Friday, December 04, 2015

Isu IS: Mat Sabu Belum Jawab Lagi, Mungkin Ada 'masalah'?

Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB  

ALOR SETAR – Pas Kedah membidas tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang mendakwa parti Islam itu diresapi pemikiran kumpulan militan negara Islam (IS).

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, Mohamad Sabu perlu kemuka bukti kerana tanpa asas kukuh perkara itu akan dilihat sengaja dilakukan untuk memburukkan Pas.

“Pas Pusat telah keluarkan kenyataan supaya dia berikan bukti apabila kaitkan Pas dengan militan.
“Sepatutnya sebagai orang lama dalam politik, dia perlu bercakap berdasarkan fakta dan bukan bertindak melulu menuduh Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kongres Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Maahad Darul Hadis Tok Keling, Alor Mengkudu, di sini, semalam.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dan bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Ahmad Fakhruddin turut mempersoalkan tuduhan Mat Sabu sedangkan perkara itu tidak pernah dibangkitkan ketika berada dalam Pas.  

“Kita hairan sewaktu dia dalam Pas, tidak bunyi pun soal IS. Tapi bila dia keluar Pas, terus keluar macam-macam tuduhan.
“Saya faham dia mengerti perkara ini. Mungkin dia ada ‘masalah’ lain. Bukan tidak mahir, tetapi tuduhan itu tidak kena pada caranya,” katanya.

Menurutnya, rakyat sedia memahami bahawa perjuangan Pas adalah melalui demokrasi dan bukan dalam bentuk kekerasan.

Sebelum ini, Mat Sabu mendedahkan mereka keluar daripada Pas dan menubuhkan parti baharu kerana Pas sudah diresapi pemikiran militan IS.
Katanya, pemikiran itu jika tidak dibendung bukan sahaja bahaya kepada Pas, malah kepada keselamatan negara.

Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden Pas bertindak menubuhkan parti Amanah selepas tewas dalam pemilihan Pas, Jun lalu.

Setakat ini, Mat Sabu, belum jawab lagi. (IH)
.

Kempen Tolak Bajet Luar Parlimen, Tapi Sidang Parlimen, Ponteng?

tolak baget sia sia

Lagi Aurat. Jururawat Dipecat, K'jaan Masih Tak Boleh Buat Apa?



Seorang jururawat hospital swasta mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja. 

Pengadu, Naziah Sauni Samat mendakwa beliau tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.

“Saya rasa hak saya untuk pakai baju lengan panjang, dia (pihak pengurusan) suruh potong, potong dan potong sehingga satu hospital itu suruh pesan dekat saya suruh potong baju lengan panjang menjadi lengan pendek.
“Dan akhirnya semalam saya dibuang kerja,” katanya dalam sidang media Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Naziah mendakwa hospital berkenaan juga tidak membenarkan beliau memakai stoking lengan bagi atas alasan kawalan jangkitan kuman.

Larangan itu, dakwanya, tidak dimaklumkan sebelum ini.

Wanita 24 tahun itu juga membangkitkan amalan di hospital lain yang membenarkan pegawainya berlengan panjang tanpa sebarang masalah.

“Kalau nak dikira, hospital seperti Hospital Kuala Lumpur benarkan jururawat mereka berlengan panjang.
“Kalau nak cakap mengenai mengawal kawalan jangkitan (kuman), pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju,” katanya.

PPIM tuntut penjelasan

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya telah bertemu dengan pengurusan hospital tersebut bagi menuntut penjelasannya.

“Kita rasa terkilan dengan institusi seperti ini,” katanya sambil menegaskan Islam sebagai agama rasmi negara yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Justeru, Nadzim menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan keadaan yang berlaku.“Saya gesa Jakim, KKM tampil jelaskan perkara ini dan ada dasar yang jelas kerana libatkan orang Islam,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan hospital itu. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim

Di zaman pemerintahan Islam, sesorang muslimah yang mengadu dipermainkan auratnya, menjadi tugas kerajaan menanganinya. Samada di dalam negara atau di luar negara sekalipun, walaupun terpaksa ditangani dengan penyerangan.

Lihat ..

Pelakon, “Saya Buka Tudung Kerana Cari Rezeki”. Pemerintah Islam, Tak Boleh Buat Apa-apa?




HALAMAN HIBURAN

Bagi yang perasan, pelakon senior Normah Damanhuri sudah mula berhijab setelah pulang dari mengerjakan umrah pada 2011.

Bagaimanapun, baru-baru ini aktres berusia 61 tahun ini dilihat muncul dengan gaya tidak bertudung bagi menjayakan drama.


Tindakan itu sekaligus mengundang tanda tanya ramai yang keliru dengan penampilan sebenarnya.

Mengulas hal itu, Normah berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah dan bergantung mengikut kesesuaian watak.

“Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak.

“Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Normah, keputusan untuk tampil dengan imej tanpa tudung dalam drama lakonannya tidak dipaksa mana-mana pihak, namun atas kerelaan hatinya sendiri.

Sementara itu, Normah akui dia bersyukur masih lagi diterima penerbit drama dan filem yang memerlukan khidmatnya berlakon meskipun usianya semakin lanjut.
“Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan.
“Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula.
“Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri,” tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Normah kini sedang menjayakan drama Tuan Anas Mikaeldi Astro Ria.
Sumber: mStar Online

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di zaman pemerintahan Islam, sesorang muslimah yang mengadu dipermainkan auratnya, menjadi tugas kerajaan menanganinya. Samada di dalam negara atau di luar negara sekalipun, walaupun terpaksa ditangani dengan penyerangan.

Keganasan Senjata Api Terburuk Di AS, Bukan ISIS

AFP - GAMBAR rakaman saluran berita CBS News menunjukkan kenderaan utiliti sukan penyerang dikepung tiga kereta perisai polis di San Bernardino, ...


SAN BERNARDINO, California – Seorang lelaki dan wanita menembak mati 14 orang dan mence­derakan 17 lagi dalam satu majlis sosial di California Selatan kelmarin sebelum kedua-duanya maut ditembak polis beberapa jam kemudian, kata pihak berkuasa.

Dua suspek itu melarikan diri dari lokasi kejadian di dewan Inland Regional Center, San Bernardino, kira-kira 100 kilometer ke timur Los Angeles dan meninggal dunia beberapa jam kemudian semasa kejadian berbalas tembakan apabila polis mengepung kenderaan utiliti sukan (SUV) mereka. Seorang anggota polis turut cedera dalam insiden itu.

Kejadian amuk itu berlaku di sebuah parti anjuran Jabatan Kesihatan Alam Sekitar Daerah San Bernardino yang berkhidmat untuk golongan sakit mental.
 KEGANASAN TERBAHARU: Pegawai polis berkawal di luar sebuah salun rambut di Seal Beach, California kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan ...

REUTERS - PASUKAN penyelamat membawa seorang mangsa yang cedera keluar dari dewan Inland Regional Center di San Bernardino kelmarin.

Ia merupakan keganasan senjata api terburuk di Amerika Syarikat (AS) sejak pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut pada Disember 2012 yang meragut 27 nyawa termasuk nyawa pe­nyerangnya.

Namun, pembunuhan beramai-ramai kali ini berbeza ke­rana melibatkan lebih daripada seorang penyerang. Tragedi itu berlaku semasa kawalan ke­selamatan di seluruh AS diperketatkan susulan serangan berdarah di Paris kira-kira tiga minggu lalu.

Ketua polis tempatan, Jarrod Burguan berkata, pihak berkuasa telah menahan individu ketiga yang dilihat melarikan diri dari kenderaan suspek tetapi tidak pasti sama ada dia terlibat dalam kes itu.

“Dua suspek yang dibunuh bersenjatakan beberapa raifal tempur dan beberapa pucuk pistol serta memakai ala tentera.
“Kami juga tidak pasti tentang motif serangan,” katanya.

Pastinya bukan ISIS. (IH)

Masuk PAS Semula, Menyesal Bersekongkol Dengan Lim..

Sekumpulan ahli PAS melahirkan kekesalan telah bersekongkol dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan penarikan diri daripada menyertai DAP dan memasuki PAS semula.
“Untuk makluman semua pada 25 Nov. 2015 (Khamis) jam 9.00 malam, bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, kami telah menghadiri satu majlis anjuran DAP Kepala Batas yang turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng.
“Dalam majlis tersebut, kami telah menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli DAP.
“Kami ingin menarik balik permohonan menjadi ahli DAP setelah sedar itu merupakan satu kesilapan dan yakin bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS sahaja yang mampu membawa kami ke jalan yang benar.
“Oleh itu, kami memohon untuk menjadi ahli PAS atas keyakinan itu.
“Selain itu ditegaskan bahawa kami tidak lagi terlibat dengan penubuhan DAP Cawangan Permatang Janggus dan Kota Aur,”kenyataan Yusri Awang mewakili rakan-rakannya dipetik.
pp
pp1

Thursday, December 03, 2015

Tuduhan IS: PAS Minta Mat Sabu Kemuka Bukti. -Tuan Ibrahim Tuan Man

mat sabu
PETALING JAYA: Pas memandang serius tuduhan yang dibuat bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu yang mendakwa parti itu diresapi pemikiran militan Negara Islam (IS).
Mengulas mengenainya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya.
“Pas tegaskan tiada sebaran unsur atau penyusupan pemikiran ISIS sebagaimana yang didakwa. Beliau mesti mengemukakan bukti di atas pertuduhan tersebut ,” katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, dakwaan itu dibuat Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas dirinya tidak lagi diterima perwakilan Pas selepas dirinya tersingkir pada muktamar parti itu.
Katanya, seandainya Mat Sabu menang, tuduhan itu tidak timbul.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, ia tidak pelik kerana dia sebelum ini pernah mengaitkan kononnya kerjasama dengan UMNO menjadi alasan untuk menubuhkan parti baharu.
“Kemudian bertukar kepada tuduhan unsur takfiri dan sekarang tuduhan baru iaitu usaha mengaitkan dengan ISIS. Selepas ini mungkin akan ada pula tuduhan baru,” katanya.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta supaya tuduhan ke atas Pas dihentikan dan meminta Amanah memberi tumpuan kepada isu yang sedang melanda rakyat. (IH/FMT)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails