Friday, August 29, 2014

Berubat Dengan Sinar Matahari Pagi..


Sinar matahari pagi itu mengandung Vitamin D

 

 

 

 

 

 


Cahaya matahari adalah anugerah Allh SWT, merupakan sumber penghidupan bagi kita mahupun makhluk hidup lain. Khusus bagi tubuh kita sangat dianjurkan untuk selalu memanfaatkan cahaya matahari itu. Matahari yang dimaksudkan di sini adalah matahari pagi.

Berbeza dengan terik matahari disiang hari yang bila terlalu lama terpapar di bawahnya boleh menyebabkan kanser kulit. Tetapi sinar matahari pagi ini, mempunyai manfaat kesihatan, baik bagi tubuh dan tulang kita.


Bukan rahsia lagi kalau sinar matahari pagi itu mengandungi Vitamin D. Vitamin D merupakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu pembentukan dan penyelenggaraan tulang bersama vitamin A dan vitamin C. Vitamin D juga membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Vitamin D banyak terdapat di dalam susu, daging, hati, susu, kuning telur dan mentega. 

Sebenarnya cahaya matahari tidak mengandungi vitamin D tapi membantu pengaktifan vitamin D.

Vitamin D yang sudah masuk dan diserap oleh tubuh lalu diproses di dalam hati kemudian disimpan di bawah jaringan kulit dalam bentuk tidak aktif, di sinilah sekarang peranan sinar matahari untuk membuat vitamin D menjadi aktif. Sinar matahari boleh mengaktifkan vitamin D jika kena dengan kulit sekitar 10-15 minit.

Jadi sebenarnya cahaya matahari tidak mengandungi vitamin D tapi membantu pengaktifan vitamin D. Untuk itu sangat penting bagi kita untuk mendapatkan paparan sinar matahari. Dan yang perlu diingat hanya sinar matahari pagi, iaitu antara pukul 07.00 hingga sekitar 09.00 pagi. Diluar waktu itu sinar matahari di siang hari harus dielakkan kerana boleh menyebabkan kanser kulit.

(sumber: Emingko, uniqpost)
Lihat sebelum ini..

Thursday, August 28, 2014

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? 


Bab 1 

Bab 2 
    Bab 3  
      Bab 4  
      Bab 5
      Bab 6
      Bab 7  
        Bab 8  
        Bab 9 
        Bab  10
          Bab 11 
          Bab 12
                                            Bersambung...

                                            Selamatkah K'jaan PR S'gor? Jom Kerosek Infonya Dari Awal..

                                            E-Buku-E-Buku ini mendedahkan semunnya. 
                                            Bermula dari Adun PKR Kajang letak jawatan hinnga kini..
                                            Ini 4 buah buku-bukunya!


                                            PERCUMA 
                                            Dalam E-Buku Weblog Ibnu Hasyim. Sila layari, klik gambar-gambar buku di bawah ini..

                                            1 . E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
                                            E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

                                            2. E-Buku IH-83: Setelah Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun.

                                            3. E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
                                            4. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   
                                            E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

                                            Sedang bersambung lagi ke E-Buku ini.. Insya Allah!

                                            Tak Kemuka Lebih Dari 1 Nama Seperti "memaksa" Istana -SU PAS


                                             

                                            SU PKR

                                            Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana. 


                                            Beliau juga menolak kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama. 

                                            Namun Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang. Mustafa berkata demikian juga dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah. (IH)

                                            PAS/PKR Siap Hadapi PRK Tumpat.



                                            TUMPAT: PKR sudah menyenarai pendek nama-nama calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor tidak lama lagi.

                                            Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Ab Kadir berkata, nama-nama tersebut sudah disenarai pendek untuk diserah kepada pucuk pimpinan bagi dipertimbangkan.

                                            “Apa yang pasti nama-nama terbabit merupakan anak-anak tempatan Tumpat termasuk ada tokoh berpangkat Datuk. Kita pastikan mereka dikenali penduduk tempatan,” katanya di sini.

                                            Malam tadi, PKR negeri mengadakan pertemuan dengan jentera PKR Tumpat di sini bagi membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya.

                                            Manakala PAS pula sudah membuat persiapan akhir sebelum membuka markas besar di Kampung Geting. Ketika tinjauan petang semalam petugas-petugas sedang menaikkan sepanduk di markas terbabit.

                                            Pusat Khidmat Penyelia Dun Pengkalan Kubor juga mulai sibuk dengan kedatangan petugas kawasan-kawasan lain di Kelantan termasuk dari Pasir Puteh diketuai setiausahanya, Drs Zainuddin Awang Hamat.

                                            Sejarah Pilihan Raya  Tumpat.

                                            Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor sebenarnya pernah menghadapi pilihan raya kecil (PRK) pada 1972 berikutan kematian wakil rakyat, Wan Abdullah Alimin Wan Sulaiman. Adun PAS terbabit menang pada pilihan raya umum 1969 mengatasi calon Perikatan, Che Abdul Rahman Che Omar dengan majoriti 829 undi. Ketika itu Dun Pengkalan Kubor dikenali sebagai Tumpat Barat.

                                            Wan Abdullah meninggal dunia akibat serangan jantung. PAS melalui calonnya, Wan Ismail berjaya mengekalkan kerusi tersebut pada PRK yang diadakan. PAS bertapak di Dun Tumpat Barat sejak pilihan raya umum (PRU) pertama pada 1959 apabila calonnya Tuan Guru Haji Daud Yusof menang dengan majoriti 2,043 mengatasi calon BN, Osman Mohd Uddin.

                                            Haji Daud sekali lagi menang pada PRU 1964 dengan majoriti lebih besar iaitu 3,191 undi menewaskan calon Perikatan, Mohamad Musa. Haji Daud ialah bapa kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassuruddin Daud.

                                            Pengarah Jawatankuasa Khas N01 Pengkalan Kubor, Jamaluddin Ishak (gambar) berkata, BN hanya dapat merampas Dun berkenaan pada pilihan raya 1978 selepas Mageran berlaku di Kelantan.

                                            Katanya, pada PRU tersebut calon PAS, Husin Abdullah berdepan dengan calon Berjasa yang berganding dengan BN, Tahir Abdul Aziz. Tahir juga menang pada PRU 1982.

                                            “Pada PRU 1986 BN melalui Mat Nawawi Mat Jusoh mengekalkan kerusi tersebut yang dikenali sebagai Dun Simpangan,” katanya di sini.

                                            Seorang penduduk, Razali Wan Min, 67 dari Kampung Tebing, Pengkalan Kubor berkata, Allahyarham Wan Abdullah berjasa besar kepada nelayan di Pengkalan Kubor apabila berjaya menubuh persatuan nelayan.

                                            “Sebelum adanya persatuan nelayan, pemasaran ikan dikuasai tauke Cina. Tauke membayar dengan harga tidak sepandan dengan keringat nelayan.
                                            “Disebabkan masalah tersebut arwah berusaha mewujudkan persatuan nelayan bagi memasarkan ikan-ikan didaratkan nelayan-nelayan tempatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

                                            Menurutnya selepas kewujudan Persatuan Nelayan Pengkalan Kubur perniagaan tauke Cina terbabit terjejas teruk. (IH/Harakah)

                                            Unggun Api: Warga Gaza Lewati Malam Tanpa Elektrik

                                            Di antara puing-puing bangunan, sejumlah warga Gaza menyalakan api unggun untuk menerangi malam yang gelap gulita.
                                            ©AFP PHOTO/Roberto Schmidt
                                            Seorang warga (kanan) menyalakan api unggun di depan rumahnya yang gelap gelita kerana ketiadaan bekalan elektrik di Shejaiya, Jalur Gaza, Palestin, Rabu (27/8). Shejaiya merupakan salah satu bandar di Jalur Gaza yang luluh lantak akibat serangan Israel.

                                            Unggun Api:  Warga Gaza lewati malam tanpa elektrik  
                                            Di antara runtuhan bangunan, sejumlah warga Gaza menyalakan unggun api untuk menerangi malam yang gelap gelita.

                                            Di antara puing-puing bangunan, sejumlah warga Gaza menyalakan api unggun untuk menerangi malam yang gelap gulita.
                                            Selain memusnahkan banyak bangunan di Shejaiya, serangan Israel juga memutuskan aliran elektrik. 
                                            Di antara puing-puing bangunan, sejumlah warga Gaza menyalakan api unggun untuk menerangi malam yang gelap gulita.
                                            Di antara runtuhan bangunan, sejumlah warga menyalakan api unggun untuk menerangi suasana malam di Shejaiya, Jalur Gaza, Palestin, Rabu (27/8). 
                                            Di antara puing-puing bangunan, sejumlah warga Gaza menyalakan api unggun untuk menerangi malam yang gelap gulita.Hambat nyamok melalui unggun api di antara runtuhan bangunan itu dinyalakan warga Shejaiya 
                                            Di antara puing-puing bangunan, sejumlah warga Gaza menyalakan api unggun untuk menerangi malam yang gelap gulita. Sejumlah warga terpaksa melewati malam dengan penerangan seadanya kerana ketiadaan bekalan elektrik di Shejaiya, Jalur Gaza, Palestin, Rabu (27/8)

                                            Sup Luarbiasa, Tingkatkan Stamina. Mahu Cuba? Jangan...

                                            JENDELA GLOBAL
                                            INILAH ‘Healthy Soup’ dipercayai dapat meningkatkan stamina dan keperkasaan seorang lelaki. Anda nak cuba? Jangan.. Lihat betu-betul gambar di atas, dalam senduk itu. Daging apa? Hee, itu kepala janin, bayi manusia berumur 6–8 bulan, dapat dibeli per porsi seharga 3000-4000 RMB matawang Taiwan. Orang makan orang!!

                                            Menurut tinjauan dari seorang penulis Taiwan, yang menemui seorang pengusaha dari daerah Tong Wan,Taiwan, mengaku sebagai pelanggan tetap ‘Healthy Soup’. Lelaki berusia 62 tahun menjelaskan khasiat ‘Healthy Soup’ ini ialah boleh berhubungan seks dan tahan beberapa kali dalam satu malam, walaupun umurnya sudah begitu. Sebuah restoran lain di kota Fu San, Canton, pula memberitahu makanan tersebut sukar di dapati dan tiada ‘ready stock’, apalagi jika perlu disajikan secara fresh, bukan frozen. Tetapi kalau berminat waktu itu juga, mereka boleh menyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang khasiatnya dapat meningkatkan gairah seksual dan juga ubat awet muda.

                                            Juru masak restoran tersebut mengatakan jika memang inginkan Healthy Soup juga, dia menganjurkan untuk pergi ke sebuah desa di luar kota di mana ada sepasang suami isteri yang isterinya sedang mengandung 8 bulan. Diceritakan pula bahawa isterinya itu sebelumnya sudah pernah mengandung 2 kali, tetapi keduanya anaknya itu perempuan. Jika kali ini lahir perempuan lagi, maka ‘Healthy Soup’ dapat diperoleh dalam waktu yang dekat, darinya.


                                            Bagaimana cara membuatnya? Kata penulis itu.. "Janin yang berumur beberapa bulan, ditambah Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi, Jahe, daging ayam dan Baikut, di tim selama 8 jam, setelah itu dimasak selayaknya memasak sup." Tiba-tiba selepas beberapa hari kemudian, dia dapat maklumat, di Thaisan ada sebuah restoran yang mempunyai stok Healthy Soup. Dia pun pergi, begini ceritanya di bilik dapur..

                                            "Di atas papan potong nampak janin tidak bernyawa itu, tidak lebih besar dari seekor kucing. Tukang masak menjelaskan janin tersebut baru berusia 5 bulan. Tidak dijelaskan berapa harga belinya, yang pasti itu tergantung besar-kecil, hidup-mati janin tersebut dan sebagainya. Kali ini, harga per porsi Healthy Soup 3,500 RMB kerana stok susah didapati.. Sambil menyiapkan pesanan kami, dia memberitahu janin yang keguguran atau digugurkan, biasanya mati, dapat dibeli hanya dengan beberapa ratus RMB saja, sedangkan kalau dekat waktu lahir dan masih hidup, boleh semahal 2.000 RMB. Urusan bayi itu diserahkan ke restoran dalam keadaan hidup atau mati, tidak ada yang tahu."

                                            Menurutnya lagi, setelah selesai dimasak, disajikan panas di atas meja. Dia dan fotografernya sudah hilang selera makan kerana melihatnya di dapur. Menurut beberapa sumber, janin yang
                                            dipesan semuanya adalah janin bayi perempuan. Apakah ini akibat dari pemerintah China yang mewajibkan satu anak dalam satu keluarga bagai kawasan-kawasan yang padat penduduk? Apakah kerana manusia sudah jemu memakan daging binatang dan ingin mencuba daging manusia pula? (AK)

                                            Catur: Hamas Checkmate Israel. Tumbang Tapi Menang

                                            Tumbang tapi menang
                                            Hamas Sujud Syukur. ©Reuters

                                            Perang skala cukup besar menghentam dua belah pihak bertelagah. Hamas, penguasa Jalur Gaza, dan Israel. Namun konflik itu kini reda, paling tidak untuk sementara. Usai pertengkaran, seperti biasa, keduanya saling mendakwa pihak mereka lah yang menang.

                                            "Di tanah Gaza, kita bersatu meraih kemenangan mutlak melawan Zionis. Musuh bersama," demikian pernyataan Hamas.  


                                            Sementara Israel mengatakan mereka gemilang telak dan telah memberikan pukulan serta pelajaran kuat bagi Hamas. Negeri Bintang Daud telah menewaskan pemimpin kuat Hamas dan menghancurkan ratusan terowong bagi pergerakan mujahid itu.

                                            "Hamas terluka parah. Melalui risikan kita yang menegaskan ini benar berlaku," ujar Yossi Cohen, penasihat keselamatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Meski demikian pihak Zionis kesal tidak boleh meneruskan tindakan keras Hamas dan ini boleh jadi bumerang di masa depan. Israel mematuhi gencatan senjata walau terpaksa, seperti dilapor pejabat berita Reuters (27/8).

                                            Namun kolumnis Amir Oren dalam ulasannya yang dimuat harian Haaretz (27/8) menyatakan dalam konflik ini Hamas menang melawan Israel, 1-0.

                                            Dari pengiraan kos perang berbanding dengan situasi yang berlaku, Oren berpendapat Israel kehilangan lebih banyak senjata ketimbang Hamas meski dilihat mata kasar kerugian bangsa Zionis itu hanya tiga peratus daripada apa yang dialami rakyat Gaza namun mendekati dua bulan perang Hamas semakin tunjuk kekuatan diyakini berkesudahan pada kengerian bagi Israel.

                                            Mereka mahu tak mau menyetujui gencatan senjata ini setelah sebelumnya menolak apa pun syarat dari Hamas terutama penarikan sekatan. Hamas, kumpulan yang militansinya tidak diragukan, berjaya mengganggu kehidupan Israel. Penguasa Gaza ini menggagalkan penerbangan, membuat perlawanan pembukaan musim bola sepak Liga Inggeris yang belum selesai, dan beberapa acara konsert besar juga urung diadakan. Seluruh acara awam di Negeri Bintang Daud itu terpaksa dihapuskan.

                                            Walaupun Hamas juga mampu membuat nyali Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon jadi ciut untuk datang ke Nahal Oz, tempat bersempadan dengan Gaza padahal dia ingin melihat keadaan lapangan.

                                            Satu lagi tambahan angka untuk Hamas. Mereka berjaya mendesak Netanyahu melakukan keinginan mereka yakni mencabut sekatan tanpa perlu mengangguk atas keinginan Israel, melucutkan senjata Hamas. Meski hanya Gerbang Rafah. Boleh jadi di hari depan Negeri Zionis itu akan menggunakan istilah yang lebih lunak yakni pengawasan senjata atau mengehadkan jumlahnya tanpa mekanisme jelas dan diatur dalam hitam di atas putih

                                            Kegembiraan warga Palestin rayakan kemenangan Hamas

                                            Bagi Netanyahu, Hamas merupakan gunung es. Hanya di permukaan mereka kelihatan sedikit namun sesungguhnya akar Hamas sungguh kuat dan banyak. Netanyahu hanya berharap dari Presiden Mesir Abdul Fatah al-Sisi dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas agar mereka tetap di pihak Israel, atau di tengah dalam berhadapan dengan Hamas.

                                            Untuk itu, Netanyahu mengambil kenyataan yang membuat dirinya semakin dikecam. Dia hanya tidak ingin percutian musim luruh serta hari-hari rakyat Israel dipenuhi ketakutan tanpa akhir sebab roket-roket Hamas yang tak kunjung habis. Meski hari terakhir operasi ketenteraan ini menjadi hari pertama kempen demi memilih kerajaan seterusnya dan itu petanda kehancuran kerjaya politik Netanyahu.

                                            Bila ini permainan catur, Hamas telah checkmate Israel. (IH)

                                            LinkWithin

                                            Related Posts with Thumbnails