Thursday, April 16, 2015

Artis-artis Ini Sokong Najib Diserang. Dijatuhkan? (18)




LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

KL: ARTIS-ARTIS ini menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir yang menyerang Perdana Menteri, Ketua No 1 UMNO dan menggesa supaya letak jawatan. Sudah tentu mereka juga mahu, PM ini letak jawatan...


Che Det, kamu tidak akan berseorangan - Che Ta

CHE TA: Che Det, kamu tidak akan berseorangan   


Pertama

Aktres jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selain menyatakan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah berseorangan. Dalam catatan di laman Instagram miliknya, Che Ta mengakui ramai lagi pengikut dan rakyat negara ini berada di belakang Dr Mahathir selain memberi sokongan kepada perjuangannya.


"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang.

"Tapi kami ni orang marhain, siapa hendak dengar suara kami," katanya.


Laman Instagram milik Che Ta yang menyatakan sokongan terbuka kepada Che Det - Gambar Instagram Che Ta

Pada Isnin, Dr Mahathir mengeluh di dalam blognya chedet.cc bahawa dia keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kata Dr Mahathir, soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Dua: 

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang negarawan yang telah mengharungi pelbagai cabaran sehingga terkenal di mata dunia. 

Antara catatan terbaharu di laman Instagramnya juga menyatakan secara terbuka rasa kagumnya kepada Dr Mahathir selain menyatakan bekas Perdana Menteri tidak pernah keseorangan.

"Love u Tun dan sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," katanya dalam laman Instagram berkenaan. (IH)

Video: Siti Nurhaliza, Che Ta sokong Dr M yang ‘keseorangan’

Wednesday, April 15, 2015

Sampai Berbogel, Ini Bukti Kahwin Bukan Kerana Hartabenda..

LAMBANG cinta, ini bukti kahwin bukan kerana hartabenda semata-mata, sampai berbogel.. 

Sehingga 10 pasangan (gambar) menyertai majlis perkahwinan dengan hanya memakai pakaian dalam dan 'menutupi' badan dengan pelbagai lukisan berwarna-warni. Majlis yang diadakan di taman rekreasi Hangzhou Paradise di China pada Ahad yang dirakamkan itu, kini menjadi viral di laman media sosial.

Kebiasaannya, mengikut tradisi rakyat China, 'perkahwinan bogel' adalah perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin disatukan atas dasar cinta, namun tidak mempunyai rumah mahupun kereta yang didaftarkan atas nama mereka. Ia sebagai lambang cinta terhadap pasangan masing-masing, bukannya kerana harta benda.


Dalam Islam pun tidaklah matlamat utama dalam perkahwinan itu hartabenda (matlamat utamanya adalah agama), tetapi tidak menolak pula hartabenda atau menolak pakaian sampai berbogel. Kerana maruah juga amat penting. (IH)

Artis Hafiz Suip, Mewarna Rambut.. Biasa. Bagaimana Dalam Islam?


TAMPIL dengan imej rambut berwarna, Hafiz mengakui, dia menerima pelbagai tohmahan daripada ramai pihak yang kurang senang dengan penampilan terbaharunya itu.

HALAMAN HIBURAN
TAMPIL dengan imej terbaharu mewarnakan rambut kepada ash grey brown, penyanyi po­pular Hafiz Suip menga­kui dirinya me­nerima banyak tohmahan dan kritikan negatif daripada ramai pihak yang kurang senang dengan penampilan terbaharu itu.

Menurut Hafiz, 25, penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu,  dia hanya merancang untuk me­nukar penggayaan rambutnya kepada cara lain ke­rana sudah berasa bosan dengan imej sedia ada serta mahu mencuba sesuatu yang baharu. 
Namun, menurutnya, kesi­lapan kali pertama yang menyebabkan rambutnya bertukar menjadi merah memaksa dia untuk menukar warna lain.

Lapor Kosmo! sebentar tadi. Tambah sedikit sedutan temubual.

Kosmo!Apa pula komen anda mengenai kritikan daripada sesetengah pi­hak mengenai imej terbaharu ini?

HafizMemang ramai pihak yang memberi kritikan negatif apabila saya tampil dengan rambut seperti ini. Bagi saya, perkara seperti mewarnakan rambut adalah perbuatan biasa bagi sesiapa sahaja. 

Saya tidak kisah kalau ada orang mempertikaikan hukum-hakam mengenai pemakaian atau warna tertentu pada rambut ke­rana saya berpegang kepada nawaitu ketika melakukan perkara ini.

Orang lain boleh bercakap sesuka hati apa yang mereka mahu tetapi niat saya, biarlah diri sendiri yang tahu. Kalau saya melenting dengan segala kritikan tersebut, perkara ini akan menjadi lebih teruk. 

Jadi, saya ambil langkah berdiam diri dan biarkan sahaja kerana tahu apa yang dibuat. Saya tidak buat perkara jahat.

Sekilas Penjelasan. 
Diangkat dari E-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

I. Hukum Mewarna Rambut

Tarikh Keputusan: 
 12 Jan, 2002

Keputusan: 
1. Sunat : Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.

2. Harus :
  1. Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
  2. Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami. 
3. Makruh :

  1. Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
  2. Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram :
  1. Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 a dan b.
  2. Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 12 Jan, 2002
Nombor Rujukan: 
 [JMKNNS.209(01) 914/1; PU/ NS(JB) 5/2001]
Akta/Enakmen: 
 N,S,P,U. 4

II. Hukum Wanita Mewarnakan Rambut
ISU: Bolehkah wanita mewarnakan rambutnya dengan warna seperti merah atau oren. Adakah sah mandi wajib wanita yang mewarnakan rambutnya?

PENJELASAN:

Mewarnakan rambut kebiasaannya dilakukan sama ada untuk menutupi uban di kepala ataupun semata-mata untuk kecantikan.
Bagi kedua-dua tujuan tersebut, hukum asal mewarnakan rambut sama ada dengan inai atau lain-lain bahan adalah harus selagi mana perkara-perkara berikut dijaga:
  1. Tidak menyerupai wanita-wanita bukan Islam. Sekiranya suatu warna, fesyen warna, gaya warna, ataupun bahan pewarna itu kebiasaannya hanya digunakan oleh golongan bukan Islam, di mana jika seseorang Muslimah memakainya dia akan kelihatan seperti wanita bukan Islam, maka tidak harus mewarnakan rambut dengan warna, gaya, fesyen atau bahan demikian. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ  مِنْهُم Maksudnya, “Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 4/44, no: 4031).
  2. Wanita bersuami hendaklah mendapat keizinan suaminya untuk mewarnakan rambut. Jika suaminya tidak mengizinkan, maka isteri tidak harus melakukannya.
  3. Wanita yang sedang dalam tempoh edah kematian suami tidak diharuskan mewarnakan rambutnya, kerana mewarnakan rambut termasuk dalam perbuatan menyerlahkan kecantikan, dan ia dilarang terhadap wanita yang dalam edah kematian suami.
  4. Warna rambut hendaklah selain daripada warna hitam, kerana menutupi uban dengan warna hitam adalah dilarang oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut dan janggutnya, “Ubahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam”. (Diriwayatkan oleh Muslim, 3/1663, no: 2102). Dalam mazhab Syafie, mewarnakan rambut dengan hitam tidak dibenarkan untuk wanita kecuali dengan izin suami.
  5. Bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut hendaklah daripada bahan-bahan yang suci. Maka tidak harus menggunakan bahan najis atau bercampur dengan bahan najis.
  6. Bahan yang digunakan sebagai pewarna hendaklah daripada jenis bahan yang hanya meninggalkan warna dan bukannya bahan yang melekat dan melapisi rambut yang boleh menghalang air daripada mengenai anggota mandi wajib.
  7. Mewarnakan rambut dilakukan bukan untuk tujuan mendedahkan kecantikannya kepada khalayak yang bukan mahram. Jika tujuan mewarnakan rambut adalah untuk diperlihatkan kepada mereka, maka haram hukumnya. Justeru, wanita yang tidak bertudung di khalayak adalah haram mewarnakan rambut kerana ia adalah maksiat berganda; pertama kerana mendedahkan aurat, dan kedua kerana melakukan tabarruj (berhias-hiasan) di hadapan khalayak ajnabi.
Berkenaan dengan mandi wajib bagi wanita yang mewarnakan rambut, para ulama bersepakat bahawa kewujudan bahan yang melekat dan melapisi anggota mandi akan menghalang sahnya mandi wajib. Justeru, perkara ke-6 di atas hendaklah dijaga bagi mengelakkan masalah ketika mandi wajib. 

Wallahu A’klam. (E-Fatwa)

Sekian. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis (Klik gambar di bawah)
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

6,000 Militan Warga Eropah Di Syria, Bagaimana Mengatasi?






PARIS – Bilangan warga Eropah yang berjuang bersama kumpulan-kumpulan militan di Syria dipercayai melebihi 6,000 orang, kata seorang pegawai kanan Ke­satuan Eropah (EU) dalam wawancara bersama sebuah akhbar Perancis semalam.
“Di peringkat Eropah, kami menganggarkan bahawa antara 5,000 hingga 6,000 individu telah pergi ke Syria,” kata Komisioner Kehakiman EU, Vera Jouriva (gambar) dalam temu bual bersama akhbar Le Figaro.
Menurutnya, angka sebenar mereka dipercayai jauh lebih tinggi berikutan kesukaran untuk mengesan pejuang asing yang terlibat dalam konflik di Syria.
“Semasa serangan di Paris dan Copenhagen, kami memutuskan untuk tidak membiarkan diri kami dikuasai oleh ketakutan,” katanya yang merujuk kepada serangan berkembar kumpulan militan Islam ke atas ibu kota Pe­rancis dan kejadian tembakan di sebuah pusat kebudayaan di Denmark.
“Memberi tumpuan kepada mereka yang mahu pergi ke Syria untuk berjihad atau kumpulan yang kembali daripada konflik tersebut bermakna campur tangan kita sudah terlewat,” tambah Jouriva.
Menurutnya, kajian di Britain mengenal pasti beberapa ciri termasuk keinginan untuk merasai cabaran, kebosanan, ketidakpuasan dengan kehidupan sedia ada atau kurangnya harapan di dalam diri mereka yang memilih untuk meninggalkan keluarga dan pergi ke Syria.
Jelas Jouriva, EU mahu menggunakan kaedah pencegahan sebagai cara untuk mengekang warga EU daripada terus berjuang di Syria dengan meneliti pelbagai faktor selain agama.
Kumpulan militan Islamic State (IS) menubuhkan pemerintahan khalifah Islam selepas menguasai wilayah yang besar di Syria dan Iraq. Tindakan itu menarik minat beribu-ribu pejuang asing untuk menyertai IS dengan ramai antara mereka datang dari Barat.
Lebih 215,000 orang telah terbunuh dalam perang empat tahun di Syria yang semakin didominasi kumpulan-kumpulan militan. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana mengatasinya? Kajian di Britain mengenal pasti beberapa ciri yang memberi tumpuan kepada mereka yang mahu pergi ke Syria untuk berjihad iaitu termasuk keinginan..
  • untuk merasai cabaran, 
  • kebosanan, 
  • ketidakpuasan dengan kehidupan sedia ada 
  • atau kurangnya harapan di dalam diri mereka 
Kajian itu lupa ada 2 perkara lagi..
  • Keyakinan yang teguh kepada aqidah mereka sehingga timbulnya semangat 'mati syahid' bukan bunuh diri.
  • Penghinaan yang berterusan kepada Nabi mereka Muhammad SAW, terutamanya di Eropah dan AS.
Hal ini perlu diperhatikan dan diselesaikan. Wallahu 'aklam.

Bongkar, Pemimpin UMNO Kaki Putar? Pemuda UMNO Pun Serang Najib? (17)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?    
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10: Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM...
 
Siri 11: Najib Perlu Jawab Dr M -BNBBC' Pun Tekan PM Letak...
Siri 12: 
Tun Daim Pula Tambah Percepat PM Turun, PM Sudah T...

    Siri 13Serangan Terbaru Dr M Jatuhkan Najib? Mengapa.. 
    Siri 14: Mukhriz Juga Lawan Najib? Gegarkah PM Kali Ini? 
    Siri 15BN Tumbang, Anwar Bebas, Dr M Ditangkap, Disusuli ...
    Siri 16: Ada Ugutan Terhadap Yang Tidak Sokong Najib -Tu...

    Siri 17:


    KL: Pergerakan Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan untuk menyiasat Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penasihat pelaburan Hong Kong Jynwel Capital, Low Taek Jho Low atau Jho Low yang dipetik mengatakan pemimpin UMNO sebagai kaki putar.

    Exconya, Ibdilillah Ishak berkata, Jho Low kini disifatkan cuba menyembunyikan sesuatu dan memfitnah pemimpin UMNO untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

    "Jho Low harus disiasat, dan jika dia terbukti bersalah, perlu juga diambil tindakan!
    "Janganlah baling batu sembunyi tangan, Jho Low. Tidak perlu untuk fitnah pemimpin UMNO apabila sedang berdepan masalah yang besar. Dia seolah-olah mahu melepaskan tengkuknya sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Muka depan Edge Financial Daily pada Selasa menyiarkan kenyataan Jho Low yang mengatakan 'Those UMNO Guys Are Spin Masters'.

    Tegas Ibdillah, persoalan yang timbul kini ialah siapakah Jho Low untuk seolah-olah mempersalahkan UMNO dan seolah-olah melabel pemimpin-pemimpin UMNO sebagai pakar putar-belit.

    "Siapakah individu ini untuk berkata sedemikian? Apakah Jho Low benar-benar terlibat dan berasa bersalah dalam kontroversi besar ini?
    "Kita tidak boleh tunggu lama lagi, kerana ini isu rakyat. Isu ini penentu survival parti ini sendiri. Saya meminta pihak yang terbabit mengadakan siasatan yang rapi dan menyeluruh dengan cepat.
    "Jika terdapat individu yang pecah amanah, menyeleweng wang rakyat dan sebagainya, mereka harus diambil tindakan," jelasnya.

    Katanya lagi, pengauditan itu juga perlu dibuat dengan telus tanpa melindungi kepentingan sesiapa.

    "Saya juga mengalu-alukan iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempercepatkan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), individu berkaitan termasuk Jho Low yang sedang mengalami kontroversi.
    "Pihak tertentu juga harus mempercepatkan permintaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk siasatan rapi secara menyeluruh," jelasnya.

    Sebelum ini Najib dilaporkan berkata Jho Low tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB. Sebaliknya, Najib berkata semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.

    Demikian lapor astroawani. com

    Apakah menggesa percepatkan siasatan, bongkar dan ambil tindakan segera kepada 'penyerang UMNO dengan tiba-tiba', Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penasihat pelaburan Hong Kong Jynwel Capital, Low Taek Jho Low atau Jho Low yang dipetik mengatakan pemimpin UMNO sebagai kaki putar, boleh ditafsirkan sebagai 'menyerang' PM Najib?

    Samakah dengan serangan Dr Mahathir mengkritik 1MDB menggesa Najib letak jawatan?

    Adakah serangan-serangan begini mampu percepatkan PM Najib letak jawatan?

    Moga-moga... (IH)

    Tuesday, April 14, 2015

    Pelawak Kasanova Gila Seks, Ini?

    Tauke



    HALAMAN HIBURAN
    KL: INI bukan dia! Bukan pelawak 'Kasanova Gila Seks'  seperti berita disiarkan  dalam blog ini.. Siapa Pelawak Kasanova Gila Seks, Ini Nasihat Untu...

    Pelawak Tauke (Jambu) bertekad untuk menyaman tiga penulis blog yang masih menyebarkan fitnah dengan menuduh dia adalah individu yang dikaitkan sebagai pelawak kasanova atau kaki perempuan.

    Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, tuduhan tersebut amat keterlaluan sehingga menjejaskan pekerjaannya sebagai penyampai radio di ERA FM.

    "Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog (bukan blog Ibnu Hasyim) yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan itu.

    "Setakat ini polis sedang buat siasatan dan petang nanti (Selasa) saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka," ujarnya kepada mstar Online, Selasa.
    Tauke sempat merakamkan gambar ketika membuat laporan di Balai Polis Gombak pada Isnin.
    Tauke membuat laporan polis di Balai Polis Gombak, dekat sini, kira-kira pukul 10 malam Isnin terhadap tiga penulis blog yang menfitnah dirinya sebagai individu terkait dengan gosip 'pelawak kasanova'.

    Terdahulu, Tauke sudah memberi penjelasan kepada media bahawa dia bukan pelawak yang dikatakan mempermainkan beberapa gadis dengan menghantar mesej-mesej berbaur lucah. (IH)

    Gadis Ini Dieksploitasi Barat Menfitnah Islam.

    Muslimah Peraih Nobel Itu Jadi Nama Asteroid
    GADIS ini dijadikan sebagai alat eksploitasi barat memfitnah Islam, Pakistan dan Taliban. Dia adalah Malala Yousafzai gadis muda berasal  dari Pakistan. 

    Dia mula terperangkap dalam eksploitasi tersebut, apabila namanya dipilih dijadikan nama sebuah asteroid yang kononnya dijumpai lima tahun lalu oleh NASA, dikenali sebagai Asteroid 316201. (Rujuk laman OnIslam.net, Selasa 13 April 2015).
    Kini, dia dianugerah penerima Hadiah Nobel termuda, mendapat penghormatan NASA.  Malala, Sekarang 17 tahun, mulai terkenal, dikatakan setelah mengarang Buku Harian anti Taliban semasa berusia 11 tahun pada 2009. Buku itu dipercayai ditulis bergantung kepada keputusan ayahnya, Ziauddin, yang kemudiannya dilantik menjadi Ketua Biro Servis Urdu BBC.

    Otobiografi Malala berjudul 'Saya Malala' itu terkenal di seluruh dunia, tetapi  menimbulkan kontroversi di tanah airnya sendiri. Malala Yousafzai dan aktivis Hak Anak India, Kailash Satyarthi dinobatkan sebagai 'Penerima Hadiah Nobel Perdamaian 2014' December lalu. 
    Pada Ogos 2013, Malala dimenangkan Hadiah Perdamaian Anak Antarabangsa kerana dedikasinya dalam mempromosikan pendidikan perempuan gaya barat melawan pendidikan Islam dan tradisional budaya negaranya. Kini dia di'sekolah'kan (brain wash) lagi di Birmingham, England. (IH)

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails