," katanya lagi.

Kamar yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100% Siti Aishah adalah adiknya, tetapi naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.
“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di KLIA malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.
“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.
“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya. - 27 November, 2013. (TMI)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails