Thursday, May 07, 2015

Salman Khan Di Penjara 5 Tahun, Kerana Bermula Dengan Mabuk?

AP - GAMBAR fail 17 Januari 2013 menunjukkan Salman Khan menghadiri satu acara di Mumbai.


HALAMAN HIBURAN
MUMBAI – Bintang Bollywood, Salman Khan dihukum penjara lima tahun selepas dia didapati bersalah melanggar lima lelaki yang tidur di tepi jalan di Mumbai pada 2002 dengan seorang mangsa meninggal dunia.
Kes tersebut telah berlarutan selama lebih 12 tahun.

Sebuah mahkamah di Mumbai semalam mendapati Salman bersalah kerana membunuh tanpa niat, manakala semua tuduhan terhadapnya telah terbukti, lapor agensi berita Press Trust of India. Pelakon berusia 49 tahun itu kemudian memfailkan ikat jamin dan dia juga dijangka me­rayu keputusan tersebut. Salman dibenarkan bebas sehingga Jumaat ini sementara menunggu keputusan ikat jaminnya.

Dalam pada itu, ramai selebriti Bollywood dan peminat Salman menggunakan media sosial termasuk Twitter untuk menyatakan sokongan kepadanya. Seorang daripada mereka turut menyalahkan golongan gelandangan kerana tidur di tempat yang tidak sepatutnya.
“Jalan raya dibina untuk kereta dan bukan untuk orang tidur di atasnya,” kata peminat ber­kenaan, Abhijeet Bhattacharya dalam mesej Twitternya.

Terdahulu, pihak pendakwa raya berkata, Salman mabuk semasa memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya tetapi di­nafikan aktor berkenaan. Pada April lalu, pemandunya, Ashok Singh memberitahu mahkamah bahawa dia memandu SUV tersebut apabila kemalangan berlaku. Singh berkata, dia gagal mengawal SUV berkenaan selepas satu tayarnya meletup.
 

Namun, Hakim D.W. Deshpande menolak hujah tersebut dan menuduh Salman memandu sambil mabuk dan melakukan perbuatan langgar lari. Salman yang merupakan antara aktor paling popular di India pernah membintangi lebih 90 filem Hindi sepanjang 27 tahun dia berkecimpung dalam bidang lakonan. Walaupun mempunyai kes mahkamah, Salman dilaporkan masih mengikat perjanjian bernilai AS$40 juta (RM142 juta) untuk berlakon dalam beberapa buah filem. – AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Besar kemungkinan Salman mabuk ketika memandu. Mabuk punya hal menyebabkan dia jadi pembunuh dan dihukum penjara 5 tahun.

Maka benarlah sabda Nabi orang Islam Muhammad SAW, bahawa arak punca kejahatan. Dengan meminum arak kencing syaitan, segala sifat-sifat syaitan boleh dituruti. Arak haram jadah! (IH)

Tawar USD20 J Tangkap Pemimpin ISIS. Mereka Sudah Masuk AS!

Amerika hargai empat pentolan ISIS senilai Rp 260,2 miliar Empat ahli utama ISIS, dari kiri Qaduli, Adnani, Batirashvili, Harzi. © BBC

SETELAH kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mendakwa bertanggung jawab atas penembakan yang terjadi di Texas Selasa kelmarin (5/5), Amerika Syarikat (AS) mula geram dan mengumumkan sayembara tangkapan bernilai US$20 juta atau setara bagi sesiapa yang dapat memberitahu kehadiran empat pemimpin ISIS itu. 


Dilapor dari laman web BBC (6/5), keempat pemimpin ISIS tersebut adalah al-Qaduli, al-Adnani, Batirashvili, dan al-Harzi, seperti gambar di atas. Sayembara yang ditawarkan kerajaan AS ini bernilai berbeza pada tiap orang. Pemimpin kanan al-Qaduli, yang mempunyai latar belakang sekutu Al-Qaeda dihargai paling tinggi dengan nilai US$ 7 juta. 

Adnani dan Batirashvili dihargai bernilai US$ 5 juta dan US$ 3 juta (Rp 39 bilion). Tidak hanya itu, AS sanggup memberikan hadiah tunai sejumlah US$ 25 juta untuk pemimpin tertinggi Al-Qaeda Ayman al-Zawahiri. 

Dalam sebuah video Januari lalu yang dilaporkan oleh surat khabar the Daily Mail (28/1), ISIS mengancam akan memenggal kepala Presiden Barack Obama dan menjadikan AS sebagai wilayah muslim. 

"Ketahuilah, Obama, kami akan tiba di Amerika dan kami akan memenggal kepalamu di Gedung Putih lalu mengubah Amerika menjadi Provinsi Muslim," kata seorang ahli ISIS dalam bahasa Arab sambil memakai topeng hitam di depan seorang tawanan Kurdi yang sedang melutut dan tangannya diikat ke belakang .

Teror ISIS sudah sampai di Amerika Serikat Tembakan di tengah pameran karikatur nabi muhammad. ©REUTERS  

Kini ISIS Sudah Sampai Ke AS

Dalam pelbagai video propaganda yang mereka sebar lewat dunia maya, kumpulan ISIS kerap mengancam AS. Mereka berulang kali menyatakan akan menyerang negara superpower itu sebagai balasan atas serangan pasukan gabungan pimpinan AS terhadap kumpulan mereka di Syria dan Iraq. 

Apalagi dalam serangan udara pada Mac lalu, pemimpin ISIS Abu Bakar Al-Baghdadi diyakini luka parah sehingga kedudukannya diganti dengan tangan kanannya, Abu Alaa al-Afri. Ancaman ISIS itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan dua hari lalu. Polis Negara Bahagian Texas menembak mati dua lelaki bersenjata di luar sebuah bangunan pameran karikatur nabi di Garland. (IH)

PRK Rompin, Bukti Rakyat Tolak Najib -Husam Musa. (36)

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

PRK Rompin: Petanda arus penolakan Datuk Seri Najib. Oleh Datuk Husam Musa 
Keputusan PRK Parlimen Rompin memberikan isyarat yang jelas kepimpinan Datuk Seri Najib tidak lagi berkesan.  Pahang adalah negeri Najib.  Pengurangan majoriti calon BN sebanyak 6,244 undi adalah menunjukkan jumlah besar yang tidak lagi bersedia memberikan kepercayaan mereka kepada parti yang dipimpin Najib. 

Sungguhpun pada masa yang sama 6,244 pengundi itu tidak pula mengalihkan undi mereka kepada PAS atas sebab sebab yang mereka sendiri tahu, namun paling tidak mereka yang pernah mengundi BN genap 2 tahun lalu tidak lagi mengundi BN pada kali ini.  

Jika jumlah tersebut dapat diterjemahkan menjadi undi kepada pembangkang, Insya-Allah perubahan politik yang besar akan berlaku dalam negara.  Tidak dapat tidak isu GST, 1MDB dan gaya pengurusan negara ala Najib adalah munasabah sebagai faktor penolakan itu.  

Faktor-faktor ini akan menjadi lebih penting menjelang PRU yang akan datang.  Pada waktu yang sama, Rompin menyaksikan peningkatan undi yang ketara kepada PAS di beberapa peti undi sekalipun jumlah undi PAS berkurangan sebanyak 25 undi berbanding PRU lalu. 

Peningkatan itu dikaitkan dengan isu semasa seperti GST dan penyenaraian FELDA.  Pada masa yang sama, pengundi  bukan Melayu pula menghantarkan isyarat berbeza kepada PAS dengan berlaku pengurangan yang ketara. PAS perlu menggariskan pilihan strategi yang bijak dari indikator Rompin di semua sudut.  

Pada pandangan saya, pengundi yang diwakili 6,244 orang itu sudah sedia berubah. Sekalipun PAS mungkin bekerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk bagi PRU yang akan datang, arus penolakan terhadap kepimpinan Najib adalah cukup besar untuk membuat perubahan sebaliknya. 

Datuk Husam  Musa
Naib Presiden PAS
6 Mei, 2015. 

Rakyat tolak PM Najib, akan percepatkan beliau letak jawatan. Anda setujukah kata-kata ini? (IH)

Wednesday, May 06, 2015

Presiden Indonesia Terlibat Freemason?

Jokowi, kanan..

Presiden Indonesia terlibat dengan kegitan Freemason? Heboh diperkatakan. Hal ini berikutan Markobar
(Martabak Kotta Barat), adalah kafe milik putera sulung Presiden Joko Widodo (Jokowi), Gibran Rakabuming Raka, kini menjadi sorotan.  

Pasalnya, di kafe tersebut terpampang gambar mata satu dan simbol segitiga. Simbol mata satu dan segi tiga selama ini diidentikan dengan Freemason. Sejak sebelum Indonesia berdiri, Freemason sudah masuk ke Indonesia. Lantas apa sebenarnya Freemason atau Freemasonry itu?
Sejarah Freemason dan lambang mata satu di Indonesia

Dikutip dari pelbagai sumber, Freemason adalah sebuah organisasi rahsia alias bawah tanah yang mempunyai pengikut di seluruh dunia. Organisasi ini berdiri sejak ratusan tahun silam. Untuk menjadi ahli Freemason tidaklah mudah. Sebab, Freemason adalah organisasi tertutup dan ketat dalam menerima ahli.  

Tujuan utama Freemason adalah membina persaudaraan dan pengertian bersama akan kebebasan berfikir.Anda pasti tahu lagu 'Imagine' yang dinyanyikan John Lennon? Konon katanya, lagu tersebut bercerita soal matlamat dan cita-cita yang ingin dicapai oleh Freemason.

Secara umum tujuan-tujuan pokok Freemason beberapa di antaranya yakni; memadam semua agama, menghapuskan sistem keluarga, menjadikan manusia di seluruh dunia dalam sebuah kesatuan. Freemason juga dipercayai bertanggungjawab atas terjadinya tiga revolusi di dunia yakni Revolusi Perancis, Revolusi Amerika, dan Revolusi Perindustrian di England. 


Tak cuma itu, konon khabarnya Freemason juga ikut bertanggungjawab atas tercetusnya Perang Dunia I. Bahkan, kematian Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln dan John F Kennedy juga dipercayai ada peranan dari Freemason. (IH)

Di Pantai Ini, Pengunjung Bebas Londeh Tanpa Pakaian.

Di Pantai Ini Semua Pengunjungnya Bebas Tanpa Busana Nude Beach (Facebook Mpenjati Beach)

SETELAH dirasmikan dan dibuka untuk umum, pantai nudist atau biasa disebut pantai bogel di Afrika Selatan ini ramai dikunjungi pelancong. Bahkan, dibuka pula pekan indah yang membenarkan ratusan nudist atau orang bertelanjang dari pelbagai negara. 

Berada di kawasan terpencil pantai Mpenjati di KwaZulu-Natal ini diberi izin oleh majlis tempatan untuk secara rasmi diiktiraf sebagai negara pertama dengan predikat pantai bogel. Sebelum ini telah dibuka pada bulan November tahun lalu namun sempat tertunda kerana adanya pro kontra. 

 Gambar hiasan.. 
Seperti dilapor Daily Mail banyak yang keberatan dengan dibukanya pantai itu, termasuk penduduk setempat yang bimbang melihat hal itu. Mereka juga takut dibukanya pantai itu akan mencemarkan nama baik daerah mereka. Namun ada juga kumpulan masyarakat yang mendorong untuk itu. Mereka berharap adanya pengakuan dari orang-orang di seluruh dunia dan datang berkunjung ke pantai bogel. 

Ketua Afrika Selatan naturists Association (Sanna), Serge Pavlovic, bercakap tentang kegembiraan beliau pada pembukaan pantai itu selepas berbulan-bulan bekerja keras. 

"Secara undang-undang kami di sini, ada banyak emosi yang diluahkan dan orang tidak memahami bahawa naturists juga ingin menyatu dengan alam. Meski banyak orang telanjang, tapi tidak ada seks di pantai ini," katanya kepada Times Live. 

Pembukaan pantai telah dilakukan 5 April lalu di akhir pekan bertepatan dengan Paskah. Namun hal itu tidak berjalan terlalu lancar ketika masyarakat campurtangan menghubungi polis tempatan dan meminta pengunjung nudis di pantai ditangkap. Namun polis tidak boleh menangkap semudah itu dan akhirnya para nudis berjaya untuk menikmati beberapa waktu berjemur dan bermain ombak. 

Sekarang dengan adanya pengakuan tersebut, Sanna berharap bahawa nudis akan dapat menikmati pantai tanpa adanya kerumitan. 

"Ini merupakan perjalanan panjang menuju kebebasan, kami sangat senang dan bahagia. Kami adalah satu-satunya pantai naturist di dunia dengan mempunyai kod etika, jadi kami sangat bangga." 

Ini adalah pantai yang hebat meurut Pavlovic dan ia berharap dapat mempromosikan dan membawa banyak orang dari seluruh dunia untuk menikmati keindahan pantai ini. Meski dibenarkan bertelanjang, tapi ada banyak peraturan dan kod etika yang perlu dipatuhi semasa berada di pantai ini. 

Apabila negara berprinsip 'asal dapat duit (bangunkan ekonomi) tanpa memikirkan halal-haram lagi', maka beginilah jadinya. Tunggulah, Malaysia pun sudah berprinsip begitu.. (IH)

Hukum Berdakwah, Dipenjara 3 Tahun Di Nepal, Namun Umat Islam...

 Negara-negara Islam juga turut membantu mangsa korban gerak gempa di Nepal..

BERITA dari Nepal: Azan zohor terdengar di tengah cuaca terik kawasan Ratnapur, Kathmandu, Nepal. Termometer menunjukkan suhu 32 darjah. Bahkan bagi penduduk kawasan tropika, cuaca ini amat menyeksa akibat kombinasi debu dan panas yang kering.


Tapi jamaah tetap berdatangan ke Masjid Jami Nepal. Deretan saf yang tadinya kosong, tiba-tiba terisi hingga separuhnya. Warga sekitar dari etnik Urdu, pasukan sukarelawan mangsa gempa dari pelbagai negara, mahupun musafir lain segera menunaikan solat. 

Selepas empat rakaat, belasan anggota jamaah tabligh asal Pakistan mengumumkan diskusi keagamaan. Sementara jamaah lain meneruskan aktiviti masing-masing. 

"Ini keadaan masjid kami setiap hari, dengan atau tanpa adanya sukarelawan. Kalau salat Jumat, bangunan Masjid Jami pasti tidak boleh menampung umat sehingga ibadah sampai di luar," kata Pengurus Takmir Masjid Jami Nepal Mohammad Rizwan kepada merdeka.com kelmarin. 

Kini muslim dapat  beribadah secara selesa. Kerajaan Nepal membenarkan mereka mengumandangkan azan, rehat untuk solat Jumaat, serta merayakan Idul Fitri dan Idul Adha sebagai hari raya nasional. 

"Keselesaan beribadah ini belum lama terjadi," kata Rizwan. 

Umat ​​muslim di Nepal punya sejarah panjang yang kelam. Di negara majoriti Hindu dan Buddha itu, rombongan penduduk beragama Islam pertama-tama datang dari wilayah Kashmir, India pada 1482. Raja Ratna Malla menyambut baik kedatangan para saudagar di kerajaan lereng Pegunungan Himalaya tersebut. 

Di era Dinasti Malla, umat muslim diakui. Banyak yang menetap di Terai (kawasan sempadan) dan Sunsari. Keadaan berubah pada kepimpinan Perdana Menteri Jung Bahadur bersama Kerajaan Inggeris. Terbit undang-undang pada 1853 menyatakan umat muslim adalah warga negara dengan kasta terendah. 

Tekanan pada muslim reda pada 1960. Undang-undang diskriminasi itu dicabut, tapi kerajaan Nepal melarang perpindahan agama dari Hindu ke Islam. Bila aktif berdakwah, boleh dipenjara tiga tahun. Rizwan menjelaskan umat muslim mentaati peraturan tersebut. Imam besar Masjid Jami akan memudahkan bila ada umat agama lain ingin masuk Islam. Tapi kami tidak akan berdakwah, ujarnya. 

Dalam keadaan tersepit sekalipun, umat muslim di Nepal tetap tumbuh. Warga tempatan yang bekerja sebagai buruh asing ke Timur Tengah, biasanya tertarik masuk Islam. 

"Di Kathmandu saja kami terdiri atas lebih dari 1,000 ketua keluarga," ungkap Rizwan. 

Merujuk bancian terakhir pada 2012, ada 1.1 juta penganut ajaran Islam di Nepal, urutan ketiga setelah Hindu dan Buddha. Itu merangkumi kira-kira 10 peratus jumlah keseluruhan penduduk di negara lereng Pegunungan Himalaya tersebut. Kebanyakan adalah warga India keturunan etnik urdu. 

Kedudukan politik umat Islam bertambah baik setelah banyak dari mereka berjaya di bidang perdagangan. Tidak sedikit terlibat politik lalu masuk ke kerajaan Nepal. Selepas gempa 7.8 skala Richter bulan lalu, beruntung hanya segelintir umat muslim menjadi korban. Kini para saudagar, termasuk Rizwan, aktif mengumpulkan bantuan kepada sesama warga Nepal, berupa beras, makanan siap saji, dan air bersih. 

"Manusia pada dasarnya sama. Orang dari desa manapun yang perlu akan kami kirimi bantuan," tuturnya. (IH/M)

Lihat sebelum ini..

Inilah Hero Penyerang Acara Anti-Islam Yang Dikenal..

AP - ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dua lelaki ditembak mati selepas cuba menyerang satu acara anti-Islam di Garland, Texas kelmarin. 

GARLAND, Amerika Syarikat – Salah seorang lelaki yang ditembak mati ketika acara penganjuran pertan­dingan melukis karikatur Nabi Muhammad di Texas merupakan individu yang pernah dikenakan tempoh sekatan selama tiga tahun pada tahun 2011.

Dia menerima hukuman tersebut kerana menipu agen penyiasat persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas disyaki menyokong kumpulan jihad. Agensi berita Los Angeles Times melaporkan, kajian terhadap latar belakang kedua-dua suspek itu turut mendapati mereka merupakan rakan sebilik.

Mereka dipercayai cuba menyerang acara anti-Islam anjuran Pertubuhan Inisiatif Pertahanan Kebebasan Amerika (AFDI) dan turut dihadiri oleh ahli politik Belanda, Geert Wilders yang kerap menghina Islam. Mereka berkongsi apartmen yang sama di Phoenix, Arizona dan agensi berita CNN telah menyiarkan rakaman serbuan polis ke atas alamat rumah suspek.

Beberapa media di AS mengenal pasti kedua-dua penembak itu sebagai Elton Simpson, 31, dan Nadir Soofi, 34. Namun pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi. Rekod mahkamah yang dilaporkan AFP sebelum ini menyatakan Simpson dijatuhkan hukuman selepas terdapat bukti mengenai perbualannya dengan seseorang membincangkan tentang perjalanan ke Somalia untuk menyertai perang di negara itu.

Gabenor Texas, Greg Abbott pula dalam satu kenyataan memberitahu, siasatan terperinci akan dilakukan bagi melihat sama ada penyerang mempunyai hubungan dengan aktiviti pengganas. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sebenarnya acara anti Islam itulah yang memulakan kes ini. Mereka yang mencabar umat Islam, menghina Nabi umat Islam dengan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Mereka yang memulakan perang hina Nabi Muhammad SAW di Eropah. 



Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam

E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam 

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails