Monday, December 29, 2014

Husam: Anak Perantauan, Pulanglah! Hero Tak Bernama Muncul.




KUALA LUMPUR: "Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebook pagi ini.

Ini, ujarnya termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.

Berikut tulisan penuh beliau.

1. Empangan Jajar, banyak sms memberi info Jajar tidak berkaitan dengan kecepatan kenaikan paras banjir. Saya tidak mahir dalam tajuk ini. Saya hanya menyampaikan keluhan hiba rakyat yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

2. Semalam bersama saya adalah Saudara Salahudin Ayub yang juga adalah Pengerusi Bencana Negara PAS Pusat.

3. Insya-Allah jika cuaca mengizinkan kami akan ber-heli lagi sepanjang hari ini. Terawal, menghantar ubatan ke Pasir Mas. Kemudian ke Kandek, Dabong bersama bekalan hasil sumbangan yang dikutip.

3. Pagi ini, Saudara Lim Kit Siang dan 8 petugas akan tiba untuk membawa bantuan dan melawat mangsa banjir. Kami hargai solidariti pemimpin nasional.

4. Semalam, TG Presiden PAS melakukan lawatan banjir termasuk sempat mengunjungi Sek Keb Kubang Kerian. 'Turun padang' Presiden untuk meninjau sendiri sangat membanggakan kami. Teladan untuk semua. Saya mohon maaf tidak dapat mengiringi kerana mengejar cahaya siang terbang seperti dijadual.

5. Di banyak tempat saya singgah, petugas dari Selangor ditemui datang membantu. Di DUN saya sendiri, ribuan terima kasih saya ucapkan atas kegigihan mereka mengharungi suasana. Saya kagum keberanian mereka mengharungi arus deras di atas jambatan Salor untuk membawa seorang pesakit yang sudah masuk hari ketiga gagal mendapat rawatan dialasis.

Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini. Termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.

6. Saya juga menyeru anak di perantauan tanah Serendah Sekebun Bunga; Kelantan untuk pulang menjenguk, memberi sokongan dan membantu kami di sini.

Husam Musa
8:06 am
28/12/2014

Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Sunday, December 28, 2014

Pesawat Air Asia Hilang Bersama 151 Penumpang.

Ada 16 anak dan 1 bayi di Air Asia yang hilang kontak
Jakarta: Pesawat AirAsia QZ 8501 dikhabarkan hilang. Pesawat jurusan Surabaya-Singapura berpenumpang 151 terdiri daripada 16 kanak-kanak, 1 bayi dan 138 orang dewasa.

Pesawat berangkat dari pukul 05.36 WIB dari Lapangan Terbang Juanda Surabaya, kira-kira pukul 07.14 tidak diketahui kedudukannya.

Nasib AirAsia belum jelas,anggota DPR sudah serang Menteri Jonan 
"Pada masa ini pihak PT Angkasa Pura tengah mempersiapkan posko maklumat untuk keluarga penumpang pesawat," kata General Manager PT Angkasa Pura I Lapangan Terbang Sultan Ismail, Trikora Hardjo.

Menurut Trikora, dianggarkan pesawat kehilangan kenalan di sebelah utara Semarang, Jawa Tengah.

Dia menambah, keluarga yang hendak menanyakan kabar terbaru boleh terus menghubungi pihak AirAsia pusat.
 
(IH)

Husam, Azmin, Salehuddin & Seorang Dermawan Lawat K'tan..

Oleh DATUK HUSAM MUSA

Tuan Guru meninjau petugas PAS Serdang memasak makanan untuk mengsa banjir di Pengkalan Chepa.

Alhamdulillah, berkat prihatin seorang dermawan kami dapat membuat tinjauan menggunakan helikopter ke Gucil bersama YAB MB Selangor Azmin Ali dan Saudara Salehuddin Ayub.

Semasa di airport Kota Bharu kami terserempak dengan konvoi besar menunggu PM yang akan melawat Kelantan. Seakan pusat kritikal adalah PM lebih dari rakyat jelata yang sedang penuh kebimbangan, takut dan menjurus kepada panik kerana bekalan makanan masih belum sampai sejak beberapa hari

Sewaktu menemui mangsa banjir, masing-masing bercerita kecepatan air meluncur dan kedalaman air melebihi semua banjir besar sebelum ini. Mangsa banjir yang ditemui mengadu antara punca adalah Empangan Jajar di sempadan Teregganu-Kelantan yang dalam pembinaan.

Saya tiada jawapan kerana pertama kali saya dengar tentang Empangan Jajar. Sesiapa ada info boleh hubungi kami.

Dari situ kami cuba terbang ke Manek Urai tetapi terpaksa berpatah balik kerana awan mendung sedang berkumpul. Membimbangkan adalah kumpalan kumpalan awan yang sedang membentuk di Hulu Kelantan yang memungkinkan hujan lebat turun di kawasan banjir.

Setiba di hangar helikopter di aiport Kota Bharu, nota tinjauan dikongsi dengan kapten helikopter bantuan yang lain.

Hasilnya jika cuaca mengizinkan dijangka sejumlah 8 kali penerbangan akan diusahakan untuk agihan barang bermula esok dijangka ditumpukan di Krai, Dabong, dan Tanah Merah. Bagi pihak yang mempunyai maklumat khusus berkenaan lokasi rakyat yang terputus bekalan dan kecemasan mohon hubungi pihak kami. Mohon kongsikan info ini dengan teman. Untuk memudahkan sila kirimkan koordinat.. heli mampu bawa tidak lebih 250 kg bantuan.

Di waktu kritikal ini, kita kukuhkan persaudaraan insan saling tolong menolong tanpa syarat.

Teruskan bantuan dan DOA.
Husam Musa
10:00 pm

Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Sambut Krismas Dengan Membakar Masjid.

masjid dibakar lasdipo
Masjid pertama yang dibakar pada malam sambut Krismas.

Pembakaran Masjid di Sweden Ternyata Tidak Hanya Satu Masjid
Eskilstuna: Berita duka bertiup dari Eropah. Pembakaran masjid di Sweden ternyata tidak hanya satu masjid, tapi dua masjid di Eskilstuna yang dibakar pada Malam Krismas.

Akhbar Aftonbladet memberitakan beberapa jam selepas pembakaran masjid di tengah bandar Eskilstuna, yang mencederakan lima jamaah, sebuah masjid yang beberapa puluh meter dari masjid pertama, juga diserang dan dibakar.

Polis berkata seorang lelaki tidak dikenali menghancurkan tingkap masjid, melempar bunga api dan bahan bakar ke dalamnya. Polis belum dapat memastikan sama ada serangan dilakukan orang yang sama, dan berkaitan dengan masjid pertama yang dibakar.

Malam Natal Datang, Pria Misterius ini Berani Bakar Masjid  
Masjid pertama yang dibakar pada malam sambut Krismas. 

Jika pada pembakaran masjid pertama terdapat lima korban luka, serangan kedua tidak terlalu fatal dan menimbulkan korban. Expo, sebuah yayasan yang berkempen kesedaran tentang perkauman dan xenophobia, berkata sekurang-kurangnya berlaku 12 usaha pembakaran masjid di Sweden sepanjang tahun ini. 

Jadi, menurut jurucakap Expo, terdapat satu insiden penyerangan terhadap masjid setiap bulan. Khusus serangan di Malam Krismas, Expo meyakini insiden itu dicetuskan perdebatan antara ahli politik sayap kanan dan kiri.  (IH)
Masjid yang dibakar.

Sebelum ini..

Kayuh Basikal Dari London Kutip Derma Anak Yatim & Gaza



TERCAPAI... Graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Sheffield, Badrul disambut meriah oleh keluarga dan sahabat handai setelah memenuhi impiannya berbasikal dari London ke Malaysia sejauh 11,000 km dan tiba di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada Sabtu - fotoBERNAMA

JOM KREATIF

BUKIT KAYU HITAM: Badrul Hisham Burhanuddin, 24, berkata misi kayuhan yang dia dilakukan adalah bagi mengutip dana untuk membantu rumah anak-anak yatim di negara ini dan sumbangan untuk Tabung Gaza. Katanya, setakat ini sebanyak RM3,500 telah berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan orang ramai.

"Untuk misi ini saya menggunakan wang sendiri dan sumbangan rakan-rakan sebanyak RM8,000 dan terpaksa berjimat cermat untuk jayakan misi ini. Saya hanya makan pasta setiap hari dan tidur dalam khemah," katanya kepada pemberita di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam pada Sabtu.

Dia mengayuh basikal hampir lima bulan melibatkan jarak 11,000 km, sebagai seorang rakyat Malaysia yang tiba pada Sabtu di tanah air dan menamatkan program kayuhannya dari London. Dia menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Sheffield, United Kingdom pada Julai lalu, tiba di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam di sini kira-kira pukul 3 petang Sabtu.

Ketibaannya di pintu masuk sempadan negara disambut bapanya Burhanuddin Mohd Alipiah, 53, dan ibunya Rapiah Ibrahim, 62, serta ahli keluarga yang lain. Anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Klang, Selangor ini berkata beliau mengambil masa lapan jam untuk berkayuh sejauh 100 kilometer sehari bagi melintasi 18 negara lain seperti England, Perancis, Iran, Turki, Vietnam dan Thailand sebelum tiba di negara ini.

Katanya kayuhannya pada awalnya ditemani empat rakan yang lain, di mana tiga daripadanya berpecah dan kini berada di sekitar Turki manakala beliau dan seorang lagi rakan Mohd Hafiz Hamid, 22, dari Kolej Profesional Mara, Beranang yang dikenalinya di laman sosial Facebook melakukan kayuhan bersama-sama untuk sampai ke negara ini.

"Ada masa kami berkayuh bersama dan ada kalanya kami tidak bersama dan hanya berjumpa di lokasi 'check point' sahaja. Siapa yang sampai awal mereka akan dirikan khemah dan sediakan makanan.

"Sampai di Thailand kami (beliau dan Mohd Hafiz) berpecah di Hatyai dan dia ke sempadan Perlis dan saya ke Bukit Kayu Hitam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya.

Badrul Hisham berkata setiap hari beliau mula berkayuh kira-kira pukul 7 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5.30 petang dan tidak boleh berkayuh pada waktu malam kerana faktor keselamatan. Beliau berkata misinya turut mendapat sokongan daripada ahli keluarganya dan sering berhubung menerusi 'online' bagi memaklumkan kedudukan dan tahap kesihatan kepada keluarganya.

Cabaran


Katanya sepanjang perjalanan beliau terpaksa menempuhi pelbagai cabaran seperti rantai basikal terputus, hampir diculik dan dirompak ketika melalui beberapa negara seperti Turki dan Thailand.

Beliau berkata pada 10 September lepas, beliau hampir dirompak dan diculik oleh sekumpulan lelaki ketika melalui bandar Adana, Turki tetapi terselamat selepas mendapat perlindungan di sebuah stesen minyak.

"Saya pernah keracunan makanan dan hampir putus asa untuk meneruskan misi ini. Namun sokongan keluarga membuatkan saya berusaha untuk meneruskan misi ini sehingga berjaya.
"Syukur Alhamdulillah saya berjaya selesaikan misi ini. Selepas ini saya berhasrat untuk berbasikal ke Gunung Everest bagi membuktikan kemampuan rakyat Malaysia untuk mencipta kejayaan," katanya.  (IH/mStar)

Lihat siri kreatif..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Lagi 3 Negara Diserang Banjir Sri Lanka, Thai, Indonesia.

Arus kendaraan di kawasan Green Garden mengalami macet akibat mobil dan motor mandek terjebak banjir.Sejumlah kenderaan mandek saat terjebak banjir setinggi 70 cm di kawasan Green Garden, Kedoya, Jakarta, Sabtu (27/12) 

COLOMBO – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh semasa banjir melanda di beberapa kawasan di Sri Lanka yang menyebabkan 700,000 orang terjejas.

Media tempatan melaporkan, 10 orang disahkan mati dalam kejadian di daerah Badulla, kira-kira 220 kilometer di timur bandar Adaderana itu. Para pegawai yakin jumlah kematian itu akan meningkat berikutan berpuluh-puluh orang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh membabitkan lebih 100 buah rumah di daerah berkenaan.


Pada masa ini, sebanyak 80,000 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara yang disediakan oleh kerajaan. Sementara itu di selatan Thailand, sekurang-kurangnya lapan orang mati dan dua lagi hilang dalam kejadian banjir yang melibatkan 1,415 buah kampung di empat wilayah.

Jurucakap Bilik Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Banphot Poonpien berkata, gabenor di wilayah-wilayah selatan Thailand telah diminta supaya menggerakkan bantuan kecemasan termasuk melibatkan anggota tentera bagi membantu mangsa banjir.

PENDUDUK terpaksa mengharung banjir untuk berpindah ke pusat penempatan di Dayeuhkolot, Bandung pada Selasa lalu. - REUTERS   
 
Di Bandung, Indonesia, Jakarta Post pula melaporkan, meskipun keadaan banjir semakin surut, namun kebanyakan mangsa banjir masih belum menerima bantuan daripada pihak berkuasa tempatan.

Ketua Agensi Bantuan Bencana Bandung, Marlan berkata, banjir akibat limpahan Sungai Citarum di daerah Baleendah dan daerah Dayeuhkolot mula menunjukkan tanda-tanda semakin surut.

“Berdasarkan pemerhatian, paras air semakin menurun, kita harap hujan akan berhenti,” kata Marlan.
Banjir di Bandung melibatkan kira-kira 36,000 keluarga yang terpaksa berpindah apabila rumah mereka dinaiki air sedalam lebih dua meter sejak Selasa lalu.

“Kebanyakan penduduk yang tinggal di rumah dua tingkat tidak berpindah dan kita sukar menentukan sama ada mereka menerima bantuan atau tidak. Apa yang dilakukan sekarang ialah kita mewujudkan dapur awam di lokasi tertentu untuk mengagihkan makanan,” katanya.

Di Aceh Utara, sebanyak 94,500 orang daripada 285 buah kampung turut dilaporkan terpaksa berpindah apabila kawasan yang mereka diami dinaiki air sejak tiga hari lalu. – Agensi


Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Solat Tahajud Yang Indah (2)


SOLAT Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

17:79
  •  “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”  (Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda:
  • “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.) 
Tujuan Solat Tahajjud 
  1. Sebagai tanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. 
Cara Mendirikan Solat Tahajjud  
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. 
Rasulullah SAW telah bersabda, 
  • “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)  
1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud

Ertinya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau! Aku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan aku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau berikan petunjuk. Dan berikanlah aku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Engkaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada Nyalah tempatku kembali.

2.  Niat Solat Tahajjud:

 

 
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Aku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah: 

a)  Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi  (7 kali)
      Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (11 kali)  Atau;
b)   Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
       Rakaat kedua: Surah Al-IkhlasAtau;
c)   10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
      (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud beliau)

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

 

doa sujud akhir tahajud

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

 


6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:

Doa Solat Sunat Tahajjud

Ertinya:
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Engkaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Engkau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagiMulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Engkaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali, dengan-Mu aku menghadapi musuh dan kepada-Mu aku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang aku sembunyikan mahupun yang aku nyatakan, di mana Engkau lebih mengetahuinya. Engkau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Engkau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam!


Kelebihan tahajjud.
  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Bagaimana Mudahkan Bangun Solat Malam
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
    Rasulullah SAW bersabda:
    • “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

      وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

      (IH)

      Sila lihat siri amalan ibadat..
      E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
      E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails