Thursday, February 26, 2015

Banjir: K'tan Ditipu Lagi? Setakat Ini, Tiada Apa-apa Bantuan K'jaan Pusat.


Banjir: Kelantan belum terima bantuan pusat

KOTA BHARU: Selepas kes royalti minyak Kelantan, kerajaan negeri pembangkang itu ditipu lagi? Ini kerana, biar pun sudah dua bulan banjir besar berlalu, namun kerajaan negeri sehingga kini belum menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan pusat bagi membantu mangsa banjir.

Demikian lapor Harakah sehingga semalam.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, belum ada bantuan secara khusus yang diberi kepada kerajaan Kelantan.

“Cuma bantuan secara umum diisytihar melalui Majlis Keselamatan Negara. Kita berada dalam jawatankuasa pasca banjir bersama.
“Kerajaan negeri hanya menyelaras. Kelantan hanya mampu membina 600 unit rumah kekal dan selebihnya dibina kerajaan pusat dengan segala keupayaan yang ada pada mereka,” katanya di sini.

Menurutnya kerajaan negeri akan menyediakan tanah bagi membolehkan kerajaan pusat membantu mangsa-mangsa banjir yang belum ada lot sendiri. Kata beliau juga kerajaan negeri akan membina 600 unit, di mana separuh daripada jumlah itu dibina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Beliau berkata, sebanyak RM12 juta diperlukan bagi membina 300 unit rumah kekal, dananya diperolehi daripada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan. Selain itu terdapat juga aku janji NGO-NGO yang mahu membina rumah mangsa-mangsa banjir.

Model rumah kekal mangsa banjir ditetapkan kerajaan negeri mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 828 kaki persegi. Harganya antara RM40,000 hingga RM45,000 sebuah. Kerajaan persekutuan pula difahamkan merancang membina rumah dua tingkat seluas 660 kaki persegi dengan harga RM48,000.

Sehingga sekarang kerajaan negeri sedang menyiapkan 18 unit rumah kekal di Kampung Kolam Emas Gua Musang. Selain itu 10 unit di Desa Rakyat, Berangan Mek Nab, Machang sudah disiapkan. Sebanyak 52 unit lagi akan dibina di situ. Penyerahan kunci sembilan unit rumah kekal di Berangan Mek Nab diadakan 20 Febuari lepas. Di Gua Musang sebanyak tiga unit rumah kekal juga sudah siap.

“Kita berharap rumah kekal kepada mangsa-mangsa banjir dapat disiapkan menjelang sambutan Ramadan kira-kira tiga bulan lagi,” katanya.

Berdasar kepada bancian terdapat 2,600 rumah penduduk di Kuala Krai, Gua Musang dan Machang rosak sama sekali akibat bah besar akhir tahun lepas. (IH/Sumber HARAKAHDAILY 25/2/2015)

Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks. Ini Bukan Salah BN?

Apakah UMNO/BN terlepas dari tanggung jawab atas apa yang berlaku kepada rakyatnya di dunia dan akhirat? Bagai kepimpinan dalam Islam?

Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Individu Tidak Dikenali
MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.

Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya. Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok.

Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi chalet sebelum merogolnya. Suspek mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada Gemok untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja perempuan berkenaan.


Ketika dihubungi saudara remaja perempuan tersebut berkata mangsa mengaku dirinya telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana dengan mengikut Gemok pada malam kejadian.

"Kami telah membuat laporan polis dan biar siasatan mengesahkan sama ada Gemok terlibat dengan sebarang sindiket pelacuran di Thailand," katanya.

Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,

Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang bersuai 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.
Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.
Ayah kepada empat cahaya mata itu berkana anak perempuannya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajar hinggalah dia terjebak dengan kumpulan budak nakal selepas tamat peperiksaan UPSR.
Menurut ahli perniagaan itu, anak perempuannya melarikan diri dari rumah kali pertama dengan teman lelakinya Oktober tahun lalu.
Mangsa menghilangkan diri selepas keluar makan malam bersama teman lelakinya bagi meraikan kejayaannya mencapai 3A dalam UPSR.
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Soalnya sekarang, apa saja yang berlaku di negara ini adakah terlepas dari tanggung jawab pemimpinnya? Adakah UMNO/Perikatan/BN yang memerintah sejak merdeka dulu terlepas dari tanggung jawab mencorakkan rakyatnya seperti yang ada sekarang? 
 
