Thursday, January 23, 2014

Kristian Sabah: Cakap Sesuatu. Beliau Bukan PM Melayu Sahaja..


Datuk Seri Najib Razak perlu mengeluarkan kenyataan tegas berhubung penggunaan Allah bagi mengelak kemelut berpanjangan.

 

 Oleh Trinna Leong 

Kristian Sabah bekerjasama halang diIslamkan 

Kumpulan Kristian yang mewakili pelbagai kelompok dominasi di Sabah kini bekerjasama dalam kempen persaingan agama susulan beberapa cubaan untuk mengislamkan mereka.

Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) akan keluar selama enam bulan untuk berkumpul bersama Kristian pribumi untuk bersatu menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan penggunaan kalimah Allah untuk Kristian Bumiputera.

"Kita mahu PM cakap sesuatu. Beliau bukan PM Melayu sahaja, tetapi PM semua orang," kata Pengerusi PAN, Esther Golingi kepada The Malaysian Insider.

Golingi bagaimanapun berkata, seruan sekarang adalah dalam bentuk konteks sebagai Kristian seruan untuk bangkit semula.

PAN akan mengadakan mamangkis di Ranau pada Jumaat ini sebagai sebahagian daripada program mereka dengan sasaran ratusan Kristian akan turut serta. - 23 Januari, 2014. (TMI)

Brunei Dahului M'sia Dalam Perlaksanaan Islam..


Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun depan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jangan nampak bentuk b/dada, pakaian jangan fit/hanging, klu pakai seluar jangan fit. Boleh kena dakwa tu.

Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013. 

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198 

(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. 

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. 

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236 

(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali. 

KHALWAT 196. 

(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. 

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. 

(3) Dalam bab ini KHALWAT bermakna 
  • (a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau 
  • (b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat, 

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194. 

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya. 

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195. 

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. 

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali. 

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas. 

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan. 

HUKUMAN ZINA 69. 

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut - 
  • (a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau  
  • (b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun. 

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan- 
  • (a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau  
  • (b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun. 

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1). 

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).


HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR BALIGH. 70. 

Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan- 
  • (a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau  
  • (b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Komen Weblog Ibnu Hasyim; Brunei mendahului M'sia Dalam Perlaksanaan Islam.. Malaysia tutup gambar Nabi dah negara Islam?
YTM dianugerah Ijazah Sarjana Sastera (MA) dengan Kepujian  YTM dianugerah Ijazah Sarjana Sastera (MA) dengan Kepujian di Brunei.

(atsixty-zakriali.blogspot.com/ tranungkite/IH)

Tutup Gambar Babi, Negara Islam?

BERITA DARI INDONESIA
Di Malaysia Anak Babi Kena Sensor

Hidayatullah.com: Perusahaan pencetak koran International New York Times yang dijual di Malaysia menghitamkan wajah babi di dua fotonya, sehingga menjadi bahan tertawaan.
 
KHL Printing hari Rabu (22/1/2014) menutupi wajah-wajah babi dengan kotak warna hitam sesuai dengan arahan dari pemerintah, kata salah seorang pegawai percetakan yang menolak disebutkan namanya.


“Ini negara Muslim, maka kami menutupi mata babi-babi itu,” kata pria tersebut kepada AFP dikutip Aljazeera.


“Kami biasa melakukan hal itu untuk International New York Times – juga atas gambar-gambar rokok, senjata, senapan dan gambar telanjang,” paparnya.


Di halaman pertama gambar sekelompok anak babi di Amerika Serikat melengkapi berita tentang kenaikan permintaan konsumen akan daging babi yang bebas dari antibiotik. 

Gambar babi satunya terdapat di halaman dalam melengkapi lanjutan berita dari halaman pertama itu. Sensor atas gambar babi tersebut menjadi bahan olok-olok dan guyonan di dunia maya.
 

Salah satu pengguna Facebook menulis, “Poor piggies,” seolah mengasihani anak-anak babi tersebut. Sedangkan lainnya menganggap hal itu lucu dan konyol.

Para pejabat di Kementerian Dalam Negeri Malaysia tidak segera memberikan tanggapan saat dimintai komentarnya.

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Tidak Perlu Haramkan Filem 'Lucah' Anak Tiri PM.. -Ibnu Hasyim



HALAMAN HIBURAN

TIDAK perlu haramkan filem yang dikatakan 'lucah' The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz. Demikian pandangan  editor Weblog Ibnu Hasyim  Hj Mohd Hasyim.

"Apa nak hairan, itulah, cara didik dan tarbiah UMNO. UMNO hanya boleh hidup diatas keruntuhan sosial rakyatnya. Lihat gambar di bawah ini, itulah ajaran sesat UMNO...
"Mengapa kita perlu halang, dia nak dedahkan pekong busuk dia? Biar rakyat tahu cita-cita keluarga pemimpin no 1, negara umat Islam Malaysia." Katanya.

Di Malaysia, ada orang kata, ini gambar ulat bulu?
Kata Hj Mohd Hasyim, ekoran dari  kenyataan PERKASA yang melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street itu, yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.

Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.

"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini.

Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkan diharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit.

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan. (IH)


The acclaimed but controversial film 'The Wolf of Wall Street' has reportedly been banned in Malaysia due to explicit content and language.

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Tarikan Baru Beverly Hills – Rumah Riza RM58J



Riza Shahriz Abdul Aziz (gambar bawah, kiri sekali), anak kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor, didakwa memiliki sebuah lagi harta tanah mewah.

Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.

Laman pembocor maklumat itu melaporkan, pihaknya sudah melawat tapak itu dan mendapati kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru, lengkap dengan kolam renang “sangat luas” di laman depan.

“Orang dalaman yang dipercayai mengesahkan bahawa pembinaan semula itu melibatkan kos lebih beberapa juta lebih daripada harga asal yang diminta, menjadikan kos harta tanah itu menghampiri harga harta tanah Riza sebelum ini AS$33.5 yang kami dedahkan dibeli di New York pada 2012.”

Laporan itu menyebut ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware. (MK)

Wednesday, January 22, 2014

Batalkan Persembahan Kerana Bertudung.. Begitu Cara Didik UMNO



HALAMAN HIBURAN

KL: Artis berhijab dinasihatkan lebih berhati-hati dan bijak memilih undangan membuat persembahan agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, pihak penganjur juga perlu membuat pertimbangan sebelum memanggil mana-mana artis membuat persembahan di majlis mereka.

Merujuk kepada insiden membabitkan artis Marinatasha Isnariah Mustapar yang diarah membatalkan persembahan kerana bertudung, Aishah berkata, garis panduan kepada artis bertudung dalam membuat persembahan amat penting.

"Dalam kes Marinatasha, apabila keadaan sekeliling yang tidak sesuai dengan imej artis bertudung, mungkin ada baiknya dia tidak meneruskan persembahan. Pihak penganjur pun adil pilih artis yang sesuai.
"Bagi PAS, lajnah kesenian akan mesyuarat tak lama lagi dan salah satu agenda penting ialah membentuk garis panduan bagi artis-artis wanita berhijab.
"Kita tidak mahu kes begini tidak berulang," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Aishah juga menegaskan, mana-mana pihak termasuk media tidak harus mengheret isu hijab bagi mensensasikan sesuatu isu untuk perhatian pembaca.

"Isu artis berhijab bukan baru. Yang penting adalah penambahbaikan dan wujudkan garis panduan yang terbaik dan mufti dan majlis fatwa sangan memainkan peranan penting.
"Bila ada masalah begini, masing-masing kena hormat dan selesaikan secara profesional dan adil.
"Jangan heret isu hijab untuk sensasikan satu-satu isu bagi menarik perhatian pembaca dan media juga kena bertangungjawab. Silap main isu ia jadi macam main api, membakar semua orang," katanya yang merupakan bekas calon PAS di kerusi Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pada sidang media semalam, Marinatasha melahirkan rasa kesal beliau dengan tindakan penganjur yang menghalang beliau dari membuat persembahan di satu majlis keramaian 18 Januari lalu atas alasan kerana berhijab.

Menurut penyanyi itu lagi, insiden tersebut adalah yang keempat bagi dirinya apabila diminta membuka tudung jika mahu membuat persembahan.

Sementara itu, syarikat penganjur Castmet Sdn Bhd menjelaskan insiden halangan itu bukan didasari sikap rasis atau diskriminasi, tetapi kerana penyanyi itu bukan artis yang dipersetujui oleh pengurusan majlis.

Ini kerana, perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.


Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab. Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Apa nak hairan, itulah, cara didik dan tarbiah UMNO. UMNO hanya boleh hidup diatas keruntuhan sosial rakyatnya. Lihat di bawah ini, itulah ajaran sesat UMNO...


Di Malaysia, ada orang kata, ini gambar ulat bulu?

M'sia Tidak Mempunyai Ketua Agama Kerana... Dr Abdul Aziz Bari

Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, titah Yang di-Pertuan Agong adalah terhad dan  pemerintah tidak berkuasa seperti Nabi Muhammad untuk menentukan undang-undang Islam.

Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama kerana Agong hanya ketua agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri seperti Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai Sultan.

"Kenyataan yang dibuat oleh Agong dalam isu kalimah Allah minggu lalu tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam yang menetap di negeri berkenaan," kata bekas pensyarah UIA itu dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Aziz berkata, resolusi yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 seperti yang dititah oleh Agong juga tidak terpakai daripada sudut perundangan.

"Ia tidak sah daripada sudut perundangan," katanya.

Katanya, hanya Nabi Muhammad mempunyai kuasa untuk menentukan undang-undang Islam, malah sahabat nabi dan kalifah juga tidak mempunyai kuasa sedemikian.

"Kedudukan sultan jauh berbeza dengan khalifah.
"Dalam mana-mana kes, hanya undang-undang Islam yang terkandung dalam Perlembagaan dan undang-undang relevan boleh dikuatkuasakan," katanya.

Beliau juga sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kenyataan Agong tidak memberi kesan kepada bukan Islam kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama.
"Tiada mana-mana pihak berkuasa boleh menyuruh bukan Islam bagaimana mereka wajar mengamalkan agama mereka.
"Malah untuk Muslim, hanya agama tersebut boleh mengatur bagaimana mereka mengamalkan Islam," katanya.
Selain itu, katanya, kenyataan mengenai kalimah Allah tidak mengikat semua Muslim kerana tidak mempunyai asas yang jelas.

"Terdapat  tokoh agama seperti Shaykh Yusuf al-Qaradawi yang mengatakan ia tidak menjadi masalah kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah," katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada hujung minggu lalu memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 yang mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.

Kenyataan Sultan Kedah itu dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri, berkata pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10-perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.

Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport ke dalam negara. – 22 Januari 2014. (TMI)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
 
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails