Friday, November 20, 2015

Teksi New York Saman Datuk Bandar Kerana Takut Uber. Teksi M'sia?

PERTELINGKAHAN antara pemandu perkhidmatan Uber dan pemandu teksi komersial di ibu negara kita sudah berlarutan sejak awal tahun ini.
Sejak kebelakangan ini pemandu teksi dilihat lebih agresif dalam menghalang pemandu Uber daripada mengambil penumpang secara talian tersebut.
Mereka turut menggunakan aplikasi ini untuk memerangkap pemandu Uber sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa konon itu ‘drebar teksi sapu’.
Sudah berlaku juga kes salah faham di mana individu yang cuba mengambil teman di Kuala Lumpur dituduh pemandu Uber sehingga menjadi kes polis.
Kemuncaknya pada Rabu, demo anti-Uber dan Grabcar yang dianjurkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur menggesa Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk meletakkan jawatan.
Konon kerana beliau gagal menghalang dua perkhidmatan ini daripada mengganggu ‘periuk nasi’ mereka.

Baca: Video Lucu! Pemandu Uber VS Pemandu Teksi

Masalah pemandu teksi dan Uber ini bukanlah masalah yang hanya berlaku di negara kita.
Persatuan pemandu teksi dan limosin New York pada Khamis memfailkan saman ke atas Datuk Bandar New York serta Suruhanjaya Teksi dan Limosin kerana membenarkan Uber beroperasi.
Mereka merasakan adalah tidak adil pemandu teksi perlu memenuhi pelbagai syarat untuk beroperasi seperti mempunyai teksi yang mesra pengguna OKU.
Syarat yang sama tidak perlu dipatuhi oleh pemandu Uber, ini sekali gus meningkatkan kos operasi teksi dan menyebabkan mereka gagal bersaing dengan Uber.
Sejak Uber mula beroperasi, 22 syarikat teksi di New York terpaksa gulung tikar kerana mengalami kerugian dan nilai saman yang diminta tidak pula diberitahu. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: REUTERS

Thursday, November 19, 2015

Sampai Hati DAP Buat Begitu Kepada ADUN PKR P.Pinang?

ADUN PKR menangis dalam Sidang DUN P. Pinang   Dr. Norela gagal menahan perasaan selepas soalan yang membabitkan kawasannya tidak dijawab.

PETALING JAYA: Tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norela Ariffin mengejutkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dia dikatakan tidak dapat menahan perasaan sebaknya, mendakwa kerajaan negeri telah mengabaikan kawasannya. Reaksi itu berlaku selepas soalan yang dikemukakannya tidak dijawab.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Aksi Dr Norlela itu kemudian ditenangkan ADUN Berapit, Lydia Ong. 
(Diangkat dari FMT)

Paksa Lakukan Seks, 3 Wanita AS Dakwa Putera Arab Saudi. -AFP

LOS ANGELES: Tiga wanita warga Amerika Syarikat (AS) mendakwa seorang putera Arab Saudi memaksa mereka melakukan seks selama tiga hari dalam sebuah parti seks dan dadah di rumah agam di Beverly Hills.

Wanita yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah pada September lalu, telah memfailkan saman sivil terhadap Majed Abdulaziz Al Saud, 29 tahun. Saman yang difailkan mendakwa putera Arab Saudi cuba memaksa salah seorang pekerja wanita itu untuk melakukan seks.
Putera itu juga mengarahkan pengawal keselamatan untuk turut berbogel bersama yang lain di tepi kolam renang. Salah seorang pekerja wanita merayu supaya putera itu menghentikannya, tetapi putera itu kemudiannya menjerit kepada mereka.
"Kamu bukan perempuan! Kamu bukan siapa-siapa! Saya seorang putera dan saya boleh lakukan apa sahaja yang saya mahu dan tiada siapa akan buat apa sahaja terhadap saya," jeritnya.
Wanita itu turut mendakwa putera itu pernah melakukan seks dengan lelaki lain dan mengambil dadah yang dipercayai kokain.
"Al Saud bertindak ganas dan memaksa pekerjanya untuk melakukan seks secara terbuka dan memalukan mereka di khalayak umum.
"Ini adalah contoh menggunakan kekayaan dan kuasa untuk mengenakan penderaan emosi dan fizikal ke atas mereka," kata Van Frish yang merupakan peguam kepada pekerja wanita itu.
Peguam kepada putera itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Menurut Frish lagi, salah seorang jiran di situ telah menghubungi polis selepas mendengar jeritan anak guamnya yang cuba memanjat pagar di kediaman itu.
Putera itu ditahan kerana cuba memaksa wanita-wanita itu untuk melakukan seks oral. Disebabkan tiada bukti kukuh, pihak berkuasa Los Angeles tidak meneruskan tuduhan feloni kepada putera itu tetapi akan dikenakan tuduhan kerana melanggar undang-undang. -AFP

Seret Perang Syria Ke P'cis, Kejayaan ISIS, P'cis Resah.

Di tengah semakin panasnya Perancis melawan ISIS, Presiden Francois Hollande di depan Parlimen di Istana Versailles, Hollande berpidato dengan geram dan bersumpah akan membasmi ISIS.

ISIS adalah mastermind atau otak serangan keganasan Paris pada hari Jumaat, 13 November 2015. Salah satu perancang serangan itu adalah warga Belgium yang tinggal di Syria.

"Perancis kini dalam keadaan perang ..., tapi kita tidak berperang dengan peradaban awam kerana para pembunuh pengganas itu tidak mewakili perabadan mana pun," kata Hollande pada Isnin, 16 November seperti dilapor The Guardian. Perancis kini resah.

Sehari selepas jet-jet Perancis menggempur pangkalan ISIS di Raqqa, Hollande menegaskan bahawa serangan udara akan terus dipertingkatkan seiring dengan kedatangan kapal induk Charles de Gaulle di timur Laut Mediterranean.

Hollande juga mengatakan dalam beberapa minggu ke depan ia akan bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin demi mengukuhkan pakatan melawan ISIS.

Di Paris, menurut Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve, polis telah berjaya menemui beratus-ratus senjata dan peluru di 160 lokasi serbuan yang dilakukan polis anti-keganasan. Sebanyak 23 orang telah diselamatkan, sementara 104 orang mendapat tahanan rumah.

Hollande menggambarkan serangan berdarah dan bom bunuh diri yang terjadi di bar, restoran, stadium serta gedung konsert yang membunuh 129 orang adalah serangan 'mengajak perang'.

"Mereka membuat keputusan dan merancang keganasan di Syria. Mereka menyiapkan dan mengatur rancangan keganasan di Belgium lalu masuk ke tanah kami, Perancis," kata Hollande.
Hollande juga menetapkan status 'negara dalam keadaan bahaya' hingga tiga bulan akan datang. Ia pun menuntut perubahan undang-undang yang membuat pihak keselamatan menambah kekuatan perang melawan keganasan.

Selain itu, kekuatan polis ditambah sehingga 5,000 anggota. Sebanyak 2,500 kakitangan undang-undang, termasuk hakim dan pendakwa serta seribu pegawai Kastam, akan diambil bekerja dan pemotongan jumlah tentera akan dihentikan.

Menutup ucapannya, Hollande menegaskan bagaimanapun musuh-musuh dan penjahat berjaya memporakperandakan negerinya, Perancis tidak akan berubah.

"Para bertamadun itu boleh menyerang kami, tapi jiwa Perancis tidak akan berubah. Pengganas tidak boleh menghancurkan Republik (Perancis). Tapi Republik boleh menghancurkan keganasan," ujar Hollande. (IH / GUARDIAN)

Edar Gambar Ini Akan Diambil Tindakan. -Ismail Sabri Yaakob.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berang kerana lebih banyak gambar yang menunjukkan beliau bersama hidangan telur penyu dimuat-naikkan di media sosial.

Mengulas mengenai gambar-gambar itu, Ismail Sabri berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengedarkannya.


"Saya akan berhubung dengan peguam saya untuk meneliti dakwaan ini," katanya kepada Malaysiakini.

Pusat Lapangan Danau Girang, sebuah kemudahan penyelidikan dan latihan di Sabah, malam semalam, memuat-naikan empat gambar yang memaparkan menteri itu hadir pada majlis makan malam kontroversi di Sandakan, Sabah, pada bulan Ogos lalu di laman Facebook.

"Merujuk kepada empat gambar yang dimuat turun dari laman Facebook Walai Penyu Resort Libaran dan dikongsi oleh 'Deadturtle Sabah', nampaknya telur penyu sebenarnya dimakan oleh orang yang sama menafikannya sebelum ini, " kata Pusat Lapangan Danau Girang.

Gambar-gambar berkenaan menunjukkan telur penyu terhidang dalam piring kecil yang diletakkan di hadapan Ismail Sabri manakala pinggannya pula memaparkan telur yang sudah dipecahkan separuh.


Dalam kenyataannya, awal bulan ini, Ismail Sabri menafikan ada memakan telur penyu telur kerana kandungan kolesterol yang tinggi.

Katanya, beliau hanya makan ikan pada majlis makan malam.

Aktivis alam sekitar dan pemuliharaan menyelar menteri Umno itu selepas gambarnya pada majlis makan malam di Sandakan pada bulan Ogos tersebar di media sosial yang memaparkan telur penyu sebagai antara hidangan yang disediakan, selain udang kara.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Umno Beluran James Ratib.Kerajaan Sabah dilaporkan sedang menyiasat perkara itu.Pengumpulan telur penyu dibenarkan hanya jika mempunyai lesen dan terhad di pantai timur Semenanjung, tetapi aktiviti itu diharamkan di Sabah di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.Mereka yang bersalah mengumpul, menjual atau memakan telur penyu di Sabah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. (MK)

WATCH: ISIS Ancam Serang New York Dalam Video Terbaru (VIDEO)


NEW YORK - Polis New York dan FBI pada Rabu (18/11) mengaku mengetahui beredarnya video baru ISIS mengandungi rencana serangan ke bandar berpopulasi ramai penduduk di Amerika Syarikat tersebut, layaknya yang terjadi Paris. Namun, kedua-dua badan tersebut mengatakan tidak ada ancaman tertentu.

"Beberapa adegan dalam video bukan rakaman baru. Video itu menegaskan mesej bahawa New York masih menjadi sasaran utama. Sementara tidak ada ancaman khusus terhadap bandar ini sekarang, kami akan tetap meningkatkan kewaspadaan," ujar wakil pesuruhjaya NYPD, Stephen Davis.

Sementara itu, FBI akan melakukan penyelidikan lebih lanjut berkaitan video tersebut. Video berdurasi enam minit tersebut memaparkan adegan seorang pelaku bom bunuh diri bersiap dan mengancing jaket kulitnya. 


New York police said they are aware of the video, which features this shot of Manhattan's Times Square 



Namun, direktur SITE Intelligence Grou
Merujuk pada keterangan kumpulan pemantau militan, SITE Intelligence Group, video tersebut juga memperlihatkan beberapa keping gambar Times Square, persimpangan jalan di Midtown Manhattan yang terkenal di kalangan pelancong, dan pengebom bunuh diri memegang alat picu.

Video ini memang dilapor hanya berselang beberapa hari sejak rangkaian serangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 120 orang melanda Paris pada Jumaat (13/11).

Insiden ini dianggap mengorek kembali luka lama warga New York berkaitan tragedi 11 September 2001, ketika kumpulan 'pengganas' merampas pesawat yang dihantamkan ke menara kembar World Trade Center. Lebih daripada 2,600 nyawa melayang dalam tragedi ini.

Namun, pengarah SITE Intelligence Group, Rita Katz, mengatakan, "Potongan gambar New York dalam video ISIS itu diambil dari video yang dikeluarkan oleh kumpulan itu pada April tahun ini. New York memang dan sudah pernah menjadi sasaran ISIS. Video ini seharusnya tidak menimbulkan panik , "kata Katz. -CNN


Parti Islam Australia Ditubuhkan, Muslim Perlu Suara Kuat..

Parti ini ditubuhkan kerana adanya penilaian bahawa komuniti muslim Australia tidak punya suara kuat dalam perdebatan awam.

Parti politik yang mewakili masyarakat muslim Australia akhirnya dibentuk di Sydney. Parti ini bertekad memenangi kerusi Senat pada Pilihan raya akan datang, sehingga umat muslim punya wakil di pentas politik nasional Negeri Kanguru itu.

Parti itu diisytiharkan oleh Diaa Mohamed, lelaki yang berasal dari Australia Barat. Dia optimis akan mendapatkan 500 orang anggota agar boleh mendaftar untuk masuk dalam bursa pemilihan anggota senat.

Diaa Mohamed berkata, parti ini ditubuhkan kerana adanya penilaian bahawa komuniti muslim Australia tidak punya suara kuat dalam perdebatan awam.

"Mungkin hal itu disebabkan kerana kita tidak tahu bagaimana caranya, atau kita sedikit terlalu terpisah-pisah, jadi semoga saja dengan hadirnya Parti Muslim Australia ini akan memberikan kita peluang agar suara kita lebih terdengar," kata Mohamed, sebagaimana dikutip Dream dariRadio ABC Australia, Selasa 17 November 2015.

Deklarasi partai ini hampir saja dibatalkan, menyusul insiden serangan di Paris, Perancis, pada Jumaat minggu lalu. Namun Diaa menilai justru saat inilah masa yang tepat untuk mengisytiharkan parti ini.

"Ada banyak soalan yang mencuat beberapa hari ini berkaitan peristiwa yang terjadi belakangan ini dan inilah sebenarnya alasan mengapa kita perlu menubuhkan parti ini," kata dia.

Diaa menambah, parti ini ditubuhkan juga sebagai bentuk respons daripada peningkatan aktiviti politik yang menentang Islam. "Pada masa ini ada 4 atau 5 parti anti-Islam yang dibentuk dan kami berfikir kita perlu melakukan sesuatu untuk menangani perkara itu," tutur Diaa.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS Australia kini ditubuhkan, iaitu Parti Islam Se Australia. (IH)

Lihat sebelum ini..
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865

Wasap no 0182018342 (Muaz Jabal) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails