Sunday, October 19, 2014

DAP(S) Tinggalkan PR Jika Ulama Kuasai PAS -Chong Chieng Jen.



Chong Chieng Jen.

KUCHING: DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan. Demikian kata pengerusinya Chong Chieng Jen kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa parti itu di sini.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya, lapor MStar. 

Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.

DAP Sarawak pada Sabtu semalam menyatakan menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR). Jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak apa, DAP menjelaskan pendirian partinya menentang hudud. Cuma UMNO yang takut nak jelaskan, masih bolak-balik, lidah bercabang, siang sokong malam ingkar..

Biaya Hidup Di Israel Menggelisahkan. M'sia Ikut Israel?

Biaya hidup di Israel mahal, banyak warganya pindah ke Jerman
Israel. ©Reuters

Sebuah kelompok anak muda Israel yang dulunya menetap di ibukota Berlin, Jerman, telah kembali ke kampung halaman mereka dan memprovokasi rakan sebayanya bergabung sesama mereka di Jerman

Ini lantaran biaya hidup di Berlin terlalu murah. Tingginya biaya hidup di kota Tel Aviv membuat banyak warga kecewa. Contohnya harga puding coklat berharga tiga kali ganda, seperti dilapor surat khabar Daily Mail, Jumaat (17/10). 

Eksodus ini mengundang kekacauan di Israel dan seorang pejabat mengatakan fenomena ini benar-benar menganggu. Banyak warga separuh baya masih terprovokasi dengan Berlin sehubungan pembantaian (Holocaust) menyebabkan enam juta warga Yahudi terbunuh.

"Buat apa pindah. Apa pun kita perlu ada di rumah," ujar kolumnis Ben Caspit menuliskan untuk surat khabar Maariv.

Eksodus besar-besaran dimulai beberapa minggu lalu saat seorang Israel berusia 25 tahun mengunggah foto daftar belanjaan dia termasuk puding coklat yang harganya hanya sepertiga dari harga di tempat kelahirannya. Itu sebabnya makin banyak warga yang tergiur pindah lantaran biaya hidup di Jerman tidak mencekik.

Ditambah kemudahan visa bagi warga Israel yang berkunjung ke Jerman sudah dijamin oleh Kanselir Angela Merkel membuat banyak anak muda Zionist berbondong-bondong ingin keluar dari sana. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kalau harga barang naik di Tel Aviv, warganya boleh pindah balik kampung ke Berlin. Kalau harga terlalu naik di Malaysia, warga Melayu nak balik ke mana? Apakah Malaysia ikut Israel dari sudut kenaikan harga barang?
BN=Barang Naik??

Dilarang Hantar Anak Ke Sekolah Pakai Motor Begini..

Orangtua di Mekah Dilarang Antar Anak ke Sekolah Pakai Motor  
Ilustrasi (http://metro.co.uk/)
MEKAH: Polis lalulintas Kota Mekah, Arab Saudi, melarang ibu bapa untuk membawa anaknya ke sekolah dengan menggunakan motor. Sehingga, polis Kota Mekah akan menghukum penunggang motor yang ketahuan membonceng anak-anak ke sekolah.

Jurucakap Polis Kota Mekah, Kapten Ali Al Zahrani, sebagaimana dikutip dari laman Saudi Gazette, Khamis 16 Oktober 2014- berkata, peraturan itu untuk melindungi keselamatan penunggang. Selain itu, juga untuk memperlancar arus lalulintas di jalanan Mekah.

Dia menambah, polis Kota Mekah akan menggalakkan sekatan untuk mencegah para ibu bapa menghantar anak ke sekolah. Polis akan bertindak tegas ke atas  setiap penunggang yang mengantarkan anak sekolah.

Al Zahrani menjelaskan, mengendara motor sangat berbahaya. Oleh sebab itu penunggang motor diwajibkan menggunakan topi keledar dan keselamatan lain. Selain itu, penunggang motor di Mekah kerap menuai kritikan kerana kerap kali melanggar peraturan lalulintas.

Pelanggaran peraturan lalulintas itu juga dilakukan penunggang motor di Mekah setiap menghantar anak mereka ke sekolah. Langgar lampu merah merupakan pemandangan yang kerap terjadi. Kerana dianggap tidak memerhatikan keselamatan peribadi dan orang lain, maka larangan ini dibuat.

Namun bukan berarti larangan itu tidak mendapat perlawanan. Sejumlah wali murid yang selalu mengantarkan anaknya ke sekolah dengan motor mengajukan protes. Sebab mereka mengaku tidak punya alternatif lain untuk mengantar anak.  
Motor itulah satu-satunya kenderaan yang ada di rumah. Selain itu bas sekolah atau pengangkutan lain juga tidak ada.

Jurucakap Direktorat Pendidikan Kota Mekah, Abdulaziz Al-Thaqafi, mengatakan dinasnya terus berusaha meningkatkan pengangkutan untuk para murid.

Al-Thaqafi berkata, projek pengangkutan sekolah sedang dilaksanakan. Dia juga meminta semua jabatan pengawasan melawat sekolah dan memastikan persediaan pengangkutan bagi pelajar.
(IH)

Saturday, October 18, 2014

Nelayan Gaza Diberondong Peluru Tentera Laut Israel

kapal nelayan gaza
GAZA: LIMA nelayan Gaza berjaya selamat selepas kapal yang mereka naiki diberondong peluru Tentera Laut Israel Jumaat (17/10).

Dalam keterangan kapten kapal, Nizar Ayyash, kepada surat khabar setempat mengatakan "kapal perang Israel menembak sebuah kapal nelayan yang sedang turun ke laut di Laut Tengah, yang menyebabkan tenggelam kapal dan lima nelayan yang berada di dalamnya."

Satu orang dilaporkan shock dan kejang akibat insiden tembakan tersebut, dan 4 nelayan lain selamat tanpa adanya kecederaan.

Menurut penuturan nelayan Gaza, hampir setiap harinya kapal perang Israel sengaja mensasarkan nelayan Palestin yang berlayar di laut Tengah, dengan dalih melebihi batasan yang ditentukan kerajaan Israel dalam sekatan laut, udara dan darat di Semenanjung Gaza.

Perlu diketahui bahawa kerajaan Yahudi hanya membolehkan para nelayan Gaza untuk turun ke laut sejauh 6 km dari lepas pantai Gaza. (IH)

http://img.eramuslim.com/media/2013/08/nelayan.jpg
http://sahabatalaqsha.com/nws/wp-content/uploads/2009/08/Perahu-perahu-Nelayan-Gaza-Dihancurkan-Israel-646.JPEG 

http://img.eramuslim.com/media/2014/03/perahu-nelayan-gaza.jpg

Banyak Lagi Ruang Jihad Di Malaysia - Ustaz Ahmad Yakob



KOTA BHARU: Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan masyarakat Islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan seruan jihad oleh kumpulan tertentu sama ada di dalam mahupun luar negara.

"Kita tidak tahu matlamat sebenar kumpulan ini dan kita perlu berhati-hati dengan perkataan atau kalimah yang digunakan mereka.
"Ibu bapa mesti tanya khabar anak di luar negara dan perlu mengetahui bidang apa yang mereka pelajari dan siapa kawan mereka. Ini semua perlu ditanya kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Buku Khalifah: Kita Pilihan ALLAH di Medan Ilmu, di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jihad bukan sahaja dengan mengangkat senjata, malah banyak lagi aspek lain yang turut dikategorikan sebagai jihad.

Menurut beliau, ianya termasuk jihad dari sudut ekonomi dan juga pendidikan yang memerlukan umat Islam menguasai kedua-dua aspek penting ini.

Semantara itu, buku 'Khalifah: Kita Pilihan Allah' karya Ustaz Ahmad didiskusikan oleh beliau di Dataran Ilmu pagi tadi dan majlis pra-pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato Dr Johari Mat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap ahli Dewan Negara.

Majlis tersebut turut dihadiri exco kerajaan negeri Datu Abdul Fattah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Hj Ramli Mamat serta beberapa yang lain.

Majlis pelancaran penuh nanti akan disempurnakan oleh mantan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam tempoh terdekat. - HARAKAHDAILY 18/10/2014

Jangan Biarkan Poso, Indonesia, Seperti Gaza

Jangan Biarkan Poso seperti Gaza VOA-Islam. Kerumunan warga Poso yang kecewa operasi pegawai pemerintah. 

DALAM beberapa bulan terakhir ini, masyarakat menjadi begitu familiar dengan sebuah kata sekaligus kota nun jauh di Sulawesi Tengah, Poso. Sebuah kota elok dan dikelilingi bukit dan pegunungan hijau nan subur.

Namun, Poso tiba-tiba menjadi begitu menarik sejak peristiwa empat belas tahun silam, tepatnya di tahun 2000 saat tragedi berdarah di tempat itu yang mulai terungkap di hadapan publik. Masyarakat yang asalnya tak mengenal Poso, berubah menjadi akrab dengan satu kata ini.

Media-media umum begitu sering memberitakan tentang Poso, bukan pada berita yang menyenangkan. Tetapi hanya sebagai “sarang teror”. Poso hanya dikesankan sebagai basis Mujahidin Indonesia Timur (MIT) yang dinilai melawan pemerintah dan muncul pula lembaga “pahlawan” bernama BNPT dan Densus 88.

Apalagi “serangan” media pada masyarakat tak berimbang, untuk sekedar bisa mencoba sedikit bijak dalam menyikapi permasalahan Poso, belum pernah saya temui. Umumnya, media massa nasional hanya “berpihak” pada polisi atau BNPT.

Terlepas dari latar belakang munculnya gerakan yang menamakan dirinya MIT, yang sangat mungkin sebagai bentuk pembelaan diri dari problem masa lalu yang tak tersolusikan secara adil, ada hal lain yang sebenarnya menggelitik.

Indonesia adalah sebuah negeri dengan mayoritas penduduk beragama Islam. Banyak pula ormas Islam yang berjuang untuk menerapkan syariah agar mengejewantah dalam kehidupan. Ada pula ormas yang bertujuan mulia untuk melanjutkan kehidupan Islam, menerapkan aturan Allah secara kaffah tak terbatas hanya di negeri Indonesia.

Tapi mendunia dan bersifat internasional. Tapi entah mengapa saat Poso bergolak tak banyak yang bersuara, hatta kelompok aktivis kemanusiaan dan HAM. Ketika masyarakat Poso banyak dikorbankan dengan tuduhan terorisme, tak ada massa/ormas/LSM bahkan media massa bisa berlaku adil.

Sebagaimana tak ada suara keras takala saudara seiman kita di Jalur Gaza dijajah Zionis-Israel ataupun Rohingya dibantai milisi Buddha. Tak kita temukan demonstrasi memprotes tindakan aparat pemerintah atas kedholimannya saudara-saudara kita di Poso yang selalu diteror tuduhan teroris.

Faktanya di sini – bangsa yang katanya sebuah negeri yang dikenal ramah penduduknya dan penuh kekeluargaan– banyak pemudanya diculik, ditangkap tanpa prosedur hukumdan banyak LSM diam saja. Bandingkanlah jika ada aparat digebuki polisi atau tentara, hampir semua pers meliput hingga pihak polisi/aparat tertekan.

Sama tidak adilnya ketika Guntur Romli menjadi korban aksi FPI, semua media menjadikan aktivis Jaringan Islam Liberal (JIL) menjadi fokus utama. Sebaliknya jika anggota FPI digebuki dan menjadi korban. Media menganggap tak terjadi apa-apa.

Bukankah mereka juga manusia yang layak dibela? Sama halnya yang terjadi di Poso. Yang belum tentu apa yang dituduhkan dengan label “teroris” benar adanya. Sementara penanganan terhadap mereka banyak yang terindikasi “extra judicial killing”.

Banyak di antara mereka yang langsung dieksekusi di luar prosedur yang semestinya. Bukankah kita selalu mengenal persaudaraan dan pembelaan hak asasi tanpa tak dibatasi oleh kelompok?

Coba, bagaimana jika di Poso itu adalah anggota Syiah atau Ahmadiyah, bagaimana reaksi media dan LSM?

Semoga semua pihak, khususnya umat Islam saling bahu- membahu di atas landasan akidah yang kokoh, dan banyak aktivisnya turun tangan bergerak, hingga tak ada lagi kedholiman di Indonesia ini. Khususnya kedhaliman yang menimpa umat Islam.

Poso akan kembali indah dan elok. Tak dijadikan lagi sebagai proyek banyak kepentingan, apalagi sampai tersandera dengan label terorisme. Wallahu’alam.

Pengirim surat ini:
U Nayla Zahra, peminat kajian sosial
Sabtu, 18 Oktober 2014 - 09:09 WIB
(Diangkat dari .hidayatullah.com)


Indonesia-Poso
Sepenggal Kisah Tragedi POSO
INDONESIA_-_poso_polizia_ok.jpg

Lagi Gerakan Anti Islam, Catut Kontak DapurBuku.com.


SEBUAH Fans Page Pagebook bernada kebencian dan Islamofobia muncul di Facebook. Fans Page yang menamakan dirinya “Gerakan Anti Islam” tersebut berisi konten-konten yang menghina Islam dan umat Islam dengan menggunakan bahasa Indonesia. Selain itu, page tersebut juga bernuansa adu domba antar umat beragama di Indonesia.

Demikian lapor dakwatuna.com

Dalam sebuah postingannya, Page tersebut mencatut nomor kontak pengelola DapurBuku.com. “Bagi anda yang ingin berkonsultasi dengan kami atau ingin menambah kekuatan dalam gerakan kami, silahkan hubungi kami”, demikian seperti ditulis pada page tersebut, Jum’at (17/10/2014), seraya mencantumkan beberapa nomor telepon yang sebenarnya adalah nomor telepon milik DapurBuku.com.

Menanggapi hal tersebut, Jon Riah Ukur Ginting pendiri DapurBuku.com, mengungkapkan bahwa Fans Page “Gerakan Anti Islam” telah menfitnahnya dengan mencatur nomor-nomor telepon milik DapurBuku.com.

“Gerakan Anti Islam adalah sebuah fan page di Facebook, yang berisi hinaan dan hujatan terhadap Islam. Awalnya kami tidak peduli sedikit pun terhadap fan page ini. Namun siang ini, kami merasa perlu menyebut nama mereka. Karena mereka dengan sengaja menfitnah kami, mencatut nomor-nomor kami, dan mengakui sebagai nomor-nomor mereka,” demikian klarifikasi DapurBuku.com pada laman Facebooknya, Jum’at (17/10/2014).

DapurBuku.com sendiri merupakan sebuah layanan self publishing yang dapat menerbitkan buku apapun dengan cara apapun, demikian seperti dikutip dari laman “Tentang Kami” DapurBuku.com.

DapurBuku.com hingga kini dikelola oleh Jon Riah Ukur Ginting, yang sering dipanggil Jonru. Jonru sendiri dikenal sebagai penulis dan kritis dalam sosial politik, termasuk dalam membela Islam dan dalam menghadapi Liberalisme. Jonru pernah menjadi Juara Tahunan (Super Blog) pada ajang Internet Sehat Blog Award 2009.

Demikian lapor dakwatuna.com lagi.  (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails