MAN KIDAL akan menemani Ramli dalam konsert Jelajah Blues Buat Teman.
HALAMAN HIBURAN
BUKAN dibuat secara suka-suka. Sebaliknya, Konsert Siri Jelajah Blues
Buat Teman penyanyi, Datuk Ramli Sarip dibuat demi membantu teman-teman
seperjuangan yang sedang menderita sakit iaitu Yazid Ahmad (Search) dan
Hamid (Black Dog Bone).
Konsert jelajah itu akan bermula di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada
19 Januari 2014, diikuti dengan sembilan negeri lain seperti Sarawak
(14 Februari), Sabah (16 Februari), Pulau Pinang (23 Februari), Perak (1
Mac), Terengganu (7 Mac), Kelantan (8 Mac), Melaka (14 Mac), Johor (28
Mac) dan Singapura (29 Mac).
Mula merancang setahun yang lalu, ulas Ramli, idea untuk menghasilkan
konsert itu timbul selepas mendengar album Alive (2000) yang dirakamkan
semula pada tahun ini. Sepanjang lebih 40 tahun karier Ramli, album Alive (2000) adalah
antara album yang dirakam dalam bentuk digital. Ia juga antara album
yang sangat dihargai Ramli, langsung ia diterbitkan semula pada tahun
2013 dengan judul Ramli Sarip Live 2000.
“Allahyarham Samad Mian, Yazid dan Hamid terbabit dalam pembikinan
album tersebut. Saya tersentuh bila mendengar dan melihat gambar-gambar
rakan yang sudah pergi dan juga yang sedang sakit dalam album ini.
“Disebabkan itu, saya mula terdetik untuk menghasilkan konsert siri
jelajah ini demi memberi bantuan kepada mereka,” jelasnya yang bakal
menyanyikan lagu-lagu daripada album pertamanya sehingga ke album
bersama Sweet Charity untuk konsert jelajah itu nanti.
Sementara itu, disoal mengenai stamina Ramli yang masih hebat di atas
pentas pada usia 61 tahun, luah Ramli, ia adalah anugerah daripada
Allah dan juga disiplin hidup yang diamalkan sejak dulu lagi.
Bagi Ramli juga, tiada istilah berhenti daripada menyanyi. Selagi ada hayat, katanya, dia akan terus menyanyi.
Diminta mengulas mengenai nasib-nasib pemuzik yang dilanda kesempitan
hidup, ulas Ramli, bukan pemuzik sahaja malah ada juga pelakon yang
mengalami nasib yang sama. Apa yang penting, ujarnya, disiplin dan usaha keras dalam setiap pekerjaan.
“Selain jaga kerja dan disiplin, kita juga kena banyak bersyukur. Moga rezeki yang diperoleh diberkati,” tuturnya lagi.
Maklumat mengenai pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web www.ilassotickets.com atau hubungi talian 013-698 2336.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Alhamdulillah saudara Ramli Sarip!
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda:
"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan
daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya
daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat.
Barangsiapa
yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban
seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan
akhirat.
Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka
menolong saudaranya.
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut
ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke
syurga.
Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah
(iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama
mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat
akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan
Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di
sisiNya.
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab
keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)
Huraiannya :
1. Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan
daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya
daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat.
lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling
memperkuat antara satu sama lain. lslam menggalakkan umatnya agar selalu
melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam
kesusahan hidup. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan
rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
Allah SWT memberi jaminan bahawa Dia akan memberi pertolongan kepada
sesiapa dikalangan hamba-Nya dihari akhirat nanti. Kesusahan diakhirat
adalah seperti berada kepanasan diPadang Mahsyar (mendapat perlindungan
Arasy), menerima Buku Catatan (mendapat buku catatan di tangan kanan),
Timbangan Amal {Mizan} (akan di pereksa dengan pemereksaan yang mudah)
dan Titian Siratul Mustakim (melalui titian seperti kilat atau angin
kencang). Pertolongan yang paling besar sekali adalah mendapat keampunan
Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya.
2. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
Membantu orang yang susah dengan pemberian sedekah akan mendapat
banyak kebaikan di dunia dan akhirat seperti hadis Nabi SAW riwayat Amru
bin Auf r.a..
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya
sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati
dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan
dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari
pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)
Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya
dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau
kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat. Faedah sedekah
di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh
Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah
daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan
dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam
keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul
khatimah).
Dengan memberi sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping
menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan
pemberiannya.Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan
mendapat naungan Arasy daripada panas terik di Padang Mahsyar dan
mendapat pendinding daripada api neraka.
3. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang ingin agar
(berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang beriman,
bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah
mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui”. (Surah An-Nuur ayat 19)
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Siapa menutup
aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di
akhirat. (Hadis riwayat Tirmidzi).
4. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Firman Allah SWT maksudnya :
‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara
kebaikan dan ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan
di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan
takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang
amat dasyat’. (Surah Al-Maidah ayat 2)
Begitulah hendaknya dalam kerukunan hidup di dunia, sentiasa memberi
pertolongan kepada yang memerlukan semoga Allah memberi pertolongan
kepada orang yang bersifat pemurah agar dia mendapat kelapangan di dunia
dan akhirat. Pertolongan beginilah yang dituntut oleh syariat Islam
supaya hidup ummah sentiasa terjamin dan kukuh melalui tolong-menolong
serta mengeratkan persaudaraan dan merapatkan silatulrahim yang disertai
ganjaran pahala dari Allah yang tidak terhingga.
5. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya
Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.
llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu,
dengan niat ikhlas, Allah SWT menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan
ke syurga. Setiap muslim wajib menuntut ilmu. Rasulullah SAW bersabda
maksudnya :
“Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim laki-laki
dan perempuan.”.
Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang
berilmu dalam firman-Nya dalam Al-Quran surat Al-Mujaadilah ayat 11 yang
bermaksud :
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.
Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.
6. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah
(iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama
mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat
akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan
Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di
sisiNya.
Berkumpul dan mengkaji al-Quran dan ilmu di masjid adalah antara
amalan yang amat diberkati Allah SWT. Para malaikat turun mengelingi
mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat
penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka
kepada para penghuni langit.
7. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya
dan rahmat Allah SWT, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang
amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat
nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi
syafaat kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam
agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.
Allahu Akbar.
IKLAN Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana? Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat. Cari kawan-kawan yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda! Klik gambar ini (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)... Kandungan 100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet. Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini selesai melantik semua pengerusi lajnah.
Timbalan pengerusi dan setiausaha juga dilantik, namun ada beberapa lajnah yang belum dibuat pelantikan itu. Sebanyak 17 pengerusi lajnah termasuk satu lajnah baru iaitu Lajnah Dakwah dan enam pengerusi lembaga dilantik hari ini.
Berikut merupakan senarai pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha lajnah bagi sesi 2013-2015:
1. Lajnah Politik dan Pilihan Raya
Pengerusi : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan : Mohamad Sabu
Setiausaha: Datuk Mustafa Ali
2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi 1: Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi 2:Datuk Abu Bakar Chik
Pengarah Jabatan Tarbiyah: Idris Ahmad
3. Lajanah Dakwah
Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Pengerusi 1 : Nasrudin Hassan
Timbalan Penegrusi 2 : Nuridah Salleh
4. Lajnah Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : Datuk Mahfuz Omar
Timbalan : Tan Sri Mohamad Taib
Setiausaha: Misbahul Munir
5. Lajnah Pengembangan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pengerusi: Husam Musa
6. Lajnah Pendidikan
Pengerusi: Datuk Abu Bakar Chik
Timbalan Pengerusi 1 :Datuk Datuk Ahmad Amar Abdullah
Timbalan Pengerusi 2 :Datuk Mahfodz Mohamed
7. Lajnah Hubungan Antarabangsa
Pengerusi: Dr Syed Azman syed Ahmad Nawawi
Timbalan Pengerusi 1 : Datuk Kamarudin Jaffar
Timbalan Pengerusi 2 : Nik Zawawi Salleh
8. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi: Dr Siti Mariah Mahmud
Timbalan Pengerusi : Dr Riduan Mohd Nor
9. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi : Hanipa Maidin
Timbalan Penegrusi : Abang Ahmad Kerdee
10. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengerusi: Datuk Seri ir Nizar Jamaludin
Timbalan Pengerusi : Abdul Ghani Shamsuddin
Pengarah Jabatan IT Pusat : Shuhaimi Embong
11. Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi: Datuk Dr Mujahid Yusof
Timbalan Pengerusi : Nik Abduh Nik Abdul Aziz
12. Lajnah Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi : Dr Muhaimin Sulam
13. Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi: Datuk Mahfuz Omar
Timbalan Pengerusi : Khalid Abdul Samad
14. Lajnah Pekerja dan Pengguna
Pengerusi: Anuar Tahir
15. Lajnah Asas Tani
Pengerusi: Datuk Ir Amirudin Hamzah
16. Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal
Pengerusi : Mazlan Aliman
Timbalan Pengerusi 1 : Mohamad Hussain
(Sabah dan Sarawak)
Timbalan Pengerusi 2 :
17. Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi : Zulkefli Mohamad Omar
Lain-lain:
1. Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana
Pengerusi : Salahuddin Ayub
Timbalan Pengerusi 1 : Hussin Ismail
Timbalan Pengerusi 2 : Mohd Arifin
2. Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO
Pengerusi : Mohamad Sabu
3. Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi : Mohamad Sabu
4. Lembaga Pembinaan Kompleks
Pengerusi : Salahuddin Ayub
5. Lembaga Pengarah Harakah
Pengerusi: Datuk Mustafa Ali
Pengarah Urusan : Dr Rosli Yaakop
6. Lembaga Penasihat DHPP
Pengerusi : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
IKLAN Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. (Untuk Dapatkan, klik gambar)
Kandungan 100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet.
KOTA BHARU: Isu syiah yang dikaitkan dengan Timbalan
Presiden PAS Mohamad Sabu, hanya kerana dendam politik bagi
‘memerangkap’ pemimpin serta parti itu semata-mata.
Mursyidul Am
PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerana ingin
memburukkan imej parti Islam itu pada mata umum, pemimpin Umno sanggup
membuat dakyah baru.
“Sekiranya pemimpin Umno ingin memerangi
Syiah, kenapa pengikut ajaran itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di
Kedah tidak ditangkap,” ujarnya.
Menurutnya lagi, Umno
sebenarnya tiada ‘modal baru’ untuk dihidupkan bagi menarik sokongan,
sebaliknya ‘memerangkap’ orang nombor dua pimpinan PAS kononnya terlibat
dengan fahaman Syiah.
Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas berhubung isu Syiah yang masih belum berakhir melibatkan
Mohamad Sabu di samping tindakan undang-undang yang bakal diambil
olehnya.
Jelas Tuan Guru, tetapi orang yang mengaku Syiah sebagaimana di Kedah baru-baru ini tidak pula diambil tindakan.
Pada
pertemuan itu juga Tuan Guru turut mengakui rakyat semakin berhadapan
dengan tekanan harga keperluan harian yang makin mendesak.
“Kenaikan tol, tambang LRT, cukai itu dan ini semuanya akan memberi tekanan pada rakyat,” ujarnya.
Ujarnya lagi, MCA pun semakin jauh dengan Umno dan Melayu semakin celik bahawa hanya Islam yang boleh menyelamatkan manusia. (HD)
IKLAN: Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes.
100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet.
HMH STEVIA HERBA.
Agent : Selangor -
Badli-0175464055, (Bakhtiar) 0183968580, (Man) -01 111281452
Primadona
filem Melayu, Azean Irdawaty (gambar), 63 tahun meninggal dunia
sebentar tadi, jam 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya,
Selangor setelah lima tahun menderita penyakit tumor dan lymphedema.
Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai
penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an
setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi
Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980
menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.
Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi
Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM
pada 2008.
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.
Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga
orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7,
Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Urusan pengebumian akan
diumumkan dalam waktu terdekat. – 17 Disember, 2013. (TMI)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HANIM (kiri) menceritakan penderitaan jadi hamba seks luar tabii bekas suami.
Jodoh tutup malu
Kuala Lumpur: Pengorbanan seorang wanita menjadi ‘isteri gantian’
demi mengelakkan malu keluarga suaminya, hanya sia-sia apabila dia
kemudian dilayan seperti hamba seks serta dipandang rendah termasuk oleh
mentuanya.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama
empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi
telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana suaminya yang juga
seorang doktor, bertugas di luar ibu negara.
Hanim berkata, apa yang menyedihkan ialah di sebalik bersikap
dingin terhadapnya, suaminya seolah-olah menjadikan dia seperti hamba
seks setiap kali mereka berjumpa termasuk meliwatnya.
“Saya
diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia
hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti
mengajak saya melakukan hubungan kelamin termasuk luar tabii. Tanpa
pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.
Berikutan itu, perkahwinan Hanim yang berlangsung Mei lalu di
sebuah kawasan perumahan dekat sini, hanya bertahan enam bulan apabila
mereka bercerai November lalu. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Liwat isteri apa hukumnya?
Perkahwinan
merupakan tarikan perhatian kepada hubungan yang ditingkatkannya kepada
Allah. Ia meningkatkan matlamat-matlamat perhubungan ini lebih tinggi
dari kelazatan jasmani hingga pada bahagian matlamat yang mempunyai
hubungan yang sangat dekat dengan jisim iaitu hubungan kelamin.
Hubungan
kelamin dalam perhubungan itu merupakan wasilah sahaja untuk mencapai
satu matlamat dalam tabiat hidup iaitu melahirkan zuriat keturunan dan
melanjutkan hayat dan menghubungkan segala-galanya dengan Allah. Malah
pada hakikatnya ia ditaklifkan dengan keperluan-keperluan seks itu untuk
kepentingan hayat, untuk kesinambungan dan kesuburannya, malah apa yang
diusahakan oleh Islam ialah menegakkan insaniahnya dan meningkatkannya
dan menghubungkannya dengan Allah ketika ia menyahuti dorongan
jasaniahnya dan meningkatkan dan menghubungkannya dengan Allah ketika ia
menyahuti dorongan jasmaniahnya.
Isteri-isteri
kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal
yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta
ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak)
dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang
beriman. (al-Baqarah: 223)
Ibn al-Arabi berkata: Sebab turunnya ayat ini, terdapat beberapa riwayat berkaitan dengannya:
Telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Rumh bin Al Muhajir telah
mengabarkan kepada kami Al Laits dari Ibnu Al Hadi dari Abu Hazim dari
Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir bin Abdullah bahwa orang-orang
Yahudi mengatakan; Jika seorang wanita digauli pada kemaluannya dari
arah belakang, kemudian ia hamil, maka anaknya (terlahir) juling.
(Jabir) berkata; Maka turunlah ayat;
"Isteri-isteri kalian adalah tempat
bercucuk tanam bagi kalian, maka datangilah tempat bercucuk tanam
kalian dari mana saja kalian kehendaki."
Dan telah menceritakan kepada
kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah. Dan
diriwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepada kami Abdul
Warits bin Abdush Shamad telah menceritakan kepadaku ayahku dari datukku
dari Ayyub. Dan diriwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepada
kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepadaku Wahb bin
Jarir telah menceritakan kepada kami Syu'bah. Dan diriwayatkan dari
jalur lain, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna
telah menceritakan kepada kami Abdurrahman telah menceritakan kepada
kami Sufyan.
Dan diriwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan
kepadaku 'Ubaidullah bin Sa'id dan Harun bin Abdullah serta Abu Ma'n Ar
Raqasyi mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir
telah menceritakan kepada kami ayahku dia berkata; Saya mendengar Nu'man
bin Rasyid telah menceritakan dari Az Zuhri. Dan diriwayatkan dari
jalur lain, telah menceritakan kepadaku Sulaiman bin Ma'bad telah
menceritakan kepada kami Mu'alla bin Asad telah menceritakan kepada kami
Abdul Aziz dia adalah Ibnu Muhtar, dari Suhail bin Abi Shalih mereka
semua dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir dengan hadits ini, dan
dalam haditsnya Nu'man ditambahkan dari Az Zuhri;
"Jika ia
menghendaki, ia (boleh menggauli isterinya) dari belakang, dan jika ia
menghendaki ia boleh menggaulinya dari arah depan asalkan dari satu
lubang." (Hadis Riwayat Muslim No 2593, dalam riwayat Bukhari dari
jalan Abu Nu’aim. Dalam riwayat Thabrani dan Baihaqi, Imam At-Tirmidzi
berkata, “Hadis ini hasan.” iaitu penambahan “Setubuhilah isterimu
dari arah depan atau dari arah belakang, tetapi hindarilah (jangan
engkau menyetubuhinya) di dubur dan ketika sedang haid” Hadis ini disahihkan oleh al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fat-hul Baari (VIII/291).)
Para
ulama berselisih pendapat tentang keharusan menyetubuhi wanita melalui
(dari arah) duburnya. Ada satu kumpulan ramai yang mengharuskannya. Ia
dikumpulkan oleh Ibn Syaaban dalam kitab Jima’ al-Niswan Wa Ahkam
al-Quran di mana dia menghubungkan sanad riwayat yang mengharuskannya
kepada beberapa orang sahabat dan tabi’in yang terhormat serta dikatakan
kepada Malik melalui banyak jalan periwayatan.
Maksud mendatangi dari belakang ditafsirkan berbeza, maka dibahagikan dua iaitu:
1. Masih tetap di faraj tetapi posisi dari belakang.
Jumhur ulama menyokongnya berdasarkan hadis-hadis yang telah diterangkan tadi.
2. Di duburnya
Ulama berselisih pendapat kerana ada beberapa hadis riwayat Ahmad dan
Tirmizi iaitu kisah golongan ansar yang gemar melakukannya ketika Islam
sampai tetapi dicanggah juga dalam hadis riwayat mereka berdua) dengan
mengambil kira surah al-Baqarah: 223 yang tidak menjelaskan
secara spesifik dan mengambil kira juga hadis tentang mentega, keju dan
Al Fara (sejenis baju dari kulit) iaitu: Halal
adalah sesuatu yang telah Allah halalkan dalam kitab-Nya, dan haram
adalah sesuatu yang telah Allah haramkan dalam kitab-Nya.
Adapun yang
Allah diamkan, maka itu adalah sesuatu yang Allah maafkan (Hadis riwayat
Tirmizi No 1648, Abu Isa berkata,
"Dalam bab ini juga ada hadis dari Al
Mughirah. Ini adalah hadis gharib, dan kami tidak mengetahuinya
diriwayatkan secara marfu' kecuali dari jalur ini. Sufyan dan selainnya
meriwayatkan sabda beliau dari Sulaiman At Taimi, dari Abu Sufyan, dari
Salman.
Maka seakan-akan hadis ini mauquf dan ini lebih shahih. Aku
pernah bertanya Imam Bukhari tentang setatus hadis ini, ia menjawab,
"Menurutku hadis ini tidak terjaga. Sufyan meriwayatkan dari Sulaiman At
Taimi, dari Abu Utsman, dari Salman secara mauquf." Imam Bukhari
berkata lagi, "Saif bin Harun adalah seorang Muqaribul hadits (hadisnya
bisa diterima), sedangkan Saif bin Muhammad dari Ashim adalah Dzhibul
hadis (hadisnya tidak bisa diterima). dan Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Ditinjau dalam aspek Jenayah Liwat
Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.
Dan
(mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji
itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti
keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri
mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya
Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya. (Surah
An-Nisaa: 16)
Dalam hukum jenayah liwat, ia disamakan dengan zina. Ia terbahagi kepada tiga:
1.Hukuman fizikal
Iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan.
2. Hukuman fasiq
Iaitu dengan menggelarnya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke
dalam golongan fasiqun'. Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat
hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran
dirinya sebagai fasik. Taubat tidak memansuhkan hukum gugurnya
kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara 'gugurnya kesaksian' dalam ayat
di atas disifatkan Allah sebagai kekal,
"Dan janganlah kamu terima
kesaksian mereka buat selama-lamanya".
Ini bermakna, mereka ini tidak
dapat menjadi wali kepada anak dan tidak boleh dijadikan saksi untuk
suatu kes jenayah.
3. Hukuman Mati
Pendapat yang mengambil dalil hukuman dengan batu:
Telah
menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah
telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ziyad, dia berkata; aku
mendengar Abu Hurairah menuturkan; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
"Anak itu empunya tempat tidur (iaitu ibunya, lelaki tidak
boleh dijadikan waris/wali/keturunan) manakala (hukuman) bagi penzina
adalah batu (rejam sampai mati)" (Hadis Sahih Bukhari No 6319
sesetengah ulama mantafsirkan hajaru sebagai 'dijauhkan' iaitu penzina
lelaki dijauhkan dari anak itu.
Pendapat yang lebih tepat ialah batu
iaitu hukuman rejam bagi penzina dan penzina yang dimaksudkan di sini
ialah lelaki. Menurut Syeikh Muhammad Shalih Utsaimin, Al-'Ahir
ertinya yang melakukan persetubuhan haram. Iaitu, dia tidak mempunyai
anak. Walaupun dia menikahinya selepas bertaubat, kanak-kanak yang
dicipta dari air yang pertama (iaitu sperma daripada persetubuhan
haram), tetap anak luar nikah buat selama-lamanya dan tidak ada hak
(wali/faraid) bagi anak itu.
Telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Amr As Sawwaq, telah menceritakan
kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad dari Amru bin Abu Amr dari Ikrimah
dari Ibnu Abbas ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
"Barang siapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum
Nabi Luth (yakni melakukan homoseksual), maka bunuhlah pelaku dan
korbannya."
Ia mengatakan; Dalam hal ini ada hadits serupa dari
Jabir dan Abu Hurairah. Abu Isa berkata; Sesungguhnya hadits ini hanya
diketahui dari Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari
jalur ini, namun Muhammad bin Ishaq meriwayatkan hadis ini dari Amr bin
Abu Amr, beliau bersabda:
"Terlaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Nabi Luth."
Dan ia tidak menyebutkan pembunuhan, ia menyebutkan dalam hadits itu:
"Terlaknat orang yang menggauli binatang."
Hadis ini juga telah
diriwayatkan dari 'Ashim bin Umar dari Suhail bin Abu Shalih dari
ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau
bersabda:
"Bunuhlah orang yang melakukan dan yang menjadi korbannya."
Abu Isa berkata; Hadis ini dalam isnadnya terdapat komentar dan kami
tidak mengetahui seseorang pun meriwayatkannya dari Suhail bin Abu
Shalih selain 'Ashim bin Umar Al Umari sedangkan 'Ashim bin Umar
didla'ifkan dalam periwayatan hadis dari sisi hafalannya. Para ulama
berselisih tentang hukuman liwat (homoseksual), sebahagian mereka
berpendapat;
Bahawa ia harus direjam baik sudah atau belum menikah, ini menjadi pendapat Malik, Asy Syafi'i, Ahmad dan Ishaq.
Sedangkan sebahagian ulama dari fuqaha
tabi'in berpendapat di antaranya Al Hasan Al Bashri, Ibrahim An
Nakha'i, 'Atha` bin Abu Rabah dan selain mereka berpendapat; Hukuman
liwat seperti hukuman zina, ini menjadi pendapat Ats Tsauri dan ulama Kufah. (Hadis Riwayat Tirmizi No 1376)
Telah
menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad bin Ali An Nufaili
berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad dari
Amru bin Abu Amru dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata, "Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Siapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah; pelaku dan objeknya."
Abu Dawud berkata,
"Sulaiman bin Bilal meriwayatkannya dari Amru bin
Abu Amru seperti hadis tersebut. Dan Abbad bin Manshur meriwayatkannya
dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, dan ia memarfu'kannya. Ibnu Juraij
meriwayatkannya dari Ibrahim, dari Dawud Ibnul Hushain, dari Ikrimah,
dari Ibnu Abbas, dan ia memarfu'kannya." (Hadis Riwayat Abu Daud No
3869.
Di dalam hadis lain yang melemahkan hadis ini kerana hadis ini
bersifat global, dalam erti kata lain, kaedah bunuhnya tidak spesifik.
Dari Ibnu Juraij yang mengatakan "Hukumannya adalah rajam", hadis riwayat Abu Daud No 3870)
Apakah Meliwat Isteri Termasuk Dalam Jenayah Di Atas?
Liwat yang dimaksudkan oleh Allah dan Rasulnya ialah hubungan antara sesama jenis iaitu dalam istilah modennya:
1. Homoseksual
- Hubungan sejenis antara lelaki dan lelaki sama ada memasukkan sesuatu objek/zakar ke dalam dubur mahu pun melakukan oral seks
2. Lesbian
-
Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan dengan memasukkan
sesuatu objek ke dubur perempuan mahu pun ke farajnya mahu pun melakukan
oral seks.
Ini
dijelaskan secara terang iaitu perbuatan kaum Luth. Maka, suami yang
melakukan perbuatan meliwat isterinya tidaklah dikira perbuatan kaum
Luth. Saya menukilkan dari sumber dalil naqli, dan bukanlah fatwa saya
untuk memberi keizinan. Saya sendiri menolaknya kerana ia suatu hubungan
luar tabii dan perbuatan kesalahan yang fatal dalam hubungan intim
suami isteri. Hukuman hudud ke atas suami yang meliwat isterinya adalah
tertolak tetapi si isteri boleh menuntut fasakh kerana berbalik kepada
tajuk asal artikel ini, sudah tentu suami yang melakukan perkara jahat
ini adalah seorang suami seorang yang nusyuz. Si isteri berhak
menghalangnya.
Di
dalam Tafsir Ibnu Katsir Juz kedua bagi tafsir al-Baqarah: 223, saya
memetik dua hadis yang menarik ini sebagai peringatan buat suami yang
gemar mendatangi dubur isterinya iaitu:
Telah
menceritakan kepada kami Abu Musa, diceritakan Abd Shomad, diceritakan
dari Hammam, dari Qatadah, dari Amr bin Syuaib, dari bapaknya (Syuaib
bin Muhammad) dari datuknya (Abdullah bin Amr bin al-Ash), bahawa Nabi
Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Mencampuri isteri di duburnya adalah homoseksual kecil”.
Katanya, Syeikh Jamaluddin sebagaimana di dalam Kitab 10 Wanita, ia
tidak ada di dalam Kitab Mujtaba (Imam Nasa'i). Kata Bazzar, tidak
diketahui di dalam bab ini hadis yang sahih. (Hadis Marfu’ Riwayat Imam
Ahmad dan Baihaqi, dinilai tidak mengapa dengannya kerana terdapat Abu
Musa (Muhammad bin Musanna bin Abid Al-Basri Al-Hafiz) seorang tsiqah
tsabit pada Ibnu Hajar Asqolani, . Qatadah menceritakan, Uqbah bin Wasaj
memberitahu dari Abu Darda’,
“dan tidaklah hal itu dilakukan kecuali oleh orang kafir”)
حَدَّثَنَا عَفَّانُبن مسلم بن عبد الله الصفار أبو عثمان البصري
، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ ، حَدَّثَنَا سُهَيْلٌ ، عَنِ الْحَارِثِ بْنِ
مُخَلَّدٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : " لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى
رَجُلٍ جَامَعَ امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا
Telah
menceritakan kepada kami Affan bin Muslim bin Abdullah As-Shafar Abu
Utsman Al-Basri, Telah menceritakan kepada kami Suhail, dari Harits bin
Mukhallad, dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
“Allah tidak akan melihat orang yang menyetubuhi seorang laki-laki atau isterinya pada bahagian dubur”
(Hadis Gharib Riwayat Tirmizi dan Nasa’i serta Ibnu Majah dari jalan
Muhammad bin Abd Malik bin Abi Syawarib. Imam Ahmad bin Hanbal berkata,
Affan seorang mutsabbit yang telah dibuktikan,tidak mengapa kerana dia
seorang yang shaduq. Dalam riwayat lain juga dari Abu Khalid Al-Ahmar
dari Ad-Dhahak bin Utsman dari Makhramah bin Sulaiman dari Karib dari
Ibnu Abbas.
Imam Tirmizi mengatakan hadis ini hasan gharib demikian juga
Ibnu Hibban dan disahihkan Ibnu Hazm, perawinya mengikut syarat Imam
Muslim tetapi tidak diriwayatkan oleh Muslim)
Telah menceritakan kepada kami Waki, Telah
menceritakan kepada kami Suhail bin Abi Solih, dari Harits bin Makhlad,
dari Abi Hurairah berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
“Terlaknat orang yang mencampuri isterinya di duburnya”
(Hadis Marfu’ Riwayat Ahmad, Ibnu Majah melalui jalur Suhail dan Abu
Daud serta an-Nasa’i dalam jalur Waki’ bin Jarah bin Malih Al-Kufi yang
mana beliau dipuji oleh Imam Ahmad bin Hanbal kerana banyak hafazannya.
Dalam riwayat lain, mengatakan “(من أتى كاهناً فصدقه أو أتى امرأة في دبرها فقد كفر بما أُنزل على محمد)
Barang
siapa yang mendatangi tukang ramal atau mendatangi isteri melalui
duburnya, dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad” hadis riwayat Abu Daud dinilai sahih oleh Albani)
Situasi si isteri mengadu mengenai
perlakuan suaminya yang mendatangi duburnya, seperti cerita di atas, sering terjadi. Bukan untuk mendedahkan fitnah, keaiban dan
kecelaan, tetapi itulah hakikat yang berlaku membenarkan Al-Quran
dan Sunah nabi. Biasanya, dalam masyarakat, mereka adalah
kumpulan komuniti keluarga yang jahil dalam beragama. Ahlu Sunnah Berbeza Dengan Syi’ah Yang Menyetubuhi Isteri Pada Dubur
Daripada
al-Barqiyy, beliau memarfu’kannya [Menyambungkan sanad sampai kepada
imam maksum syiah] daripada Abi Abdillah a.s. katanya:
“Bila seseorang
menyetubuhi isterinya pada duburnya lalu dia tidak sempat keluar air
mani maka kedua-duanya tidak wajib mandi. Jikalau dia keluar air mani
maka wajib mandi keatasnya dan isterinya tidak wajib mandi”. (Rujukan:
Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Furu’ min al-Kafi jil. 3 hal. 47)
Allahu robbi...
Penyelesaian Jika Suami Gemar Meliwat Isteri
Mengikut
Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazet pada
2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami untuk meliwat
isteri. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti meliwat isteri adalah harus
atau makruh, tetapi haram hukumnya. Pada pandangan Mazhab Hanafi,
“Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka
pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak
berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16,
hlm. 356-357.)
Ini menunjukkan ia menjadi kesalahan dan boleh diadukan
di Mahkamah Syariah.
Suami
meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang
berkaitan dengan hukum syarak. Meliwat isteri tidak sama hukumnya dengan
homoseksual dan lesbian. Isteri wajib menolak permintaan suaminya untuk
mengadakan hubungan liwat, kerana Islam tidak sama sekali meredai benda
yang haram walaupun sudah sah sebagai pasangan suami isteri. Isteri
boleh memohon fasakh jika perkara ini masih berulang. Bukan dengan
melaporkan kepada polis, tetapi terus ke Mahkamah Syariah.
Tetapi
kalau si isteri tidak bekerja, anak pula ramai, bagaimana pula
penyelesaiannya? Berdoalah kepada Allah, hidupkan Islam dan sunah di
rumahmu. Dekati Islam, nescaya suamimu akan berubah. Wallahu a’lam.
Dua peminat kelab bola
sepak Middlesbrough telah ditangkap kerana tuduhan mengoyak Al-Quran
semasa pertandingan bola sepak antara Birmingham City dengan Middlesbrough. Hasil siasatan polismendapati ia dilakukan disebabkan kebencian.
"Kami mengesahkan bahawa
dua orang telah ditangkap dari menghadiri pertandingan, " kata
jurucakap FC Middlesbrough dalam sebuah pernyataan yang dikutip oleh
Birmingham Mail pada hari Ahad, 15 Disember.
Siasatan tersebut melibatkan polis dan pengurusan Middlesbrough Football Club keatas tuduhan adanya peminat Middlesbrough yang terlibat dalam kejahatan perkauman anti Islam.
Kes inI terdedah apabila sebuah berita online melaporkan terdapat " minoriti " fans Middlesbrough mengoyak salinan Al-Quran ketika kelab tersebut seri 2-2 dengan Birmingham pada Sabtu lalu.
"Kami telah mencari sisa
kertas (Al-Quran) yang ketika ini sedang disiasat. Kami tidak akan
membuat spekulasi tentang isi kandungannya sehingga siasatan selesai , "
tambahnya .
Seorang jurucakap Middlesbrough FC mengatakan kelab melaksanakan "dasar toleransi sifar" terhadap semua bentuk diskriminasi.
Dia menambah, "kelab adalah penyokong kuat pada janji bola sepak untuk membasmi segala bentuk perkauman".
Semasa proses
penyiasatan polis, ahli parlimen Muslim Perry Barr Khalid Mahmood
berkata pelaku harus dihukum atas hasutan untuk kebencian agama.
"Jika tuduhan ini terbukti maka pelaku harus dikenakan tindakan tegas dan dikenakan dengan akta hasutan , " katanya.
"Ini memalukan untuk
menyebarkan kebencian di sebuah daerah seperti Bordesley Green yang
mempunyai penduduk Muslim yang ramai dengan cara menghasut orang-orang
seperti ini. "
*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com IKLAN Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
(Untuk Dapatkan, klik gambar)
Kandungan 100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet.
Pelantikan pesuruhjaya PAS negeri diputuskan oleh Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang yang dibuat di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS
Pusat.
Di Selangor, pelantikan Iskandar Abdul Samad sebagai pesuruhjaya yang
baru menyaksikan semua yang menyokong kumpulan ulama mendapat tempat
manakala yang dikira kumpulan Erdogan tersingkir. Erdogan adalah nama yang diambil daripada Reccep Tayyib Erdogan,
Perdana Menteri Turki yang berpisah daripada parti asalnya yang dikira
konservatif dengan menubuhkan sebuah parti baru lebih progresif dan
dinamakan Parti Keadilan Sejahtera (AKP).
Sebahagian pemimpin PAS yang berfikiran sebagaimana presiden Turki yang
berjaya memenangkan partinya sejak tiga penggal lalu digelar sebagai
"Erdogan". Datuk Husam Musa dikira sebagai tokoh utama kumpulan ini.
Tokoh Erdogan di Selangor, Khalid Samad (sebelum ini timbalan
pesuruhjaya yang kanan), Dr Dzulkefly Ahmad (AJK PAS Pusat), dan Izham
Hashim (bekas bendahari) tidak mendapat tempat kali ini di peringkat
negeri apatah lagi bekas pesuruhjaya Dr Rani Othman.
Khalid dan Dzulkefly menang besar dalam pemilihan muktamar lalu dalam
perebutan jawatan AJK PAS Pusat namun nama mereka terkeluar daripada
jawatan penting di peringkat negeri. Khalid yang menjadi timbalan pesuruhjaya PAS Selangor dalam sesi lalu,
bagaimanapun tidak risau dengan barisan Kabinet baru PAS Selangor itu
walaupun dia seolah-olah tidak akan berperanan lagi.
"Mari kita beri peluang kepada Iskandar untuk menunjukkan kebolehannya.
Jika gagal dan menyusahkan parti, dia akan menjadi seperti (Datuk Dr)
Hassan Ali," kata Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam kepada The Malaysian
Insider.
Khalid berkata, walau di mana beliau berada, beliau akan memainkan peranan dan memastikan kehadirannya dirasai. Sikap Khalid sama dengan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman
yang membuat kenduri selepas tidak lagi dilantik sebagai pesuruhjaya.
Dr Rani tidak dikekalkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor walaupun
pencapaian PAS Selangor di bawah pimpinannya dikira paling cemerlang
apabila berjaya mendapat 15 kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu,
pertambahan tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008 ketika PAS
Selangor dipimpin Hassan.
Apa yang berlaku di Selangor, juga berlaku di Wilayah Persekutuan
apabila golongan Erdogan tidak mendapat tempat langsung dengan
pengekalan Mohamad Nor sebagai pesuruhjaya. Bahkan ia diperkukuh lagi dengan kemasukan beberapa tokoh yang akan
menjauhkan lagi Erdogan dalam menentukan hala tuju PAS di ibu kota itu.
Di Perak, bekas pengarah pilihan raya PAS Perak yang menjadi pengerusi
pemilihan Muktamar PAS 2013, Asmuni Awi tidak termasuk dalam senarai
Kabinet negeri apabila Razman Zakaria dilantik sebagai pesuruhjaya. Namun, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikekalkan sebagai timbalan pesuruhjaya.
Di Kedah nama Datuk Phahrolrazi Zawawi, tokoh yang bertembung dengan
allahyarham Datuk Seri Azizan Razak hilang terus daripada Kabinet PAS
Kedah. Namun bekas timbalan pesuruhjaya I Kedah itu akan berada dalam Badan
Perhubungan PAS Kedah selepas menang sebagai Yang Dipertua PAS Kuala
Kedah sebelum ini. Datuk Mahfuz Omar dikekalkan sebagai pesuruhjaya PAS Kedah oleh PAS Pusat sebelum ini.
Di Kelantan, Datuk Husam Musa kekal sebagai timbalan pesuruhjaya tetapi
turun sedikit daripada timbalan pesuruhjaya II sebelum ini kepada
timbalan pesuruhjaya III walaupun menang naib presiden di peringkat
pusat. Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang kalah untuk jawatan timbalan
presiden dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya I dan Senator Datuk Dr
Johari Mat ialah timbalan pesuruhjaya II.
"Saya nampak, mereka yang menang dipersendakan apabila mereka yang
kalah diberikan kedudukan lebih tinggi daripada yang menang," kata
penganalisis dari Kelantan.
Di Terengganu, kabinet PAS negeri hampir mengekalkan orang lama apabila hanya berlaku penyusunan kedudukan sahaja. Saiful Bahri yang dilantik sebagai pesuruhjaya, setelah Mohamad Abdul
Wahid Endut terpaksa berehat ekoran masalah kesihatan, melantik Yahya
Ali, bekas setiausaha perhubungan, menjadi timbalan pesuruhjaya II.
Muhyidin Abdul Rashid, bekas timbalan pesuruhjaya dilantik sebagai
setiausaha perhubungan menggantikan Yahya. – 17 Disember, 2013. (TMI)
IKLAN Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran
berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768
resourceshmh@gmail.com