Thursday, January 30, 2014

Pelacur Di Dunia Maya, Ini Dia..



Penajis Zina Melalui Internet Siri 2

DIA mengirim foto perempuan berkulit putih. Parasnya cantik dan bentuk tubuhnya bak model. Wanita itu duduk di atas kersi pejabat ditemani sebuah komputer bimbit. Tubuhnya dibalut gaun merah hati dan skirt hitam di atas lutut.

Payudaranya membusung tersembul boleh keluar mata lelaki. Di sebelah foto dia menuliskan tarif, sekali kencan atau sekali lenjan.

"Ini Rp 1,5 juta (kira-kira RM450) sekali keluar," kata Merry (nama samaran), penyedia jasa pelacur pejabat di Indonesia kepada merdeka.com Selasa minggu kelmarin.
Melacur di dunia maya
Dia adalah pengusaha toko dunia maya (internet) menjajakan pakaian hingga alat pembesar kelamin. Perempuan asal Batam, Kepulauan Riau, ini saban hari melayani pelanggannya melalui BlackBerry. Untuk memanjakan konsumen, dia mengirim foto wanita dagangannya kepada pemburu kenikmatan sesaat. Jika cocok, pelanggan mentransfer Rp 300 ribu (RM90) sebagai tanda jadi.

Sisa pembayaran, pengguna jasa pemuas nafsu berikan kepada wanita pesanannya. "Transfer dulu, nanti tinggal saya telefon anak buah saya," ujar Merry.

Dia menyediakan 'penjajah birahi' dari kalangan pekerja pejabat. Selain itu, juga tersedia model majalah sekaligus mahasiswi dengan tarif sekali kencan Rp 5 juta (kira-kira RM1,600). Uniknya meski Merry berada di Batam, dia bisa mengendalikan anak buahnya di Jakarta.

Barang dagangan Merry bukanlah penjaja seks komersial kerap mangkal. Mereka ialah para wanita karir pencari wang tambahan dengan menjajakan diri. Sistem transaksinya terjamin aman. Merry mengaku belum pernah tertipu oleh pelanggan. Tarifnya belum termasuk hotel. "Hotel ditanggung pelanggan," katanya.

Wanita dagangannya merupakan teman-temannya dulu waktu di Jakarta. Merry menjalankan bisnes pelacuran lantaran dirinya pernah terjerumus ke dalam lembah hitam. Dia dulu berburu lelaki berdompet tebal. Selain untuk kepuasan seks, Merry mengaku mencari wang sampingan dan membantu temannya mencari tambahan pendapatan.

Tidak ada keterikatan bagi temannya untuk dijual. Merry hanya sebatas meminta wang pesanan kepada pelanggan saat awal transaksi. "Saya hanya ambil Rp 300 ribu (RM90). Kalau dia mahu saya kasih ke pelanggan," tuturnya.

Fenomena prostitusi atau bernajis zina melalui media sosial memang marak belakangan ini. Sejak telefon kian cerdas, bisnes pelacuran juga memanfaatkan teknologi telekomunikasi. Fasiliti kirim foto dengan Blackberry Messenger memudahkan pelanggan memilih wanita untuk diajak tidur. Transaksinya cukup singkat. Negosiasi dilakukan cukup dengan mengetik tombol seluler. Jika setuju, pelanggan transfer wang dan wanita pesan dikirim ke tempat dijanjikan.
 
Diana pula , pembekal pelacur khusus kalangan mahasiswi dari perguruan tinggi di Jakarta, juga demikian. Dia tambatan harga ayam kampus Rp 1 juta (kira-kira RM330) untuk sekali bercinta . Jika ayam kampus seorang model , harganya boleh Rp 2 juta hingga Rp 3 juta . Bahkan para pelacurnya boleh ditempah sebulan bergantung keperluan pelanggan . 

Namun Diana tidak sembarangan menjajakan ayam kampus . Hanya kalangan tertentu dan dia kenal boleh merasai legitnya remaja 20 tahun . Merdeka.com sempat mengalami kesukaran menghubungi Diana . Dengan bantuan seorang teman dekat Diana , dia baru mahu bertindak balas mesej ringkas melalui bimbit .Diana mengaku kadar satu bulan ditambat Rp 50 juta (kira-kira RM16,500) . " Biasanya orang bule (barat) mesej untuk ditemani. Kadang suka dibawa bercuti keluar kota. "

Itulah antara kerja-kerja syaitan yang mengheret penajis-penajis zina ke lobang neraka.

Lihat sebelum ini ..

MCA Umum Bertanding Di DUN Kajang



TIONG LAI (kanan) mengadakan sidang akhbar selepas mempengerusikan masyuarat tergempar MCA di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - MCA mengumumkan akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang bakal diadakan nanti. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau akan mengenal pasti calon yang boleh menang untuk bertanding di kawasan itu.

"MCA akan bertanding di DUN Kajang kerana kerusi itu memang diperuntukkan untuk MCA," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar MCA di sini semalam.(Kosmo)

Cabaran Awal PRK Kajang: Anak Lelaki 6 Tahun Ini Diculik..

Eryanis Dadamedah menunjukkan gambar Muhamad Zariff yang diculik lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza di Taman Damai Impian, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Rabu.

Budak Lelaki Enam Tahun Diculik  
KAJANG: Seorang budak lelaki berusia enam tahun dipercayai diculik berhampiran tadikanya di Taman Damai Impian di sini. Muhamad Zariff didakwa diculik pada pagi Rabu dan tidak ditemui sejak itu.

"Kami tidak mahu kehilangannya," kata ibu mangsa, Eryanis Dadamedah, 40, kerisauan.

Menurutnya, ketika menghantar dua anaknya iaitu Muhamad Zariff dan Qaisya yang berusia lima tahun ke tadika yang terletak berhampiran rumah mereka, dia terlihat sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih sedang mengekorinya.

Eryanis Dadamedah menunjukkan tempat Muhamad Zariff diculik lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza di Taman Damai Impian, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Rabu.

"Saya telah membuka pintu depan kereta untuk membolehkan kedua-dua anak saya keluar.
"Semasa anak perempuan saya keluar, seorang lelaki yang turut keluar dari Alza itu datang kepada saya dan menolak saya sehingga jatuh.
"Lelaki yang mengambil anak saya dan memaksanya masuk ke dalam Alza berkenaan. Ia berlaku begitu pantas. Saya masih ingat Muhamad Zarif memanggil "mama...mama" apabila dia dibawa lelaki berkenaan. Pemandu kereta itu memecut laju sebaik sahaja mereka mendapatkan anak saya," katanya.

Bercerita lanjut Eryanis berkata, dia yang tidak dapat meminta bantuan sesiapa hanya dapat mengekori Alza tersebut.

"Saya cuba sedaya-upaya untuk mengejar penculik itu, tetapi mereka hilang selepas melalui satu persimpangan," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Keluarga itu baru berpindah dari Pulau Pinang sebulan lalu. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkinkah ini cabaran atau pembukaan awal PRK DUN Kajang meng'kempen' khidmat calon mereka?

Kisah Raja Perut Besar & Bimbingan Makan Cara Islam..


YIZHONG memakan semangkuk mi sambil diperhatikan oleh peminat dan wartawan. 

Raja Perut Besar makan 40 mangkuk mi
LIUYANG - Selepas memakan 24 mangkuk mi, seorang lelaki yang agak langsing dan digelar 'Raja Perut Besar' di China masih lapar dan mampu makan dengan lebih banyak.

"Saya boleh teruskannya," kata lelaki berkenaan, Pan Yizhong selepas seorang demi seorang pencabarnya mengaku kalah.
"Teruskan Raja Perut Besar," kata penonton pada acara pertandingan makan berkenaan yang diadakan di sebuah sekolah di sini, dalam wilayah Hunan.

Sebaik sahaja dia menghabiskan mangkuk ke-25, tiada lagi pencabar yang kelihatan, manakala penonton pula terdiam kerana kagum.

"Raja Perut Besar ialah wira kami," kata seorang pencabarnya, Lu Nan.
"Dia mempunyai kuasa ajaib," tambahnya.

Yizhong, 45, merupakan selebriti pertandingan makan yang paling popular di China. Dia pernah menelan 147 ladu dan memakan 40 mangkuk mi dalam masa cuma 15 minit. Lelaki itu menyedari dia mempunyai bakat untuk makan banyak apabila dia mencabar seorang juara makan wanita dari Jepun pada tahun 2006. Walaupun kecundang, Yizhong telah memakan selonggok mi diikuti 36 kek pulut.

"Ketika itu, saya menyedari bahawa saya boleh makan sebanyak tiga kilogram mi pada sesuatu masa.
"Sejak hari itu, keupayaan saya meningkat. Saya turut berlatih dengan makan hidangan bufet," tambahnya.

Dia yang pernah bekerja di sebuah kilang memproses daging, mengekalkan bentuk tubuh langsing dengan berenang di sebuah sungai berhampiran rumahnya.

"Saya tidak makan selama 24 jam sebelum menyertai sesuatu pertandingan untuk memastikan perut saya kosong dan saya benar-benar lapar," jelas Yizhong. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekilas bimbingan, bagaimana cara makan dalam Islam? 

 Allah berfirman dalam Al Qur'an surat Al A'raf ayat 31 : 
  • "Hai anak Adam , kenakan pakaianmu yang indah disetiap memasuki masjid , makan dan minumlah dan janganlah berlebih - lebihan . Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang belebih - lebihan . " 
Di surat Al Baqarah 168 :
  • "Hai sekalian manusia makan - makanlah yang halal lagi baik dariapa yang terdapatdi bumi dan jangan kamu mengikuti langkah - langkah syaitan , kerana syaitan musuh yang nyata bagimu . "
Pangkal penyakit kebanyakan berpunca daripada makanan . Maka tidak hairan bila Rasulullah memberi perhatian besar dalam masalah ini , kerana makanan yang sihat akan membuat tubuh sihat . 

Prinsip Makanan Sihat 

I. Tidak berlebih-lebihan .  

Rasulullah bersabda : 
  • "Anak Adam tidak memenuhkan suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya . Cukuplah bagi mereka beberapa suap yang dapat memfungsikan tubuhnya . Kalau tidak ditemui jalan lain , maka (ia boleh mengisi perutnya ) dengan satu pertiga untuk makanan , satu pertiga untuk minuman , dan sepertiga lagi untuk pernafasan " ( HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban ) .
II. Prinsip 'halal dan tayyiban'.

Yakni diketahui atau jelas riwayat makanannya, misalnya berpunca dari mana dan diproses dengan cara bagaimana. Selain itu memenuhi standard halal makanan yang banyak disebutkan dalam Al - Qur'an maupun Hadits . Istilah tayyiban disini yakni kualiti kandungan pemakanan / nutrisi dalam makanan . 

Rasulullah melarang makan lagi sesudah kenyang .  
  • "Kami adalah kaum yang tidak akan makan sebelum merasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang." ( HR Bukhari Musim ) .
III. Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan 

Suatu hari, selepas wafatnya Rasulullah , para sahabat melawat Aisyah ra . Lalu , sambil menunggu Aisyah ra , para sahabat , yang sudah menjadi orang - orang kaya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam - macam . Aisyah ra , yang mendengar hal itu tiba - tiba menangis. 
  •  "Apa yang membuatmu menangis , wahai Bunda ? " Tanya para sahabat .  
Aisyah ra lalu menjawab, 
  • "Dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan . Ketika sudah kenyang dengan roti , beliau tidak akan makan kurma , dan ketika sudah kenyang dengan kurma , beliau tidak akan makan roti ." 
Dan kajian membuktikan bahawa berkumpulnya berjenis - jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam - macam penyakit . Maka sebaiknya jangan mudah tergoda untuk makan lagi, kalau sudah yakin akan kenyang .

IV. Salah satu makanan kegemaran Rasul adalah madu.

Salah satu makanan kegemaran Rasul adalah madu . Beliau biasa meminum madu yang dicampur air untuk membersihan air liur dan pencernaan . Rasul bersabda , 

  • "Hendaknya kamu menggunakan dua macam ubat , iaitu madu dan Al-Quran " ( HR. Ibnu Majah dan Hakim ). 
V. Selanjutnya,
  •  Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara serentak .  
  • Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu 
  • dan juga tidak langsung tidur setelah makan malam, kerana tidak baik bagi jantung . 
  •  Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang . 
  •  Mesej Umar ra:  Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan! "
VI. Menu Makanan Harian Rasulullah SAW


Lepas subuh:
  • Rasulullah membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli . Khasiatnya luar biasa . Dalam Al Qur'an , kata " syifa"/kesembuhan , yang dihasilkan oleh madu , diungkapkan dengan isim nakiroh , yang bermakna umum , menyeluruh . Ditinjau dari ilmu kesihatan , madu berfungsi membersihkan perut , mengaktifkan usus - usus , menyembuhkan sembelit , buasir , keradangan , serta menyembuhkan luka bakar .
Masuk waktu dluha:
  • Rasulullah selalu makan tujuh butir kurma " ajwa " / matang . Sabda beliau , barang siapa yang makan tujuh butir kurma , maka akan terlindungi dari racun . Dan ini terbukti ketika seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di perang khaibar , racun yang tertelan oleh beliau kemudian boleh dineutralkan oleh zat - zat yang terkandung dalam kurma . Bisyir ibnu al Barra ' , salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut , akhirnya meninggal . Tetapi Rasulullah selamat . Apa rahsianya ? Tujuh butir kurma !
Dalam sebuah kajian di Mesir , penyakit kanser ternyata tidak menyebar ke daerah - daerah yang penduduknya banyak mengambil kurma kerana kurma mempunyai zat - zat yang boleh mematikan sel - sel kanser . Maka tidak perlu hairan kalau Allah menyuruh Maryam ra , untuk makan kurma di saat kehamilannya sebab bagus untuk kesihatan janin.

Dahulu, Rasulullah selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma , kemudian solat maghrib . Kedua jenis makanan itu kaya dengan glukosa , sehingga langsung menggantikan zat - zat gula yang kering setelah seharian berpuasa . Glukosa itu sudah cukup mengenyangkan , sehingga setelah solat maghrib , tidak akan berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi .


Menjelang sore hari: 

  • Menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun . Tentu saja bukan cuma cuka dan minyak zaitun saja , tetapi dimakan dengan makanan pokok , seperti roti misalnya . Manfaatnya banyak sekali , diantaranya mencegah lemah tulang dan kepikunan di hari tua , melancarkan sembelit , menurunkan kolesterol , dan melancarkan pencernaan . Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk .
Ada kisah menarik sehubungan dengan buah tin dan zaitun , yang Allah bersumpah dengan keduanya. Dalam Al - Quran , kata " at tin " hanya ada satu kali , sedangkan kata " az zaitun " diulang sampai tujuh kali . Seorang ahli kemudian melakukan kajian , yang kesimpulannya , jika bahan - bahan yang terkandung dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh manusia dengan perbandingan 1:7, maka akan menghasilkan " ahsni taqwim " , atau tubuh yang sempurna , seperti yang dinyatakan dalam surat at tin . Subhanallah !

Di malam hari:

  • Menu utama Rasulullah adalah sayur - sayuran . Beberapa riwayat mengatakan , beliau selalu mengambil sana al makki dan sanut . Secara umum sayur - sayuran mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama , iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit .
Disamping menu wajib di atas , ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak rutin mengambilnya . Diantaranya tsarid , iaitu campuran antara roti dan daging dengan kuah air masak (kira - kira seperti bubur ayam). Beliau juga senang makan buah Yaqthin atau labu manis , yang terbukti boleh mencegah penyakit gula . Kemudian beliau juga senang makan anggur dan hilbah.

VII. Tatacara Makan Sehat ala Rasulullah 

Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya . Ini tidak kalah pentingnya dengan pemilihan menu . Sebab setinggi apa pun zatnya, kalau pola digunakannya tidak teratur , akan buruk juga akibatnya . Yang paling penting adalah mengelakkan israf ( berlebihan ) . Rasulullah bersabda, 
  • "Cukuplah bagi manusia mengambil beberapa suap makanan sahaja untuk menegakkan tulang sulbinya ( rusuknya ) . 
  •  "Makanlah dengan sikap duduk yang baik iaitu tegap dan tidak menyandar , kerana hal itu lebih baik bagi perut , sehingga makanan akan turun dengan sempurna . 
 Rasulullah bersabda , 
  • "Sesungguhnya aku tidak makan dengan bersandar ." Prinsip ketiga berpuasa . Sebulan dalam setahun , umat Islam diwajibkan bukan saja dengan mencapai ketaqwaan tetapi juga ksehatannya dapat terjaga . " Berpuasalah kamu supaya sehat tubuhmu " ( HR Bukhari ) 
Puasa akan membawa kita pada kesihatan yang sangat luar biasa . Secara fisiologi , puasa sangat erat kaitannya dengan kesihatan tubuh manusia . Saluran pencernaan manusia tempat menampung dan mencerna makanan , merupakan organ dalam yang terbesar dan terberat di dalam tubuh manusia . Sistem pencernaan tersebut tidak berhenti bekerja selama 24 jam dalam sehari . Banyak hasil kajian moden yang memaparkan bahawa puasa sangat menyihatkan . 

Diantaranya , memberikan rehat fisiologi menyeluruh bagi sistem pencernaan dan sistem saraf pusat , telah memulihkan metabolisme tubuh , menurunkan kadar gula darah , mengikis lipid " jahat " (kolesterol ) , detoksifikasi ( membuang racun dari tubuh ) , dan lain sebagainya .Selain itu , diajarkan juga kepada kita agar senantiasa berdo'a baik sebelum mahupun sesudah makan . 

Doa sebelum makan :
  •  "Ya Allah , berkahilah untuk kami , pada apa yang telah Engkau rizkikan kepada kami , dan periharalah kami dari api neraka " ( Al Hadist ) . 
Doa sesudah makan : 
  • " Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kami , serta menjadikan kami orang - orang muslim " ( HR. Abu Dawud dan Tirmidzi ) .
Sekian.

Wednesday, January 29, 2014

Kemelut Saman Menyaman L/Raya K'tan, Bagaimana Selesai? -Husam





KOTA BHARU:  Perundingan perlu diadakan di antara kerajaan negeri melalui anak syarikatnya dengan Dae Hanguru Infra Sdn Bhd bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara kedua pihak berhubung pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

Bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika mencadangkan perkara itu berkata, ianya tidak perlu sampai ke peringkat mahkamah memandangkan perkara itu dapat diselesaikan secara baik.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tindakan saman Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) yang menuntut ganti rugi daripada Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana gagal memenuhi perjanjian pembinaan lebuh raya itu.

Husam ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Ibrah Dari Kisah Nabi Yusof: Perancangan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat" anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat semalam.

"Suka saya  nasihatkan kedua-dua syarikat berunding dahulu, tidak perlu saman menyaman di mahkamah, surat mereka kepada  kerajaan negeri mungkin lupa dilayan.
"Tetapi saya harap kerajaan  panggil balik syarikat berkenaan untuk berunding dan dengar apa pandangan mereka. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, saya yakin Kelantan setuju," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Husam memaklumkan kesediaan sebuah syarikat dari China untuk membina lebuhraya sejauh 73 kilometer itu tanpa tol dengan jaminan pembayaran dari Kerajaan Persekutuan.

Beliau berharap kerajaan negeri turut mempertimbangkan cadangan tersebut memandangkan negeri itu mempunyai banyak alternatif untuk menjayakan pembinaan lebuhraya itu.

“Kelantan harus bersikap terbuka dan yakin sekiranya kerajaan negeri memanggil  balik syarikat sebelum inipun  perkara ini dapat diselesaikan,” ujarnya.

DHI menuntut RM225 juta, iaitu anggaran nilai keuntungan yang tidak akan diperolehi disebabkan pelanggaran kontrak oleh defendan. Syarikat tersebut mendakwa telah membelanjakan kira-kira RM5juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif juga menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Saman difailkan Tetuan Fernandez & Selvarajah, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini kelmarin. (HD)

Anwar MB S'ngor, Mengapa? Menurut Dr Mahathir




Anwar hanya sesuai untuk jawatan MB, kata Dr Mahathir
Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk merealisasikan impiannya menjadi  pemimpin kerajaan tetapi sasaran realistik beliau hanyalah menjadi menteri besar Selangor, kata musuh beliau Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini.

Hakikatnya, tujuan sebenar pemimpin PKR itu adalah untuk mengambil alih Putrajaya, Dr Mahathir memberitahu Radio24 Bernama dalam satu temuramah khas.

"Beliau mahu untuk menunjukkan kebolehan dan kehebatannya, dan pada masa yang sama, ia akan menjadi rangsangan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri Malaysia."

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun menambah adalah penting menyedari apa yang akan berlaku jika Anwar mencapai impiannya untuk menjadi perdana menteri negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheh menyerahkan surat perletakan jawatan pada Isnin kepada speaker Selangor Hannah Yeoh, dan pilihan raya kecil (PRK) dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Semalam, Anwar mengumumkan bahawa beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, satu langkah yang menimbulkan banyak spekulasi yang menjurus kepada jawatan sebagai menteri besar Selangor.

"Sepanjang tempoh saya menjadi perdana menteri, matlamat pembangkang hanyalah untuk menentang kerajaan. Mereka mendakwa bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 adalah kejam dan tidak bertamadun," kata Dr Mahathir.

Beliau mengulas dakwaan oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang disifatkan oleh Dr Mahathir sebagai permulaan proses menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Adakah kritikan pembangkang berhenti apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan? Tidak, mereka kemudiannya memberi tumpuan kritikan kepada isu yang lain pula," kata Dr Mahathir.

Beliau mendakwa pihak pembangkang tidak akan menghentikan serangan terhadap Putrajaya sehingga Barisan Nasional (BN) dihalau keluar dari pusat pentadbiran negara.

"Walaupun anda memberikan pembangkang wang, mereka tidak akan berhenti menyerang atau mengkritik. Mereka akan meneruskannya tidak kira apa yang anda berikan kepada mereka," kata Dr Mahathir.

Mengenai dakwaan bahawa penulis blog pro-Umno mensasarkan Najib dan Putrajaya, Dr Mahathir berkata mereka yang duduk terlalu lama di dalam satu-satu jabatan akan berakhir dengan dibenci, walau apapun pencapaian mereka.

"Semasa saya menjadi perdana menteri, saya juga berundur dan memberi pemimpin muda peluang untuk menyerlahkan diri," kata Dr Mahathir.
"Pada tahun 2004, BN pernah memenangi 199 daripada 222 kerusi dan rakyat menyambut pemimpin baru menerajui."

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, apabila orang ramai melihat kerajaan dan pemimpin baru seperti tidak mampu sebagaimana yang terdahulu daripada mereka, sokongan mereka beralih.

"Iitulah sebabnya mengapa keputusan BN pada 2008 begitu teruk, kerana rakyat kecewa dengan kerajaan, " katanya.

Dr Mahathir berkata adalah perkara biasa mendapat banyak kritikan di internet termasuk daripada penulis blog pro-Umno.

"Saya juga mempunyai blog saya sendiri kerana saya mahu meluahkan fikiran dan memberikan pendapat saya mengenai isu-isu semasa di Malaysia," katanya.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa kepimpinan Najib kini berada di bawah kritikan pelbagai ahli-ahli Umno termasuk Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan veteran parti lain. Banyak serangan terhadap Najib bermula di ruang siber sama seperti kempen yang akhirnya menyingkirkan pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009. – 29 Januari, 2014. (TMII

Berkait...
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

DUN Kajang: Anwar Buat U-turn? Selongkar Al-Brangi..

'AGENDA' dalam 'agenda' sebenarnya berlaku di Kajang? 

Tanpa segan dan silu, tanpa berselindung lagi Anwar bakal dicalon dalam PRK N25 DUN Kajang nanti. Hangpa percaya ka?

Pemimpin yang dikatakan bertaraf dunia ini bila-bila masa boleh buat U-turn. Bila ini terjadi namanya akan 'bersih' kembali, maka isu kenapa DUN Kajang dikosongkan tak semena ghaib bersama asap sate di Kajang.

Diandaikan kalah, pun orang yang bertaraf dunia boleh dabik dada..."chek dah cakap.....calon low class..."...haha sekali lagi aroma sate menutup agenda sebenar.

Diandaikan benarlah pemimpin bertaraf dunia itu bertanding. Apa akan tejadi?

Kalau kalah.....tak payahlah diulas, pergilah tengok kartun Upin n Ipin "Pengembala dan biri-biri."...budak-budak Tadika Kemas pun boleh baca.

Saya hanya syiok nak bincang kalau pemimpin bertaraf dunia tu menang.
Adakah TS Khalid kekal jadi Menteri Besar atau pun 'Big Boss' sendiri atau pun Azmin?
TS Khalid kata dia akan berhenti bila dia rasa nak berhenti tanpa desakan.

'Big Boss' kata dia tak nak...itu hanya spekulasi. Beliau bertanding pun kononnya nak jaga Selangor kala-kalau Najib di'tumbang'kan sesama Umno kata pakar strateginya.
Hangpa boleh percaya ka?

Azmin pulak bagaimana?.....Hanpa buatlah perhitungan sendiri...dia nak ke...dia ta nak ke...itu tak jadi soal. Ada orang tanya kalau Azmin jadi MB, Khalid dengan 'Big Boss' nak bagi Exco apa?......ahhhh tu tak payah tanyalah.....

Yang jadi soalnya jawatan Menteri Besar nih milik siapa?
Kenapa DUN Kajang dikosongkan tak semena2.
Kemelut di PKNS tu hanya selingan keroncong di tengah malam buat sedap halwa telinga saja.
Kalaulah betul pun takkan hala dalam 'seluaq dalam' PKR...rakyat kena basuh?...tak pasai.

Jadinya, jawatan MB ni milik PKR sorang ke?.....habis tu PAS dan DAP ni jadi pak pacak tak dak 'say' langsung ke? Hinggakan ada dengar dari suara Mak Cik Lebar Daun dari daerah Jin Bertandang kata, PAS dan DAP jangan menyibuk dalam urusan memilih MB.....kikikikiki...Tak pa kita paham sebab Mak Cik Lebar Daun ni mana reti berpolitik setakat AJK Persatuan Kompang je.

Berbalik kepada jawatan MB tadi.....habis tu takkan hantu jadi MB?
Selebihnya hanpa fikirlah sendiri.
PAS fikirlah semasak2nya apa untung nasib PAS menjelang PRU14 nanti khususnya di Selangor.

al-brangionline:
Kekadang tajuk posting menggambarkan sesuatu tersirat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagus! Bongkar selongkar, jangan rumah sudah pahat berbunyi. Al-Brangi, tersirat agenda dalam agenda?

Berkait...
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails