Thursday, August 27, 2015

Parti Amanah Tak Amanah? Benarkah?


BENARKAH berita di atas ini? (Diangkat dari https://albangikuching.wordpress.com)..

GHB nak tubuh parti AMANAH tapi menipu orang ramai dengan kempen tarik ahli. Ustaz “Bollywood” tidak bersama GHB, tapipuak GHB kempen Ustaz “Bollywood” bersama GHB. Sebelum ini, GHB dakwa Nik Omar Nik Aziz masuk GHB sedangkan Nik Omar hanya hadir forum anjuran GHB sahaja. Tindakan GHB amat TIDAK AMANAH.

Benarkah? (IH) 

Muslimah Kampung Begini, Aset Sumber Kekuatan Ummah..

LIHAT foto di atas, di kanan, seorang muslimah sedang solat ditengah sawah. Asal masuk waktu solat, mereka terus melaksanakan kewajipan kepada Allah SWT. Tidak kira bukan di rumah atau di surau/masjid.

Masa gambar ini diambil pertengahan bulan baru-baru ini, Ira begitu namanya, mengikuti kegiatan gotong royong menuai padi. Bersama kira-kira 20 warga Desa Bone-Bone, Kecamatan Baraka, Enrekang, Sulawesi Selatan, seperti disiarkan oleh Hidayatullah.com. Begitu budaya Islam, di negara umat Islam yang terbesar di dunia.

Mereka turun ke sawah bersama-sama agamanya. Masuk saja waktu solat Zohor, Muslimah kelahiran 1988 ini terus tukar pakaian. Usai berwudhu di kolam kecil, ia beralas selamba di atas tanah, lalu solat di antara batang-batang padi yang sudah diketepikan.
Nun, beberapa meter di bawah Ira (lihat foto), seorang lagi Muslimah lain juga kelihatan mendirikan solat. Rupanya, sudah menjadi tradisi warga Desa Bone-Bone bergotong royong memotong padi setiap hari Sabtu pada masa menuai. Dalam satu keluarga, sekurang-kurangnya mesti ada 1 orang ahli keluarga yang turun ke sawah.

Sabtu (15/08/2015) itu, apabila Ira mewakili suaminya yang tidak hadir pertemuan bersama Hidayatullah.com, wanita ini berkali-kali memalingkan wajahnya semasa dipotret. Ia kelihatan macam tidak berkenan untuk ditemuramah.

Sementara itu, petani lelaki juga solat Zohor di berbagai penjuru sawah dan ladang nan luas itu. Mereka berpecah sekaligus berehat sejenak. Refleksi dari tradisi mereka, adakah kerana sibuk kerja boleh menyebabkan kita tidak solat? Itulah budaya yang meniupkan ruh Islam menjiwai diri seorang Muslim, sehingga melahirkan sebuah kekuatan.

Allahu 'akbar!. (IH)

Wednesday, August 26, 2015

Jangan Tertipu Dengan DAP -Tunku Aziz

Sila Lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP
1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?
2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
3. Tinggalkan DAP Kerana Strategi DAP Kuasai PKR/PAS ...

4. Selami Pemikiran Seorang Bekas Pemimpin DAP Shen Y...

5. Roket vs Bulan: Penyebab Saya Keluar DAP - Lim H...

Mukaddimah
KEMESRAAN jelas terpancar pada air muka TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM semasa menyambut ketibaan kami pada petang Khamis lalu di kediamannya.

Kehadiran kami pada petang itu juga menamatkan penantian sekian lama iaitu sebelum beliau bertindak keluar DAP lagi, dalam usaha mendapatkan mewawancara eksklusif bersamanya.
Namun sosok tubuh yang dilahirkan pada tahun 1934 di Alor Setar ini nyata bersikap terbuka dalam banyak perkara tetapi apabila melibatkan beberapa pemimpin dalam DAP sikapnya bertukar sinikal.
Pengalaman hidupnya penuh integriti dan karisma. Pernah menjadi penasihat di Bank Negara, Pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Penal Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malah beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Anan dalam membantu menubuh Pejabat Etika (Office Ethics) di sana.
Namun beliau mengakui akhirnya adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai politik apatah lagi DAP.
“Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik.
“Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar," katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID dan KASTHURI JEEVENDRAN.
Selain itu beliau turut mencurah segala isi hatinya tentang DAP sejak awal kemasukannya hinggalah peranannya yang dilihat tidak lebih seperti simbol untuk menunjukkan bahawa orang Melayu yang juga berketurunan raja juga boleh menyertai DAP.
“Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP," kata beliau sambil merenung jauh memikirkan sesuatu.

MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik?
TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. 

Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.
Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. 

Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.
Jadi tidak timbul isu bahawa Tunku dijanjikan habuan dan sebagainya?
TUNKU AZIZ: Saya tidak pernah minta apa-apa dan mereka juga tidak berjanji apa-apa untuk saya. Saya sendiri sudah berumur, saya tidak mempunyai niat untuk memegang apa-apa jawatan atau kerusi untuk bertanding. Kecuali jika mereka mahu saya bertanding untuk parti, mungkin saya akan lakukan. 

Tetapi saya tidak pernah masuk DAP untuk jawatan atau habuan lain. Saya bukan mahu berbangga diri tetapi saya telah berjaya dalam hidup saya sehingga dikenali di seluruh dunia. Itu bukan kerana DAP tetapi kerana penglibatan saya dalam kerjaya saya sepanjang hidup saya terutamanya dalam bidang rasuah dan integriti. Apa yang DAP boleh beri kepada saya? Walaupun saya minta, apa yang mereka ada.
Mereka itu pembangkang. Apa yang mereka boleh beri sebenarnya? Saya hanya masuk ke dalam parti itu kerana rasa ‘tertipu’ dengan agenda mereka sebagai parti pelbagai kaum. Kononnya mereka itu parti untuk semua. Kononnya perjuangan mereka itu untuk seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan untuk kaum Melayu, untuk kaum Cina dan kaum India. 

Tetapi itu cuma retorik sahaja. Sehingga ini pun, apa yang telah mereka perjuangkan untuk orang Melayu dan orang India, selain beri RM100 sekali seumur hidup kepada mereka. DAP pun sekiranya mereka bijak, sudah tentu mereka jadikan saya duta dalam hal berkaitan etika. Agaknya mungkin mereka sendiri tahu jika lantik saya duta dalam hal ehwal etika dan integriti, mereka adalah sasaran kritikan saya yang utama.
Mengapa Tunku tidak memilih PKR atau Anwar Ibrahim sebagai platform politik dan sebagai kawan?
TUNKU AZIZ: Sebenarnya, saya tidak pernah berasa selesa dengan Anwar sejak mula lagi. Saya tidak pernah berniat dari mula untuk berkenalan dengan beliau. Sama seperti kita memilih kawan, kita akan berhati-hati ketika memilih kawan. Saya lebih berasa selamat dan selesa dengan Kit Siang dan Karpal Singh. Anwar sungguh berlainan. Saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap beliau.
Mengapa Tunku meninggalkan DAP?
TUNKU AZIZ: Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya, saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP. 

Lihat sahaja contoh Datuk Mansor, kononnya kebebasan bersuara adalah dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan. Mungkin Mansor juga mula sedar realiti tersebut. Saya tinggalkan DAP kerana kenyataan saya telah menyusahkan dan mengundang rasa tidak gembira di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi seingat saya, saya bukan pemimpin atau ahli PKR atau Pas.
Apa yang telah menggores hati mereka? Kit Siang datang ke rumah saya selepas kejadian tersebut, beliau mengadu kepada saya bahawa kenyataan itu telah membuatkan saya dalam bahaya. Tetapi saya telah ingatkan beliau, apa yang telah saya katakan kepadanya beberapa tahun dahulu tentang parti tersebut yang kononnya demokratik dan mengamalkan kebebasan bersuara. Tetapi apabila saya meluahkan apa yang rasa betul, Kit Siang tidak sesekali membela saya. 

Katanya mereka memperjuangkan kebenaran dan kebebasan. Apa wujud kebebasan bersuara di situ? Saya tidak nampak. Beliau telah mengecewakan saya sebenarnya. Melalui kejadian ini juga saya membuat keputusan, pemimpin-pemimpin dalam parti ini tidak boleh dipercayai. Itu adalah sebab mengapa saya membuat keputusan muktamad untuk keluar.
Sekarang ini mereka kata pula Tunku pengkhianat dan sudah dibeli kerana dilihat menyokong transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri?
TUNKU AZIZ: Kini terdapat segelintir manusia yang tidak tahu hujung pangkal bertindak mengkritik saya selepas keluar DAP. Kata mereka, saya keluar kerana tidak mendapat habuan seperti yang dijanjikan oleh mereka sehingga menjadi orang UMNO. Apa sebenarnya yang saya minta dari DAP hingga tidak dapat? Jika benar saya berminat dengan sebarang habuan, ketika masih muda lagi saya akan menyertai UMNO. Mereka yang memerintah. Kenapa pula selepas saya sudah berumur dan mencapai pelbagai kejayaan barulah saya berminat dengan UMNO. 

Kononnya Tunku Aziz sudah dibeli mereka. Jawatan Senator ini pun, bukan saya minta dan ia diberi kepada saya. Selepas penggal pertama, Kit Siang dan anaknya, Guan Eng yang memperbaharui penggal baru jawatan tersebut. Saya tidak pernah mengemis jawatan kepada mereka. Saya tidak pernah mengemis atau dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang boleh ‘membeli’ saya. Sebenarnya, saya hanya mempunyai masalah dengan cara parti tersebut dipimpin oleh beberapa orang. Prinsip parti itu telus tetapi kepimpinan itu yang salah.
Apakah pandangan Tunku terhadap Lim Guan Eng? Bagaimana hubungan Tunku dengan beliau?
TUNKU AZIZ: Guan Eng memang pandai pusing memusing. Saya kata dengan beliau, saya tidak dapat menerima jika sesuatu perkara itu melanggar undang-undang. Tapi beliau kata lain kepada umum, tukar cerita kata Tunku Aziz sebenarnya menentang Bersih. Perkara sebenar beliau senyapkan. Orang ingat saya anti hak asasi manusia. Itu tidak benar. Guan Eng telah putar belit cerita demi kepentingan beliau berhubung perhimpunan Bersih. Saya tidak nampak mana salah saya yang menyatakan tidak mahu sesuatu perhimpunan yang melanggar undang-undang.
Tidak cukup dengan itu, apabila akhirnya saya membuat keputusan muktamad keluar DAP, Guan Eng mempergunakan orang lain untuk berhubung dengan saya. Beliau mahu saya menarik kata-kata saya berhubung isu Bersih, manusia apa dia ni? Saya tidak akan sesekali menjatuhkan maruah diri sendiri untuk manusia seperti itu.
Pada pandangan Tunku apakah perkara sama yang berlaku kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman?
TUNKU AZIZ: Perkara sama terjadi kepada Datuk Mansor. Walaupun TV3 ada bukti rakaman audio yang jelas malah kita semua tahu suara itu milik Mansor, namun dia masih enggan mengaku. Jika anda seorang pemimpin, anda haruslah mengaku jika anda fikir tidak betul. Ini tidak, kita juga telah saksikan ketika sidang akhbar berhubung perkara tersebut, Guan Eng menulis sesuatu dalam kertas dan memberikan kepada Mansor supaya membacanya di hadapan media. 

Apakah Mansor tidak menggunakan otaknya sendiri? Itulah sikap sebenar seorang pemimpin yang lemah. Saya telah berhadapan dengan Guan Eng dengan berani. Apa yang hendak ditakutkan dengan beliau? Tidakkah ini menunjukkan Guan Eng begitu berkuasa?
Apakah Tunku bersetuju bahawa Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bongkak dan hanya mementingkan parti sendiri dalam Pakatan Rakyat?
TUNKU AZIZ: Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Beliau mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana. 

Dengan perbuatan sebegitu, apakah beliau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang sudah tentu melibatkan warga Pulau Pinang sendiri? Apakah Pulau Pinang hanya maju di bawah DAP dan Guan Eng? Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi. Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana. Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju. 


Tapi adalah menjadi amalan beliau untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri. Beliau juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain. Sehingga hari ini, sekiranya ada perkara yang tidak disenangi oleh masyarakat Pulau Pinang, dengan segera beliau menyalahkan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon. Jika tidak menyalahkan seseorang, maka beliau bukan Guan Eng. Adalah sudah menjadi kebiasaan, untuk menyaman dan mengkritik orang lain.
Lihat sajalah bagaimana beliau mahu menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kepada Lapangan Terbang P. Ramlee? Ada kena mengenakah? Bukankah kita sudah ada nama Jalan P. Ramlee? Kita juga ada muzium untuk beliau. Mengapa mahu tarik seniman agung seperti beliau dalam arena politik? Sekiranya dia benar-benar ikhlas, saya cadangkan kepada beliau untuk membantu keluarga P.Ramlee yang dihambat kemiskinan. 

Bantu mereka. Berilah wang pencen kepada anak-anak mereka yang miskin itu. Bantulah keluarga mereka yang masih hidup. Beliau mempunyai peluang untuk menukar nama tersebut empat tahun dahulu tetapi beliau sebenarnya sengaja mahu memalukan kerajaan Malaysia. Itulah agenda beliau. Jika benar beliau ikhlas tolonglah bantu keluarga P. Ramlee baru masyarakat akan menghormati Guan Eng kerana berjiwa rakyat bukan dengan mempolitikkan semua perkara.
Apakah orang Melayu boleh berharap kepada DAP untuk membela nasib mereka?
TUNKU AZIZ: Sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka, anda memang salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang mereka telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.
Mengapakah agaknya DAP berminat untuk mengambil Tunku bersama mereka?
TUNKU AZIZ: Mereka hanya berminat dengan kemelayuan saya. Saya hanyalah dianggap sebagai simbol bagi masyarakat Melayu manakala Karpal Singh simbol untuk kaum India. Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP. Mereka berminat mempergunakan saya untuk memancing undi orang Melayu. Secara hakikatnya, saya sendiri tidak pasti apakah peranan saya selain menjadi alat untuk agenda tersembunyi mereka.
Sama keadaannya apabila saya berminat untuk membantu DAP membawa masuk orang Melayu pada awal kehadiran saya dalam DAP, mereka kemudian seolah-olah sengaja melengah-lengahkannya. Mereka sebenarnya tidak berminat untuk membantu saya memperjuangkan orang Melayu. Cukuplah saya seorang sebagai simbol untuk terus mendapatkan sokongan tanpa saya melakukan apa-apa. Kerana itulah, saya telah dua kali membuat cubaan keluar daripada parti tersebut. Kali ketiga, keputusan saya sudah muktamad.
Siapa pada pendapat Tunku lebih berkuasa, adakah Kit Siang atau Guan Eng? Bagaimana pula dengan peranan Karpal Singh?
TUNKU AZIZ: Sudah tentu jawapannya adalah Kit Siang. Kit Siang yang lebih berkuasa dan dominan dalam membuat percaturan politik dalam parti manakala anaknya, Guan Eng akan mengikut rentak bapanya kerana Kit Siang memang bijak. Kuasa sepenuhnya masih milik Kit Siang. Kebanyakan keputusan berkaitan akan diambil oleh Kit Siang dan bukannya Guan Eng. Selalunya dalam mesyuarat, Kit Siang akan lebih berminat untuk menjadi pemerhati daripada membuka mulut. Beliau akan bersikap rendah diri. Dinasti Lim sangat berkuasa dan berpengaruh dalam DAP.
Karpal juga tidak memainkan apa-apa selain menentang hudud bagi pihak dinasti Lim. Tetapi Karpal adalah seorang pemimpin yang berkaliber. Apa yang beliau katakan satu ketika dulu akan sentiasa diulang, tidak ada sebarang manipulasi. Tetapi adalah menyedihkan kerana beliau tidak mempunyai kuasa dalam parti tersebut. Ada ramai lagi pemimpin yang sungguh berkaliber dan berpotensi dalam parti tersebut yang saya tidak dapat nafikan. 

Cuma saya tidak akan sesekali berkompromi dengan melanggar undang-undang. Saya sesekali tidak akan bersetuju dengan perkara tersebut. (Utusan Online  ARKIB: 30/09/2012 )

Kemewahan PAS Kelantan. Kritik Husam Musa.

Husam Musa.

KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa meminta supaya pemimpin PAS Pusat membuat semakan terhadap kemewahan pemimpin kerajaan Kelantan.

Husam mempersoalkan mengenai kekerapan lawatan ke luar negara oleh kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa garis panduan yang ditinggalkan oleh bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mati tidak diikuti lagi. 

Beliau menerusi kenyatannya di Facebook kini tertanya-tanya sama ada pemimpin PAS Pusat memantau apakah yang berlaku di Kelantan walaupun kerajaan Kelantan menjadi buah mulut rakyat mengenai bagaimana mereka menguruskan negeri itu.



"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz) dari segi kemewahan hidup para pemimpin, kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap," katanya sambil menambah mengenai banyak perkara lain yang sepatutnya dipantau oleh PAS Pusat.

Husam turut menyentuh mengenai Muktamar PAS baru-baru ini apabila berlaku segala bentuk fitnah dan caci-maki di luar adab Islam.

"Apakah pendirian Majlis Syura PAS dan PAS pusat. Adakah ini dibenarkan oleh Islam?
"Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?," soalnya.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob yang merupakan menteri besar tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. (mStar)

Berita M'sia Menarik Di Indonesia, Jom Berpayung..

Salat dipayungi. ©facebook.com/Sukan Star TV

BEGINI bunyi beritanya..

Satu lagi kisah indah soal toleransi beragama yang ditunjukkan para siswa berbeda agama. Kali ini terjadi di negeri Jiran Malaysia. 

Datuk Prof Dr Kamaruddin Hussin memposting beberapa foto yang menunjukkan kegiatan siswa di alam terbuka. Semacam outbond di kaki Bukit Perlis. Foto itu kemudian diposting ulang oleh Sukan TV di fanpage mereka, Senin (24/8). 

Siswa Muslim tampak menuaikan ibadah di sela-sela kegiatan. Namun tiba-tiba hujan turun. Melihat itu, para siswa dari etnis China dan India bergegas memayungi mereka dengan terpal. 

Dengan sabar mereka melakukan hal itu sampai rekan mereka selesai menuaikan salat."Sehati sejiwa hubungan etnis bertepatan dengan Bulan Kemerdekaan.

Perbedaan bangsa dan agama tidak membataskan hubungan apabila pelajar berbangsa China dan India memayungi pelajar beragama Islam yang sedang menuaikan salat dalam hujan," tulis Prof Kamaruddin Hussin.

Foto-foto ini mendapat simpati dari netizen Malaysia. (Diangkat dari Merdeka.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah berita Malaysia yang menarik di Indonesia. Sebenarnya, alangkah baiknya, jika 'payung' itu adalah Islam, yang boleh menaungi manusia peibagai agama dan kaum di seluruh dunia. Jom, mari berpayung. (IH)

Beri Keadilan Kepada Ahli Sebelum Rakyat, -Husam Musa.

PAS seharusnya memberi keadilan kepada pemimpin dan ahlinya sebelum memberikan keadilan kepada rakyat, kata bekas naib presidennya Datuk Husam Musa (gambar) hari ini.

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana ia boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia, soal beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian

Husam yang masih tidak sihat dan sedang menerima rawatan berkata, menjelang muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam berlaku.

"Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat? Adakah ini dibenarkan oleh Islam?" soal beliau dalam perutusan bertulisnya sempena majlis dialog di kawasannya pada Isnin.

Dalam perutusan itu, Husam juga mempertikaikan tindakan PAS membentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Katanya, akta yang hanya satu alat politik ini menyebabkan PAS bersama Umno memecahbelahkan parti, merosakkan imej dan melemahkan kedudukan PAS. - 26 Ogos, 2015.

Ingin Kerja Di Australia, Buat Modal Ternak Ikan Di Sabah.

Petik mangga di Australia..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

IBNU Hasyim.. "Ya!" Saya jawab melalui telefon. Boleh jumpa? "Ya! Tiada Masalah.."

Pertemuan diatur, kami bersua muka.. berkenalan. Mereka, adalah 2 anak muda, orang Bajau dari Sabah, bersemangat waja.

"Kami asal dari Sabah, bang.  Sudah bertahun kami berhijrah berkerja di Malaysia Barat untuk kumpulkan wang nak buat modal. Kami nak ternak ikan kerapu dalam sangkar di kampung kami. Kami cemburu melihat syarikat-syarikat besar dari Taiwan yang datang mengaut keuntungan di bumi kami. Mereka boleh buat, mengapa kami tak boleh?" Kata seorang dari mereka.

"Berapa yang kamu perlu dan sekarang sudah ada berapa?" Aku tanya.

"Sudah beberapa tahun kami kerja di sini, gaji aku campur over time, kira-kira RM2,000 lebih sebulan. Sehingga sekarang, tiada apa-apa simpanan kecuali sebuah motosikal besar yang aku gunakan untuk pergi balik kerja tiap hari. Lain takde...

"Kami semuanya 3 orang. Sasaran kami sebenarnya nak kumpulkan RM20,000 seorang. Baru kami pulang kampung, tempah sorang satu tapak dan ternak ikan kerapu. Sehingga peroleh hasil, modal semua bagi satu tapak kira-kira  RM20,000. Tapi nampaknya sasaran kami meleset terus, tak berjaya kumpul wang sebanyak itu. " Jawabnya terus terang dengan nada kecewa..
Ternakan Ikan Dalam Sangkar Di Sabah dan Sarawak
Sangkar udang yang terletak di deretan sangkar ikan merintangi tepian sungai. 
 Spesies ikan air tawar.
"Oleh itu..." Sambung yang seorang lagi, "Aku nak tanya pendapat abang, bolehkah kami capai sasaran ini, kalau kami pergi kerja ladang di Australia seperti yang abang sebutkan.  Apa syarat-syaratnya, kalau kami nak pergi kerja di sana dalam masa terdekat. Awal bulan depan boleh terus mulakan kerja di sana. Boleh tak?"

"O begitu. Suatu pertanyaan yang cukup baik." Kataku. 
  • "Pendapatan kerja di ladang Australia secara purata gaji kira-kira AUD100 mata wang Australia sehari. Yakni RM300 atau lebih, mengikut naik turun tukaran. Samada secara gaji harian, jam atau upah mengikut kontrek, begitulah kira-kira pendapatan dalam sehari. Boleh naik lagi kalau berpengalaman, bekerja bersungguh-sungguh atau boleh turun lagi kerana banyak cuti, cuti sakit, cuti kerana cuaca buruk, dan paling bahaya 'cuti malas' atau lain-lain.
  • Kalau tiada apa-apa halangan seperti di atas, biasanya orang Malaysia yang pergi kerja 3 bulan contohnya, masih kurang pengalaman, boleh mengumpulkan wang bersih selepas ditolak perbelanjaan makan-minum, sewa rumah, tambang dan lain-lain sebanyak RM3,000 per bulan.
  • Jadi, secara teorinya, berkerja selama 7 bulan, sudah dapat mengumpulkan RM21,000, yakni melebihi RM20,000 seperti yang disasarkan.
Jadi jawapan kepada pertanyaan tadi boleh. Bagaimana kalau nak pergi kerja sekarang?
  • Siapkan pasport, buat visa, siapkan tambang pergi balik dan sikit-sikit perbelanjaan lain, kira-kira RM2,000 tiap seorang berangkat dari KL ke Australia.
  • Bayar sedikit wang pengurusan, untuk dapatkan pekerjaan dari majikan yang baik, kerja sentiasa ada tidak putus-putus, gaji mahal, persiapan rumah sewa, tambang pergi-balik kerja, makan, pakaian kerja dan lain-lain.
  • Kalau pekerja 3 orang atau lebih boleh pihak pengurusan jemput di lapangan terbang, tapi kalau bawah 3 orang memadai dengan dibekalkan maklumat, dan pihak pengurusan cuma menjemput di bandar kecil yang berdekatan tempat kerja.
  • Sediakan wang saku kira-kira RM2,000 yang akan digunakan sebagai 'wang tunjuk' sahaja, untuk masuk kalau diminta berbuat demikian.
Sekarang kerja tengah banyak dan upah agak tinggi. Iaitu, kerja di ladang mangga di Darwin utara Australia.  Jadi dalam masa beberapa hari sahaja tuan boleh berangkat ke sana, Insya Allah." Demikian penjelasanku.

Buah Mangga Rasa Kelapa dari Australia

Untuk maklumat lanjut sila hubungi..
Muaz Jabal, Darwin Australia.
Tel di Malaysia, sila pakai no 014 2225865. (Ibnu Hasyim akan menjawab, buat masa ini.) e-mil Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com
Awal bulan September Muaz Jabal akan ada di Malaysia untuk pengurusan tersebut. 

Perhatian: Bagi sesiapa yang nak pergi kerja di Australia hujung bulan ini dan awal bulan depan sila hubungi segera. Ibnu Hasyim: 014 2225865.
Ibnu Hasyim
25  Ogos 2015

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails