Thursday, August 21, 2014

Saari Sungib: Komen Dr Mujahid & Hanipa, Pengkhianat Atau Wira?


Wakil rakyat PAS Saari Sungib menjelaskan, kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ADUN Hulu Kelang itu, beliau menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa.

"Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah.
"Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Saari sebelum ini hadir dalam sidang media itu bersama seorang lagi ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib), yang menyebabkan disiasat parti Islam itu kerana membuat pendirian sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat.

Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukar.

Keputusan itu bagaimanapun berubah selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya 17 Ogos lalu dan selepas PKR memecat Khalid. PAS kemudian menerima pencalonan Azizah di samping mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Tindakan terhadap Saari dan Hasnul kini dilapor ditangguhkan sehingga menunggu kemelut pentadbiran negeri itu selesai.

Pengkhianat atau wira?

Sementara itu, terdapat beberapa ahli jawatankuasa (AJK) pusat PAS yang tidak melihat tindakan Saari dan Hasnul sebagai salah secara keseluruhannya atau berniat jahat.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa antaranya berpendapat tindakan mereka berdua minggu lalu bertujuan mengukuhkan Pakatan negeri walaupun tindakan itu “mungkin betul dan mungkin tidak”.

"Saya tak nyatakan mereka salah atau betul. Saya cuma nak gambarkan betapa sukarnya waktu itu untuk membuat perkiraan demi mengukuhkan Pakatan di peringkat ADUN,” katanya ketika dihubungi kepada Malaysiakini.

"Tetapi itu pun tidak boleh dianggap salah kerana keputusan besarnya ialah bersama (Pakatan). Cuma, cara bagaimana di peringkat ADUN ini bertindak tidak ada pendekatan yang tuntas (menyeluruh).”

Sementara itu, seorang lagi AJK PAS Hanipa Maidin pula semalam berkata, tindakan Saari dan Hasnul sedikit sebanyak membantu Pakatan keluar daripada keadaan tidak menentu yang boleh mendorong sultan membubarkan DUN.

Katanya, walaupun ada yang menganggap mereka “pengkhianat”, tidak mustahil suatu hari nanti generasi akan datang menobatkan mereka sebagai wira.(MK)
 

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
 

S/usaha A/Hadi Perjelas Pertemuan Dengan Sultan

 
Setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan tiada sebarang titah arahan dibuat sultan Selangor pada presiden PAS itu berkaitan isu krisis menteri besar negeri.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau membuat penjelasan itu kerana ingin membetulkan maklumat melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menggambarkan seolah-olah wujud arahan tertentu daripada sultan.

“Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Samsuri berkata, Hadi memohon mengadap sultan pada hari raya keempat sempena perayaan itu.

Bagaimanapun, Suhaizan pada 19 Ogos lalu menulis Hadi yang hubungan agak baik dengan istana dititah menghadap pada hari raya keempat.

Hasilnya, jelas Suhaizan, presiden PAS membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Azizah.

Atas pertimbangan-pertimbangan itu, jelasnya lagi, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali bersama Azizah sebagai alternatif.

Sementara itu, Suhaizan hari ini mengeluarkan kenyataan pendek menjelaskan artikelnya kelmarin yang mendedahkan pertemuan itu.

“Saya ingin membetulkan segala tanggapan yang menyatakan bahawa pihak istana Selangor telah menamakan atau memberi isyarat nama Azmin sebagai calon menteri besar Selangor.
“Justeru, sebarang tanggapan berkaitan dengannya adalah tidak benar dan tersasar sama sekali daripada maksud rencana tersebut,” katanya. (MK)


Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Ini, Wanita Berbogel Dipinggir Jalan Malam Tadi. Kerana Arak?


Sesiapa yang melalui Jalan Kuching dekat Batu Caves, malam tadi terpaksa menempuh kesesakan jalan raya teruk yang biasanya disebabkan kemalangan. Namun kesesakan tersebut sebenarnya bukanlah disebabkan alasan biasa tetapi berlaku apabila pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat seorang wanita yang berbogel di bahu jalan.

Kejadian ini turut disaksikan juru gambar Rakyat Post yang sempat merakam wanita tersebut yang cuba ditenangkan oleh pihak polis. Difahamkan wanita tersebut pada mulanya berjalan dalam keadaan lengkap berpakaian sebelum mula menanggalkan baju lalu duduk dan menyanyi.

Sebab musabab wanita tersebut berkelakuan begitu buat masa ini masih belum diketahui. Bagaimana pun kami pasti manusia normal tidak akan bertindak mengaibkan diri sendiri begini melainkan dia kurang waras atau berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah. - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
(Sumber)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana arak manusia hilang akal. Hilang akal atau tidak siuman segala-gala boleh jadi, termasuk berbogel macam binatang. Kerana langgar pesan Nabi, "Arak punca kejahatan."

Itu antara bahadi berjinak-jinak dengan kencing syaitan!

Lihat lagi..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

Khimar, Trend Baru Pakaian Muslimah.


Khimar, Tren Baru Busana Muslim
Gamis syar'i yang tengah menjadi trend di kalangan muslimah  
memunculkan trend terkini.  
Bukan hanya stelan gamis, tetapi juga khimar 
atau tudung pasangan dari gamis syar'i.  
Khimar, sebelumnya dipaparkan satu stel dengan gamis.  
Biasa disebut gamis syar'i.  

Kini, khimar dijual berasingan daripada gamis
Khimar tersedia dari pelbagai model.  
Bukan hanya dipaparkan polos, dari bahan jersey.  
Trend terkini khimar dipaparkan dari bahan sifon.  
Bukan hanya sekadar sifon,  
ciptaan yang membuatnya tampil berbeza.  
Tips memilih baju pesta muslimah
Ada dua trend khimar sifon yang kini tengah digandrungi muslimah.  
Satu di antaranya khimar yang dipaparkan dengan gabungan dua warna.  
Paduan, terlihat pada bahagian bawah khimar.  
Misalnya, dari bahan sifon pink, dipadu dengan sifon berwarna biru muda.  
Tidak hanya dua gabungan warna, tetapi juga tiga gabungan warna.  
Biasanya, penjual yang sekaligus menghasilkan khimar 
yang tersebar di talian shop, menawarkan kepada pelanggan  
paduan dua warna atau tiga warna.

khimar dan jilbab. Khimar dikenakan menutupi dada. Setelah itu baru ...
  1. Media Berita Baru | 2014Pakaian Wanita Indonesia | BAJU MUSLIM Modern Terbaru | Busana Gamis
  2. butik baju online toko pakaian murah butik pakaian online murah online ...
Model lain, pada khimar bermotif
Bahagian luar fesyen dipaparkan dalam motif bunga
Dipadu dengan motif polos pada bahagian bawah.  
Modelnya, biasa terdapat dalam dua pilihan, 
ada yang mengenakan pet (topi) ada pula yang tidak.

(IH/Sumber: Serambi Ummah )

Jatuh Cinta, Gadis Scotland Pelajari Islam.. & Pilih Islam.

Gara-gara Liburan, Wanita Skotlandia Jadi Mualaf dan Berhijab Alana Blockley (The Sun) Blockley mulai mempelajari Islam kerana dia ingin tahu lebih banyak tentang kehidupan kekasihnya yang bernama Abdul.  Setelah beberapa lama, ia akhirnya memutuskan untuk menjadi muslim.

Alana Blockley, seorang mahasiswa jurusan media yang tinggal di Glasgow, Scotland masuk Islam setelah bertemu suaminya Abdul dari Maghribi. Saat itu dia sedang bercuti pada Jun 2010 silam.

Kehidupan agama keluarga Blockley tidak terlalu ketat. Agama tidak pernah menjadi sebahagian besar dari hidup Blockley.

Saat berumur 18, Blockley memutuskan pergi bercuti ke Canary Islands. Saat tiba di Fuerteventura, Canary Islands, Blockley bertemu dengan salah satu pegawai hotel bernama Abdul. Dia seorang muslim dari Maghribi. Awalnya, Abdul sering mengajak Blockley jalan-jalan di sekitar Fuerteventura.

Selepas kembali dari Fuerteventura, Abdul meminta Blockley kembali ke Canary Islands. Blockley kemudian pergi melawat Abdul. Setelah tiga kali kunjungan, keduanya menyedari bahawa mereka jatuh cinta. Blockley mula mempelajari Islam kerana dia ingin tahu lebih banyak tentang kehidupan Abdul. Setelah beberapa lama, Blockley akhirnya memutuskan untuk menjadi muslim.

Namun Blockley sempat bimbang saat akan memberitahu ibu bapanya. Ibu dan ayah Blockley sempat kaget dengan keputusan anak perempuannya itu. Tapi kehidupan Blockley terus berjalan sebagai seorang muslim.

Blockley mula mengenakan hijab masa musim panas 2013 Dia dan Abdul akhirnya berkahwin secara Islam di Fuerteventura. Blockley bahkan merayakan Idul Fitri dan sudah berdamai dengan kedua ibu bapanya. Mereka mengundang Blockley dan suaminya makan malam halal di saat Krismas. Blockley berharap dapat masuk syurga dan dia senang dengan peraturan Islam.
(Sumber: The Sun)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Wednesday, August 20, 2014

Tahniah Erdogan! Menang P'raya Presiden.


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan di atas kejayaannya memenangi pilihan raya Presiden Turki baru-baru ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam suratnya yang dihantar kepada Erdogan 18 Ogos lalu mendoakan semoga Turki di bawah kepemimpinannya sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

“Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Kelantan, Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan tahniah di atas kemenangan tuan dalam pilihan raya Presiden di Turki,” katanya pada surat yang dialamatkan kepada Istana Presiden di Ankara, Turki.

Kata beliau sebagai persaudaraan dalam Islam kita mesti sentiasa memberi perhatian yang tinggi bagi mempertahankan Islam dalam menghadapi diskriminasi dan ketidakadilan yang berlaku. Menurutnya juga Erdogan telah memberi sumbangan besar terhadap perpaduan umat Islam terutamanya mereka yang tertindas di seluruh dunia dengan keberanian diplomasi.

“Semoga Allah SWT memberikan kita keazaman yang kuat dan membimbing untuk memimpin umat ke jalan yang benar,” ujarnya.

Pada pilihan raya Presiden yang pertama kali diadakan di negara itu baru-baru ini Erdogan mencatat kemenangan apabila mendapat 52 peratus undi. Pencabar terdekatnya, Ekmeleddin Ihsanoglu hanya memperoleh 38.3 peratus. - HARAKAHDAILY 20/8/2014

Dokumen ‘Langkah Kajang’ Palsu Yang Tersebar -PKR Nafi.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dikatakan tulang belakang pencipta Langkah Kajang. Gambar fail The Malaysian Insider.




Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dikatakan tulang belakang pencipta Langkah Kajang. Gambar fail The Malaysian Insider. 



PKR menafikan pengeluaran dokumen palsu yang dikatakan ditulis Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkenaan "Langkah Kajang", kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, gerakan Langkah Kajang yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada mulanya dikenali sebagai "Serampang Kajang".

"PKR mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab musuh politik kami," kata Fahmi dalam stu kenyataan hari ini.
"Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh politik PKR enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," katanya.

Langkah Kajang yang dirangka Rafizi dikatakan langkah untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Strategi berkenaan kemudiannya menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di kerusi tersebut, selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi berkenaan untuk ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar terlucut kelayakan bertanding apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2006. Kesinambungan Langkah Kajang berkenaan kemudian diteruskan apabila PKR memecat keahlian Khalid daripada PKR apabila beliau enggan melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.

Khalid kini memerintah Selangor dengan 4 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS apabila beliau bertindak memecat 6 exco PKR dan DAP. PAS yang sebelum ini menyokong Khalid bagaimanapun pada Ahad mengumumkan menyokong Pakatan Rakyat (PR) menghantar nama Dr Wan Azizah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai menteri besar.

Selain itu, PAS turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk jawatan berkenaan. Azmin bagaimanapun menolak jawatan berkenaan kerana mengutamakan keputusan parti. – 20 Ogos, 2014. (IMI)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails