Tuesday, April 21, 2015

Nazir Razak Tembak Muhyiddin, Pelurunya Melantun Kena Dr M? (27)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?



Datuk Seri Nazir Razak is currently the Group Managing Director and Chief Executive Officer (CEO
Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam memuat naik gambar penyanyi Michael Jackson dengan tajuk lagunya 'You Are Not Alone' di akaun Instagram beliau.

Eksekutif bank tersebut memasukkan kata-kata, "Sekarang muncul di politik Malaysia," dalam satu ungkapan yang jelas ditujukan kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam.

Muhyiddin berkata semalam, Dr Mahathir tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, walaupun ketika bekas perdana menteri itu terus dikecam Umno kerana mengkritik Najib dan pentadbirannya.

"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.
"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk  “Mendampingi golongan muda untuk menjenayahkan perang dan mentenagakan keamanan” itu.

Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Dalam blognya, Dr Mahathir menulis sebelum ini, "Saya tahu saya seorang diri. Tetapi saya rasa bertanggungjawab kepada rakyat, adakah ia salah? Apabila wang rakyat hilang dan disembunyikan daripada mereka, adakah salah saya bertanya?"

Tulisannya itu mendorong dua selebriti popular tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap bekas perdana menteri itu.

Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Dr Mahathir boleh sentiasa bergantung kepada majoriti senyap untuk sokongan.

Dr Mahathir mengecam Najib dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menggesa perdana menteri berundur sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan juga kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Najib dalam satu wawancara khas di TV3 dua minggu lalu mengatakan akan menangani isu-isu yang dibangkitkan Dr Mahathir, tetapi bekas perdana menteri itu berkata terdapat banyak soalan masih tidak dijawab, termasuk di mana dana 1MDB di Kepulauan Cayman, yang dilaporkan disimpan di Singapura.

Lapor The Malaysian Insider hari ini.

Adakah Nazir Razak, team PM Najib mula menembak Muhyiddin Timbalan Najib, pelurunya melantun terkena Tun Mahathir? Ertinya gendang perang sudah berbunyi? Apa adegan seterusnya? (IH)

Separuh Ahli Kabinet Najib Perlu Undur. (26)



LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Lim_Kit_Siang
"SUDAH tiba masanya menteri yang telah berusia berundur dari baris hadapan kepimpinan kerajaan, dan diganti oleh generasi pasca merdeka dalam setiap ruang lingkup kehidupan rakyat.
"Kabinet sedia ada kini jelas gagal menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan pelbagai permasalahan, antaranya..

  • kegagalan menangani masalah banjir, 
  • menjadikan usaha mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan sebagai isu kaum, 
  • cadangan memboikot perniagaan masyarakat Cina, 
  • mempertahankan raja judi, 
  • melanggar hak kebebasan bersuara 
  • dan lain lagi."

Kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pada 11/2/2015 dalam Rokettkini.com.


Menurutnya, usia purata anggota Kabinet Kerajaan sekarang ini ialah 58.5 tahun di mana separuh daripadanya iaitu Idris Jusoh, Douglas Uggah Embas, Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak berusia lebih 60 tahun.

“Sekitar 90 peratus daripada 30 juta rakyat Malaysia lahir selepas Merdeka pada 31 0gos 1957. 
“Populasi rakyat dari segi usia terdiri daripada 0 hingga 14 tahun (28.8 peratus), 15-24 tahun (16.9 peratus), 25-54 tahun (41.2 peratus), 55-64 tahun (7.6 peratus) dan 65 tahun ke atas 5.5 peratus.
“Bukankah sudah tiba masanya populasi yang lebih muda mengambil alih kepimpinan di semua peringkat kehidupan di Malaysia, termasuk Kabinet?” soalnya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, sekiranya negara mempunyai Kabinet dengan beberapa pengecualian terdiri daripada Menteri yang lahir selepas Merdeka, separuh anggota Kabinet yang disifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak bermutu boleh dilupuskan.

“Dengan Kabinet lebih muda, kuranglah kemungkinan bencana seperti yang dilakukan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam suratnya kepada FBI bagi menjamin integriti seorang raja judi, serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Yaakob supaya pengguna Melayu memboikot peniaga Cina,” ujarnya.

Kit Siang turut memberi contoh Kabinet Merdeka di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 yang mempunyai purata usia jauh lebih muda daripada pentadbiran Najib iaitu 43.3 tahun.
“Tunku menjadi Perdana Menteri pada usia 54 tahun, HS Lee (Menteri Kewangan) paling tua 57 tahun, manakala Menteri Pelajaran Khir Johari berusia 34 tahun dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak 35 tahun,” katanya. 

Menurut logik Ketua Parlimen DAP itu, separuh dari ahli parlimen kabinet Najib sekarang perlu undur, termasuk PMnya sekali. Maka wajarlah Tun Mahatihir menyerang Najid suruh berundur.. Mahukah kebanyakan ahli-ahli UMNO berfikir begitu?
(IH)

'Malaikat' Versi Bangla, Lagu Viral Popular, Boleh Jadi Hiburan M/Sosial Trend Baru?


HALAMAN HIBURAN
LIHAT berita ini Siakapkeli.com.my ...

Pasti ramai tidak menyangka yang lagu viral popular parodi Hazama berjudul Malaikat versi bangla sebenarnya bukan dinyanyikan oleh seorang warga Bangladesh tetapi dinyanyikan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu.

Nampaknya sudah ramai terkena termasuklah SK sendiri apabila perkara ini telah didedahkan oleh sebuah rancangan hiburan terbitan Astro. Video sebelum yang menjadi viral hanya menunjukkan muka warga Bangladesh tanpa memaparkan wajah sebenar penyanyi tersebut.

Tahukah anda sebenarnya penyanyi lagu tersebut adalah saudara Mohammad Hillas Ali yang merupakan peserta Pelamin Fantasia iaitu satu program realiti terbaru terbitan Astro.

Hilas yang merupakan seorang polis bantuan yang telah berjaya membuatkan ramai orang keliru kerana sebutan dan suara yang dinyanyikannya mirip lelaki Bangladesh.


Kerana video tersebut mendapat sambutan hangat, Hilas sempat berjumpa sendiri dengan Hazama untuk memohon maaf  kerana telah parodikan lagu nyayiannya. Hilas juga sempat berseloroh dengan mengajak Hazama berkolaborasi dengannya pada masa akan datang.

Menurut Hilas, idea menyanyikan lagu tersebut datang secara spontan dan tujuan dia merakam video tersebut adalah untuk tatapan ibunya. Sehingga hari ini, Hilas sendiri tidak tahu bagaimana audionya boleh menjadi viral.

Pemuda berusia 25 tahun ini bersama pasangannya Asmidar Ahmad seorang guru, menyertai Pelamin Fantasia kerana mahu merealisasikan impian perkahwinan Taman & Tradisional mereka. (Siakapkeli.com.my/Sumber:Astro Gempak)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah perkara ini digembeling ke arah menjadikan suatu gaya baru hiburan dalam media sosial yang mempunyai matlamat terancang untuk pembangunan insan dan negara? Cuba-cubalah fikirkan. 

Lihat videonya..
Video yang menjadi viral dilaman sosial
Hilas menyanyikan kembali lagu tersebut
(IH)

Peminmpin Nasionalis Bernaung Di Bawah IS. Golongan Sosialis/Komunis Bila Lagi?

Hukuman kepada penentang kerajaan kumpulan IS, di sebuah pantai di Wilayat Barqa, Libya.

BERLIN – Seorang pegawai perisikan yang pernah berkhidmat untuk bekas diktator Iraq, Saddam Hussein menjadi ‘ketua strategi’ Islamic State (IS) dan menyusun pelan untuk kumpulan militan berkenaan menawan utara Syria, lapor majalah mingguan Jerman, Der Spiegel kelmarin.
Menurut majalah tersebut, kolonel bersara Samir Abd. Muhammad al-Khlifawi yang lebih dikenali sebagai Haji Bakr dan dibunuh pemberontak Syria pada Januari 2014 secara rahsia merangka strategi IS selama bertahun-tahun.
Menurut Der Spiegel, pihaknya diberikan akses ekslusifuntuk meneliti 31 dokumen milik Haji Bakr, termasuk beberapa carta dan senarai selepas berunding dengan sebuah kumpulan pemberontak di bandar Aleppo, utara Syria.
Kumpulan pemberontak tersebut menemui semua dokumen itu selepas mengusir IS dari kawasan itu. Dokumen itu lapor majalah berkenaan, antara lain mengandungi pelan terperinci untuk mewujudkan pemerintahan khalifah di utara Syria selain arahan aktiviti pengintipan, pembunuhan dan penculikan.
Der Spiegel menyatakan bahawa Haji Bakr ‘berdendam dan menganggur’ selepas Amerika Syarikat (AS) membubarkan tentera Iraq pada 2003. Dia pernah ditahan oleh tentera AS di Kem Bucca dan penjara Abu Gharib antara 2006 hingga 2008.
Beberapa tahun selepas itu, pengaruhnya mula berkembang dalam kalangan anggota militan Islam termasuk IS, lapor Der Spiegel. Pada 2010, Haji Bakr dan beberapa bekas pegawai perisikan Iraq lain melantik ulama Abu Bakr al-Baghdadi sebagai ketua IS. Tindakan itu bertujuan untuk menyuntik elemen keagamaan dalam kumpulan militan tersebut.
Majalah itu turut memetik wartawan Iraq sebagai menyatakan bahawa Haji Bakr merupakan seorang nasionalis bukannya pejuang Islam. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apakah hebat sangat IS ini, sehingga pemimpin nasionalis pun boleh bernaung di bawahnya? Jadi tidak hairan bila pemimpin-pemimpin sosialis dan komunis pun akan turut bersama bernaung di bawah IS. 
Ini bererti konsep perjuangan IS mampu memerintah dunia dengan kepelbagaian penganutnya. 
Kerana nasionals, sosialis, komunis sama saja. Sama-sama tidak meletakkan 'agama dan hari akhirat' sebagai asas tertinggi mengatasi politik, ekonomi dan sosial di dalam negara pemerinttahannya. (IH)

Dr M, Memang Pakar Tumbangkan PM. Lihat Ini.. (25)

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

DISEBUT-SEBUT Tun Mahathir memang pakar dalam bidang menjatuhkan Perdana Menteri. Apakah ini juga senjata dalam mempercepatkan jatuhnya Perdana Menteri Najib?

Lihat video ini..

Dr Mahathir, pakar tumbangkan PM, pemimpin politik

(IH)

Monday, April 20, 2015

Artis Jadi Pelacur, Apa Bahagian Agama Boleh Buat?

Jpeg
HALAMAN HIBURAN
SEKURANG-KURANGNYA 5 artis lelaki dipantau Bahagian Perjudian, Kongsi gelap dan Maksiat (D&) kerana dipercayai menjadi ‘anak ikan’ atau lelaki peneman kepada VVIP.

'Anak ikan' atau 'lelaki peneman' itu pelacurlah .. atau pengamal najis zina.

Ia didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik melalui laporan akhbar Harian Metro semalam. Mereka menjadi peneman kepada golongan VVIP selain ditaja “sugar mummy”.

Ia membabitkan golongan artis baru atau “suam-suam kuku” dengan mampu hidup mewah tanpa tawaran berterusan dalam bidang lakonan dan nyanyian. Ada yang sanggup ke ranjang dengan bayaran RM5000 serta beberapa kemewahan lain, lapor HM lagi.

Laporan HM dalam laporan 24 Januari lalu juga menyebut pihak polis sedang memantau sekurang kurangnya 10 orang artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl dengan menerima bayaran lumayan.

Siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik itu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan aksi di ranjang. 

Soalnya, apa bahagian agama atau perundangan Syariah boleh buat atau tangani mengenai amalan najis zina ini? Setakat ini, dalam kes ini tiada dengar pun apa-apa tindakan diambil. 

Begitulah nasib perundangan Syariat di negara yang 'perundangan Islam'nya tidak merdeka. Undang-undang yang mampu menghukum perkara-perkara kecil sahaja. Perundaangan Islam tidak berdaulat dalam negara umatnya sendiri. (IH)

Taman Medan: Cetus Perkauman Agama, Pihak Berwajib Digesa Siasat Segera..

gereja taman medan

Petaling Jaya: Pihak berwajib atau yang bertanggung jawab digesa supaya bertindak segera terhadap pihak yang boleh dianggap cuba cetuskan api perkauman agama, berlaku di sini hari ini. Demikian dinyatakan oleh Weblog Ibnu Hasyim.

Hal ini disebutkan apabila sebuah gereja di Taman Medan yang baru dibina hari ini dikejutkan oleh penduduk setempat yang mengadakan bantahan di premis itu mendesak supaya salib diturunkan.

Kira-kira 50 penduduk berada di bangunan kedai di mana gereja itu ditempatkan, menuntut supaya salib yang diletak pada dinding premis itu diturunkan, demikian menurut video yang dimuatnaik oleh The Star Online.

Mereka juga membawa beberapa plakad antara lain bertulis “wakil rakyat Taman Medan tidur” serta mendesak supaya tidak mencetus kemarahan dan mencabar orang Islam di Taman Medan itu – yang majoritinya didiami orang Melayu-Islam.

Ketua kampung yang mengetuai bantahan itu Datuk Abdullah Abu Bakar mengulangi amaran bahawa gereja tersebut beroperasi di kawasan yang majoritinya orang Melayu-Islam.

“Jika mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan (operasi gereja), bagaimana kami boleh menghalangnya, tapi yang menjadi perhatian kami ialah kawasan ini adalah kawasan Melayu dan ia tidak sepatutnya berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata.
Turunkan salib
Abdullah juga kelihatan memaklumkan kepada pemberita kemudiannya bahawa pihak gereja bersetuju untuk menurunkan salib itu “hari ini atau esok” dan telah mengadakan pertemuan dengan paderi.

Menurut laman berita itu lagi, pihak polis tiba di kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian yang mengawal perserta sementara sekumpulan 15 jemaah gereja minta privasi. Exco yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Lihat Video.


(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails