Wednesday, October 07, 2015

Masjid Negara... Maka Terbelahlah Paha Dia.... - Zainnudin Atai

Seorang pengguna Facebook, Zainnudin Atai memuat naik dua video mengkritik kod pemakaian yang dikenakan oleh Masjid Negara kepada pelancong-pelancong yang datang menziarah masjid terbabit.

Melalui pemerhatian dari video, difahamkan para pelancong yang ingin melawat masjid negara diwajibkan memakai satu pakaian seperti jubah yang bewarna purple. Masalah yang timbul adalah jubah itu terbelah.

Di dalam video tersebut, Zainnudin Atai merakam video di sekitar masjid yang memaparkan keadaan masjid ketika menerima lawatan pelancong.

"Dia bukan sarong dari atas, pakaian dia sarung macam baju saja
"Jadi bila dia jalan, maka terbelahlah paha dia. Yang nampak sikit-sikit tu yang tak jadi tu
"Kita memang menggalakkan pelancong-pelancong asing ini untuk datang menziarah masjid kita. Tetapi dengan cara yang bagi saya.. yelah pakaian yang kita sediakan kepada mereka", kata Zainnudin di dalam video tersebut.
"Kita kena fikir benda ni. Menteri jangan tutup mata benda ni. Sebab musibah datang tak kenal siapa pun", tambah beliau.

Tambah Zainnudin dia juga sudah berbincang dengan pegawai-pegawai di Masjid Negara namun respon yang diperoleh amat mengejutkan.

"Tapi kata mereka, hey u suka u ikut, u tak suka sudah", kata Zainnudin. 

Selain dari pihak masjid dan menteri, Zainnudin juga menuntut agar pihak DBKL mengambil langkah yang sepatutnya supaya perkara ini dapat diperbaiki. - Siakapkeli.my

Dengan Pisau 4 Pemimpin Yahudi Dibunuh Penduduk Palestin..

.Israel roboh rumah penduduk Palestin
BAITULMUQADDIS – Rejim Zionis semalam merobohkan dua rumah penduduk Palestin yang didakwa terlibat dalam serangan ke atas warga Israel.
Rumah yang dirobohkan itu milik Ghassan Abu Jamal dan Mohammed Jaabis, kata satu kenyataan tentera.
Dengan bersenjata pisau pemotong daging dan sepucuk pistol, Ghassan dan sepupunya, Uday Abu Jamal membunuh empat pemimpin Yahudi dan seorang anggota polis sebelum ditembak mati pada November tahun lalu.
Sementara, Mohammed pula merempuh sebuah bas menggunakan jentolak pada 4 Ogos dan membunuh seorang warga Israel selain mencederakan beberapa yang lain. Dia juga ditembak mati oleh polis di tempat kejadian.
Seorang wartawan AFP menyaksikan sendiri tindakan memusnahkan rumah di timur Baitulmuqaddis itu.
Sebuah bilik juga ditutup di bekas rumah Muataz Hijazi yang cuba menembak seorang aktivis sayap kanan Yahudi pada Oktober tahun lepas. – AFP

Awas! Strategi, Gambar Lucah Menggodam..

Laman Facebook akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News, telah digodam petang tadi, dengan gambar lucah menggantikan bahan berita. Menurut akhbar tersebut, akaun itu telah digodam pada kira-kira jam 1.45 petang ini.
"Kami sedang berkomunikasi dengan Facebook bagi mencari penyelesaiannya dan untuk menentukan sebab (digodam). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul."
Ini adalah kali kedua laman Facebook akhbar tersebut menjadi sasaran. Akhir bulan lalu, sebahagiannya menjadi terhad untuk selama tiga hari.
Ketika diminta mengulas, Ketua Pengarang Eksekutif Oriental Daily News, Ding Lee Leong enggan membuat spekulasi tentang siapa kemungkinan penggodamnya. Mkini English
Awas, strateggi gambar lucah ini menggodam berita dalam bahasa Malaysia pula, apa lagi dekat PRU 14 akan datang.. (IH)

Tuesday, October 06, 2015

Percambahan Minda Antara Agama, Presiden PAS Lawat Gereja.

Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang (five from left) illustrated by Naib Pengerusi Majlis Church, Augustine.

SHAH ALAM - In an effort to bring percambahan minda between Islam and Christianity, Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang held overnight trip to St. Columba Anglican Church in Miri, Sarawak.

The case is passed by Timbalannya, DatukTuan Ibrahim Tuan Man in the reality today.

"Naib Pengerusi Majlis Church, Augustine, Rev. Father, Alfred and Bishop Warden Edwin Dundang mengalu-alukan entourage and very happy with the trip.

"Conversation two hala and exchange-rate mind is very interesting and it aims to strengthen ties within the community majmuk especially in Sarawak," he said.

Pas president and his entourage touring the blessing Pas Sarawak Miri program that is Munaqasyah (Convention) Basic Speech Association President Pas and Istiqamah Until Victory (Parties).

Participate together in a group is secretary Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili, Sarawak Pas Youth Chairman Mohammad Arifiriazul Paijo, rows of AJK Pas Pas Centre and several experts.

 "Islam is a religion of peace and Pas as a party that is open, take the safe approach prosperous and mature political practice," he said again. (SH)

Husam Musa Pun Bergambar Dengan Amoi? Ini Gambarnya..

DISEDUT dari ..

INI, gambar Datuk Husam Hj Musa Exco Negeri Kellantan bersama wanita muda di Beijing 3 Julai 2010 semalam.

Maaf, ceritanya begini.. 


Selepas mesyuarat dengan sebuah Dewan Perniagaan di Beijing China semalam, setiausaaha dewan perniagaan bertaraf antarabangsa tersebut, seorang wanita muda, mungkin gadis memohon untuk bergambar berdua sahaja dengan Datuk Husam. 

Datuk Husam keberatan. 

Beberapa kali didesaknya, akhirnya terpaksa bergambar juga. Maka dipanggilnya kami sekali, saya dan YB Zulkifli Mamat.

Inilah gambar sebenarnya.. Bukan gambar yang tadinya diatas sekali.

Dari kiri YB Zulkifli Mamat, wanita itu, Datuk Husam dan Ibnu Hasyim.
Gambar semasa sedang mesyuarat dan akhirnya menanda tangani persefahaman antara Kelantan dengan Dewan Perniagaan tersebut.

“Mengapa engkau siar gambar Datuk Husam dengan wanita (gambar yang dipotong-potong) itu?”
Tanya kawan sebilik se waktu saya sedang mencatat catatan perjalanan ini. 
“Sebelum musuh-musuh politik beliau siarkan apa lagi waktu pilihan raya, biar aku jelaskan dulu!!” 

(CATATAN PERJALANAN CHINA 2 Monday, July 05, 2010)

Kesimpulan Weblog Ibnu Hasyim: Datuk Husam seorang pemimpin Islam yang hebat dan bermaruah. (IH)

Monday, October 05, 2015

Lebih Baik Peluk Mahathir Daripada Berhimpit Dengan Amoi


Saya mendapat komentar yang nakal bila tersebarnya gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan mesra dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mereka bertemu pada majlis perkahwinan Akmal Heiqal Kamaruzaman dan Nurshuhada Wan Mohamed Azman di Kota Damansara baru-baru ini.

Saya pun hairan melihat gelagat kurang matang kawan-kawan yang 'terkeluar' daripada PAS atas pertemuan singkat ini. Kita kena bina politik matang dan isu pertemuan, ramah mesra dan kunjung mengunjung antara 'musuh politik' sepatutnya tidak menjadi viral.

Sebelum ini apabila DS Najib bertemu Ustaz Hadi atas lawatan kerana Ustaz Hadi masuk hospital juga diviralkan kononnya ini adalah bibit-bibit UG.

Kempen pemilihan dalam muktamar telah dicemar fitnah kononnya mereka yang bertanding dalam team melawan Presiden pada masa kerana tak mahu Ustaz Hadi bawa PAS bergabung dengan UMNO yang tidak disukai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Ini main sentimen TGNA).

Tapi bila muktamar berlalu UG hanya sekadar fitnah sahaja tak ada asas yang kukuh, tapi pembohongan yang diulang-ulang mengunakan cara UMNO sedikit sebanyak telah memakan hati sebahagian ahli-ahli PAS. Itu jahatnya fitnah.


Kita tidak lupa gambar bagaimana gambar Ustaz Hadi berpeluk dengan Lim Kit Siang ketika PAS memerinah Terengganu telah dijadikan bahan kempen oleh UMNO.


Rupanya kawan-kawan saya dalam parti AMANAH ini mulut sahaja bercakap menolak UMNO tapi cara dan gaya mereka berkerja sebjik macam UMNO.

Dalam menjawab apa yang diviralkan dalam groups whatsapp kami, saya menghantar gambar ini sambil menulis sedikit note "Lebih Baik Peluk Mahathir Daripada Berhimpit Dengan Amoi"


Saya juga hairan penasihat dan pembantu penasihat dalam parti AMANAH ini, tidak ada sebarang teguran atas apa yang berlaku seolah-olah mengiyakan kata-kata Mat Sabu INI PERKARA KECIL sahaja.


Saya masih menunggu daripada sesiapa sahaja, daripada mana sumber sekali pun yang Ustaz Ghani Shamsuddin pernah membuat teguran atas perkara yang disebut. Jika perkara ini tidak berlaku apalah status pembantu penasihat sekiranya perkara seperti ini juga dinggap kecil.

Malang dalam usia kita makin tua kita tergelincir daripada landasan yang benar sehingga kita hilang pertimbangan yang wajar.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 

Majlis Kuih Bulan: Tidak Semua Cina Sokong DAP

Tidak semua sokong DAP Anak-anak masyarakat Cina kelihatan ceria ketika menerima agihan tanglung daripada Che Abdullah pada Majlis Penyampaian Kuih Bulan Kepada Masyarakat Tionghoa Dun Wakaf Bharu, kelmarin.


TUMPAT – Pas masih mempunyai sokongan daripada pengundi-pengundi kaum Cina walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yakin bukan semua pengundi dalam kalangan kaum Cina menyokong DAP, sebaliknya masih ramai yang menyokong Pas terutama di Kelantan. 



Beliau berkata, sambutan diberikan masyarakat Cina melalui jumlah kehadiran pada Majlis Penyampaian Kuih Bulan Kepada Masyarakat Tionghoa Dun Wakaf Bharu di Kampung Kulim, dekat sini, kelmarin menguatkan lagi keyakinan itu. 


"Kita yakin sokongan pengundi Cina kepada Pas tidak berbelah bahagi walaupun dalam suasana berkecamuk hari ini. Masyarakat Cina di Kelantan masih beri sokongan kepada Pas. 
"Melihat kepada sokongan masyarakat Tionghoa pada program agihan kuih bulan ini, saya yakin mereka masih bersama-sama Pas. Mereka keluar beramai-ramai memeriahkan majlis ini," katanya. 

Tambahnya, masyarakat Cina di negeri ini masih memberi sokongan kepada Pas kerana rekod pentadbiran yang cukup baik termasuk dalam aspek perhubungan dengan masyarakat Cina. 

"Ketika peristiwa 13 Mei 1969...ketika itu Kelantan ditadbir oleh Pas. Masa itu kita tak ada kerjasama dengan DAP...Pas bersendirian. Tetapi dapat kawal dengan cara kepimpinan agar tak berlaku pertumpahan darah di negeri ini. 
"Kita jaga keselamatan rakyat atas tuntutan agama...kita (Pas) jalankan tanggungjawab kerana ALLAH SWT," katanya yang menyampaikan kuih bulan kepada kira-kira 500 masyarakat Tionghoa dan tanglung kepada kanak-kanak pada majlis berkenaan. 

Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya, Jun lalu, dan enggan menyertai gabungan baharu pembangkang bagi membentuk Pakatan Harapan pada September lalu. (SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails