Tentera Israel yang luka
Gaza. Pemerintah penjajah Israel mengakui ada satu anggota tentera yang terbunuh, dan 5 orang lain luka-luka. Para korban jatuh dalam baku tembak sengit apabila tentera Israel masuk dalam perangkap pasukan Brigade Izzuddin Al-Qassam, Khamis (17/7/2014) malam tadi.
Media Israel menyebutkan bahawa korban meninggal dan luka-luka itu jatuh saat pasukan Israel cuba merangsek ke dalam wilayah Gaza. Mereka mendapat serangan besar-besaran dari pejuang Gaza.
Media Israel juga memberitakan bahawa dalam serangan itu para pejuang Gaza menggunakan senjata berat dan sedang, serta roket anti tank dan panser. Sementara itu, tentera Israel melakukan 120 serangan udara sepanjang Khamis malam. Serangan itu terutama ditujukan ke kawasan loji kuasa dengan tujuan agar Gaza hidup tanpa elektrik. (IH)