Wednesday, May 18, 2016

Lagi Rasuah, Pegawai Kanan Perbadanan Putrajaya Ditahan



SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan dari Perbadanan Putrajaya ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai meminta dan menerima suapan hampir RM13,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga dari syarikat kontraktor.

Sumber berkata, pegawai berkenaan berusia lingkungan 40an ditahan di sebuah restoran kira-kira jam 9.30 malam, semalam.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razli ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penangkapan  terbabit.

Beliau berkata, kes rasuah yang melibatkan perolehan perlu dicegah dan diambil perhatian sewajarnya kerana ianya boleh menyebabkan wujudnya ruang dan peluang permintaan rasuah oleh orang yang mempunyai kuasa.

“Perkara ini jika dibiarkan dikhuatiri akan memberikan tekanan kepada pihak pembekal dan kontraktor kerana mereka perlu menyediakan wang rasuah yang diminta sekiranya ingin mendapatkan sesuatu projek,” katanya.

Menurut  Norazlan , kes di siasat di bawah  Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. (SH)

Selak Skirt, Londeh Seluar, Pakaiannya Membuat Lelaki Bertindak Begitu.. Lihat Video Ini!


Andrea Noel
Andrea Noel, 27, sedang berjalan di satu kawasan di Condesa, Mexico, apabila secara tiba-tiba seorang lelaki yang mengekorinya dan belakang tanpa disedarinya, telah menyelak skirt Andrea lalu melondehkan seluar dalam yang dipakai wanita itu.
Lelaki berkenaan kemudiannya melarikan diri.
Keadaan ini memaksa Andrea yang juga seorang wartawan memuatnaik insiden memalukan itu, yang telah dirakamkan CCTV ke dalam media sosial bagi tujuan mengesan lelaki itu.
“Lelaki ini telah mengangkat skirt saya dan melondehkan seluar dalam saya di tengah-tengah Condesa.
“Jika sesiapa mengenalinya, sila dedahkan dia. Wanita sepatutnya berasa selamat ketika berjalan,’’ katanya.
Polis juga sedang mengesan lelaki terbabit.
Ironinya kejadian itu berlaku pada 8 Mei lalu iaitu pada Hari Wanita Sedunia.
Meskipun Andrea mendapat sokongan ramai, namun tidak kurang pula yang mengecamnya kerana memakai skirt pendek hingga memudahkan lelaki itu bertindak sedemikian rupa.

Oleh itu Islam menggariskan peraturan berpakaian baik, sopan dan berakhlak bagi wanita, seperti firman Nya,

  • “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian yang terbaik adalah pakaian yang sederhana dan sopan. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah2an mereka memperhatikan.”

Sila lihat juga..

Tuesday, May 17, 2016

Bilik Air Begini Akan Wujudkah Di M'sia, Walau Dah Banyak Di AS?



Begini bentuk bilik air transgender terdapat di sesetengah daerah di AS.









(IH)


Sila baca ini..
Kerja Di Australia: Tiada Kena Mengena Sindiket Penyeludupan Manusia?
  • Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...

A/Ghani Shamsuddin Jawab Hadiri Sidang Syiah Di Beirut..


LIHAT ini,
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mengjawab mengenai hadiri persidangan Syiah di Beirut dan jelaskan mengenai Syiah..

Diangkat dari UAA Supporters
21 hrs
Kupasan dan Jawapan oleh Al Fadhil UGS tentang satu persidangan di Beirut 05/05/2016 dan Tohmahan berkenaan Syiah...
https://www.facebook.com/UAA-Supporters-908759032498955/videos?ref=page_internal

Video:

21 Likes564 views

Sila baca ini..
Kerja Di Australia: Tiada Kena Mengena Sindiket Penyeludupan Manusia?

Ini, Bukti AMANAH Hadiri Persidangan Syiah Di Beirut?

pan ADAKAH ulama luar biasa Parti Amanah Negara (PAN) iaitu penasihat parti itu, Ustaz Ahmad Awang dan Timbalannya, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin telah menghadiri persidangan Syiah di Beirut soal Aznil Hisham.
Memetik laporan berita ABNA, Indonesia, persidangan ‘Iitihad Alami Li Ulama Muqawamah’ pada 5 Mei 2016 yang dihadiri oleh dua tokoh penasihat PAN itu juga turut dihadiri tokoh-tokoh Syiah yang terkemuka.
“Antara yang hadir, Duta Iran di Beirut dan Ulama Syiah Ayatullah (AyatusSyaitan) Muhsin Araki dan Timbalan Setiausaha Agung Hizbullat Naim Qasim (Timbalan kepada Hasan Nasrullah),”dedahnya.  (AIDCNews – 16/5/16 )

Jangan Letak Calon, Biar PAS Lawan BN. -Tuan Ibrahim Tuan Man.

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi. (IH)


Jangan Percayakan BN/DAP Macam Percayakan GPS Ini..

Pandu Keretanya Masuk Tasik Kerana Terlalu Percayakan GPS



Sistem global positioning system(GPS) dan aplikasi jalan seperti Waze atau Google Maps tidaklah 100 peratus tepat. Kadangkala ada saja jalan yang salah yang aplikasi ini tunjuk kepada kita.


Kerana terlalu percayakan sistem GPS keretanya, seorang wanita di Ontario, Canada memandu keretanya terus ke dalam tasik. Biasanya jalan itu digunakan untuk menunda kapal tetapi sistem GPS mungkin menganggap jalan itu sebagai jalan raya.

Menurut Canadian Press, wanita itu memandu di waktu malam yang berkabus dan disebabkan jarak penglihatan yang terbatas, beliau berharap sahaja kepada GPS kereta miliknya untuk menunjuk arah.

(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails