Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, titah Yang
di-Pertuan Agong adalah terhad dan pemerintah tidak berkuasa seperti
Nabi Muhammad untuk menentukan undang-undang Islam.
Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama kerana Agong
hanya ketua agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri
seperti Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak yang tidak mempunyai Sultan.
"Kenyataan yang dibuat oleh Agong dalam isu kalimah Allah minggu lalu
tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam yang menetap di negeri
berkenaan," kata bekas pensyarah UIA itu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Majlis Raja-Raja adalah platform terbaik untuk mewakili
pemerintah dalam isu agama namun bukan semua sultan sependapat dengan
Agong dan Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah.
Abdul Aziz berkata, resolusi yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
pada 1986 seperti yang dititah oleh Agong juga tidak terpakai daripada
sudut perundangan.
"Ia tidak sah daripada sudut perundangan," katanya.
Katanya, hanya Nabi Muhammad mempunyai kuasa untuk menentukan
undang-undang Islam, malah sahabat nabi dan kalifah juga tidak mempunyai
kuasa sedemikian.
"Kedudukan sultan jauh berbeza dengan khalifah.
"Dalam mana-mana kes, hanya undang-undang Islam yang terkandung dalam
Perlembagaan dan undang-undang relevan boleh dikuatkuasakan," katanya.
Beliau juga sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kenyataan Agong
tidak memberi kesan kepada bukan Islam kerana Perlembagaan Persekutuan
menjamin hak kebebasan beragama.
"Tiada mana-mana pihak berkuasa boleh menyuruh bukan Islam bagaimana mereka wajar mengamalkan agama mereka.
"Malah untuk Muslim, hanya agama tersebut boleh mengatur bagaimana mereka mengamalkan Islam," katanya.
Selain itu, katanya, kenyataan mengenai kalimah Allah tidak mengikat semua Muslim kerana tidak mempunyai asas yang jelas.
"Terdapat tokoh agama seperti Shaykh Yusuf al-Qaradawi yang mengatakan
ia tidak menjadi masalah kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah
Allah," katanya.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada
hujung minggu lalu memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986
yang mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya
eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam
berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.
Kenyataan Sultan Kedah itu dibacakan ketika berlaku ketegangan di
antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah
Allah oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri, berkata pada
hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada
penyelesaian 10-perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang
membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible
bahasa Melayu.
Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk
menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible
berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.
Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Bible dalam semua bahasa boleh
dicetak atau diimport ke dalam negara. – 22 Januari 2014. (TMI)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
HMH STEVIA HERBA.
Wakil Penjual:
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01
111281452 (Selayang),
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang
Roslan 0132132967 (Temerloh)