KL:
Impak inflasi bukan sahaja dari aspek kewangan tetapi kesan sosial ke
atas keutuhan kekeluargaan apabila ibu bapa mula membuat pelbagai kerja
tambahan pastinya menjejas pelbagai aspek keharmonian keluarga dan
anak-anak.
“Ini sudah pasti. Apa lagi? Ada lagi dan yang ini
tentunya menyayat hati,” ujar Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS,
Dr Dzulkefly Ahmad
(gambar sebelah) kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, mengikut kajian sebuah badan penyelidikan (
International Association of Traffic and Services)
setiap kali bahan bakar iaitu petrol dan diesel naik dan inflasi
tercetus, maka golongan berpendapatan rendah akan merubah cara hidup
mereka.
“Menteri-menteri BN tak payahlah suruh rakyat ikat perut
atau suruh ambil jalan alternatif kalau tak bayar kenaikan tol sebab
rakyat memang tahu sangat untuk
survive,” ujarnya sinis.
Katanya,
hanya menteri-menteri yang boleh hidup mewah bershopping di Harold
London dan bandar-bandar besar dunia semasa cuti krismas dan Tahun Baru
sedangkan rakyat sudah mula mengikat perut dan sedang bergelut untuk
menyiapkan anak-anak hendak mula bersekolah.
Namun apa yang
hendak didedahkan beliau ialah apabila rakyat marhaen bertukar dari
kereta Kancil dan Proton Saga kepada menunggang motosikal untuk ke
pejabat, maka di situ jugalah dapatan kajian membuktikan bahawa kadar
kemalangan meningkat.
Menurutnya, sudah umum maklumi bahawa
Malaysia merupakan negara punyai risiko kematian jalanraya tertinggi di
dunia, yang mana penunggang motosikal terdedah tiga kali ganda risiko
kemalangan berbanding menaiki kereta.
“Dengan kenaikan kos saraan hidup ini atau inflasi barang naik ini, rakyat Malaysia sekaligus berdepan dengan maut jalanraya.
“Apakah
kerajaan Umno BN sedar akan akibat perbuatan mereka menaikkan secara
mendadak kesemua ini? Umno BN memangsakan rakyat!” tegasnya yang juga
AJK PAS Pusat.
Menurut beliau lagi, satu dapatan kajian
sekumpulan penyelidik USM pada 2009 juga menemui hubungan faktor inflasi
dan kadar jenayah.
“Sayugia dingatkan kerajaan Najib dengan
NKRA jenayah serta KPInya pasti akan tercalar apabila rakyat lebih mudah
menukar kerjaya mereka atau menambah pendapatan dengan meragut,
mencuri dan merompak,” ujarnya lagi.
Beliau menambah, dapatan
menemui hakikat bahawa semasa dalam tekanan kos saran hidup yang
tinggi-inflasi, kadar jenayah meningkat.
Ini, katanya kerana rakyat juga diheret ke kancah jenayah atau menjadi mangsa jenayah.
“Pencetusnya siapa?” tanya beliau. (HD)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA.
Wakil Penjual:
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Selangor:
Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang)
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor
Star),
Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)