Itulah silapnya UMNO yang mengaku perjuangkan Islam tetapi menolak menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan negara. Pada hal peranan dan tanggungjawab kerajaan Islam amat sesuai untuk membangunkan rakyat, baik rohani mahupun jasmani. Membawa kebahgiaan di dunia dan akhirat. 
 
Ringkasnya sila lihat Al-Mawardi dalam buku al-Ahkam al-Sultaniyyah menjelaskan antara tanggungjawab kerajaan Islam ialah menjaga kepentingan agama dan mentadbir urusan negara dan umat.  

Wednesday, February 25, 2015

Polis M'sia Dituduh Terima Rasuah Dari Perempuan Indonesia.


Jakarta: Mahkamah Balik Pulau di Malaysia hari ini menyatakan polis Malaysia bernama Muhammad Shaparin Sulaiman, 24 tahun, menerima rasuah daripada pendatang haram asal Indonesia Lestari Budiharto.

Shaparin dituduh menerima rasuah bernilai total Rp 6.3 juta (Kira-kira PM2,300) dari Lestari untuk membebaskannya dari penangkapan akibat tidak membawa dokumen lengkap, seperti yang dilaporkan oleh laman Asia One, Selasa (24/2).

Dia dikatakan menerima rasuah sebanyak antara Rp 300 ribu hingga Rp 2.5 juta di pejabat polis Air Itam, Bukit Bendera dan Jalan Pokok Ceri pada 11 Oktober 2014 dan 15 Oktober 2014. Shaparin juga dituduh menerima rasuah di masa dan tempat lain, seperti di Pulau Pinang Hill.

Shaparin dijerat undang-undang antikorupsi dan terancam hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai jumlah rasuah yang diterima atau sebesar Rp 53 juta.
 (IH)

Lelaki Ditempat Awam Waktu S/Jumaat Akan Ditahan.. Ke Arah Hudud?





KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyokong langkah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk mengambil tindakan terhadap umat Islam yang berkelakuan tidak senonoh dan berpakaian tidak sopan di tempat awam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu termaktub dalam Seksyen 34 dan Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Pendekatan digunakan oleh pihak MADIAM itu adalah untuk mendidik masyarakat khasnya golongan belia Islam agar sentiasa menjaga akhlak mereka di tempat awam, katanya kepada pemberita selepas taklimat di Wisma Persekutan di sini hari ini.

Menteri Besar berkata pihak MAIDAM juga diminta memperkemaskan lagi undang-undang sedia ada termasuk larangan kepada umat Islam lelaki berada di tempat awam ketika solat Jumaat.

Katanya mereka yang ditangkap kerana melanggar peraturan itu akan dipanggil untuk sesi kaunseling dan jika masih lagi melakukan kesalahan yang sama, tindakan undang-undang atau denda akan dikenakan.

"Kaedah mendidik, penguatkuasaan cara terbaik ... pastikan pelaksanaan yang dibuat itu betul dan sewajarnya," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Beginilah konsep undang-undang untuk mendidik, dan konsep inilah antara yang dikehendaki oleh sistem perundangan 'hudud' yang diajar oleh Islam seperti sebat di khalayak ramai dan lain-lain. Adakah kerajaan UMNO Terengganu mulai membuktikan sudah berjinak-jinak dengan hudud?

Ini Lelaki Tua Ditarik Kerbau Ke Hospital.. K'jaan Segerakan Bantu Penduduk!


Bojong Mokiling diangkut oleh 'kereta kerbau' dari Kampung Niatang menuju ke jalan utama di Pitas, Sabah.
KOTA KINABALU: Gambar di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki tua separuh lumpuh ditarik oleh seekor kerbau ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan perubatan di daerah utara Pitas, Sabah, telah mendorong tindakan pembinaan segera akses jalan masuk.

Nasib penduduk Kampung Niatang mendapat perhatian apabila gambar lelaki tua berusia kira-kira 70 tahun, Bojong Mokiling, berbaring di atas sekeping papan sambil ditarik seekor kerbau melalui jalan berbatu dan berlumpur dari sebuah perkampungan terpencil ke jalan utama.

Menantu lelaki itu, Albert madin berkata 'kereta' itu adalah satu-satunya bentuk pengangkutan yang dapat digunakan untuk keluar dari kampung kerana mereka tidak dapat mendapatkan bantuan pemilik kenderaan 4WD untuk membawa keluar Bojong dari kampung yang terletak kira-kira 1.5km dari jalan utama Pitas.

"Bapa mertua saya lumpuh dan memerlukan rawatan. Keadaannya semakin buruk jadi kami mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital. Kami tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan apa sahaja bentuk pengangkutan kerana tidak ada kenderaan 4WD," katanya.

Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail, yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, ketika dihubungi berkata beliau akan mendapatkan kelulusan segera daripada Kementerian Pembangunan Infrastruktur untuk membina jalan bagi kemudahan penduduk kampung yang terjejas.

"Saya sudah melawat kampung itu dengan pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya. Kita akan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan kelulusan bagi pembinaan jalan," kata Bolkiah.

Beliau berkata kampung itu tidak diwartakan di bawah daerah Pitas, kerana terdapat hanya kira-kira enam buah rumah dengan kira-kira 50 penduduk tinggal di kawasan itu. Bagaimanapun, beliau berkata langkah segera akan diambil untuk membina jalan raya.

Perkampungan yang terletak di Pitas itu terletak pada jarak 15km dari hospital Pitas, kira-kira 60km dari hospital Kota Marudu dan kira-kira 135km dari hospital Kudat. Pitas terletak kira-kira 250km dari Kota Kinabalu. Netizen menggesa kerajaan bertindak dengan segera untuk membantu penduduk Kampung Niatang selepas gambar Bojong menjadi viral. (mStar)

Ini, Gambar Datin Ditangkap Berseluar Dalam, Berkhalwat...


Datin ditangkap khalwat bersama lelaki warak-

INI gambar Datin yang dikatakan ditangkap khalwat dengan seorng ustaz, ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap. Mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Dikatakan, hal ini akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis. Seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih ‘warak’ atau seorang ustaz sebelum ditangkap berkhalwat.

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang ‘berasmara’ di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.

“Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.
“Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam,” katanya.

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

“Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.
Datin ditangkap khalwat bersama lelaki warak--

“Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. (IH)

Tuesday, February 24, 2015

Ini Bukti Suara Gulingkan Presiden PAS?


KL: Pagi ini Kosmo Online menyatakan satu rakaman suara berdurasi dua minit 11 saat yang dipercayai menunjukkan usaha Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk menjatuhkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tersebar di internet sejak petang semalam.

Tinjauan Kosmo! ke atas rakaman suara mirip Mohamad yang turut dimuat naik dalam laman media sosial Facebook itu dipercayai dirakam sewaktu beliau sedang memberi taklimat mengenai cara untuk menjatuhkan Abdul Hadi kepada pihak tertentu.

Rakaman suara membabitkan perbualan beberapa individu itu bagaimanapun tidak menyebut nama Abdul Hadi secara langsung sebaliknya cuma menyebut tentang seseorang yang dipanggil sebagai ‘Presiden’.

Rakaman itu antara lain merujuk kepada usaha untuk membuang persepsi bahawa ‘Presiden’ yang dipercayai ditujukan kepada Abdul Hadi adalah seorang ulama hebat dan maksum.

Tetapi video ini..  
Mat Sabu Nafi Cuba Jatuhkan Abdul Hadi

(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails