Thursday, March 24, 2016

Skandal LGE ‘Jaja’ Nama Arwah Nik Aziz Pula.



GEORGE TOWN – Tersepit isu pembelian banglo ‘murah’ dan penjualan tanah Taman Manggis serta tidak ramai pemimpin Pakatan Harapan berani mempertahankannya, Lim Guan Eng hala ‘senapang’ kepada UMNO dan PAS.


Dalam kenyataan pada Rabu, Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh UMNO dan PAS berganding bahu mahunya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dua isu itu.

Pemimpin DAP ini lupa, sebenarnya yang cadang beliau bercuti ialah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddin selain peguam, Datuk S. Ambiga yang diketahui memang rapat dengan pembangkang.
Guan Eng namun mengaitkan UMNO dan PAS kononnya kedua-dua parti tidak membuat tuntutan yang sama kepada Perdana Menteri untuk pergi bercuti, dalam isu derma RM2.6 bilion oleh almarhum Raja Arab Saudi.
Sekali lagi Ahli Parlimen Bagan itu lupa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; dan kumpulan Ketua Cawangan UMNO anti-Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendesak Perdana Menteri berhenti atau bercuti.
Menerusi kenyataan media itu, Guan Eng juga sempat lagi ‘angkat bakul sendiri’ mengakui dirinya konon sentiasa menjalankan pentadbiran yang bersih di Pulau Pinang mengikut prinsip CAT atau cekap, akauntabiliti dan telus.
Demikian lapor sebuah media tempatan. 
Peliknya waima DAP benci PAS dan anggap parti Islam itu kini musuh, Guan Eng menjadikan kes tuduhan palsu terhadap bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu bagi mempertahankan hujahnya.
Kata Guan Eng, mantan Mursyidul Am PAS itu pernah disiasat oleh SPRM atas tuduhan palsu ‘rasuah’ ke atas perjalanan umrah tajaan oleh seseorang ke Makkah pada tahun 2009, yang kemudian dibatalkan kerana tiada kes.
“Tiada siapa minta Nik Aziz pergi cuti,” katanya. Akhir sekali, media turut dimangsakan Guan Eng apabila minta para penyokongnya bersabar berdepan ‘serangan ganas’ TV3 dengan berita berkaitan isunya itu setiap malam.
Ini juga termasuk akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan Cina yang didakwa beliau mulai bertindak bersama-sama dengan media pro-BN terhadapnya dalam skandal tersebut termasuk daripada jentera tentera siber prokerajaan.
Sekurang-kurangnya beliau patut malu kerana hubungkan allahyarham Nik Aziz dalam isunya semata-mata tagih simpati.

Jelas media itu lagi. (IH)

Eropah Diserang 3 Letupan. Ragut 35 Nyawa, 200 Cedera.














REUTERS - PETUGAS penyelamat merawat mangsa yang cedera di luar stesen metro Maelbeek di Brussels, Belgium semalam.
BRUSSELS – Tiga letupan te­rancang menggegarkan lapa­ngan terbang dan sebuah stesen kereta api metro di Brussels dalam serangan pengganas terbaru di Eropah yang me­ragut sekurang-kurangnya 35 nyawa.


Kawalan keselamatan di seluruh Eropah diperketat, manakala sistem pengangkutan di benua itu lumpuh semalam susulan serangan itu yang turut mencederakan 200 orang. Perdana Menteri Belgium, Charles Michel menyifatkan pengeboman itu sebagai “buta, kejam dan pengecut.”
“Hari ini hari yang hitam,” kata Michel dalam ucapan yang disiarkan stesen televisyen Belgium.
Dua letupan menyasarkan dewan utama Lapangan Terbang Zaventem berdekatan kaunter pendaftaran ma­suk penerbangan American Airlines sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan). Pendakwa raya Belgium, Frederic Van Leeuw berkata, serangan kali ini dipercayai dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang pengebom bunuh diri.
Letupan ketiga pula menggegarkan stesen metro Maelbeek dekat bangunan utama Kesatuan Eropah (EU) semasa pengguna dalam perjalanan ke pejabat pada waktu puncak.
Jurucakap perkhidmatan bomba Brussels, Pierre Meys berkata, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di lapangan terbang itu, manakala menurut pengendali pe­ngangkutan awam, STIB, lebih 15 mang­sa mati dalam letupan stesen tren bawah tanah Maelbeek dengan 55 yang lain cedera.
“Seorang lelaki menjeritkan beberapa perkataan dalam bahasa Arab sebelum saya terdengar bunyi letupan yang amat kuat.
“Ramai orang hilang anggota badan. Seorang lelaki putus kedua-dua kakinya, sementara kaki seorang anggota polis remuk,” kata pegawai keselamatan bagasi lapangan terbang itu, Alphonse Lyoura.
Siri letupan itu mendorong pihak berkuasa menutup sistem pengangkutan di Brussels. Ibu kota Belgium itu turut menempatkan ibu pejabat EU dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. Penerbangan dibatalkan sementara perkhidmatan tren metro dan bas turut digantung.
Serangan berdarah kali ini menyusul selepas penangkapan suspek utama serangan di Paris, Salah Abdelsalam. Dia ditangkap di Paris pada Jumaat lalu selepas empat bulan diburu pasukan keselamatan.
Dalam perkembangan sama, para pemimpin EU menyatakan perasaan terkejut mereka berikutan serangan itu dan menggesa kerjasama dalam perang menentang keganasan di Eropah.
“Seluruh Eropah telah diserang,” kata Presiden Perancis, Francois Hollande. Perancis masih trauma susulan serangan berdarah di Paris yang mengorbankan 130 orang pada 2015.
Di Lapangan Terbang Zaventem pula, beberapa saksi berkata, letupan kuat itu menyebabkan jubin-jubin pada bumbung jatuh berkecai di lantai dan meninggalkan bau serbuk bahan letupan di udara.
“Kami mendengar bunyi letupan dan merasakan gegarannya,” kata seorang penumpang Perancis, Jean-Pierre Lebeau yang baru tiba dari Geneva. Menurutnya, dia melihat percikan darah dalam lif.
Di stesen Maelbeek, lebih 12 orang yang cedera dirawat oleh petugas kecemasan di kaki lima jalan, kata seorang wartawan agensi berita AFP

Aceh Perlukan NGO Kebajikan Di Perantauan.

Dari kiri Tgk Azmi alias Rahman Kebal, Tgk Osman Kasim, Ibnu Hasyim dan Tgk Mansor Din.
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

MALAM itu saya dipertemukan oleh Tgk Mansur Din Presiden Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM) dengan bekas pemimpin perjuangan kemerdekaan Aceh semasa 'zaman perang' lawan kerajaan Indonesia dulu. Iaitu sebelum tragedi tsunami, dan perjanjian damai Helsenki Aceh/Indonesia.

Beliau kini tinggal di Australia, bercuti pulang ke negara asal Aceh Tanah Rencong, dan kini berada di Malaysia bertemu kawan-kawan lama. 

"Saya pergi ke Australia dulu di zaman perang lawan Indonesia, sebelum berlaku tsunami dan perjanjian Helsinki lagi. Saya dapat perlindungan dari kerajaan Australia yang memberi ruang saya tinggal di sana." jelas Tgk Osman Kasim, semasa bertemu di Restoran Pelita, Ampang Point, Selangor, hari itu.

Kini beliau tinggal di Sydney, bermastautin di sana. 

Tgk Mansur Din memulakan perbualan...

"Dari dulu orang kenal Aceh sebagai bangsa Islam, yakni bangsa Aceh dan Islam tidak dapat dipisahkan. Oleh itu di mana saja kita berada, kita tetap akan teruskan perjuangan Islam kita. Kerana itulah maka saya pertemukan bekas pejuang-pejuang bangsa Aceh malam ini.

"Sebelum itu, saya pernah pertemukan bekas seorang pejuang Aceh dulu Tgk Abdul Kadir, yang kini tinggal di Norway kepada Tgk Ibnu Hasyim. Beliau tinggal bersama 50 keluarganya di sana. Dia antara yang mencadangkan supaya tubuh sebuah NGO kebajikan Aceh di perantauan.. Maka kerana itu lahirlah PKBAM di Malaysia, yang sedang kita pimpin sekarang ini.
Dari kiri Tuan Junuh (Bendahari PKBAM), Tgk abdul Kadir (Norway), Ibnu Hasyim dan Tgk Mansur Din (Presiden PKBAM)

"Ya, bukan senang nak dapat peluang bertemu begini, kita nak tahu juga pengalaman cerita dari Australia?" Kata Rahman Kebal yang nama asalnya Tgk Azmi.

"Tak banyak cerita dari Australia. Yang saya nak tahu ialah apa peranan PKBAM (Persatuan Kebangsaan Bangsa Aceh Malaysia) yang Tgk gerakkan sekarang?" Dia tanya Tgk Mansur pula.

"Kami tubuh PKBAM ini ialah untuk buat kebajikan kepada sesama kita orang keturunan Aceh di Malaysia. Masih ramai janda-janda yang terbiar, pemuda yang nganggor, tiada pendapatan yang mantab.. Dan kami ingin menjadikan persatuan ini sebagai tapak perbincangan ke arah peduli Aceh.

"Baru beberapa tahun kami tubuh. Kami ingin melebarkan dan memperkenalkan komunuti masyarakat Aceh di luar negara, termasuk Malaysia. Contoh seperti masyarakat bangsa yang ada di Paraguay Amerika  Selatan, Swizerland, Norway, Arab Saudi, AS, Canada, dan lain-lain." Jelas Tgk Mansur lagi.


Bangsa Aceh Di Paraguay Amerika Selatan.

Bagaimana Bangsa Acheh di Paraguay? Andai saja Gubernur Pemerintahan Aceh masa itu, Irwandi Yusuf tidak melawat ke negeri itu, maka tidak diketahui kalau di Paraguay ada suku Aceh yang berdomisili di negara itu. 

Boleh dibilang, Isnin 19 Julai 2011 hari bersejarah. Pada hari itu, Gubernur Irwandi Yusuf bertemu dengan pimpinan suku Aceh Paraguay di Kantor Kementerian Luar Negeri Paraguay.

Rupanya, pertemuan itu diakui Dr. Augusto Fagel Pedrozo, ahli antropologi budaya yang juga Presiden Del Indi, telah lama diimpikannya saat bersama rakan lainnya melakukan penelitian mendalam tentang keberadaan suku Aceh di Paraguay.

"Selama ini kami telah berupaya untuk mempertemukan suku Aceh di Paraguay dengan Pemerintah Nanggroe Aceh Darussalam," ungkap Augusto Fagel.

Untuk mewujudkan pertemuan dibuat skenario. Langkah awal yang ditempuh menyampaikan niat itu kepada pihak Kementerian Luar Negeri Paraguay. Kemudian rencana itu disampaikan kepada Kepala Perwakilan Pemerintahan RI di Argentina. Momen Pagelaran Seni Budaya Aceh di Asuncion, semakin mendekatkan impian Dr Augusto Figer cs. 

"Kami menilai langkah untuk mempertemukan dua kelompok bersaudara sangat tepat seperti yang terjadi hari ini," kata Dr. Augusto dalam bahasa Spanyol yang didampingi Wakil Menlu Paraguay Bidang Politik Bilateral, Ceferino Valdez Peralta dan Direktur Asia dan Afrika, Gustavo Lopez Bello.

Sementara itu Gubernur NAD ketika itu, Irwandi Yusuf dalam acara pertemuan itu mengatakan, "dengan senang hati kami telah bertemu dengan pimpinan suku Aceh di Paraguay menyambut antusiasme tinggi bertemu saudaranya di negeri jauh. "

Tapi, Irwandi tadinya tidak mengetahui tentang keberadaan suku Aceh di Paraguay. "Kami baru diberi tahu oleh pihak KBRI Argentina menjelang keberangkatan ke sini, ada suku Aceh di Paraguay," kata Irwandi Yusuf.

Gubernur di sela pertemuan tak lupa mengundang para pimpinan suku Aceh di Paraguay untuk datang ke Nanggroe Aceh Darussalam meninjau negeri asal, yang telah diting galkan dalam waktu yang sudah cukup lama.

Irwandi Yusuf berharap kepada tim peneliti yang telah melakukan pengkajian tentang keberadaan suku Aceh di Paraguay untuk meneliti lebih jauh lagi tentang kesamaan-kesamaan budaya antara suku Aceh di sini dengan masyarakat Aceh di Sumatera.

"Pertemuan hari ini kami tidak merasa asing. Seolah-olah berada di kampung sendiri. Saya perhatikan sosok tubuh suku Aceh di sini banyak kesamaan dengan masyarakat Nanggroe Aceh Darussalam," sebut Gubernur Aceh ini.

Misalnya, dari segi dialeg bahasa, wanita suka memakai cincin dan aksesoris lainnya. Kalau boleh saya mengatakan pertemuan hari ini adalah pertemuan antara adik dan kakak yang sudah lama terpisah dari kampung halaman, katanya.

Gubernur NAD dalam pertemuan itu didampingi Kadis Kebudayaan Provinsi NAD, Drs. Adnan Majid, Dirjen Deplu RI Amerika dan Eropah Eddy Hariadhi serta Kepala Perwakilan RI untuk Argentina dan Paraguay, Sunten Z.Manurung.

Juru bicara suku Aceh, Paraguay Maria Luisa Duarte, mengakui suku Aceh di Paraguay berasal dari Aceh, Sumatera. Soal kapan persisnya dan kenapa menetap di Paraguay, kata Maria akan dilakukan penelitian lebih jauh lagi. "Pertemuan hari ini dengan pihak Pemerintah Nanggroe Aceh akan lebih terjalin hubungan yang lebih mendalam lagi," pintanya.

Setelah ini diharapkan ada tindaklanjut untuk lebih mempererat hubungan kedua komponen masyarakat Aceh ini. Maria menambahkan, "informasi tsunami yang melanda Nanggroe Aceh Darussalam 2004 lalu selalu menjadi ingatan kami walaupun kami belum melihat langsung bagaimana dahsyatnya musibah yang terjadi kepada saudara-saudara kami di Aceh, Sumatera."

Sekretaris Tim Promosi Seni Budaya Aceh, Aidi Kamal melalui e-mailnya kepada Waspada dari Asuncion, Paraguay melaporkan, pimpinan suku Aceh di Paraguay yang hadir dalam pertemuan itu antara lain, Maria Luisa Duarte dan Alba Portillo Maximo dari Propinsi Central, Margarita Mbywangi, Antonio Pepagi dan Roberto Achepurangi dari Provinsi Canindeyu dan Ramona Takuarangi dari Provinsi Caazapa.

Aidi Kamal yang juga Staf Biro Keistimewaan Aceh Setda NAD menambahkan, suku Aceh di Paraguay sekarang berjumlah 1.300 orang yang tersebar di tiga provinsi di Paraguay, yaitu Provinsi Central, Provinsi Canindeyu dan Provinsi Caazapa. "Mereka sebagian besar berprofesi sebagai pedagang dan petani," kata Aidi Kamal.

Di akhir pertemuan, Gubernur NAD menyerahkan cenderamata berupa rencong kepada pimpinan suku Aceh di Paraguay yang diterima Maria Luisa Duarte. Sedangkan pimpinan suku Aceh menyerahkan cenderamata pada Gubernur NAD hasil kerajinan mereka berupa ikan yang terukir dari kayu.

Bersambung, insya Allah. 
Ibnu Hasyim
 e-mil: ibnuhasyim@gmail.com
Tel: 014 2225865
23 Mac 2016 KL. 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Wednesday, March 23, 2016

Bolehkah Akuan Sumpah Ini Selamatkan Guan Eng?

Akuan Bersumpah Ms Phang Li Koon dibacakan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh

GEORGE TOWN- “Saya bukan pengarah atau pemegang saham KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd), syarikat yang berjaya dalam bidaan bagi tanah Taman Manggis melalui tender terbuka”.
Kenyataan itu terkandung dalam akuan berkanun Phang Li Koon, yang menjual banglo kontroversi di Jalan Pinhorn di sini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dalam akuan berkanun itu, yang dibaca anggota Exco negeri Phee Boon Poh di sini hari ini, Phang menjelaskan bahawa beliau juga tidak terlibat dengan pengurusan syarikat itu.
Ditanya kenapa beliau yang membacakan akuan berkanun itu, Phee berkata beliau mempunyai hubungan sebagai saudara jauh dengan Phang dan penasihat kepada Persatuan Phang.
Dalam akuan berkanun itu, Phang berkata beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.
“Saya juga tidak memperoleh sebarang manfaat daripada kerajaan negeri kerana menjual rumah itu kepadanya (Lim). Sayalah yang membuat keputusan pada harga berapa saya hendak menjualnya kepada Ketua Menteri.
“Saya menegaskan bahawa saya tidak ditekan atau dipaksa atau (telah) dipengaruhi dengan cara yang tidak sewajarnya oleh Ketua Menteri atau mana-mana pihak supaya menjual rumah berkenaan kepada Ketua Menteri pada harga RM2.8 juta,” katanya.
Pembelian banglo itu oleh Lim mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas.
Shabudin, yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), turut meminta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat penilaian terhadap harta itu.
Beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Phang berkata beliau membuat keputusan menjual banglo itu kerana ia mendapat publisiti yang tidak diingini serta tuduhan dari semasa ke semasa, termasuk beberapa kejadian seperti tunjuk perasaan dan upacara pengebumian jenazah yang diadakan di depan rumah itu serta perbuatan melempar bom molotov cocktail ke perkarangan rumah berkenaan.
“Tidak putus-putus tersiar berita tentang rumah itu, dengan alamat dan gambarnya terpampang dalam semua akhbar. Saya berasa amat tidak selesa sekiranya saudara mara saya atau saya sendiri mengambil keputusan untuk tinggal di situ suatu hari kelak,” katanya.
Phang berkata beliau tidak membuat tinjauan tentang harga pasaran apabila mengambil keputusan menjual rumah berkenaan pada 2015 kerana beliau berpendapat langkah itu tidak perlu apabila mendapati Ketua Menteri sebagai pembelinya, manakala satu persetujuan dicapai berhubung perjanjian bertarikh 23 Jun 2014 berkaitan harga jualan yang dipersetujui.
Phang membeli banglo itu dengan harga RM2.5 juta pada 2008.
Beliau mengenali keluarga Lim sejak 2008 dan berkawan rapat dengan isteri Lim, Betty Chew – BERNAMA
phee-phang

MBPP Mengganas Semula Untuk Tutup Isu Banglo Guan Eng?

chalet-coverAIDCNews – 23/3/16 – Adakah usaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) meroboh berberapa premis di tepi laut di Bayu Senja Batu Feringghi semalam sebagai usaha untuk menutup skandal banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng, soal Azman Haj.
Ia merujuk kepada beberapa premis milik Melayu di belakang Condominium By The Sea telah diroboh MBPP yang didakwa tidak mengikut peraturan.
“Chalet Wave Runner yang dimiliki oleh Hj Ismail Din dan Rosli Bakar dan empat lagi pengusaha sukan air dirobohkan.
“Perobohan adalah atas alasan chalet dan perniagaan-perniagaan di situ tidak mempunyai lesen perniagaan dan pembinaan bangunan tersebut juga adalah secara haram.
“Pengusaha terkejut kerana tidak dimaklumkan atau diberi notis sebelum mereka merobohkan premis,”lapor Azman Haj.
Tambahnya lagi kehidupan golongan bawahan di Pulau Pinang sentiasa dilanda masalah akibat polisi pilih kasih MBPP.
“Ada maklumat yang menyatakan terdapat aduan daripada pihak Condominium By The Sea kepada MBPP bahawa premis-premis tersebut telah mencemari keindahan kawasan pantai di sini.
“Sekarang ni semakin susah untuk mencari rezeki di negeri Pulau Pinang atas ketegasan pihak MBPP, sedangkan banyak lagi premis bukan milik Melayu dibiarkan beroperasi, padahal status mereka juga meragukan dan haram,”lapornya lagi.
chalet6
chalet7
chalet3
chalet1
chalet4
chalet2
chalet5

Gaya Rihanna Dan Konsertnya, DiImport Ke M'sia?

HALAMAN HIBURAN

KEBIASAANNYA dalam mana-mana konsert, ada penyanyi gemar hulur mikrofon ketika sedang mendendangkan lagu dalam menjayakan sesebuah konsert atau majlis tertutup agar peminat boleh juga menyanyi bersama.

Ini turut dilihat sebagai salah satu cara berkomunikasi yang 'paling bijak' dengan peminat yang sekian lama menyokong kerjaya seseorang penghibur itu.


Dan itu juga yang dilakukan oleh penyanyi terkenal Rihanna dalam konsertnya di Ohio, Amerika Syarikat, baru-baru ini..


Gaya persembahan seperti inilah yang ditiru oleh konsert-konsert hiburan diseluruh dunia termasuk di negara ini.. Media-media dunia terus mempromosinya.. (IH)


REKOD - Himpunan seramai 110 orang pemuzik dan penyanyi untuk flashmob konsert Ella berjaya dicatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai rekod himpunan ...

Lim Kit Siang Kena Baling Telor Di Jerantut.


AIDCNews: Penyokong DAP membaling telur busuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, lapor Tan Khai Beng.
“Lim Kit Siang kena buang telur busuk di Jerantut, Pahang..,”lapornya dalam Facebook hari ini.
Kes penyokong DAP membaling telur kepada Kit Siang itu turut disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah. Menurutnya kejadian itu berlaku sesi ceramah kedai kopi di Jerantut semalam apabila beberapa penyokong DAP membaling telur kepada Kit Siang dan dirinya sendiri.
“Kit Siang duduk di belakang saya. Mereka kemudian serbu masuk dan bersorak pada kamu berdua. Mereka jadi agresif jadi saya bangun.
“Mereka baling telur pada saya, tapi ceramah kami tetap berlangung selepas itu.
“Saya mengenali salah seorang daripada mereka sebagai ahli DAP,”katanya kepadaMalaysiakini.
Menurut Sinar Harian, kejadian membaling telur itu dilakukan oleh penyokong bekas Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng yang tidak berpuas hati ketua mereka (Koh) tidak dipilih DAP bertanding di DUN Damak.
“Kami kecewa kerana DAP pilih untuk letakkan calon lain sedangkan Cikgu Koh (Boon Heng) telah lama memberikan khidmat kepada masyarakat Dun Damak.
“Cikgu Koh mula beri khidmat pada 2009 sehingga PRU 13 namun sebaliknya mereka meletakkan calon yang tidak melakukan sebarang usaha,”kata Setiausaha Parlimen DAP Jerantut, Hussein Chou Abdullah.
Kumpulan penyokong Koh itu marah apabila DAP melepas kerusi DUN Damak ditandingi PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 menyebabkan Koh bertanding sebagai calon bebas.
“Kesan dari perpecahan itu, MCA memenangi kerusi hanya dengan 64 undi sedangkan jika mereka mencalonkan Cikgu Koh, kita pasti dapat menang kerusi DUN Damak ketika itu,” katanya.
Tambahnya lagi, susulan daripada itu, pihaknya berhasrat untuk membubarkan tiga cawangan DAP daerah ini iaitu cawangan Taman Sri Tahan, Taman Intan dan Bandar Inderapura di mana satu pemilihan baharu akan dibuat untuk ketiga-tiga cawangan terbabit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails