Wednesday, October 14, 2015

Ini, Tanam Pisang Hasilkan Buah Berperisa Strawberi. Cuba Sendiri!

Pisang

JOM KREATIF

Satu teknik tanaman yang digunakan di negara jiran Thailand untuk tanaman pertanian. Satu teknik sedikit pelik yang dikatakan digunakan disana, iaitu cara untuk mendapatkan pokok pisang yang menghasilkan buah pisang berperisa seperti perisa strawberi, vanila atau pelbagai lagi.

Berikut adalah teknik yang digunakan.

1. Korek dan korek batang pisang lebih kurang 4 inci dalam.
*Pokok yang sesuai ialah pokok pisang yang baru handak berbuah.
*jangan rosakkan kulit yang dipotong kerana akan digunakan balik

Pokok pisan

2. Sediakan perisa yang diingin seperti coklat, strawbaeri atau apa-apa perisa.
Pokok pisang

3. Basahkan cecair perisa berkenaan kepada kapas.
Pokok pisang

4. Kemudian sumbatkan kapas yang ada air perisa tadi ke dalam batang pisang yang ditebuk.
Pokok pisang

5. Tutup kembali lubang menggunakan kulit pokok tadi.

Biarkan sehingga buah keluar dan masak, buah akan berbau seperti berperisa dan rasanya juga lain dari pisang biasa. (IH)
Pokok pisang

SUMBER

PERHATIAN: Artikel ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Terima kasih.

Lihar sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Lakukan Seks Dengan Robot.. Ada Sidang Antarabangsa Di Johor. Gila!!

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada penganjur persidangan antarabangsa 'Cinta dan Seks dengan Robot' yang dirancang diadakan di Johor pada bulan November ini untuk membatalkan acara tersebut kerana ia tidak sesuai dengan budaya tempatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata adalah "tidak masuk akal" jika pihak penganjur beranggapan ia sesuai untuk mengadakan acara sedemikian di Malaysia.

"Saya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka, ini bukan negara yang membenarkan seks bebas seperti mana yang mereka cuba anjurkan, mereka (penganjur) sudah mula hendak bawa masuk budaya songsang daripada luar negara, ini tidak sekali-kali dibenarkan, ini diharamkan!

"Sedangkan melakukan seks anal sudah menjadi satu kesalahan, apatah lagi dengan robot," katanya kepada wartawan.

Beliau turut menegaskan, melakukan hubungan seks dengan robot bukan perkara sainstifik sambil memberi amaran kepada penganjur untuk tidak melakukan sesuatu yang abnormal di negara ini.

Tambah Khalid, pihaknya tidak memerlukan sebarang laporan polis untuk bertindak terhadap penganjuran program tersebut yang dirancang diadakan pada 16 hingga 19 November depan.

"Tidak perlu laporan polis, kita akan ambil tindakan. Ada banyak undang-undang yang kita boleh gunakan," katanya lagi.

Portal berita Australia news.com.au awal bulan ini melaporkan ahli akademik akan berkumpul di Malaysia untuk persidangan 'Cinta dan Seks dengan Robot' untuk membincangkan isu undang-undang, etika dan moral mengenai topik berkenaan.

Kongres antarabangsa kedua mengenai 'Cinta dan Seks dengan Robot' (LSR) akan dipengerusikan oleh Prof Adrian Cheok dari City University London dan Ketua Pegawai Eksekutif Intelligent Toys Ltd. London, Dr David Levy.

Carian Astro AWANI di laman web tersebut mendapati seminar berkenaan dijangka diadakan 16 November ini di Black Box Medini Mall di Wilayah Ekonomi Iskandar Johor.

Topik-topik perbincangan yang dirancang turut disenaraikan di laman web ini, termasuklah emosi robot, robot klon, robot hiburan, personaliti robot, dan perkakasan seks elektronik.

Pelbagai pendekatan dengan topik ini termasuk jantina, falsafah, sosiologi, pendekatan psikologi dijangka akan dibincangkan, bersama-sama dengan etika robot. (Astroawani)

Gila!! Bagus polis bertindak segera.. (IH)

Tuesday, October 13, 2015

Zina, Mabuk, Dadah Di Pantai, Tiada Hormat Orang Lain.. Perlu Diawasi

 


MASYARAKAT awam Scotland dan England dihebohkan dengan sikap sekumpulan 5,500 remaja yang mabuk, pesta dadah dan berzina di pantai Troon, Ayrshire. Para polis terpaksa turun tangan kerana remaja tersebut buat hal.

Keluarga dari ribuan remaja itu dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa kerana khayal melihat anak-anaknya berhubungan badan di semak-semak di kawasan pantai pasir putih. Di lokasi kejadian, polis menemui dadah kelas A.

Pasukan perubatan tempatan juga dikerahkan setelah banyak remaja yang berbaring dalam keadaan koma di jalan-jalan kawasan pantai. Polis berkata, 5,500 remaja itu melakukan perjalanan dengan kereta api ke kawasan pantai. Namun, mereka tidak menyangka berlaku pesta beramai-ramai, dengan alkhol, mengambil dadah dan berzina.

Aksi ribuan rejama itu ramai dibincangkan di media sosial. Seorang wanita tempatan melalui akaun Facebooknya mengecam ulah ribuan remaja itu.

"Ini adalah (kejadian) mengerikan !. Di sini pada pukul 13.30 tengah hari, kumpulan itu datang dari kereta. Salah satu anak lelaki sekitar 15 orang pengsan di jalan dengan pantau paramedik dan polis, dan itu terjadi selepas makan tengah hari, "bunyi posting-an di Facebook yang dilansir Ayrshire Post semalam (9/7/2015).

Pengguna media sosial, Isobel Striling, mengulas bahawa usia para remaja itu baru belasan tahun. "Ia didapati seorang gadis muda yang berbaring, sebelum pukul 11.00, dia tidak mungkin lebih dari 14 tahun," tulis dia.


Warga Scotland lain, Becca Sharp, menyebut perilaku ribuan remaja itu sangat memalukan. "Ini memalukan. Jika mereka tidak boleh menghormati bandar kecil ini, maka mereka sepatutnya tidak dibenarkan ke dalam, "katanya.

Media Scotland melaporkan, majoriti remaja itu melakukan perjalanan dengan kereta api dari Glasgow. Seorang pemeriksa tiket kereta api tempatan, yang tidak mahu disebutkan namanya, mengatakan bahawa beribu-ribu remaja itu juga berbuat onar di dalam keretapi.


"Mereka menyerbu ke dalam, berteriak, memaki dan mengugut penumpang. Mereka tidak punya rasa hormat terhadap orang lain, "katanya.

Polis telah merampas minuman alcohol murah dalam jumlah besar, termasuk jenis Buckfast dan MD 20/20 atau yang dikenali sebagai Mad Dog. Selain itu, polis juga merampas 1.3 gram kokain.

Penyakit tidak menghormati orang lain di kalangan remaja inilah, antara punca keruntuhan sosial dalam masyarakat barat yang perlu di awasi di negara ini. (IH)

7 Pemimpin Lama BN Tidak Mampu Guling Najib..

Sidang akhbar dihadiri 6 pemimpin hebat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) di Putrajaya, semalam, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.













Sidang akhbar dihadiri 6 pemimpin hebat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) di Putrajaya, semalam, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.

Sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang lain semalam sememangnya mengagumkan, tetapi penganalisis tidak yakin ia akan berjaya mempengaruhi ahli Umno untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain kecaman mereka terhadap Putrajaya berhubung penggunaan undang-undang keselamatan baharu terhadap pengkritik kerajaan dan kebimbangan mereka tentang keadaan negara ini, pemimpin berkenaan juga secara terbuka mempamerkan satu garis yang jelas dalam menentang kerajaan diterajui Najib.

"Kesan serta-merta sidang akhbar itu terhad," kata pengumpul suara, Ibrahim Suffian. 

"Terlalu awal untuk mengatakan ia mungkin memberi kesan kepada pemimpin lain tetapi jika anda melihat implikasinya pada jangka masa panjang, ia menunjukkan mereka yang ingkar dalam Umno sedang secara terbuka menentang Najib. Garisannya nampak jelas."

Selain Dr Mahathir, sidang akhbar itu dihadiri bekas lawan beliau bagi jawatan presiden parti, veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan ahli Parlimen Gua Musang sejak 1970-an.

Pemimpin lain yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal - kedua-duanya secara terbuka mengkritik Najib - juga bekas setiausaha agung Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas pemimpin MCA, bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik, juga menyokong pemimpin tersebut, walaupun beliau tidak hadir di sidang akhbar itu kerana berada di luar negara.

Ketujuh-tujuh pemimpin itu bersikap kritikal terhadap Najib dan polisinya, termasuk skandal sedia ada yang menyelubungi perdana menteri, iaitu "wang derma" RM2.6 bilion daripada individu tidak diketahui dari negara Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cetusan idea Najib juga sedang giat disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan.

Penganalisis Asrul Hadi Abdullah Sani berkata, penampilan bersama bekas "musuh" itu - Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh yang duduk bersebelahan antara satu sama lain pada sidang akhbar itu, pasti memberi kesan kepada emosi tetapi tidak akan cukup untuk memberi kesan kepada sokongan yang meluas dalam Umno bagi menggulingkan Najib.

"Ini disebabkan struktur hierarki dalam Umno sendiri. Tidak kira apa pendapat ahli akar umbi, jika ketua bahagian berfikir sebaliknya, suara akar umbi tidak akan membawa sebarang perbezaan," kata penganalisis BowerGroupAsia itu.

Malah, barisan pemimpin kanan yang mencuri perhatian pada sidang akhbar itu mungkin akan lebih memecahkan Umno dan menjatuhkan Najib ke tahap paling lemah pada perhimpunan agung tahunan parti Disember ini.

Bagaimanapun, ia tidak akan cukup kuat untuk memaksa Najib meletak jawatan.

Struktur kepimpinan dalam Umno juga kini memihak kepada Najib, kata Asrul.

Beliau berkata sidang media semalam juga mungkin merupakan cubaan berisiko terakhir bagi Dr Mahathir dan kumpulan yang sealiran fikiran dengannya.

"Dr Mahathir kini tidak lagi mendedahkan apa-apa yang baru pun dan mula berbunyi seperti 'radio rosak' (mengulang perkara sama berkali-kali).

"Menariknya, pihak yang kalah paling besar hasil sidang akhbar itu bukan Najib atau Umno, tetapi pihak pembangkang sendiri yang gagal mengambil kesempatan daripadanya akibat ketidakcekapan mereka sendiri," katanya.

Sementara itu, Dr Oh Ei Sun dari Universiti teknologikal Nanyang Singapura juga pesimis perkembangan mutakhir ini boleh menggalakkan ahli parti menggesa Najib disingkirkan, sambil menyatakan pemberian politik kekal sebagai salah satu faktor utama bagi ramai ahli Umno.

Isu lain pula ialah kebanyakan daripada pemimpin veteran tersebut tidak lagi berada dalam arus perdana politik, dan yang ketiga, kebanyakan ahli sudah menetapkan dalam fikiran mereka siapa akan disokong.

"Jujurnya, saya tidak fikir ia akan meninggalkan begitu banyak kesan kepada sesiapa pun, dalam apa cara sekalipun," kata felo kanan Fakulti Pengajian Antarabangsa universiti Singapura itu. (TMI-13 Oktober, 2015)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

Kenaikan Tol, Apa Pandangan PAS? -Tuan Ibrahim Tuan Man


Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga tol di tahun rakyat masih bergelut menyesuaikan hidup akibat inflasi yang dicetuskan oleh GST, kejatuhan nilai ringgit dan penarikan subsidi, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Katanya, peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau yang menurutnya ada lebuhraya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80 peratus seperti SILK, 67 peratus (Akleh), 54 peratus (Besraya), 50 peratus (LKSA) dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17 hingga 44 peratus.
"Terhadap rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik.
"Mengapa kerajaan tidak menggunakan keberanian yang sama untuk menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol sedangkan keuntungan syarikat konsesi tol terus melipatganda?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kini, katanya, dengan kebanyakan lebuhraya menjadi lebuhraya menggunakan sistem kutipan tol berelektronik, maka beban rakyat meningkat kerana terpaksa menanggung kos kad TouchNGo dan juga SmartTag.
"Dengan kenaikan kadar tol, apa pula faedah yang diberikan kembali kepada rakyat sebagai pelanggan lebuhraya?
"Tidak. Malah beban bertambah kepada pengguna lebuhraya kerana TouchNGo adalah jenis perniagaan pembayaran awal. Bayangkan ratusan ribu diperolehi melalui pembayaran awal ini namun pelanggan tidak memperolehi sebarang manfaat dari sistem tersebut," katanya.

Oleh itu, tambahnya, PAS mencadangkan syarikat konsesi tol memberi rebat kepada pelanggan yang terpaksa buat pembayaran awal melalui sistem pembayaran SmartTag dan TouchNGo.
"Sebenarnya syarikat konsesi tol dan kerajaan tiada sebarang alasan ekonomi yang kukuh untuk menaikkan kadar tol. Apakah ada syarikat konsesi tol yang sedang mengalami kerugian meskipun perniagaan ini mempunyai risiko kerugian menghampiri sifar? Tidak.
"Yang lebih menyedihkan ialah fakta bahawa sebenarnya kerajaan sendiri mempunyai banyak saham pegangan di dalam syarikat konsesi ini. Dengan ‘advantage’ sebegini, kerajaan masih memilih untuk tidak memihak kepada rakyat," tegasnya. (IH)

'Kot Untuk Kemanusiaan'. Muslim Kanada Agihkan Pada Yang Kurang Mampu..


HALIFAX: Muslim di bandar Halifax di wilayah Nova Scotia, Kanada, telah mengumpulkan ratusan kot musim sejuk yang akan mereka sumbangkan. Yakni, mereka cuba menawarkan musim sejuk yang lebih hangat untuk orang yang kurang mampu dan tempat perlindungan tempatan.

"Banyak orang yang menderita di musim sejuk lalu dengan tidak mempunyai baju tebal yang mencukupi, sehingga tujuan kami hari ini adalah untuk cuba memberi sebanyak-banyaknya warga Halogian kot hangat sebelum musim sejuk tiba," ujar asraa El-darahali, penyelaras 'Kot Untuk Kemanusiaan', mengatakan kepada Global News pada Ahad (11/10/2015).

Berkumpul pada Ahad (11/10) di Mall Mic Mac di Halifax, sukarelawan Muslim melancarkan kempen "Kot Untuk Kemanusiaan" kira-kira pukul 17.00 waktu setempat.

Pada akhiri acara, lebih dari 700 kot disumbangkan.

Kumpulan ini akan terus mengumpul sumbangan sehingga akhir bulan di fakulti gigi Universiti Dalhousie, pusat bahasa di Universiti St. Mary dan ruang doa lintas agama, SimplyCast dan Bedford ortodontik.

"Kami datang bersama sebagai satu komuniti, orang-orang dari bangsa yang berbeza, agama, latar belakang, hanya datang untuk tujuan utama membantu mereka yang memerlukan," ungkap El-darahali dan menambah bahawa ia berharap kempen tersebut boleh menjadi acara tahunan.

Muslim di Kanada berjumlah kira-kira 1.9% daripada jumlah keseluruhan penduduk yang berjumlah kira-kira 32.8 juta.

Jumlah pemeluk Islam di sana meningkat secara dramatik selama satu dekad terakhir dan Islam menjadi agama nombor satu diluar agama Kristian di Kanada. (IH/arrahmah.com) 

AS vs Rusia Kini, Ke Arah Perang Dunia Ke-III -Andrew Foxall



Amerika Syarikat (AS) dan koalisinya mengumumkan telah melakukan 24 serangan terhadap ISIS di Syria dalam 24 jam. Di waktu yang sama, Rusia mendakwa menggempur 55 target ISIS.

Penganalisis tentera, Andrew Foxall dari kumpulan think thank Henry Jackson Society, memberi amaran, serangan gabungan AS yakni NATO dan Rusia di Syria boleh menjadi bencana dibayangkan jika suatu saat bersilang.

Kedua-dua kuasa dunia itu, boleh melibatkan Perang Dunia III di Syria.

Dalam beberapa hari ini saja, ketegangan antara AS dan Rusia terus menjadi panas, di mana AS menuduh serangan Rusia mengenai pasukan pemberontak Syria yang dilatih AS.

Sebaliknya, Rusia mengejek pakatan AS yang sudah setahun menyerang kumpulan Negara Islam (ISIS) tapi tidak begitu terlihat hasilnya.

Foxall, mengatakan insiden diplomatik boleh berubah jadi bencana. Dia menggambarkan bahawa lalu lintas udara di Syria kini semakin padat. Pesawat pejuang, helikopter, pesawat, peluru berpandu dan meriam baik dari Rusia dan gabungan AS telah jadi pemandangan setiap saat di wilayah udara Syria.

"Memandangkan jumlah lalu lintas tentera di udara (yang padat), ada kebimbangan nyata bahawa pesawat akan ditembak jatuh kerana salah faham yang jadi bencana. Ini bermakna kita boleh menjadi saksi detik-detik dari peningkatan yang tiba-tiba membawa kita ke ambang perang, "kata Foxall.

Komander serangan udara AS di Syria, Leftenan Jeneral Charles Brown, telah mengakui adanya ketegangan kedua pihak. Dia memberi contoh, pesawat AS dan Rusia nyaris berhadapan dalam jarak 20 batu. Jika tidak dikawal, hal itu boleh jadi bencana dalam masa beberapa saat.

"Rusia mempunyai tujuan yang sangat berbeza dengan pakatan NATO yang mahukan perubahan rejim di Syria," kata Foxall, seperti dikutip Daily Mirror, semalam. "(Sementara) kepentingan utama Kremlin adalah mempertahankan rejim pro-Rusia di Syria."

Foxall juga bimbang jika China ikut ambil bahagian dalam masalah yang rumit di Syria itu.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung NATO, Jaap de Hoop Scheffer, mengatakan kepada Channel 4, bahawa Kremlin akan gagal.

"Saya fikir Putin akhirnya akan jatuh dengan pedangnya sendiri. Dia akan menjadi anti-juru selamat untuk setiap warga Sunni di Timur Tengah, "ujarnya merujuk pada sentimen sektarian di Timur Tengah antara kaum Sunni dan Syiah. (IH/Daily Mirror)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails