Wednesday, July 02, 2014

Dinar Jadi Rebutan Musim Cuti Sekolah.






KOTA BHARU:  Kelantan Golden Trade (KGT) berjaya menjual dinar bernilai RM150,000 sepanjang cuti persekolahan awal Jun lalu.

Pengurus Besarnya, Khalili Ab Kadir berkata, permintaan agak luar biasa ketika musim cuti sekolah baru-baru ini kerana ramai pengantin baru menjadikan dinar sebagai mas kahwin.

Katanya, jumlah jualan itu agak tinggi berbanding sebelum ini yang hanya sekitar RM100,000.

“Peningkatan permintaan dinar kerana kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menyimpan nilaian emas untuk jangka masa panjang,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, KGT akan memperkenalkan produk baru iaitu satu dinar dan dua dinar dalam bentuk baru. (HD)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

Pesan ISIS, Berhijrah Kepada Negara islam..


Pemimpin ISIS serukan jihadis bergabung bentuk negara Islam
Pemimpin kumpulan militan cawangan Al Qaeda, ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria), Abu Bakr al-Baghdadi semalam menyeru para jihadis mempunyai kemampuan ketenteraan, perubatan dan pengurusan untuk bergabung dengan kumpulan mereka.

"Mereka yang boleh berhijrah kepada Negara Islam perlu berhijrah, sebagaimana berhijrah kepada 'rumah Islam' adalah kewajipan," kata dia dalam sebuah mesej suara dikeluarkan semalam di Internet, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Selasa (1/7).

Sosok yang mengaku khalifah itu juga menyatakan kepada para pejuangnya, "saudara kamu di seluruh dunia menunggu untuk mereka selamatkan."

"Bikin semua musuh Allah takut dan carilah kematian menuju sahid di mana pun. Saudara sekalian, di setiap jengkal bumi, saat ini menunggu untuk diselamatkan."

Rakaman suara berjudul "Mesej kepada seluruh Mujahidin dan muslim di bulan Ramadan" itu dimuat naik di seluruh laman Internet milik kumpulan ISIS. Di beberapa laman lain rakaman suara itu bahkan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Rusia, Perancis, Jerman, dan Albania.

"Demi Allah kita akan membalas, demi Allah, meski itu perlu waktu. Para pejuang harus memanfaatkan peluang dan memperjuangkan agama Allah melalui jihad."
[fas]

Pensyarah UM Antara 5 Diburu Polis Terlibat Aktiviti Militan


Seorang pensyarah Universiti Malaysia menjadi buruan polis selepas disyaki terbabit dengan kegiatan militan. Gambar fail.Seorang pensyarah Universiti Malaysia menjadi buruan polis selepas disyaki terbabit dengan kegiatan militan. Gambar fail.





















Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) adalah salah seorang daripada lima buruan yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam militan.
Menurut laman web universiti, Dr Mahmud Ahmad, 36, merupakan pensyarah kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam.
Beliau dan empat lagi dipercayai meniggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina. – 2 Julai, 2014. (TMI)

Kerajaan P.Pinang Beri Peruntukan Ehya Ramadan.




GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM222,000 untuk program Ehya Ramadan bagi masjid dan surau utama di negeri ini, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam perutusan khas sempena kedatangan Ramadan, beliau berharap peruntukan itu dapat merapatkan tali silaturrahim dan umat Islam tabah menghadapi ujian hidup, jasmani dan rohani.

"Saya kagum dengan kecekalan umat Islam menghadapi bulan Ramadan, maka sebab itu kerajaan negeri memperuntukkan RM222,000 untuk menyemarakkan program Ehya Ramadan tahun ini kepada seluruh masjid dan surau utama di Pulau Pinang.
"Tujuannya tiada lain semata-mata untuk merapatkan tali silaturrahim sesama kita rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berharap Kompleks Mahkamah Syariah Tinggi Pulau Pinang dapat dibuka dengan rasmi pada bulan Ramadan ini.

Kerajaan negeri, ujarnya telah memperuntukkan RM100 juta bagi membina kompleks di Bukit Gantung, Jalan Scotland di atas tanah seluas 3.49 ekar.

"Mahkamah setinggi tujuh tingkat itu turut dibiayai oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM36 juta," ujar beliau.(HD)

Siapa Dapat Faedah Pembinaan 6 L/Raya Di S'ngor?



OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Siapakah yang mendapat faedahnya?
Itulah soalan yang ditanyakan penduduk, kehidupan siapakah berubah dengan pembinaan enam lebuh raya baru yang dirancang di Selangor.

Setakat ini, empat projek itu - Lebuhraya Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan yang terbaru Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) mengundang kemarahan pembangkang dan penduduk di Cheras, Kota Damansara, Ampang dan Petaling Jaya.

Penduduk berkata tiga daripada lebuh raya itu akan memberi kesan kepada penempatan penduduk dan menggantikan mereka kepada penempatan seperti awal 1950-an.
Ia juga akan mencemarkan kejiranan, membahayakan pejalan kaki semasa proses pembinaan dan merosakkan jalan.

EKVE dijangka memberi kesan paling banyak kerana ia akan mengganggu kawasan hutan simpan yang menjadi bekalan air bersih kepada penduduk Selangor.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang mencadangkan lebuh raya berkenaan berkata pembinaannya adalah untuk keselesaan pengguna jalan raya pada masa depan.

Namun tiada sesiapa yang bersetuju dengan kenyataan itu kecuali kerajaan negeri Selangor.
Berdasarkan banyak taklimat, himpunan dan sidang media yang mengundang kemarahan penduduk – kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dilihat gagal menunaikan janjinya.

Jika kontroversi ini tidak diuruskan dengan baik, ia akan mencemarkan reputasi PR sekali gus menjadi model pentadbiran PR pada masa akan datang.

Latar belakang

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata enam lebuh raya berkenaan adalah sebagai rangkaian bersepadu demi memenuhi kehendak pengguna jalan raya di Lembah Klang. Semua lebuh raya itu bertol dan diluluskan LLM. Pelannya ditunjukkan kepada kerajaan negeri oleh LLM pada 25 Jun.

Melihatkan kepada bantahan penduduk beberapa tahun kebelakangan ini terhadap pembinaan tiga lebuh raya itu, cabaran seterusnya adalah pelan secara holistik sebelum ia dimulakan. Dalam kes DASH, SUKE, dan EKVE, penduduk berkata mereka bangun pada waktu pagi dan melihat projek mega berada di depan pagar rumah mereka.

Tiada lebuh raya berkenaan termasuk dalam pelan kerajaan tempatan di Kota Damansara, Petaling Jaya dan Cheras. Pelan ini tidak termasuk dalam pembangunan masa kini dan mada depan kawasan berkenaan. Jika ia tidak termasuk dalam pelan tempatan, ia tidak boleh dibina tanpa mendapat pandangan penduduk untuk meminda pelan tersebut, kata ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ahli jawatankuasa penduduk J Colin M Stuart mahukan SUKE mengkaji semula pembinaannya kerana dalam pelan pembangunan rumah mereka di Bukit Manda'rina, Cheras tidak pernah dinyatakan akan ada lebuh raya dibina di kawasan itu.

"Kami tidak pernah dimaklumkan pemaju. Jika kami tahu, pasti kami tidak beli rumah ini," kata Stuart daripada kumpulan Tak Nak SUKE yang pernah berhimpun membantah projek itu pada 2012.

Dalam pelan terbarunya, SUKE akan merentasi Taman Bukit Cheras, Taman Len Seng serta Taman Bukit Manda’rina dan ada di antara perumahan itu wujud sejak 1970-an lagi. Menurut laporan akhbar pada Oktober 2013, SUKE dibina Prolintas Sdn Bhd dan dijangka mampu mengurangkan kesesakan di MRR2.

Lebuh raya enam lorong itu akan bermula di Sri Petaling sebelum merentasi Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Permai, Taman Putra, Taman Permai Jaya, Taman Dagang Permai, Taman Kosas, Ampang dan Taman Hillview sebelum berakhir di Hulu Klang.

Sama kisahnya kepada DASH dan Kidex. Penduduk mendakwa mereka seperti ahli jawatankuasa yang sudah tidak didengar dan pandangan mereka ditolak ke tepi. Selain itu, Khalid mendakwa rangkaian lebuhraya LLM merupakan satu keperluan ekoran peningkatan bilangan kenderaan di Lembah Klang.

Kidex sebagai contoh, sepatutnya menjadi alternatif kepada kesesakan  Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) kerana suatu masa dahulu pemajunya mendakwa pembinaan lebuh raya itu dapat membantu pergerakan pengguna jalan raya dari Puchong ke selatan dan Bandar Utama ke utara.
Prolintas yang merupakan pemaju DASH mendakwa, lebuh raya berkenaan akan menyokong peningkatan bilangan kenderaan di kawasan U10 Shah Alam, Kota Damansara dan kawasan berhampiran.

Dalam satu laporan akhbar tahun lalu, EKVE dijangka memberi jalan pintas kepada pengguna jalan raya dari selatan Lembah Klang untuk menuju ke Selayang, Gombak dan Lebuhraya Karak tanpa melalui Kuala Lumpur.

Kesan

Dalam janjinya untuk menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN), PR selalu berazam melakukan sesuatu dasar secara berkesan. Mereka akan berunding dengan penduduk di kawasan yang terjejas. Namun kurang mendapat nasihat yang sesuai menjadikan bantahan terhadap DASH, Kidex, SUKE dan EKVE berulang.

Dalam kes EKVE, Yayasan Hidupan Liar Malaysia (WWF) berkata pembinaan lebuh raya merentasi hutan simpan merentasi Ampang dan Ulu Gombak bercanggah dengan janji yang dibuat PR dan BN.
Menurut Pelan Fizikal Kebangsaan 2, tiada pembangunan, pembalakan atau pertanian dibenarkan di kawasan perlindungan di mana hutan simpan Ampang dan Ulu Gombak termasuk dalam kawasannya.

“Mengukuhkan usaha memelihara dan memulihara hutan sebagai kawasan tadahan air merupakan salah satu manifesto Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum lalu,” kata WWF Malaysia.

Siapa yang mendapat faedah

Selain Kidex, tiga lebuh raya lain belum menyediakan laporan awam berhubung kaedah yang mereka lakukan bagi mengurangkan kesesakan. Malah, dalam kes Kidex, ahli Parlimen DAP mendakwa terpaksa mendapat salinan awal Penilaian Kesan Trafik (TIA) daripada pihak tertentu.

Penduduk juga mendapati sukar untuk mendapatkan laporan kesan sosial (SIA) dan persekitaran (EIA).Dalam kes EKVE, ia akan mengganggu sistem tadahan air terutama apabila berlaku musim kemarau. Taman negeri Selangor yang terdiri daripada hutan simpan Ampang dan Ulu Gombak membekalkan 90% sumber air kepada penduduk Selangor.

“Sediakan dana bagi mencari sumber air baru dan pada masa sama menghalang kawasan tadahan air, tak masuk akal,” kata penganalisis dasar gunaan tanah WWF Malaysia Sarada Srinivasan.
Sivarasa percaya kebanyakan kontroversi yang timbul berhubung pembinaan enam projek lebuh raya ini kerana kerajaan negeri memberikan persepsi lebuh raya berkenaan akan tetap dibina walau apa jua yang berlaku.

Padahal, kelulusan akhir lebuh raya berkenaan merupakan proses panjang kerana pemaju masih dalam proses menyediakan laporan. Sarada berkata, apabila laporan itu dihantar ke kerajaan tempatan, langkah menilai projek berkenaan akan bermula. – 2 Julai, 2014. (TMI)

Desak Khalid Letak Jawatan, Faekah Jawab Shamsul

 

Desakan MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan, melangkaui arahan ketua umum PKR agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai jawatan menteri besar Selangor, kata pegawai penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin.

Katanya, arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikeluarkan sebaik sahaja Shamsul mendakwa wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang, sebagai menteri besar Selangor.

Selain itu, kata Faekah, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad juga membuat kenyataan balas dengan berkata parti itu tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan bagi membuat keputusan bagi  pihak parti itu.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan dan merosakkan imej PKR di mata rakyat," kata Faekah dalam satu kenyataan
"Sewajarnya, beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota biro politik parti, apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam biro politik sendiri, iaitu Tan Sri Abdul Khalid," tambahnya.

Jika hujah Shamsul bahawa Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan menteri besar, Faekah bertanya, bagaimana pula dengan Dr Daroyah Alwi.

"Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah Dr Daroyah juga perlu melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?

"Bagaimana pula halnya dengan ketua umum dan presiden PKR sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? "Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai ketua pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?" soalnya lagi.

Sehubungan itu, Faekah berkata Shamsul perlu bersikap objektif dan "sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan menteri besar".(MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

Obama Hantar Askar Tambahan Ke Iraq

BEBERAPA anggota militan menaiki sebuah kereta kebal dalam perarakan kemenangan yang diadakan di wilayah Raqqa, utara Iraq kelmarin. 

BAGHDAD, Iraq - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menghantar 200 anggota tentera tambahan ke sini bagi melindungi Kedutaan AS dan menyelesaikan krisis antara penduduk Sunah dengan Syiah.

"Berdasarkan keadaan di Baghdad, saya telah mengarahkan tambahan 200 anggota tentera ke Iraq bagi melindungi keselamatan di kedutaan AS dan menjadi pasukan sokongan serta mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad," kata Obama dalam sepucuk suratnya kepada Kongres AS kelmarin.
"Anggota-anggota tentera itu ditugaskan bagi melindungi rakyat AS dan harta benda jika diperlukan dan mereka dilengkapi dengan peralatan peperangan," katanya.

Sebelum Obama membuat pengumuman itu, Jabatan Pertahanan AS telah menghantar 800 anggota tentera ke Iraq bagi mengawal keselamatan di kedutaan negaranya ekoran serangan oleh para militan yang menyebabkan hampir 2,000 orang terbunuh.

Tentera Iraq dalam pada itu berusaha menawan semula bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein di Tikrit, yang telah dikuasai oleh para militan tersebut. Seorang pegawai tentera berkata, tentera Iraq kini mengawal beberapa kawasa di sekitar pinggir bandar Tikrit yang terletak kira-kira 160 kilometer ke utara Baghdad selepas berjaya menawan kawasan itu pada 11 Jun lalu.

Konflik yang tercetus itu menyebabkan ribuan rakyat Iraq terpaksa melarikan diri dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Nouri al-Maliki. Kumpulan Pejuang Negara Islam Iraq dan Syam yang kemudian menukar nama kepada Negara Islam (IS) itu telah mengisytiharkan pembentukan kerajaan sendiri pada Ahad lalu dengan menubuh 'kerajaan khalifah'.

Mereka mendakwa kerajaan itu terbentuk dari Aleppo di utara Syria sehingga ke Diyala yang terletak di wilayah timur Iraq. Dalam rakaman audio yang disiarkan melalui internet, kumpulan tersebut mengisytiharkan ketua mereka, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah dan pemimpin kepada umat Islam di seluruh dunia.



Washington dalam pada itu berkata, pengisytiharan kerajaan khalifah itu tidak membawa sebarang makna.

"Ia mendedahkan sifat sebenar organisasi itu dan keinginan untuk mengawal rakyat dengan perasaan takut," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki kepada pemberita. - AFP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails