Friday, February 28, 2014

Innocence of Muslims: Cabut Filem Ini Dari YouTube!


Google diminta cabut film Innocence of Muslims dari YouTube
The Innocence of Muslims. youtube.com

HALAMAN HIBURAN
Sebuah mahkamah rayuan Amerika Syarikat semalam memerintahkan Google Inc untuk menarik filem anti - Islam ' Innocence of Muslim ' , yang telah mencetuskan protes di seluruh negara muslim dari laman berkongsi video YouTube .

Dari perolehan suara 2 berbanding 1 , sebuah panel 9 Mahkamah Rayuan Amerika semalam menolak kenyataan Google bahawa pengeluaran filem ' Innocence of Muslim ' sama saja melangar kebebasan berpendapat dalam Perlembagaan Amerika , seperti yang dilaporkan oleh laman asiaone.com , Khamis ( 27 / 2 ) .


Plaintif , Cindy Lee Garcia , telah keberatan atas filem itu setelah mengetahui bahawa di filem tersebut ada sebuah rakaman dia buat untuk filem lain , yang sebahagian filemnya telah disulihsuarakan di mana ada adegan dia bertanya , 'Apakah Nabi Muhammad seorang pedofilia ? ' .


Perwakilan untuk Google tidak boleh dihubungi untuk dimintai komentar .Cris Armenta , seorang peguam untuk Garcia , berkata kliennnya senang dengan keputusan itu ." Meminta YouTube dan Google untuk mencabut filem itu adalah perkara tepat untuk dilakukan , " kata Armenta dalam satu kenyataan di surat elektronik .  

" Filem propaganda itu sangat jauh berbeza dari apa yang Garcia pernah bayangkan ketika pengarah memberitahu dia bahawa dirinya sedang berperanan dalam filem pengembaraan . " 
Dalam filem kontroversi itu Nabi Muhammad digambarkan sebagai orang bodoh dan pelaku gangguan seksual . Filem ini langsung mencetuskan rusuhan anti - Amerika di kalangan umat Islam di Mesir , Libya dan negara - negara lain pada 2012 .

Kemunculan filem itu juga bertepatan dengan serangan pada kemudahan diplomatik Amerika di Bandar Benghazi , Libya , yang menyebabkan empat warga negeri superpower itu tewas , termasuk duta besarnya untuk Libya . Amerika dan kedutaan asing lain juga diserbu di negara - negara di kawasan Timur Tengah , Asia dan Afrika .


Bagi kaum muslim , penggambaran dari setiap nabi dianggap sebagai pencabulan .



Google telah menolak untuk mencabut filem itu dari YouTube , walaupun mendapat tekanan dari Rumah Putih dan lain , dan telah disekat di Mesir , Libya dan negara - negara tertentu .


Garcia mendakwa bahawa prestasi beliau dalam filem itu mengandungi hak cipta dan kerana itu dia akan mempertahankan untuk mendapat keuntungan dari hak cipta itu . Namun mahkamah menolak permintaannya bahawa Google harus menghapuskan filem itu dari YouTube .


Tetapi dalam keputusan semalam , Hakim Ketua Mahkamah Rayuan , Alex Kozinski , mengatakan Garcia berhak mempertahankan tuntutan hak ciptanya kerana hidupnya mendapat ancaman serius akibat filem itu .


Kozinski menyebut kes ini termasuk jarang dan rumit , mengingat bagaimana Garcia telah ditipu . " Ini mengecewakan , walaupun tidak terlalu mengejutkan , bahawa Garcia perlu menuntut untuk melindungi dirinya dan haknya , " ujar dia .[IH/ fas ]

Thursday, February 27, 2014

MoU Putrajaya-S'ngor: Mengapa MCA Puji Khalid Sebagai MB?


MCA hari ini memuji Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dilihat bagi membuka harapan bagi membantu calonnya mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Kajang.

Merujuk kepada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Putrajaya dan Selangor semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, Khalid sedia mengetepikan perbezaan politik demi rakyat.

Ini, tambahnya, menunjukkan Khalid, yang dispekulasi bakal digantikan Anwar jika ketua umum PKR itu menang dalam pilihan raya, memahami keadaan rakyat.

“Terpulang kepada media dan pemilih untuk menilai siapa patut menjadi menteri besar,” katanya dalam sidang media di bilik operasi MCA Kajang hari ini.

Ditanya tentang kenyataan Anwar yang tidak tahu menahu berkenaan MoU itu, Wee berkata:

“Ini menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara Anwar dan Khalid.” (MK)

Komen  Weblog Ibnu Hasyim: MoU Putrajaya-S'ngor, mengapa MCA puji Khalid sebagai MB? Kerana itulah usaha BN melaga-lagakan Khalid-Anwar. Pengundi-pengundi tetap kena pilih calon PR.

Langat 2: Mengapa Mengejut? MoU Bukan MOA.. -Dr Dzulkefly Ahmad,


 






KL: Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Menteri Besar dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya semalam.

Menurut Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad,  oleh kerana MoU berhubung penstrukturan semula industri air Selangor itu berlaku agak mengejut, adalah menjadi kewajipan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghuraikan beberapa persoalan yang timbul daripada langkah tersebut.

MoU yang ditandatangani Abdul Khalid dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili itu turut disaksi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bertujuan memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dr Dzulkefly menambah, penyelesaian terhadap isu air di Selangor yang berlarutan sejak 2009 memang ditunggu rakyat namun kerajaan negeri khususnya Menteri Besar perlu menjelaskan beberapa persoalan yang timbul.

"Pertama, kenapa hanya MoU dan tidak terus pengambilalihan (outright takeover)?
"Isu ini penting kerana MoU tidak bersifat mengikat atau 'binding'. Ini bermakna mungkin sahaja (persefahaman yang dicapai) tidak menjadi lagi lepas pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana MoU bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar terma-terma MoU itu dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Penjelasan juga, tambahnya perlu menyentuh hal-hal dan terma bersangkutan Projek Langat 2 yang secara tiba-tiba menjadi 'viable'  dan termasuk dalam pakej MoU itu.

"Berapakah harga air yang dibayar oleh kerajaan negeri dari sumber air terawat dari Langat 2? Apakah semua ini akan meningkatkan kos tarif air di negeri Selangor," tegas beliau. (HD)

Wanita AS Rentap Tercabut Buah Zakar. Baik Bagi Cegah Rogol.



Christina Lorian Reber , perempuan asal Marion , Negeri India , Amerika Syarikat berusia 45 tahun , ditangkap pada 2012 lalu selepas dia didakwa meragut buah zakar bekas kekasihnya hingga tercabut apabila bertengkar . 

Perempuan sudah jadi ibu itu beralasan tindakannya sebagai pembelaan diri .Dia akan menghadapi sidang mahkamah pada 12 Mac akan datang . Jika terbukti bersalah maka dia akan dipenjara sepuluh tahun , seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail , Selasa (26 / 2) .Kekasihnya berusia 57 tahun kemudian mengalami luka pendarahan dan dirawat di Hospital Ball Memorial .Lelaki itu mengaku Reber menyerang dia ketika dia mabuk selepas hubungan percintaan mereka selama lapan bulan berakhir .

 "Korban mengatakan buah zakarnya diramas sekuat tenaga lalu ditarik hingga copot , " kata laporan polis.

 Menurut laporan polis , Reber mendatangi rumah bekas kekasihnya di Muncie dan berteriak menghardiknya sebelum mula menyerang .Minggu lalu , menurut indystar.com , peguam Reber mengajukan surat pembelaan bagi anak guamnya sebelum persidangan .Reber kini dalam keadaan bebas selepas membayar jaminan sebesar kira-kira RM39,000.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ilmu 'rentap tercabut buah zakar' ini, patut dijadikan ilmu pertahan diri bagi wanita-wanita, supaya mereka terselamat dari dirogol. Ajar sikit perogol supaya jangan lepas dari hukuman.


IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  

Lihat artikel

Kemaluan Dihentak, Along Ada Penjara Sendiri. K'jaan Masih Pekak?

FILE - In this March 30, 2010 file photo made through one way glass and reviewed by the U.S. military, a handcuffed Guantanamo detainee carries a workbook as he is escorted by guards after attending "Life Skills" class in the Camp 6 high-security detention facility on Guantanamo Bay U.S. Naval Base in Cuba. Officials have said that about 35 prisoners at Guantanamo could eventually be tried in the first U.S. war crimes tribunals since the World War II era. That group includes five men accused of plotting the Sept. 11 attacks who are expected to be arraigned later this year on charges that carry a potential death penalty. It also includes a Saudi accused of helping set up the deadly bombing of the USS Cole in 2000 in another capital case. (AP Photo/Brennan Linsley, File)
Guantanamo Bay 

Kuala Lumpur: “Dalam keadaan tangan atau kaki dirantai, saya disepak terajang, dipukul dengan kayu, besi atau tali pinggang, kuku kaki dicabut menggunakan playar. Tidak cukup dengan itu, kemaluan turut dihentak dengan objek tumpul.

“Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia,” kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam ‘penjara’ ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang.

Menurutnya, dia menggelarkan penjara along itu sebagai ‘Guantanamo along’ kerana konsep penyeksaan kejam dilakukan kumpulan terbabit terhadap peminjam sepertinya. Ah Kim yang juga peniaga sayur mendakwa mula meminjam wang RM3,000 daripada lintah darat itu pada 2009.

“Ikutkan (perjanjian), saya diarahkan membayar RM100 setiap hari sehinggalah hutang selesai. Selepas enam bulan, perniagaan mula merosot dan disebabkan itu, bayaran mula tertunggak. Disebabkan itu, kadar bunga mula meningkat dan mencecah RM13,000.

Sementara itu Timbalan Pengarah Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, kumpulan terbabit akan menggunakan pelbagai cara termasuk kekerasan bagi mendapatkan kembali wang mereka.

“Malah, saya akui ada beberapa kes lampau apabila mangsa dikurung di kondominium, flat, rumah oleh konco along dan dipukul. “Mereka (peminjam) kemudiannya dibebaskan sama ada diselamatkan polis ataupun selepas keluarga membayar wang pinjaman berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana, di sini, semalam.

Antara kaedah memalukan yang digunakan kumpulan along itu bagi mendapatkan semula wang adalah menyimbah cat, memasang poster, menampal gambar di sekitar kawasan perumahan selain membuat kecoh di tempat kerja. Menurutnya, tindakan kumpulan along mengurung peminjam adalah kerana sikap mangsa itu sendiri yang sering melarikan diri selepas gagal melunaskan hutang mengikut perjanjian asal.

“Selalunya, jika pinjaman RM1,000 peminjam hanya akan diberikan RM900. Peminjam pula diminta membayar RM13 setiap hari selama 100 hari. Kadar bunga yang dikenakan adalah 40 peratus.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sudah ada kerajaan dalam kerajaan ke? Along ada penjara sendiri untuk menyiksa dengan hukuman sendiri? Apa nak jadi dengan kerajaan Malaysia, masih pekak, tuli, bisu? Tidak sensitif dengan penderitaan rakyat. Sudah habiskah tenaga fikir kepala otak kerajaan, untuk berfikir mencari jalan keluar bagi masalah ini?

Bekas Ratu Cantik Isteri Jutawan Bercerai..


Seorang bekas ratu cantik Malaysia sedang berusaha untuk menghentikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada mendengar petisyen penceraian difailkan oleh suaminya  seorang jutawan terkemuka, Tan Sri Khoo Kay Peng (gambar sebelah).

Pauline Chai Siew Pin, Miss Malaysia/International 1969, kini membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Pada 6 Mac, mahkamah akan mendengar permohonan Chai untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Disember lepas yang membenarkan Khoo untuk tidak bertemu dengan badan pendamai di London bagi menyelamatkan perkahwinan pasangan tersebut.

Permohonannya untuk menangguhkan pengecualian kepada suaminya ditolak dan Hakim Mahkamah Tinggi Rosnani Saub juga mengatakan Khoo, boleh memfailkan penceraiannya di Malaysia.
Hakim mengatakan mahkamah di Malaysia boleh mendengar petisyen penceraian tersebut kerana domisil Chai mengikut suaminya yang mempunyai saham 40% dalam jenama antarabangsa Laura Ashley.

Peguam yang mahir dengan undang-undang kekeluargaan mengatakan Chai akan mendapat kurang harta sepencarian dan faedah lain jika keputusan ini diputuskan mengikut undang-undang Malaysia.
Khoo akan kehilangan separuh daripada hartanya berjumlah £500 juta (RM2.75 bilion) jika kes penceraian ini diputuskan di mahkamah di England.

Akhbar British Daily Mail melaporkan tahun lepas Chai memfailkan petisyen penceraian di London di atas sebab "tingkah laku tidak munasabah" terhadap orang ke-36 terkaya di Malaysia mengikut senarai Forbes 2013.
"Mengikut undang-undang England, harta akan dibahagikan sebanyak 50-50 melainkan terdapat alasan munasabah untuk tidak mengikut prinsip itu," kata peguam Chai, Ayesha Vardag dipetik berkata kepada akhbar UK Times, seperti dilaporkan Daily Mail.

Khoo adalah pengerusi Malaysian United Industries, mempunyai harta di London, Kuala Lumpur dan Sydney. Beliau turut mempunyai 40% saham dalam Laura Ashley yang mencatat jualan £286 juta setahun, selain menjadi pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.

Peguam dilaporkan berkata Chai, 67, akan diberikan di antara £400 juta dan £500 juta, menurut Daily Mail. Vardag juga dilaporkan berkata Chai mempunyai hak mendapatkan keadilan di United Kingdom kerana bekas ratu cantik itu menetap di England. Chai menetap di bekas rumah pasangan tersebut di estet seluas 1,000 ekar di Hertfordshire yang terletak di utara Greater London.

Chai dan Khoo berkahwin pada 1970, mempunyai lima orang anak dan membeli estet tersebut pada 1998 yang dilaporkan mempunyai dua tasik buatan manusia bernilai £60,000 setiap satu dan koleksi haiwan pelik . Selain memenangi gelaran Miss Malaysia/International 1969, Chai juga pernah memenangi pertandingan ratu cantik lain termasuk Miss Princess Malaysia 1969 dan Miss Tourism Penang 1969.

Satu lagi kes penceraian yang menjadi tumpuan mengenai golongan berada di Malaysia adalah anak lelaki Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud iaitu Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib. Isteri Abu Bekir, Shahnaz Abdul Majid mengatakan pada Oktober lepas, Mahmud Abu Bekir mempunyai kekayaan melebihi RM1 bilion semasa membuat tuntutan RM400 juta dalam kes penyelesaian penceraian mereka.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pula menangguhkan tuntutan perceraian secara baik yang difailkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar di sebelah) pada 11 Mac depan.
Nurul Izzah sebelum ini memfailkan tuntutan perceraian dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.  (IH)

Penghakiman Ingkar Presiden PAS, JUHAM Jawab.

Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia
Fenomene Tuduhan

SEJAK meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai ‘peguam’, ‘pendakwaraya’ dan juga ‘hakim’ di kalangan ahli dan pemimpin PAS.

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.

Walaupun kami amat kecewa dengan fitnah jahat yang amat tidak berasas ini, namun kami memahami bahawa mereka yang terlibat menyebarkannnya atau yang terkeliru dengan pelbagai fitnah yang sedang berlegar saat ini adalah di kalangan orang awam (layman) yang tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fakta sebenar yang terjadi di dalam kes ini.

Mereka juga nampaknya sangat tidak memahami prosedur undang-undang yang digunakan di dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan sebenar supaya tidak lagi timbul sebarang fitnah yang akan memburukkan lagi keadaan.

Foto Kulit

Penjelasan

Penjelasan teknikal berhubung dengan apakah dia Penghakiman Ingkar Kehadiran dan prosedur asas di dalam sesuatu saman sivil yang difailkan di mahkamah telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar di dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk ‘JID for Dummies.

Pada kali ini, saya hanya ingin mendedahkan fakta ringkas yang berlaku di sebalik Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 22NCVC-39-12/2013 di antara Mohd Shamsul bin Mat Amin v. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang dikatakan tidak pernah diterima oleh pihak Presiden PAS sendiri mahupun peguam kepada beliau iaitu Tuan Haji Asmuni Awi hingga membawa kepada kegagalan memfailkan.

Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan yang akhirnya mengakibatkan Plaintif memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran ke atas Presiden PAS. 

Untuk makluman, pihak JUHAM telah memperolehi salinan dokumen (iaitu Afidavit Penyampaian) yang difailkan di mahkamah oleh peguam Plaintif dimana Plaintif mendakwa bahawa mereka telah menyerahkan saman tersebut kepada pihak Defendan melaui pos berdaftar akuan terima (pos AR berdaftar).

Afidavit Penyampaian ini walaupun ianya merupakakan dokumen yang difailkan di mahkamah, tetapi ianya adalah dokumen umum yang diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah. Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu:
  1. sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini,
  2. surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan
  3. Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.
Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu. Alamat penerima yang tertera di dalam surat ini jelas membuktikan bahawa peguam Plaintif tidak menghantar Writ Saman tersebut ke pejabat peguam Haji Asmuni Awi yang terletak di Ipoh, Perak.

Maka, adalah tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan Tuan Haji Asmuni Awi di atas penghakiman ingkar yang dimasukkan ke atas Presiden PAS tersebut. Manakala berdasarkan kepada kad AR yang disertakan bersama dengan surat dan Writ Saman tersebut bagi tujuan merekodkan bukti penghantaran dan penerimaan, surat bersama Writ Saman tersebut telah diposkan oleh Peguam Plaintif pada 9 Januari 2014. Kad AR yang sama seterusnya menunjukkan bahawa Writ Saman tersebut telah diterima pada 16 Januari 2014 di alamat Presiden PAS sebagaimana yang tertera di dalam surat iringan tersebut.

Bahkan terdapat cop Pejabat Pos Marang di atas Kad AR tersebut sebagai menunjukkan bahawa kiriman Writ Saman tersebut telah sampai ke Marang dan diproses oleh Pejabat Pos Marang sebelum diserahkan ke alamat Presiden PAS di Marang. Di dalam Kad AR yang sama juga tertera tandatangan dan nama seseorang yang menerima serahan Writ Saman tersebut bagi pihak Presiden PAS. Walau bagaimanapun, JUHAM tidak boleh mendedahkan nama individu yang tertera di kad AR tersebut bagi mengelakkan sebarang unsur subjudis terhadap kes.

Pihak Plaintif seterusnya telah menggunakan AR kad ini sebagai bukti yang diterima oleh mahkamah bagi menyokong hujahan mereka bahawa saman tersebut telah berjaya disampaikan dengan teratur kepada pihak Presiden PAS. Pihak JUHAM bagaimanapun tidak dapat mengesahkan siapakah dia individu yang menerima AR kad tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri telah menjelaskan bahawa pejabat Presiden PAS langsung tidak dapat menemui atau mengesan Writ Saman yang dikatakan telah disampaikan pada 16 Januari 2014.

Dalam hal ini, memandangkan writ saman ini tidak diserahkan oleh Peguam Plaintif kepada Tuan Haji Asmuni selaku peguam kepada Presiden PAS dan pada masa yang sama Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri mengesahkan bahawa Pejabat Presiden PAS juga tidak dapat mengesan Writ Saman tersebut, di mana asas dan logiknya Tuan Haji Asmuni dituduh sebagai leka dan lembap sedangkan beliau, sama seperti Presiden PAS dan juga Setiausaha Politik Presiden PAS, tidak mengetahui akan wujudnya Writ Saman tersebut?

Saya dimaklumkan bahawa pejabat Haji Asmuni hanya memperolehi salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014. Merujuk kepada fakta ini, ada cakap-cakap daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa memandangkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 17 Februari 2014 tersebut direkodkan di mahkamah pada tarikh Pengurusan Kes yang diadakan 23 Februari 2014 , maka ianya jelas kecuaian di pihak Haji Asmuni memandangkan Haji Asmuni telah menerima Writ Saman tersebut terlebih awal iaitu pada 11 Februari 2014.

JUHAM ingin menegaskan bahawa pandangan ini jelas adalah salah dan tidak mengikut undang-undang. Suka saya menjelaskan bahawa pada ketika Haji Asmuni menerima salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014, ianya sudah melewati had masa 14 hari bagi Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran yang dikira bermula dari tarikh 16 Januari 2014 iaitu tarikh penerimaan Writ Saman secara rasmi sebagaiman yang direkodkan di dalam Kad AR yang dilampirkan di dalam affidavit Plaintif.

Dari segi undang-undang terutamanya peruntukan-peruntukan di dalam Rules of Court 2012, selepas dari tamatnya tempoh 14 hari tersebut, Plaintif berhak untuk memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Pada saat ini tiada apa yang boleh dilakukan Defendan meskipun Defendan menghantar satu ‘batalion’ peguam sekalipun ke mahkamah pada tarikh 23 Februari 2014 yang lalu untuk menyekat penghakiman ingkar tersebut. Pilihan yang ada bagi Defendan sekarang ialah memfailkan Notis Permohonan untuk mengketepikan Penghakiman Ingkar

Kehadiran tersebut sebagaimana yang telah saya jelaskan di dalam tulisan bertajuk ‘JID for Dummies’ yang lalu. JUHAM dari awal lagi memberikan komitmen untuk mengerahkan segala kekuatan yang ada untuk membantu membela Presiden PAS di dalam kes ini.

Cerita Dongeng

Satu lagi cerita dongeng yang disebarkan ialah kononnya Penghakiman Ingkar tersebut yang memerintahkan Presiden PAS untuk membayar gantirugi sebanyak RM2 juta kepada Plaintif bakal mengakibatkan Presiden PAS hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN dan akan menyebabkan berlangsung pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Pandangan sebegini juga adalah salah, penuh dengan imaginasi serta berbahaya kerana mereka ini tidak dapat membezakan di antara kes sivil dan kes jenayah.

Kes saman yang dihadapi Presiden PAS ialah kes sivil. Ianya bukan kes jenayah yang membawa pelbagai hukuman seperti hukuman gantung, penjara, sebat atau denda. Berdasarkan Perkara 48 (1) Perlembagaan Persekutuan, antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen ialah apabila dia disabitkan dengan satu kesalahan jenayah yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan denda tidak kurang dari RM2 ribu ringgit.

Di sini jelas, kes saman sivil yang membabitkan Presiden PAS atau mana-mana Ahli Parlimen sekalipun tidak akan menjejaskan status mereka selaku Ahli Parlimen.

Respon Terhadap Tulisan Zaharudin Muhammad 

JUHAM juga ingin memberikan respon terhadap tulisan terbaru Ustaz Zaharudin Muhammad bertarikh 26 Februari 2014 di laman facebook beliau yang menyatakan bahawa,

“Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?”

Sebagai jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zaharudin Muhamad, beliau perlu terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan “Plaintif”, “Saman” dan apakah yang dimaksudkan dengan “Defendan”.  Di dalam kes ini, yang menyaman adalah Plaintif dan Defendan di dalam kes ini ialah Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam mana-mana saman bagi kes sivil, Plaintif bebas untuk meletakkan mana-mana alamat Defendan yang difikirkan sesuai bagi Plaintif.

Dari segi undang-undang, Defendan tidak mempunyai kuasa untuk meminda alamat Defendan di dalam Saman yang difailkan oleh Plaintif. Meskipun sebelum dari Writ Saman ini difailkan lagi Hj Asmuni telah memaklumkan secara bertulis kepada peguamcara  Defendan memohon agar sebarang Writ Saman yang difailkan dapat diserahkan kepada Haji Asmuni sendiri, namun adalah di luar bidang kuasa Peguam Defendan sekiranya pihak Plaintif tetap ingin menyerahkan Saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Marang.

Justeru, Hj Asmuni sebagai Peguam Defendan langsung tidak boleh dipersalahkan apabila pihak Plaintif meletakkan alamat Defendan di Marang kerana ia adalah hak sepenuhnya di pihak Plaintif.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, JUHAM berharap agar pihak-pihak tertentu yang sedang giat menabur fitnah dan menyebarkan cerita-cerita palsu berkaitan kes ini supaya berhenti dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini. JUHAM amat kesal dengan situasi yang berlaku ini yang seolah-olah meletakkan hukuman kepada seluruh jentera Peguam PAS yang sentiasa bertungkus-lumus untuk membela PAS serta pimpinan dan ahli-ahlinya. JUHAM khuatir situasi sebegini akan mengundang gelak-ketawa pihak musuh di luar sana.

Dalam hal ini, JUHAM bersedia untuk bersemuka dengan siapa sahaja yang inginkan penjelasan JUHAM berkaitan perkara ini. Moga segala kekalutan dapat dijernihkan dan kita semua dapat menumpukan kepada agenda perjuangan yang lebih besar.

Penulis ialah Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails