Thursday, November 12, 2015

Nora Danish: Fesyen Rahib Gereja? Yang Penting Menutup Aurat..

Inilah imej Nora yang mendapat kritikan dan diterima secara positif pelakon itu.
HALAMAN HIBURAN
Yang penting berpakaian menutup aurat, bukan begini..

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish mengakui telah melaklukan kesilapan apabila tampil dengan fesyen penyerupai pakaian rahib gereja pada pelancaran tudung jenamanya Owl by Nora Danish pada minggu lalu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, perkara tersebut hanya disedari selepas dia menerima kritikan daripada pengikut di Instagram yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan.

"Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.
"Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlibat seperti itu (rahib)," ujarnya kepada mStar Online,  pada Khamis.

Nora ditemui pada pelancaran program Ceria All Stars, di Talent Lounge, di sini, Rabu.

Kata Nora,  dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat pada masa hadapan.

"Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung," ujarnya.

Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakan dia memeggang burung hantu kononnya mahu mempromosi sesebuah fahaman.

Katanya, burung hantu yang dibawa ketika di pentas peragaan itu hanya sebagai simbolik nama jenama itu iaitu Owl by Nora Danish.

"Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambing sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.

"Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai," ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang penting pakaian menutup aurat. Itu mengikut kehendak Islam. 

2 Wanita Diburu Cabul Lelaki. Cabul Bagaimana? Lihat Video Ini, Banding Dg Quran Surah Yusuf..

DUA orang wanita kini diburu pihak berkuasa di Washington D.C selepas video mereka melakukan gangguan seksual terhadap seorang lelaki tersebar.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka di sana, kedua-dua orang wanita itu dilihat cuba mengganggu dan mencabul seorang lelaki di situ dengan membuat aksi ghairah dan meraba-raba tubuh badan lelaki berkenaan.
Lelaki yang sedang bercakap dengan telefon bimbit itu dilihat cuba mengelak namun terus dicabul oleh dua wanita terbabit.
Kedua-dua suspek berhadapan dengan hukuman melakukan penderaan seksual tahap ketiga termasuk berkelakuan tidak senonoh, mencabul seseorang, mengancam keselamatan diri dan menculik. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Cabul bagaimana? Bandingkan dengan kisah dalam Al-Quran, Surah Yusuf..
Video:

Women wanted for twerking

Wednesday, November 11, 2015

Buaya Ganti Pengawal Atasi Masalah Rasuah Dipenjara.

JOM KREATIF
JAKARTA – Bosan dengan masalah rasuah yang sering melanda warden penjara kawalan ketat, pemerintah Indonesia berhasrat menggunakan perkhidmatan buaya sebagai pengawal bagi menggantikan tenaga manusia.
Menurut agensi berita antarabangsa AFP, pasukan antidadah Indonesia telah mengusulkan pembinaan sebuah penjara khas bagi menempatkan banduan kesalahan pengedaran dadah berat yang dijatuhi dihukum mati.
Menurut seorang pegawai tempatan yang enggan didedahkan identitinya, mereka bercadang untuk membina penjara baharu tersebut di sebuah pulau terpencil yang dikawal ketat oleh sejumlah besar buaya ganas 24 jam.
Cadangan tersebut hasil idea ketua antidadah Indonesia, Budi Waseso, yang merancang untuk membuat lawatan ke beberapa tempat di kepulauan Indonesia bagi mencari sendiri buaya yang boleh mengawal penjara itu.
Beliau berpendapat binatang buas tersebut dapat mengekang tindakan banduan daripada melepaskan diri, berbanding dengan pengawal yang boleh mengambil wang rasuah untuk melepaskan pesalah jenayah berat itu.
Pihak berkuasa bagaimanapun enggan mendedahkan berapakah bilangan buaya akan bertugas dan kos upah perkhidmatan reptilia berkenaan yang dijangka bertugas 24 jam setiap hari sepanjang tahun tanpa cuti rehat.
Buat masa ini, banduan hukuman mati ditempatkan di penjara Kerobokan di mukim Badung, Bali yang dibuka sejak 1979 dan kini menampung lebih 1,000 tahanan daripada pelbagai negara. – Agens
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Pembangunan Sarawak, Jalan Raya Ini, Sesuai Bagi Kerbau Berkubang.

ADUN Ba'Kelalan Baru Bian kesal kerana keadaan jalan raya di Sarawak berada dalam keadaan usang dan boleh menimbulkan risiko terhadap nyawa dan kenderaan pengguna.
"Saya kerap ulang alik di Ba'Kelalan dan beberapa bulan-bulan kebelakangan ini saya dapati keadaan semakin teruk setiap kali aya melalui jalan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keluhnya, jalan dari Long Semadoh ke Ba'Kelalan lazimnya memakan masa satu setengah jam, tetapi kini ia memerlukan masa tiga jam kerana jalan berlubang teruk.
"Tanpa ragu-ragu, ini adalah jalan paling teruk dan berlubang Sarawak. Saya lihat kerbau pun boleh berkubang dalam lubang berlumpur di jalan," katanya.
Menurut pemimpin PKR itu, keadaan yang sama dilaporkan di jalan Long Luping-Long Semadoh.
Beliau memberi amaran pengguna berdepan dengan risiko apabila menggunakan jalan-jalan berkenaan.
Selain itu, katanya, kenderaan kerap kali rosak akibat jalan yang berlubang dan perlu sentiasa dibaiki.
Oleh itu, katanya Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab bagi penyenggaraan jalan seharusnya mempunyai jadual tetap pembaikan jalan raya untuk mengelakkan keadaan sedemikian.
Dengan musim tengkujuh tidak lama lagi, Bian berharap JKR akan melakukan kerja-kerja penyenggaraan segera.
"Sudah beberapa dekad, penduduk pendalaman di Sarawak terpaksa bersabar dengan jalan yang tidak bermutu ini.
"Dalam usaha untuk menggalakkan aktiviti pertanian tempatan dan merangsang ekonomi luar bandar, infrastruktur seperti jalan adalah penting.
"Sampai bila kita akan dapat nikmati jalan yang rata dan tidak berlubang yang diambil mudah oleh mereka yang tinggal di semenanjung?" soalnya. (MK)

Hidup Mewah Bukti Rasuah, Dr M. Najib Terlibat?

Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mahkamah di negara ini menerima gaya hidup mewah seseorang individu sebagai bukti wujud elemen rasuah.
Katanya, tidak ada guna mereka yang menerima rasuah tetapi tidak membelanjakannya.
"Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya," katanya pada ucaptamanya di simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya lagi, gaya hidup seperti memiliki banyak kereta mewah contohnya, adalah petunjuk kepada rasuah tetapi malangnya, mahkamah di negara ini mahu saksi tampil memberi keterangan bagi membuktikan gejala rasuah wujud.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah dengan gaya hidup mewah keluarga PM Najib ini boleh membuktikan, bahawa beliau terlibat rasuah?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

K'tan: Amanah Nak Tumpang PAS, Parti Islamkah Dia?



SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat ingin menumpang Pas yang telah berjaya meletakkan asas Islam dan membina negeri yang lebih baik di Kelantan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  Amanah perlu fokus kepada negeri lain dan membina asas sendiri dari merampas Kelantan daripada Pas.

“Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini. Situasi di Kelantan sebenarnya sudah sangat baik. Tiada keperluan untuk tukar kerajaan baharu.
“Saya fikir seeloknya mereka cuba fokus di negeri lain yang masih teruk dan perbetulkan polisi dasar supaya menepati kehendak Islam,” katanya, semalam.

Kelmarin, Amanah melalui Presidennya Mohamad Sabu berkata sedia menggantikan Pas mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14.
Kata Tuan Ibrahim lagi, kenyataan Mohamad itu juga telah menyebabkan matlamat asal penubuhan Amanah telah tersasar.

“Mereka perlu ingat asas mereka pada awal penubuhan Amanah dahulu ingin menewaskan Umno bukan menyerang Pas.
"Mereka sudah lari matlamat asal mereka dan parti tersebut hanya cakap tak serupa bikin,” katanya, semalam.

Namun kata Tuan Ibrahim, Pas tidak pernah gentar dengan kenyataan Amanah tersebut dan yakin rakyat di Kelantan masih menerima Parti itu.

“Semua orang boleh mendakwa bahawa parti mereka mendapat sambutan. Tetapi Pas sememangnya masih kukuh dan kuat di Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas menyerahkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mahkamah membenarkannya.

“Pandikar perlu menjadikan keputusan mahkamah itu sebagai satu rujukan dan memberikan laluan kepada pembentangan RUU itu,” katanya

Demikian lapor Sinar Harian.

Sementara itu ramai yang tertanya-tanya adakah Parti Amanah itu parti Islam? Ianyanya masih belum siap sepenuhnya, belum jelas samada parti Islam atau parti sekular seperti UMNO, DAP, PKR atau yang sekandang dengannya. (IH)

Mufti P.Pinang Mahu Vape Diharamkan, Tapi Kera-jaan M'sia Pekak..


GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan rokok elektronik atau vape.

Tegasnya, ia berikutan penggunaan vape itu diputuskan sebagai haram melalui mesyuarat yang diadakan pada Ogos lalu.

"Keputusan itu dibuat mengikut hukum syarak dan ia juga berdasarkan kepada kaedah-kaedah fiqh yang tertentu. Antara kaedah termasuk mendahulukan kepentingan umum daripada kepentingan individu atau segelintir manusia dan mengelak kemudaratan diutamakan di atas memperoleh kepentingan.

“Saya juga memohon jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengkaji dan menangani isu ini supaya melihat ia dari pelbagai sudut yang berkaitan,” katanya.

Menurutnya, ia termasuk dari sudut ancaman penggunaan vape terhadap kesihatan masyarakat seperti kesan buruk kepada wanita hamil dan kemungkinan berlaku kelahiran bayi pramatang atau kecacatan bayi.

“Kerajaan Malaysia patut mengikut jejak langkah beberapa negara tertentu yang mengharamkan penggunaan vape seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Britain,” katanya.

Wan Salim berkata, tidak menjadi kepentingan buat kerajaan untuk mengikut kehendak peniaga yang terlibat.

“Jika terbukti vape mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan, maka kerajaan tidak harus teragak-agak untuk mengharamkannya.
“Ia adalah demi kesihatan rakyat, walaupun ditentang atau dirayu, tidak sewajarnya mereka yang ingin mengaut keuntungan ini diberi kelebihan,” katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Telah diramalkan, sama saja seperti arak, rokok atau judi, kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak akan mengharamkan vape.  Ini, kerana..
  • kerajaan Malaysia lebih pentingkan ekonomi dari kesihatan rakyat, 
  • atau lebih pentingkan ekonomi dari 'soal halal-haram' dalam agama yang menjadi pegangan majoriti rakyat. 
  • Ekonomi lebih utama dari segala-galanya pada kerajaan sekular ini, yang tiada pedulikan hari akhirat.
Kerajaan Malaysia, sama seperti kapitalis-kapitalis dunia lain sanggup membunuh jutaan rakyatnya sendiri melalui rokok, yang dibenarkan, tidak dilarang di negara masing-masing. Kerana keuntungan cukai rokok yang sedikit, sanggup mengorbankan kesihatan rakyat jelata hingga mendatangkan kerosakan lebih besar. 

Kerana itu, wang yang mengalir keluar negara dan masuk ke poket kapitalis lebih banyak dari cukai yang diperolehi untuk menolong rakyat. Ertinya teori ekonomi tersebut tidak menguntungkan rakyat dan negara. Begitulah yang sedang dan akan terjadi pada vape. Itu kerja bodoh!

Dan kera-jaan Malaysia tetap pekak, tidak prihatin pada rakyatnya sendiri.
Bagaimana solusinya? Kembalilah kepada dasar kebajikan pemerintahan Islam, seperti di zaman kegemilangan Rasulullah SAW, Khalifah Ar-rasyidin, dan selanjutnya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails