Wednesday, December 25, 2013

Islamkan Tarian Senaman Ini.. Kalau Mahu Bawa Masuk Ke M'sia..

Foto SENAMAN tarian Kukuwa mampu bakar lemak sehingga 1,000 kalori setiap sesi selama sejam.
Foto 


KUKUWA Nuamah lakukan kajian selama 20 tahun sebelum perkenalkan senaman tarian Kukuwa pada dunia.
HALAMAN HIBURAN
Paluan gendang seakan-akan tidak berhenti berkumandang menandakan pesta yang diadakan semakin hangat. Sekali pandang ia umpama tarian kebudayaan Afrika yang penuh dengan gerakan seluruh badan termasuk kepala!

Sememangnya itulah yang dipersembahkan dalam gerakan senaman Kukuwa. Dari awal hingga akhir, peserta Kukuwa perlu menggerakkan seluruh tubuh sambil setiap rentak diatur mengikut alunan lagu popular dari Afrika.

Tidak dinafikan terasa sakit di beberapa bahagian tubuh sehari selepas menyertainya, tapi itulah salah satu sasaran bagi senaman Kukuwa ini. Menurut pengasasnya, Kukuwa Nuamah, senaman tarian Afrika ini berusaha membangkitkan semula otot yang selama ini kurang bergerak.

“Kita biasanya menumpukan otot di bahagian perut, paha dan lengan tapi ramai yang mengabaikan otot zon lain seperti di kepala, leher dan bahu.
“Justeru, apabila otot yang selama ini tidur cuba diba­ngunkan semula, beberapa bahagian pada tubuh pasti berasa sakit dalam tempoh sehari dua.
“Tapi selepas otot terbabit mula digerakkan seperti otot lain, ia bukan saja membantu menganjalkan semula bahagian berkenaan, tapi membuatkan seluruh tubuh bergerak secara teratur lalu mengurangkan risiko kesakitan saraf yang biasa dialami kala usia meningkat,” katanya.

Dengan meng­gabungkan genre muzik soukous Afrika, merengue Latin dan socca Carribean, Kukuwa tidak ketinggalan mensasarkan bahagian sistem kardiovaskular tapi dalam gerakan yang lebih menyeronokkan. Kajian selama 20 tahun dilakukan pengasasnya, ­merangkap profesor kesihatan dan kecergasan di Universiti George ­Mason, ­Virginia, Amerika ­Syarikat, yang menggabung­kan ­pengalamannya sebagai ­penari.

“Saya lahir dan dibesarkan di Ghana, Afrika Barat. Saya mula menari seawal usia tiga tahun dan sebagai rakyat Afrika, tarian sebahagian daripada budaya kami.
“Saya suka bersenam tapi mudah bosan apabila melakukan rutin sama di gimnasium.
“Saya kemudiannya me­ngambil setiap asas tarian semua suku kaum Afrika lalu menggabungkannya untuk gerakan senaman Kukuwa ini.

“Kukuwa boleh disifatkan satu tarian senaman aerobik lengkap kerana ia menggabungkan aspek kecergasan dan kekuatan.
“Senaman ini mampu membakar lemak hing­ga 1,000 kalori setiap sesi selama sejam dan pada masa sama meningkatkan tahap metabolisme serta membantu untuk membentuk tubuh wanita jadi lebih menarik.
“Pada masa sama, Kukuwa juga sesuai dilakukan lelaki mahupun kanak-kanak kerana impak yang rendah serta tidak memerlukan penggunaan alatan bantuan,” ujar wanita berusia 55 tahun ini.

Apalah namanya tarian Afrika jika tidak disertakan dengan teknik goyang punggung yang biasa dilihat dalam klip video penyanyi hip hop antarabangsa. Kukuwa turut memberi perhatian kepada pembentukan bahagian pinggul yang lebih menarik dengan gerakan yang dikenali sebagai boombsey. Boombsey maksud­nya pinggul dalam bahasa Afrika, jadi Kukuwa ­menyelitkan gerakan tarian fokus ­kepada bahagian ­terbabit agar tampil lebih ­cantik dan terbentuk.

Kalau tarian ini senaman ini memang baik dan mahu di bawa masuk ke Malaysia, ianya perlu di'Islam'kan dulu.. (IH)

Lihat sebelum ini... Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan Dan  Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

Tuesday, December 24, 2013

Forum Usahawan: Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM


Klik...

Sekilas mengenai Ibnu Hasyim (Dr Mohd Hashim )

Mobile Uploads



Pengasas GG Edar. Dr Mohd Hashim @Ibnu Hashim - Org yg bertanggungjwab mperkenalkn kaset sbg medium ceramah dalam Pas pd era awal kepimpinan ulama dgn jenama Ad Dakwah. Melalui kaset lah ramai tokoh Pas hari ini popular termasuklah TG Hadi Awang dan Mohd Sabu. Beliau mengutip ide kjayaan Revolusi Iran disebabkn tersebarnya kaset-kaset ceramah Imam Ayotullah Khomeini di bumi Iran. Amacam?
 

— with Adnan Ibrahim, Ali Maidin, Khalid Samad, Aminolhuda Bin Hassan, Arif Atan, Husam Musa, Dato Wan Rahim, Ahmad Lutfi Othman, Edy Noor Reduan Samm, Kamal Koh, Ann Wan Seng, Mariam Abdul Rashid, Zulkifli Yahaya, Rosni Adam, Mat Amin, Rafaie Kasimi Hj Bahari, Khalid Samad, Najihatussalehah Ahmad, Yazid Alias, Ahmad Zamri Khuzaimi, Hashim Almaranji, Dr Hatta 4 Kuala Krai, Sarjana-media Sdn-bhd, Wan Nik Wan Yussof, Salahuddin Ayub, Zubair Jaafar, Salehhuddin Nasir, Jamil Majlis, Zin Mahmud, Ishak Surin, Ibnu Hasyim, Haji Salleh Man, Zolkifly Md Lazim, Ustaz Ahmad Awang, Zain Hashim, Mujahid Yusof Rawa, Maslia Yaakob, Shukor Aziz, Zainulfaqar Yaacob, Phahrolrazi Mohd Zawawi, Mohammad Nizar Jamaluddin, MohamadSabu Official, Khairi Salleh, Jamaluddin Yeop Majlis, Baharurazi Hj Ahmad, Razman Zakaria, Mazlan Aliman, Siti Zailah Mohd Yusuf and Faeez Azahar.
Like · · Stop Notifications · Share · December 1 via mobile

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails