Wednesday, January 27, 2016

Singkir Mukhriz Seperti Juga 'Langkah Kajang' Tapi.. Dedah Datuk Johari Abdul.


TERSEBARLAH berita ini..


Tindakan PKR menukar bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui "Langkah Kajang" dilakukan secara "tertib" berbanding tindakan sama yang cuba dilakukan Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Datuk Johari Abdul (gambar atas sekali). 

Ketua Whip Parlimen PKR itu berkata, dalam keadaan hari ini, tindakan Umno Kedah untuk menukar Mukhriz adalah tidak masuk akal kerana ia melibatkan pertelingkahan di peringkat nasional, susulan pergeseran antara kepimpinan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

"Pada peringkat ini tidak masuk akal (untuk tukar Mukhriz) kerana memenuhi kehendak parti, kerana pertelingkahan antara Tun (Dr Mahathir) dan kepimpinan Umno. 
"Kalau pun nak berlaku mesti melalui tertib demokrasi. Nak memaksa dengan paksaan ini memberikan kecelaruan di peringkat bawahan. 
"Di Selangor kami laksanakan dengan tertib. Masalahnya Umno tidak melakukannya dengan cara tertib seperti kami," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. 

Johari, yang juga ahli Parlimen Sungai Petani berkata, proses penukaran Khalid dilakukan PKR selepas rundingan secara tertutup dilakukan dengannya, namun disebabkan keengganan untuk berundur, PKR memulakan langkah menyingkirkannya. 

Komen http://omakkau.blogspot.my/:

Akhirnya setelah sekian lama menafikan tujuan diadakan Langkah Kajang dan PRK Kajang adalah semata-mata untuk menukar MB Selangor ketika itu akhirnya kantoi sudah mengaku. Penipuan dan niat jahat selalunya tidak tahan lama kekal. 

Bukankah juga timbul pergeseran dan pertelingkahan secara terbuka antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim???? .. Jadi apa bezanya masalah yang melanda UMNO Kedah dengan PKR Selangor tahun 2014??? Tahun 2014 PKR menggunakan akuan bersumpah dan cara yang sama diguna pakai oleh UMNO/BN Kedah kini. 

Tahun 2014 PKR/DAP kumpulkan para ADUNnya untuk dapatkan persetujuan .. langsung tidak ada beza dengan UMNO Kedah kini. UMNO lakukan dengan pengetahuan rakan-rakanya dalam BN sedangkan PKR buat keputusan besar tanpa dimaklumkan terlebih dahulu rancangan Langkah Kajangnya dengan PAS dan DAP ... dah buat keputusan baru maklumkan kepada DAP dan PAS ... itu tertib murni dan demokratik kah dalam semangat Pakatan Rakyat???? 

Semasa krisis MB Selangor diperingkat bawahan dan akar umbi tidak bercelaru???? Ketika kes MB Selangor Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pun tak setuju. Kes MB Selangor dengan penuh tertib sopan santun beradab PKR pecat Tan Sri Khalid Ibrahim .. MB Kedah Mukhriz Mahathir kena pecat ke???? .. tertib sangat dan berbudi bahasa tinggi ke PKR dalam hal ini??? 

Dalam kes MB Kedah tidak dilakukan roadshow jelajah satu Kedah dengan pelbagai tuduhan skandal dan alasan setebal 92 helai muka surat sehingga diheret ke Mahkamah Tinggi sampai mengaku bersalah secara terbuka ianya adalah fitnah jahat lagi jijik belaka.  Bersopan santun tertib dan demokratikkah PKR dalam isu ini????? 

Sebab itu bila bercakap jangan sampai rakyat naik muntah bila mendengarnya.. kalau merasakan diri itu cerdik bijak bistari rakyat pun tidak bodoh dan bebal.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesimpulannya, maka betullah tindakan PAS selama ini. Tarik balik tahalluf kepada pembelot-pembelot perjuangan Islam..

Tolak Negara Islam, Penguatkuasaan Syariah & Larangan Murtad -Forum Tajaan Badan Pemikir DAP




akyolPenulis dan wartawan Islam Turki, Mustafa Akyol berkata istilah seperti negara Islam atau polis agama, atau hukuman mati untuk pesalah murtad, adalah hasil daripada pemahaman al-Quran secara literal dan mengabaikan konteks tertentu.

Forum tajaan badan pemikir DAP, Penang Institute menolak konsep Negara Islam, penguatkuasaan undang-undang syariah dan larangan Muslim untuk menukar agama (murtad).
Perkara itu ditegaskan oleh pengucap utama forum berkenaan, Mustafa Akyol, semasa menyampaikan ucap utama forum bertajuk “Bolehkah Islam menjadi Liberal?”, di Hotel Concorde, 23 Januari.
Mustafa Akyol yang merupakan seorang penulis dan wartawan Turki berfahaman klasik Liberal berkata sepanjang pembacaannya, beliau tidak pernah menemui istilah seperti negara Islam atau polis agama (penguatkuasaan undang-undang syariah) dalam al-Quran.
“Terdapat perkataan khalifah dalam al-Quran tetapi ia bukan sebuah institusi politik.
“Ia merujuk kepada kita semua sebagai khalifah, kerana kita merupakan wakil yang membawa suruhan Allah.
“Saya juga tidak pernah mendengar tentang polis agama dalam al-Quran,” katanya pada forum anjuran bersama Penang Institute, G25 Malaysia dan IRF (Islamic Renaissance Front), lapor The Malaysian Insider.
Akyol berkata satu lagi masalah bagi umat Islam hari ini adalah berfahaman “literalis” terhadap undang-undang syariahseperti hukuman pesalah murtad, di mana seseorang boleh dihukum bunuh kerana melakukan kesalahan itu.
Beliau berkata, bagaimanapun, pandangan lebih mendalam ke dalam isu ini akan menunjukkan semua ulama yang hidup pada ke-8 dan ke-9 – tempoh peperangan antara orang Islam dan kuasa lain – dipercayai murtad bermaksud “sekumpulan umat Islam meninggalkan angkatan tentera Islam dan menyertai musuh”.
“Ini adalah pengkhianatan besar, seperti yang kita gelarkan hari ini, tiada regim akan bertolak ansur jika tenteranya menyertai musuh.
“Jadi, apabila kita cuba untuk memahami niat larangan murtad, untuk memahami situasi pasa masa kini, menukar agama adalah suatu perkara melibatkan hati nurani, ia tidak bermakna pengkhianatan yang tinggi kepada tentera.
“Kita harus lebih berhemah dalam menangani isu itu, sudah tentu kita tidak mahu melihat umat Islam meninggalkan agama, kita boleh bercakap dengan mereka, kita boleh cuba untuk memujuk mereka.
“Tetapi kita tidak harus membunuh mereka, ini kerana penganut Kristian tidak membunuh penganutnya yang memeluk Islam,” katanya.
forum
Ucap utama Akyol akan dibahas oleh tiga ahli panel; Dr Maszlee Malik, Wan Saiful Wan Jan dan Dato’ Dr Mujahid Yusoff Rawa.
Dr Maszlee adalah Ahli Majlis Syura IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia), nama baharu kepada JIM (Jemaah Islam Malaysia) yang susur galurnya daripada pertubuhan pelajar Malaysia (underground) di United Kingdom yang dinamakan IRC (Islamic Representative Council).
Sealiran dengan Dr Maszlee adalah Dr Mujahid Yusof yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) pusat dan Pengerusi PAN Pulau Pinang.
Wan Saiful Wan Jan pula adalah bekas Mursyid Hizbi (Hizbul Islami), satu pertubuhan pelajar underground yang dikaitkan dengan PAS di United Kingdom.
Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), Editor AkademiMerdeka.org, projek anjuran Atlas Global Initiative, Naib Presiden Rangkaian Istanbul untuk Liberty dan satu-satu ahli dari Malaysia dalam ‘Mont Pelerin Society’, sebuah pertubuhan Liberal peringkat dunia.
Wan Saiful dan Dr Aziz Bari bersama-sama menggerakkan IDEAS untuk menjayakan agenda liberalisme di Malaysia. (AIDCNews- 27/1/16 )

Santoso, Ketua Mujahidin Indonesia Timur Diburu 2,000 Komando.



Bot Karam, 13 PATI Indonesia Mati Lemas Di Kota Tinggi

Mayat 13 mangsa bot karam dipercayai warga Indonesia dipantau oleh pihak polis hari ini. 13 mayat itu terdiri dari sembilan wanita dan empat lelaki yang ditemui terdampar di pantai Tanjung Kelisa, Mukim Timur, Bandar Penawar Kota Tinggi. - Foto BERNAMA

Anak Kanggaru Ini, Peri Kemanusiaan Kpd Binatang, Dituntut...

CANBERRA – Beberapa foto menunjukkan seekor anak kanggaru dengan tangan, kaki dan ekor dibalut setelah diselamatkan dari kebakaran belukar di Australia, meraih simpati ramai setelah dimuat naik ke laman Facebook.

Ia antara ratusan haiwan dirawat oleh pasukan khidmat jagaan kecemasan setelah siri kebakaran hutan belukar dahsyat marak di barat Australia bulan ini, sehingga menjejaskan sebahagian besar tempat tinggal mereka.

Gambar-gambar menyayat hati itu dimuat naik ke akaun Facebook milik Klinik Haiwan Waroona di Yarloop yang menawarkan perkhidmatan jagaan 24 jam bagi haiwan cedera dalam kebakaran tersebut pada awal bulan ini.


Jurucakap klinik itu memberitahu akhbar Daily Mail, anak kanggaru berkenaan terselamat daripada maut meskipun mengalami kelecuran teruk sebahagian besar tubuhnya dan hanya berjaya diselamatkan minggu ini.

Selain anak-anak kanggaru yang mengalami kelecuran pada kaki dan tangan, beberapa ekor haiwan liar lain turut dirawat oleh petugas perkhidmatan kecemasan tempatan susulan kebakaran dahsyat itu.

Antaranya posum dengan sebahagian ekornya terbakar, seekor kucing yang mengalami dehidrasi dan demam, serta burung-burung hutan juga ditemui kurus kering akibat masalah kekurangan air dalam badan.
Seorang pengguna Facebook menulis: “Terima kasih kepada semua doktor haiwan yang bertungkus lumus bantu rakan-rakan haiwan kami, apalah yang akan terjadi kepada haiwan-haiwan kalau tidak dibantu mereka.”

Antara doktor haiwan yang sanggup datang sejauh 3,060 kilometer dari ibu kota Australia, Canberra ke Yarloop untuk mencari haiwan-haiwan yang cedera dalam kebakaran belukar terburuk itu ialah Dr. Rebecca Flegg.

Dia memberitahu Daily Mail, pihaknya berharap mampu merawat haiwan-haiwan tersebut agar mereka dapat kembali semula ke habitat asal tempat kediaman mereka di hutan luas.- Agensi (Gambar-gambar: Facebook/Klinik Haiwan Waroona)

Hak Binatang Dituntut Oleh Islam.

Salah seorang filsuf Barat, Nietzsche, mengatakan,

  • ”Orang-orang lemah dan tidak mampu, wajib mengetahui hak-hak mereka. Sebab, hak merupakan dasar pertama dari dasar kecintaan kita kepada kemanusiaan. Wajib pula bagi kita untuk membantu mereka dalam hal ini (dinukil dari Al Ghazali, Rakaiz Iman Baina Al Aqli wa Al Qalbi, hal. 318).”

Namun ahli filsafat Islam tak membatasi nilai akhlak yang menjadi ketetapan masyarakat berupa hak yang meliputi setiap sisi manusia. Semua itu tanpa perbedaan warna atau jenis dan bahasa. Ia juga meliputi pedoman yang digunakan masyarakat, memelihara Islam dengan kekuatan syariat. Lalu menjamin aplikasinya, menjalankan hukuman kepada orang yang melanggar nilai akhlak tersebut. Diantara hal itu adalah penjelasan tentang Hak-Hak Asasi Binatang.
Islam juga memandang haiwan sebagai penopang kepentingan dan manfaat untuk kehidupan manusia. Haiwan dapat membantu manusia memakmurkan bumi dan keberlangsungan hidup. Kerana itu, tidak mengherankan jika dalam beberapa surat Al Quran, Allah meletakkan nama-nama binatang seperti surat Al Baqarah, Al An’am, An Nahl, dan sebagainya.
Dalam nash Al Quran, dijelaskan mengenai kemuliaan haiwan, penjelasan kedudukannya, serta batasan keadaannya di sisi manusia. 

  • “Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh pandangan yang indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya ke tempat penggembalaan. Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,” (An Nahl: 5-7).
Alkisah, seorang pelacur –sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari– dapat masuk syurga hanya kerana ia menolong seekor anjing yang hampir mati kehausan. Ia gunakan kasutnya, diikatkan dengan tudungnya, diambil air dari sumur, lalu diminumkannya kepada anjing tersebut. Dengan begitu dosanya diampuni dan akhirnya masuk syurga.
Sebaliknya ada orang beriman yang masuk neraka hanya gara-gara lalai dalam memberikan makanan kepada haiwan peliharaannya. Suatu ketika orang tersebut pergi meninggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama. Ia kunci seluruh pintu rumahnya sehingga kucing yang dipeliharanya tidak dapat keluar. Orang tersebut lupa menyiapkan makanan yang cukup buat haiwan peliharaannya. Akhirnya haiwan tersebut mati kerana kelaparan.
Dalam satu kesempatan Rasulullah bersabda, 

  • “Seorang wanita masuk neraka kerana mengikat seekor kucing tanpa memberinya makanan atau melepaskannya mencari makan dari serangga tanah” (HR. Bukhari). 
Antara Hak-hak Binatang: 
1. Hak Penjagaan dan Perlindungan
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Kitab Shahih-nya:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: نزل نبي من الأنبياء تحت شجرة فلدغته نملة فأخرج متاعه من تحتها ثم أمر ببيتها فأحرق بالنار فأوحى الله إليه فهلا نملة واحدة.
Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

  • ”Salah seorang Nabi berteduh di bawah pohon, lalu digigit semut, maka dia mengeluarkan barang bawaannya dari bawah pohon. Kemudian diperintahkan untuk membakar sarang semutnya. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi tersebut: ”Kenapa tidak satu semut saja (yang engkau bunuh)?”
Dalam hadits di atas ada penjagaan dan perlindungan terhadap sarang semut dari kerusakan, seandainya Nabi tersebut membunuh satu semut yang menggigitnya saja, Allah tidak akan mencelanya. Termasuk penjagaan terhadap binatang adalah bahwa Rasulullah SAW telah melarang untuk menjadikan bintang sebagai sasaran dalam melempar (lempar lembing, memanah, menembak dll). Ibnu Umar RA pernah melewati beberapa pemuda dari kalangan suku Quraisy yang menjadikan seekor burung atau ayam sebagai sasaran tembak dan mereka membayar untuk setiap kali panahan yang meleset dari sasaran kepada pemilik burung tersebut. Maka ketika mereka melihat Ibnu Umar RA, mereka bercerai-berai meninggalkannya, lalu Ibnu Umar RA berkata:
لعن الله من فعل هذا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لعن من اتخذ شيئاً فيه الروح غرضا 

  • “Rasulullah RA melaknat siapa saja yang menjadikan makluk yang bernyawa sebagai sasaran. (memanah, menembak dan lain-lain).”
Dan dalam hadits ini dan hadits-hadits yang lainnya ada penjealasan tentang hak binatang dalam penjagaannya.
2. Hak Pemeliharaan 
Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana dia mengurung seekor kucing sampai mati, karena dia tidak memberi makan dan juga tidak memberinya meminum. Dan juga dia tidak melepaskannya supaya dia memakan serangga (HR. al-Bukhari).
Nabi SAW pernah melewati seekor onta yang punggungnya menempel dengan perutnya (menunjukkan kurusnya), maka Nabi SAW bersabda:
اتقوا الله في هذه البهائم المعجمة, فاركبوها صالحة, وكلوها صالحة ) رواه أبو داوود وابن خزيمه في صحيحة, وقال: قد لحق ظهره ببطنه. 

  • “Bertaqwalah (takutlah) kepada Allah terhadap binatang yang kurus ini, kemudian naikilah secara baik dan makanlah dagingnya secara baik.”(HR. Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dalam Kitab Shahihnya, dia berkata:”Punggungnya telah jauh dari perutnya (gemuk)).
‘Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menjulurkan tempat minuman untuk kucing, maka kucing itupun meminumnya. Hadits-hadits seperti ini dan yang semisalnya menunjukkan tentang pemeliharaan Islam terhadap binatang. Berangkat dari perhatian terhadap hak binatang dalam masalah pemeliharaan, sebagian kaum Muslimin telah mewakafkan sebuah tempat yang dinamakan ”Wakaf Kucing” yang mana mereka mempersiapkan makanan untuk kucing-kucing tersebut, setiap pagi, dan sore.
3. Hak Kasih Sayang 
Islam telah menyayangi binatang, di dalam hadits dari Ibnu ‘Abbas RA bahawa ada seorang lellaki membaringkan seekor kambing untuk disembelih, dan dia mengasah/menajamkan pisau di dekatnya, maka Rasulullah SAW bersabda:
:” أتريد أن تميتها موتتين ؟ هلا أحددت شفرتك قبل أن تضيعها ” رواه الطبري واللفظ له.

  • “Apakah engkau ingin membunuhnya dua kali? Kenapa tidak engkau tajamkan pisaumu menyembelihnya (Riwayat Imam ath-Thabari)
وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر فانطلق لحاجته فرأينا حمرة (طائر) معها فرخان فأخذنا فرخيها فجاءت الحمرة فجعلت تعرش فجاء النبي صلى الله عليه وسلم فقال: من فجع هذه بولديها ردوا ولديها إليها. 

  • Dan dari Ibnu Mas’ud RA dia berkata:”Kami dahulu bersama Rasulullah SAW dalam sebuah safar (perjalanan), lalu beliau pergi untuk menunaikan hajatnya. Kemudian kami melihat Hamroh (burung) bersama dengan kedua anaknya yang masih kecil, lalu kami mengambil kedua anaknya. Maka datanglah burung itu dan dia kebingungan mencari anaknya. Lalu datanglah Rasulullah SAW, dan beliau bersabda:”Siapakah yang membuat bingung burung ini terhadap anak-anaknya? Kembalikanlah kedua anaknya kepadanya.”
4. Hak Makan dan Minum 
Setiap binatang memiliki hak dalam masalah makan dan minum. Dan kita telah mengetahui bahawa ada seorang wanita yang disiksa di Neraka kerana seekor kucing yang dikurungnya dan tidak diberi makan. Dan dari Abu Huraiorah RA berkata, Rasulullah SAW:
(بينما رجل يمشي فأشتد عليه العطش فنزل بئراً فشرب منها ثم خرج فإذا هو بكلب يلهث، يأكل الثرى من شدة العطش قال: لقد بلغ هذا الكلب مثل الذي بلغ بي، فملأ خفه ثم أمسكه بفيه ثم رقى فسقى الكلب فشكر الله له فغفر له قالوا: يا رسول الله، وإن لنا في البهائم أجراً، قال: في كل كبد رطبة أجرا.

  • “Suatu ketika ada seorang lelaki berjalan yang merasa sangat kehausan, lalu dia turun ke dalam sumur dan meminum air dari sumur itu. Kemudian dia keluar, tiba-tiba dia melihat anjing yang sedang menjulurkan lidahnya dan menjilati tanah yang basah, kerana sangat kehausan. Dia berkata:”Anjing ini telah kehausan sebagaimana kehausan yang aku rasakan” Maka dia memenuhi khuff nya (sepatu kulit), lalu mengigitnya dengan mulutnya dan dia naik keluar dari sumur, lalu memberi minum anjing tersebut. Maka Allah SWT memuji lelaki itu dan mengampuninya. Mereka (para Sahabat RA) berkata: ”Wahai Rasulullah, (apakah) kami mendapatkan pahala ketika berbuat baik terhadap binatang? Beliau menjawab: ”Pada setiap jiwa yang bernyawa ada pahalanya”.
5. Hak untuk Tidak Dizalimi
Termasuk hak binatang adalah untuk tidak menzaliminya. Imam Malik berkata:

”Sesungguhnya Umar bin Khaththab RA pernah melewati seekor keledai yang membawa batu bata mentah (tanah liat yang belum dibakar) di atas pungungnya, maka beliau RA mengangkat dua batu bata tersebut dari punggung keledai itu. 
Lalu datanglah kepadanya perempuan pemilik keledai, dan berkata: ”Wahai Umar apa urusanmu dengan keledaiku? Apakah engkau memiliki wawanang terhadapnya? 
Umar menjawab: ”Tidak ada yang menghalangiku untuk ikut campur dalam masalah ini” Dan beliau juga berkata: ”Sungguh, seandainya ada seekor keledai yang terpeleset di Iraq, pasti Umar akan ditanya tentangnya: ”Kenapa tidak engkau baguskan (ratakan) jalan untuknya wahai Umar?
Dan Umar RA pernah melihat seorang lelaki membebankan kepada ontanya dengan beban yang tidak mampu untuk dibawanya, maka beliau RA memukulnya dan berkata: ”Kenapa engkau membebani ontamu dengan beban yang dia tidak mampu membawanya?
6. Hak Penjagaan dari Sakit
Islam telah menetapkan bagi binatang hak penjagaan dari terjangkiti penyakit-penyakit yang menular. Yang termasuk petunjuk Islami dalam hal ini adalah sabda Nabi SAW:
(لا يوردن ممرض مصح)

  • “Jangan dicampurkan mumridh dengan yang sehat.”
Mumridh adalah unta sakit yang menularkan penyakitnya kepada unta yang lain. Maka petunjuk Nabi untuk tidak mencampurkan unta sakit dengan unta-unta sehat adalah supaya penyakit tersebut tidak menular ke unta sehat –dengan Izin Allah-. Dan ini adalah hak binatang untuk dijaga dari penularan penyakit.
7. Hak Mendapatkan Lingkungan Bersih 
Allah SWT telah mengharamkan berbuat kerosakan di muka bumi, Dia SWT berfirman:
(ولا تفسدوا في الأرض بعد إصلاحها) 

  • “Janganlah kalian berbuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya.”(al-A’raaf:56)
Merupakan bentuk perosakan di muka bumi adalah pencemaran air, tumbuhan, udara dan tanah. Ketika Islam melarang perbuatan tersebut, maka itu adalah untuk menjaga binatang dari pencemaran air, udara dan tumbuhan. Ini adalah hak setiap makhluk.
8. Hak untuk Tidak Diubah Fisiknya 
Islam telah mengharamkan memberi tanda binatang (dengan ditato) di wajahnya, kerana Rasulullah SAW melaknat orang yang memukul atau mentato wajah binatangnya. Para ahli fikih telah menyebutkan bahawa memotong ekor bianatang (yang masih hidup) adalah salah satu sebab yang membolehkan adanya Ta’zir (hukuman). 

Sebagaimana tidak dibolehkan memutus urat nadi, memotong atau kay (pengubatan dengan menempelkan besi panas) terhadap binatang tanpa alasan, kerana perbuatan tersebut memperburuk fizik binatang, dan barang siapa yang berbuat demikian maka wajib membayar jaminan.
Itulah perhatian Islam dalam memberikan hak kepada setiap pemiliknya masing-masing. Jangankan manusia, binatang pun Islam memerintahkan kepada pemeluknya untuk memberikan hak kepada binatang. Kalau terhadap binatang saja Islam memperhatikan hak-hak mereka, maka bagaimana kiranya dengan manusia? Tentunya Islam sangat memperhatikan hak-hak mereka. 

Adapun sikap dan tingkah laku sebagian kaum Muslimin yang tidak memberikan hak-hak kepada para pemiliknya, bukanlah alasan untuk menuduh Islam sebagai agama kekerasan dan ketidakadilan, kerana kesalahan sebahagian kaum Muslimin tidak menunjukkan kesalahan ajarannya, akan tetapi kesalahan terletak pada jauhnya kaum Muslimin dari ajaran agamnya yang benar. 

Dan ini sekaligus bukti dan bantahan kepada orang-orang yang menuduh Islam sebagai agama kekerasan dan mengajarkan terorisme. Wallahu A’lam.
Disusun ulang oleh Tim Redaksi MuslimDaily.net dari buku karya tulis Raghib As Sirjani, Prof. Dr., Sumbangan Peradaban Islam pada Dunia, Pustaka Al Kautsar, 2011. (Terjemahan dari buku Madza Qaddamal Muslimuna lil ‘Alam Ishamaatu al Muslimin fi al Hadharah al Insaniyah, Mu’asasah Iqra’. 2009.) Dikemaskini oleh IBNU Hasyim.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Bongkar Lagi Terowong Dasar Laut PP: Mengapa Dg Pemaju?

trowongMengapa dipromosi syarikat pemaju Zenith Construction dan bukannya Ewein Bhd dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang ?
Sedangkan Zenith hanya memiliki kepentingan 40 peratus berbanding dengan Ewein memiliki kepentingan 60 peratus dalam projek tersebut.
Pengerusi yang dinamakan untuk Zenith adalah Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli, manakala pemilik Ewein adalah Dato’ Ewe Swee Kheng.
Menurut analisis Ashish Saxena dari Investor Central, Ewein Bhd yang mengkhususkan perniagaan syarikat mereka dalam audio, video, komputer, dan peralatan logam telah bersetuju meluaskan operasi mereka dalam bidang pembangunan hartanah.
Persetujuan itu diluluskan pemegang saham Ewein Bhd dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk 27 Jun 2014.
12 pemegang saham Ewein Bhd bersetuju projek pembangunan hartanah itu diuruskan oleh sebuah syarikat subsidiari  yang dipanggil Ewein Zenith Sdn Bhd, di mana Ewein Bhd memiliki kepentingan sebanyak 60 %.
Manakala, baki kepentingan 40%  lagi dalam syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd dimiliki oleh Zenith Construction Sdn Bhd.
Maknanya, syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd adalah syarikat yang ditubuhkan dengan gabungan Ewein Bhd (60 %) dan Zenith Construction Sdn Bhd (40%)
Walau bagaimanapun, dalam Ewein Zenith Sdn Bhd, kedua-dua syarikat pemaju itu memindahkan pegangan mereka dalam anak syarikat masing-masing; Ewein Bhd memindahkan keseluruhan pegangan 60% kepada anak syarikat milik penuhnya Ewein Land Sdn Bhd, manakala Zenith Construction Sdn Bhd memindahkan keseluruhan pegangan 40% kepada sebuah syarikat kumpulan yang dikenali sebagai Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUGG).
Sekarang, Ewein Land Sdn Bhd memegang kepentingan sebanyak 60% dalam Ewein Zenith Sdn Bhd manakala bakinya 40% dimiliki oleh CZBUGG.
Menurut kajian Investor Central, terdapat kecacatan dalam perkongsian Ewein Land Sdn Bhd dan CZBUGG di dalam pembangunan hartanah, di mana suntikan dana hanya dikeluarkan Ewein Land sahaja.
Menurut perjanjian awal  (halaman 3), Ewein Land Sdn Bhd perlu membayar RM 79.8 Juta daripada nilai pembelian RM 133 Juta untuk tanah di Lot 702, yang Ewein Zenith Sdn Bhd akan perolehi daripada CZBUGG.
Dengan kata lain, Ewein Land Sdn Bhd akan membayar RM 79.8 Juta sebagai bahagian 60% daripada kos pengambilalihan tanah untuk Ewein Zenith Sdn Bhd, manakala CZBUGG tidak perlu menyuntik tunai kerana ia sudah menyumbang tanah yang nilainya 40% kepentingan.
Walau bagaimanapun dalam perjanjian tambahan, syarat-syarat telah diubah iaitu Ewein Zenith Sdn Bhd perlu membayar RM 133 Juta kepada CZBUGG untuk memperoleh tanah itu.
Pendek kata, CZBUGG tidak menyumbang apa-apa untuk kepentingan 40% dalam Ewein Zenith Sdn Bhd itu.
Ewein Land Sdn Bhd walaupun memiliki kepentingan 60% dalam usaha sama itu, namun secara langsung dan secara tidak langsung syarikat pemaju itu merupakan pembiaya kos keseluruhan untuk memperoleh tanah itu.
Tetapi apa-apa keuntungan daripada pembangunan tanah oleh Ewein Zenith Sdn Bhd akan dikongsi oleh para pemegang saham dalam bahagian pegangan saham-saham mereka.
Jelas sekali, syarat-syarat perjanjian sekarang memihak kepada vendor, CZBUGG.
Oleh itu mana-mana pelabur yang rasionalh akan tertanya-tanya mengapa Ewein Bhd bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.
Bagaimana jika CZBUGG  gagal untuk mendapatkan tanah di Lot 702?
CZBUGG adalah sebuah syarikat pemaju yang  ditubuhkan khas untuk menjalankan kerja-kerja projek jalan raya dan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan CZBUCG telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 6.3 Bilion untuk melaksanakan projek terowong dasar laut.
Projek-projek ini dijadualkan siap pada 2018-2025.
Sebagai permulaannya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan 44.5 hektar (110 ekar) tanah pegangan bebas di Tanjung Pinang  kira-kira bernilai RM1,300 setiap kaki persegi kepada CZBUCG.
Sebidang tanah di Lot 702, seluas 3.67 ekar yang bakal Ewein Zenith Sdn Bhd perolehi itu adalah sebahagian daripada 110 ekar tanah yang bakal diperolehi oleh CZBUCG.
Rupa-rupanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya akan memperuntukkan tanah kepada CZBUCG dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Namun, The Star melaporkan bahawa  masih belum ada kata putus sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan tanah di Lot 702 atau Lot 713 kepada CZBUCG.
Jika tiada apa-apa kepastian selepas laporan berita itu, kami  tertanya-tanya apa yang membuatkan Ewein Bhd percaya bahawa CZBUCG akan diperuntukkan tanah di Lot 702.
Bagaimana jika perkara itu berubah tidak seperti yang diharapkan? Adakah Ewein Bhd akan menamatkan usaha sama itu?  (AIDCNews)

Terpaksa Pindah Darah Kerana Minum Coke...

PENGGUNA
SEORANG wanita memerlukan pemindahan darah akibat tabiat buruk minum enam liter air Coke setiap hari. Meskipun doktor mengarahkan Kathy O’Sullivan menghentikan tabiat buruk itu, namun dia gagal mengawalnya.
Kathy berdepan maut jika dia tidak mendengar nasihat doktor. Untuk rekod, enam liter Coca Cola itu mengandungi 163 sudu gula.
Keadaan bertambah buruk apabila Kathy, ibu kepada tiga anak, dilahirkan dengan hanya satu buah pinggang. Dia kini mengharapkan kaedah pukau untuk membantunya menghentikan katagihan berkenaan.
“Saya cuba berhenti tetapi dalam masa beberapa jam, badan saya berpeluh dan menggeletar. Ketagihan ini amat mengejutkan dan memusnahkan hidup saya.
“Saya minum enam liter coke setiap hari dan sentiasa membawa sebotol coke bersama setiap hari,” katanya yang telah kehilangan tiga batang gigi akibat ketagihan minuman bergas itu.
Kathy mula minum Coke ketika berusia 13 tahun namun dia tidak menyedari kesan pengambilan yang berlebihan sehinggalah ketika mengandung anak bongsunya.
“Saya mengalami kurang darah dan jururawat memberitahu ia disebabkan saya minum Coca Cola, bukannya akibat makan dengan betul.
“Selepas kelahiran anak saya itu, saya mengalami kekejangan perut dan dimaklumkan bahawa anak saya lahir hanya dengan satu buah pinggang.
“Doktor pula terkejut dengan jumlah Coca Cola yang saya ambil kerana ia menyebabkan tekanan kepada buah pinggang saya,” katanya. – Mynewshub.cc

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails