Wednesday, October 21, 2015

Perempuan Ganyang Perempuan, Apa Manfaat Dari Video Ini?

Sedutan video yang viral hari ini. 

Lihat kisah dari video viral ini. Apa Manfaat yang boleh diambil iktibar.

SEBUAH video yang menunjukkan seorang wanita dipukul oleh dua wanita lain viral di laman Facebook hari ini. 

Laman Facebook Friends of BN mendakwa, kejadian tersebut berlaku di Bachok, Kelantan. 

Dalam video tersebut, seorang wanita berbaju ungu dan berseluar jeans dilihat dipukul beberapa kali di bahagian kepala dan badan. 

Seorang wanita lain pula menendang kepala mangsa beberapa kali. 

Terdapat beberapa saksi di dalam video tersebut yang dilihat hanya berdiri sambil merakam kejadian dan tidak berusaha untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.

"Kes pukul perempuan sama perempuan, mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan," tulis laman itu. 

Menurut Friends of BN, kejadian tersebut dikatakan akibat berlaku salah faham yang menyebabkan mereka yang terbabit bergaduh. 

Hampir 10,000 pelayar menyaksikan video tersebut menggesa PDRM segera menyiasat kejadian berkenaan.(IH)

Ditangkap Khalwat Bogel Begini, Siapa Salah, UMNO?


Jitra: Sepasang remaja yang bermadu asmara tergamam apabila ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel (termasuk dalam kategori bogel) di sebuah motel di Changlun, beberapa hari lalu. 

Malah, remaja lelaki berusia 19 tahun itu sanggup meminjam kereta bapanya untuk keluar bersama kekasihnya, 19, sebelum menginap di hotel untuk melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun, tindakan mereka itu mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 2.50 petang. 

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di motel itu dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. 

Menurutnya, pasukannya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang disyaki disewa pasangan terbabit yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis. (hmetro)
Soalnya sekarang, siapa yang bersalah? Weblog ini sentiasa diserang kerana mengaitkan setiap perlakuan buruk dengan UMNO/BN. Mengapa dikaitkan dengan UMNO/BN?


Pertama: Kerana dasar kerajaan Malaysia gagal menekankan perlaksanaan cara hidup Islam yang syumul, kerana perlembagaan negara ini bukan berdasarkan Islam.. Yang sepatutnya mementingkan moral dan agama. Pentarbiahan dalam segenap bidang, pendidikan, penerangan, belia dan lain-lain.

Kedua: Media kerajaan dan yang di bawah naungan kerajaan seperti akhbar, tv dan lain-lain berterusan menyuburkan dasar anti Islam seperti pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batas dan hijab. Bahkan pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN pun tidak menunjukkan contoh yang baik. Lihat saja aurat keluarga-keluarga menteri.

Ketiga: Difahamkan BN menggunakan jentera kerajaan seperti polis dan pemimpin UMNO menaungi kegiatan penyebaran video-video lucah, maksiat dan judi... 

Dan banyak lagi.. Jelasnya secara langsung atau tidak langsung, memang UMNO terlibat dan bertanggung jawab dalam kepincangan masyarakat seperti seperti yang ada sekarang. Lihatlah bagaimana pentadbiran Nabi SAW dan Khalifah-khalifah Islam terdahulu sebagai panduan. (IH)

Tuesday, October 20, 2015

Video Ini, Dr Yusof Qaradhawi Haramkan Penubuhan AMANAH?

Yusuf Qardhawi

Hj Hadi dakwa Dr Yusof Qaradhawi mengharamkan penubuhan AMANAH?


Hj Hadi dakwa Dr Yusof Qardawi mengharamkan penubuhan Parti Islam baru di Malaysia sedangkan Pas masih lagi ada duk cokoh!
(IH)

'Qaradhawi Tak Haramkan Parti Baru AMANAH'... Belum Jelas?

Usaha Parti Amanah Negara (AMANAH) melobi jaringan Islam antarabangsa mencapai langkah kanan selepas pertemuan dengan tokoh sarjana Islam dunia Yusuf Al-Qaradawi.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata pemimpin kanan mereka Datuk Dr Mujahid Yusuf telah bertemu dengan Al-Qaradawi di Qatar pada Sabtu lalu.
“Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain daripada PAS,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan malam tadi.
Bekas naib presiden PAS itu juga berkata AMANAH berbincang dengan Al-Qaradawi berkaitan “kejelasan fikrah Islam” kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal ISIS atau seumpamanya.
“Lalu Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi menyokong usaha untuk membetuli salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam,” katanya lagi.
AMANAH dalam usaha memperkenalkan parti Islam baru itu di peringkat antarabangsa, khususnya di kalangan gerakan Islam antara 13 hingga 18 Oktober lalu.
Selain Salahuddin dan Mujahid, turut menyertai mereka Timbalan Penasihat Umum AMANAH Abdul Ghani Shamsuddin dan Bendahari Asmuni Awi.
Misi mereka bermula dengan pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Al-Qaradaghi pada 13 Oktober, yang menjelaskan kenapa AMANAH perlu wujud dalam persada politik Malaysia.
“Perbincangan kami berlangsung dalam suasana amat mesra dengan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai AMANAH,” kata Salahuddin.
Manakala dalam pertemuan dengan Sheikh Dr Ibrahim Munir, setiausaha agung Ikhwanul Muslimin itu mencadangkan supaya usaha mencapai persefahaman di kalangan parti politik Islam, termasuk PAS digerakkan.
Semua itu supaya politik Islam dapat diperkukuhkan di Malaysia, kata Salahuddin memetik pesanan Ibrahim.
Justeru, kata Salahuddin, AMANAH terbuka untuk bertemu, dan komited untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan umah.
“AMANAH juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji dengan mengambil pendekatan terbuka, dan memberi peluang untuk berbincang dengan AMANAH dan bukan mengambil pendekatan mencerca ataupun menghukum sewenang-wenangnya,” katanya.
'Haram, kata Ayah Chik'
Bagaimanapun, ketika AMANAH mengambil langkah itu selepas, di kalangan akar umbi PAS, idea yang lain pula diketengah.
Pemuda PAS Kuala Selangor dalam Facebook contohnya menerbitkan tulisan berjudul “Petikan ucapan Ayah Chik (Hadi): Haram tubuh parti Islam selagi PAS masih ada: Dr Qaradawi ”.
Tulisan itu antaranya menyebut, Qardawi menghubungi Hadi untuk mendengar sendiri pendapatnya perihal parti Islam baru di Malaysia.
“Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Al-Qaradawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada.
“Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya,” kata Hadi seperti dilaporkan Facebook itu. (MK)

Pelajar Dituduh Buat Bom Melawat White House

Seorang ahli sains bergambar dengan Ahmed Mohamed ketika remaja Islam itu menjadi tetamu White House pada Isnin.

Kisah  Anak Muda Islam Kreatif Di AS

WASHINGTON: Remaja Islam yang ditahan polis apabila gurunya tersalah anggap bahawa jam buatan sendiri adalah bom tiba di White House pada Isnin, selepas menerima jemputan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.
Ahmed Mohamed merupakan sebahagian daripada kumpulan pelajar, guru, ahli-ahli sains, angkasawan dan selebriti yang menjadi tetamu Malam Angkawasan White House.
Mohamed mula dikenali ramai selepas pihak sekolahnya di Texas melaporkan kepada polis mengenai objek mencurigakan yang dibawa pelajar berkenaan ke sekolah.
Disebabkan dia seorang remaja Islam, objek berkenaan disangka bom buatan sendiri.
Bagaimanapun siasatan polis mendapati ia hanya sebuah jam buatan sendiri dan perkara itu menarik perhatian netizen yang mencemuh tindakan sekolah tersebut.
Malah #IStandWithAhmed menjadi popular oleh netizen untuk hashtag khususnya di Twitter. Tindakan Mohamed mencipta jam tersebut kemudian menarik perhatian Obama yang mengucapkan tahniah kepadanya.
Pelajar tersebut kemudian dijemput Obama ke White House untuk satu majlis bersama golongan pintar lain. (IH)

Bongkar Gereja Di Singkil, Bermula 10 Gereja.. -BBC

Sudah diputuskan 10 gereja dibongkar dan 13 lainnya akan diurus izinnya.  

Kerajaan Aceh Singkil mengerahkan kira-kira 20 satpol PP untuk melakukan pembongkaran tahap pertama terhadap 10 gereja yang dinyatakan tak mempunyai permit, Isnin 19 Oktober.

Pembongkaran pertama dilakukan pukul 09.00 WIB waktu setempat terhadap undung-undung, atau rumah ibadah kecil Katolik di Desa Mandumpang, Kecamatan Suro.

Bangunan yang berkonstruksi kayu itu cukup sederhana sehingga pembongkaran hanya memerlukan waktu 1.5 jam, dengan menggunakan palu, martil, beliung, gergaji, jelas Edi Sugianto Putra, wartawan Radio Xtrafm Singkil, yang membuat liputan untuk BBC Indonesia.

Kemudian para petugas bergerak ke Desa Siompin yang berjarak kira-kira 1km untuk melaksanakan perintah pembongkaran terhadap dua gereja di kampung itu, yakni Gereja Kristian Protestan Pakpak Dairi (GKPPD), dan Gereja Misili Injil Indonesia (GMII).

Pembongkaran yang berlangsung dengan kawaran lebih daripada kira-kira 100 polis dan tentera itu berlangsung tanpa perlawanan dari para jemaah gereja.
Satpol PP membongkar gereja-gereja itu, dikawal sekitar 200 polis dan tentera.

'Harga mati'

Kerajaan beralasan pembongkaran 10 gereja sudah merupakan kesepakatan antara pelbagai pihak, dan pada asalnya -seperti dijelaskan Dandim Aceh Singkil Letkol Arif Sjaerozi kepada BBC- dijangka akan dilakukan pihak gereja sendiri.
Namun seperti dikatakan pendeta Paima Berutu dari GKPPD, para jemaah tidak bersedia membongkar gereja sendiri.

"Kami tidak tega untuk membongkar rumah ibadat kami sendiri," kata Paima Berutu.


"Hari Minggu kemarin, Bupati Aceh Singkil memang menyarankan kami bongkar sendiri. Tapi semalam, kami jemaah gereja, sepakat satu gereja untuk menyerahkannya kepada pemda."

Sahat pembongkaran GKPPD oleh para satpol PP, seperti disebutkan Paima Berutu, sejumlah jemaah menyaksikan dari kejauhan, termasuk dirinya sendiri.
Seorang ibu lanjut usia menangis terisak sambil menatap pembongkaran.
Paima berusaha tegar. Namun, tak urung, katanya, "menyaksikan perobohan itu, saya merasa rugi, merasa sedih, merasa kesal."

"Tetapi penyelesaiannya sudah 'harga mati' dari kerajaan. Ya kami harus menerima. Kalau tak menerima, maka tak ada penyelesaiannya (untuk konflik)."

Mencari tempat ibadat

Masalah selanjutnya, kata Paima, adalah bagaimana para jemaah beribadat.


"Yang pasti, ada dua gereja, di desa lain, di Keras dan di Mandumpang. Yang satu 4km, yang satu lagi jaraknya 3km, katanya."

Hal yang sama menjadi pekerjaan rumah Ketua Dewan Stasi Gereja Katolik Mandumpang, Dolly Manik.

Ia berkata, perobohan gereja mereka akan membuat 17 kepala keluarga yang akan beribadat harus menempuh perjalanan sejauh 30 minit ke gereja terdekat di Desa Suka Makmur Kecamatan Gunung Meriah.

"Kalau ditanya hati kecil, memang berat (menyaksikan perobohan gereja). Tapi ini kan sudah keputusan kerajaan," kata Paima Berutu.

Pembongkaran gereja-gereja lain yang sudah masuk senarai 10 gereja akan dilanjutkan Selasa (20/10).

Menurut Camat Suro, Abdul Manaf, pihaknya sudah melakukan komunikasi dengan warga berkaitan perjanjian antara kerajaan daerah dan pemuka agama Kristian.

"Kita sudah berkomunikasi perihal pembongkaran, sekaligus bersama jemaah kita menghitung-hitung. Bayaran ganti ruginya," jelas Abdul Manaf kepada Edi Sugianto Putra yang membuat liputan untuk BBC Indonesia.

Bagaimanapun menurut Bupati Aceh Singkil, Safriadi- selain 10 gereja yang sudah diputuskan dibongkar, ada 13 gereka yang akan 'dibiarkan' dengan pengajuan izin diajukan kepada pemerintah Provinsi Aceh.

Berikutan rusuhan 13 Oktober lalu, yang menghanguskan tiga gereja dan menewaskan seorang warga serta mencederakan sejumlah orang, kira-kira 8000 warga Kristian berpindah ke dua kampung di Sumatera Utara.


Namun mereka dikembalikan ke kampung masing-masing, Jumaat (16/10) dengan kenderaan TNI dan polis.(BBC)

Lihat sebelum ini..
Juga..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Israel Bangsat Itu Bina Tembok Di Baitulmuqaddis

AP - SEORANG kanak-kanak Palestin berdiri di sebelah tembok baharu yang dipasang oleh polis Israel bagi memisahkan kampung Jabel Mukaber dan penempatan ..

AFP - BEBERAPA penduduk Palestin membakar tayar berhampiran tembok yang memisahkan bandar Abu Dis di Tebing Barat dengan Baitulmuqaddis semalam.
.
BAITULMUQADDIS – Polis Israel kelmarin mula membina tembok di timur Baitulmuqaddis bagi melindungi penempatan haram Yahudi yang menjadi sasaran bom api dan balingan batu dari kampung Palestin berdekatan.
Tembok itu akan memisahkan kampung Jabel Mukaber dan penempatan haram Armon Hant­ziv. Pembinaannya dikritik parti pembangkang yang melihat langkah itu sebagai usaha untuk menga­singkan penduduk di timur Baitulmuqaddis.
Sehingga kelmarin, polis telah meletakkan enam bongkah batu di Jabel Mukaber, setiap satu setinggi 2.5 meter dan lebar 2 meter sebagai penghadang sementara.
Majlis perbandaran tempatan memberitahu, dinding itu akan merangkumi kawasan seluas 300 meter bagi melindungi penduduk Yahudi daripada tindakan belia Palestin yang membaling batu dan bom api ke arah kediaman serta kereta mereka.
Jabel Mukaber menjadi lokasi panas susulan siri keganasan sejak beberapa minggu lalu yang mengorbankan 42 warga Palestin dan tujuh penduduk Yahudi.
Tiga penduduk kampung itu bertindak membunuh tiga warga Israel dalam serangan berasingan di Baitulmuqaddis pada Selasa lalu sebelum mereka dibunuh pasukan keselamatan Rejim Zionis.
Pada Sabtu lepas, seorang remaja Palestin berusia 16 tahun ditembak mati polis Israel selepas cuba menikam seorang anggota polis sempadan di sebuah pos pemeriksaan dekat Jabel Mukaber.
Israel menganggap­ Bai­tulmuqaddis sebagai wilayah mereka selepas merampasnya dalam Perang Enam Hari pada 1967. – AFP
Begitulah perangai bangsa bangsat itu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails