Thursday, May 26, 2016

Penjelasan, Gadis Tudung Jual Nasi Lemak Babi..

post-feature-image
Kisah Sebenar “Gadis Tudung Jual Nasi Lemak Babi Buncit” Yang Viral|Gambar seorang gadis bertudung yang menjual nasi uduk (lemak) babi buncit mulai viral sejak semalam,apabila gambar itu di muat naik oleh seorang pengguna laman media sosial .

Ahmad Al Muhajir mengaku ia sendiri telah menangkap gambar itu pada Hari ahad kelmarin di depan sebuah gereja.Tidak menunggu lama,gambar itu terus menjadi perdebatan natizen.

Tanpa periksa sembarang asal usul cerita,ramai natizen yang menyangka bahwa gadis tersebut dikatakan adalah seorang kafir dan mengaja mahu merosakkan nama islam,Dengan berlakon memakai tudung menjajakan dangangnya yang diberi nama Nasi uduk babi buncit.

Untuk warga malaysia sebelum gambar ini tersebar luas dan menjadi fitnah, pihak eberita akan mengemukakan fakta fakta kejadian sebenar yang berlaku kepada wanita penjual “nasi uduk babi buncit” ini.

1.Pemilik kedai nasi uduk babi buncit.

Pemilik kedai nasi uduk babi buncit adalah bernama Oey Cecilia dan Tommy.Diketahui pasangan ini adalah berketurunan tionghoa dan penganut agama krites Kharismatik.

2.Wanita bertudung itu memang benar seorang muslim.
Seorang pengguna media sosial yang perihatin melakukan penyiasatan atas tersebarnya gambar tersebut,beliau pun mengatakan bahwa dirinya sudah bertemu dengan gadis itu.

Gadis itu mengaku bahwa ia adalah seorang muslim,jadi tuduhan kafir dan lakonan untuk memburukkan nama agama islam adalah salah.katanya.

Pengakuan wanita bertudung jual nasi uduk babi buncit.

Gadis tersebut mengaku bahwa dirinya terpaksa kerja di kedai tersebut karena ia terhimpit oleh masalah ekonomi.ia butuh pekerjaan untuk menyara keluarga,kebetulan pemilik kedai itu adalah orang yang dikenalinya.

Gadis itu juga mengaku bahwa sebelumnya ia pernah bekerja sebagai pembantu rumah majikan Tionghoanya tersebut.

Hinggalah ia di jadikan sebagai penjaga dan melayani pembeli di kedai nasi lemak babi itu,ia pun menyanggupinya karena gajinya semasa menjadi pembantu rumah langsung tidak mencukupi kebutuhan untuk menyara keluarganya.

Gadis itu berpendapat dia tidak berdosa jika tidak menyentuhnya  dan memakannya.

Pemilik kedai minta maaf setelah dikecam natizen karena menjadikan muslimah pekerja di kedai nasi uduk babi.

Setelah pengakuan gadis tersebut,membuat natizen Faham,kemudian kecaman itu beralih kepada sipemilik kedai yang di anggap tidak menghormati agama islam..pemilik kedai tersebut pun turut meminta maaf.

“Kami ingin meminta maaf kepada muslimah,yang merupakan pekerja kami dan juga saudara saudara penganut agama islam lainnya”

“Gadis itu ketika kerja tidak memegang,mengambil dan memakan daging babi,dia bekerja atas kemahuan sendiri,kami tidak memaksanya”

“Pada saat pengambilan danging babi ,saya yang melakukannya,kadang isteri dan martua saya.Pembasuhan perlengkapan masakan yang kotor bekas yang mengandung babi juga kami cuci sendiri,bukan muslimah itu”katanya.

Pemilik kedai nasi lemak babi itu juga mengatakan bahwa mereka sekeluarga tidak bermaksut menghina atau merendahkan agama islam,dengan pemikiran yang tidak membedakan keyakinan agama,sungguh kami tidak terpikir akan hal seperti ini terjadi.

“Sekali lagi kami minta maaf atas apa yang terjadi,semoga apa yang saya sampaikan bisa menghentikan fitnah yang sudah tersebar luas dimedia sosial dan bisa menghentikan perasangka buruk kepada kedua dua belah pihak,tutupnya.

Gadis tudung mendapat tawaran kerja baru dengan gaji dua kali ganda

Insan yang perihatin,yang tidak mahu dikenali ramai,rupanya secara diam diam telah mengikuti perkembangan isu “gadis tudung jual nasi uduk babi”

Hal itu di kongsikan sendiri oleh gadis tersebut bahwa dia telah mendapat tawaran kerja dari pada seseorang dan menawarkan upah dua kali ganda dari gaji yang diterimanya sekarang.

“Alhamdulillah..sekarang saya di tawarkan kerja yang lebih baik dengan gaji dua kali ganda,seperti kata pepatah disetiap dugaan ada kebaikan yang kita tidak tahu dimana letak kebaikannya”

Saya benar benar terdesak dan butuh pekerjaan,hanya itu pilihan saya masa itu,saya minta maaf banyak banyak dan terimaksih atas keperihatinan semuanya.katanya singkat.lokasi jakarta barat

Allah berfirman:
Janganlah kamu mengikuti apa apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,sesungguhnya lisan, pendengaran,penglihatan dan hati akan di minta pertanggung jawabannya. (BH.Net)

P.Pg: Syarikat Phang Li Koon Pernah Terima Tender K'jaan Negeri.

li koon

AIDCNews – 25/5/16 –Syarikat Phang Li Koon iaitu Magnificient Emblem Sdn. Bhd. (Magnificient Emblem) pernah memenangi tender daripada kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan asrama pekerja di tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Juru
Timbalan Ketua Menteri 11, Dr. P. Ramasamy berkata, tender itu diperoleh syarikat Phang ketika pertama kali dibuka kerajaan DAP Pulau Pinang pada 17 September 2013.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai berkata, syarikat Phang itu dipilih daripada dua lagi syarikat lain yang turut mengambil bahagian iaitu Centurion Corporation Limited dan TEE International Limited.
“Permohonan cadangan (RFP) pembangunan asrama pekerja ini dibuat lebih sekali disebabkan Magnificient Emblem tidak dapat mematuhi syarat RFP berkenaan pegang­an hak milik.
“Justeru, pihak pengurusan telah membuat keputusan RFP pembangunan asrama pekerja tersebut dipanggil semula,” katanya dalam sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lalu.
Menurut Ramasamy, syarikat Phang itu sekali lagi mengambil bahagian dalam tender kali kedua untuk pembangunan asrama pekerja tersebut yang diiklankan pada 23 Julai 2014.
Katanya, turut serta dalam bidaan tender kedua itu adalah sebuah lagi syarikat, Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd.
“Untuk tender kali kedua, syarikat Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai penender yang berjaya,” katanya.
Phang ketika ini disiasat ekoran beberapa laporan polis berhubung akaun bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 22 Mac lalu berkenaan kontroversi pembelian banglonya oleh Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng pada harga luar biasa murah.


Kes Banglo Guan Eng: SPRM Serah Kertas Siasatan Kepada Peguam Negara

Post Pic
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan kertas siasatan kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kepada Peguam Negara, petang tadi.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, dokumen yang telah lengkap itu akan diteliti Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.

"Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

"Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil," katanya.
Menurut Azam lagi, perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.

Pegawai SPRM pda Ahad lalu berkunjung ke rumah Guan Eng untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran.

Sebanyak lapan pegawai SPRM dalam tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Lim kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh  berkata Guan Eng telah diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi ini.

Pada 6 Mei lepas, Guan Eng dan isteri Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung kes sama dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin. (Antarapos)

Mengapa 20,000 Ekor Lebah Kejar Kereta Ini?



Wales, 24 Mei - Sekawan lebah mencetus 'huru-hara' apabila mengejar sebuah kereta Mitsubishi Outlander selama dua hari disebabkan ratu mereka 'bersembunyi' di kereta tersebut.

Saksi yang melihat kejadian, Tom Moses, ternampak kawanan lebah tersebut menghurungi kereta yang diparkir itu ketika dia memandu melalui Haverfodwest, selatan Wales pada petang Ahad dan berhenti untuk memberi bantuan.


Difahamkan, seramai 5 penternak lebah, beberapa ranjer taman dan orang ramai turut membantu untuk 'menjinakkan' lebah itu masuk ke dalam sebuah kotak kadbod.

Mereka 'membantu' ratu lebah tersebut keluar dan memasukkannya ke dalam kota kadbod itu. Kemudian mereka menunggu kawanan lebah itu masuk ke dalam kotak yang diletakkan di atas atap kereta itu. Malangnya angin kuat menyebabkan kotak itu terjatuh dan ratu lebah itu kembali menyelinap ke bonet kereta.

Roger Burns, seorang penjinak lebah dari Pembrokeshire Beekepers berkata: "Kami fikir ratu itu tertarik dengan sesuatu di dalam kereta, mungkin sesuatu yang manis, dan masuk ke dalam ruang antara viper di bonet itu ataupun engselnya.

Menceritakan kejadian Burns berkata dia disengat 15-20 kali ketika cuba membantu.

"Kawanan lebah yang dianggarkan 20,000 ekor itu mengekori ratunya dan menghurungi bonet kereta tersebut. Saya bawa satu kotak kadbod besar dan berhati-hati menolak mereka masuk ke dalam kotak itu secepat mungkin kerana banyak lagi yang berlegar di udara.

"Saya disengat 15-20 kali kerana ini. Saya kemudian meninggalkan kotak itu di atas atap kereta sementara menunggu kesemua lebah meninggalkan bonet kereta (dan masuk ke dalam kotak) tapi malangnya tiupan angin menyebabkan kotak itu terjatuh dan ratu lebah itu kembali ke bonet kereta itu semula.

"Malangnya saya terpaksa pergi makan malam ketika itu dan penternak lebah yang lain pula mengambil alih. Kemudian pemilik kereta tersebut kembali dan memandu keretanya pergi tanpa menyedari ratu lebah itu masih lagi bersembunyi di bonet.

"Saya rasa pemilik kereta itu mesti takut kerana keretanya dihurungi lebah dan cuma mahu 'lari' tanpa menyedari lebah-lebah itu sebenarnya mengejar ratu mereka

"Kami ditinggalkan bersama lebah-lebah yang sudah berjaya ditangkap dan keesokan harinya, kami mendapat berita bahawa kereta yang sama masih lagi dihurungi dan dikejar oleh sekawan lebah.", kata Burns sebagaimana lapor Dailymail.

Sehingga kini, pemandu kereta itu masih belum dikenalpasti. 

Sumber : Dailymail

perihallebah

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Sedikit Tentang Lebah.

Jangan terkejut dengan berita di atas. Kerana maklumat-maklumat yang dikutip kira-kira begini... 
  • Dikatakan sifat lebah madu Afrika (killer bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter).
  • Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di sebahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya. 
  • Lebah menggunakan matahari sebagai kompas. Walaupun matahari dilitupi awan ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit. 
  • Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia. 
  • Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (20.92-24.24 km/j) 
  • Lebah mengembara sebanyak 1,600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 aun madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi. 
  • Lebah perlu pergi ke 2,000,000 kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu. 
  • Sepanjang tempoh pengeluaran madu jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja. 
  • Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40,000 hingga 45,000 ekor lebah. 
  • Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia. 
  • Suhu sarang lebah adalah sekitar (32-35 Celcius) atau 90-95`F.
  • Permaisuri lebah mengeluarkan 2,000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000-200,00 biji telur setahun. 
  • Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan. 
  • Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari. 
  • Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit.
  • Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimananya letaknya nektar dan debunga. 
  • 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor). 
  • Lebah mempunyai 4 sayap. 
  • Otak lebah berbentuk bujur dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kekuatan luar biasa dalam belajar dan mengingat sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpul madu lebah. 
  • Anggaran 1,100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut seorang manusia. 
  • Drone (lebah jantan) lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak bekerja. Satu-satu tugas drone adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah. 
Diharapkan kejadian lebah yang sangat unik ini , menjadi titik tolak untuk kita lebih menghargai madu . 
komponenlebah

Disebut Dalam Al-Quran

Uniknya lebah sehingga hal ini menjadikan lebah disebutkan dalam surah An Nahl ayat 68-69.
surahannahlayat68

  • Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

surahannahlayat69

  • Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Dikatakan juga lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari.


Wallahu 'aklam.

Wednesday, May 25, 2016

Kebijaksanaan Gadis Muslim Ini Menakluk Kumpulan Ekstrim Anti Islam?

dp

SEORANG gadis muslim mencuri perhatian dunia apabila bergaya ‘comel’ dengan mengambil selfie di hadapan kumpulan penunjuk perasaan anti-Muslim di Belgium, baru-baru ini.

Zakia Belkhiri, 22, bertindak demikian setelah mendapati kumpulan ekstrim Vlaams Belang, membantah cara hidup Islam. Metro.co.uk melaporkan, tindakan itu membuat sebahagian penunjuk perasaan yang membawa poster menolak tudung, masjid dan berteriak “Hentikan Kebangkitan Islam” turut tersenyum.
pic11

demo

pic33

pic44
Walaupun 15 peratus penduduk Belgium beragama Islam, insiden bom di Brussel baru-baru ini menyebabkan peningkatan sokongan terhadap golongan anti Islam.

Seorang pemberita yang bertugas berkata, kemunculan Zakia menjadikan protes itu yang pada mulanya hambar bertukar menarik. Menurut Zakia, dia sebenarnya mahu mengelak pihak media kerana tidak mahu dilihat sebagai gadis yang mahukan perhatian.


“(Apa saya buat) ini bukan tanda protes sama sekali, sekadar berkongsi kegembiraan dan keamanan,” ujarnya. (Sumber: Metro.co.uk)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu hebatnya gadis muslim itu, ditengah-tengah  tunjuk perasaan kumpulan ekstrim Vlaams Belang, yang membantah cara hidup Islam, beliau seorang diri berjaya mencuri perhatian dunia mengambil selfie menakluk lawannya dengan cara bijaksana.

Balai Polis Ini Diserang Wanita 1/2 Bogel..

Wanita Separuh Bogel Serbu Balai Polis Dirakamkan

BALAI polis di Ahmedabad dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang tanpa rasa malu, dengan hanya memakai bra, menyerbu masuk ke dalam balai terbabit. 

Aksinya itu telah dirakamkan dan kemudian video terbabit telah menjadi viral. Tidak diketahui apa punca kejadian berkenaan namun wanita itu kelihatan marah kepada anggota polis terbabit. 

police station1

Dia berjalan selamba di situ dalam keadaan separuh bogel tanpa mempedulikan beberapa anggota polis lelaki yang berada di dalam balai tersebut. Ketika pertengkaran berlaku, dia turut menepuk tangan dan perutnya.

Tidak lama kemudian seorang anggota polis telah memberikan seluar pendek kepadanya dan memujuknya memakai seluar terbabit. Dan selepas memakai seluar, dia terus bertengkar dengan polis di situ.

Berbogel di khalayak ramai merupakan satu kesalahan di India dan mereka yang berbuat demikian boleh didenda atau dihukum penjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali. 

Di Malaysia adakah berbogel di khalayak ramai suatu kesalahan? (IH)

Mengapa Guan Eng Ubah Fikiran Dari Projek Terowong Dasar Laut Ke Jambatan Ketiga?

lim-jambatanPermintaan mengejutkan dari YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam – bahawa permohonannya kepada Menteri Kerja Raya untuk pembinaan jambatan ketiga Pulau Pinang untuk diluluskan hanya melalui sepucuk surat tanpa dokumen sokongan – membuktikan beliau hanya ingin berpolitik dan bukannya melakukan permintaan dengan ikhlas.
Sedangkan di Pulau Pinang, permohonan untuk membesarkan rumah, atau menyewa gerai dari kerajaan negeri juga memerlukan dokumen sokongan.
Apatah lagi jika projek ini melibatkan pembinaan infrastruktur dengan anggaran bernilai jutaan ringgit – yang mana sudah pastinya akan memberi implikasi besar terhadap aliran trafik keseluruhan sistem lebuhraya kita, dan juga pelan pembangunan jangka-panjang untuk kawasan yang terlibat.
Tidak ada satu kerajaan pun di dunia ini yang akan meluluskan permohonan projek seperti itu dengan hanya bersandarkan sepucuk surat tanpa dokumen sokongan, kajian yang mendalam, dan juga perbincangan yang khusus.
Pada mulanya YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menuduh Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan permohonan untuk jambatan ketiga, dan itu menjadi alasan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang terpaksa membina sebuah terowong dengan tempoh konsesi tol selama 30 tahun.
Tetapi, apabila Menteri Kerja Raya memberi kenyataan bahawa tiada sebarang permintaan, bahkan sebarang perbincangan dilakukan mengenai perkara ini, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik, dan terus memberi jawapan yang tidak munasabah (incredulous) bahawa tiada permohonan dilakukan kerana mereka tidak cukup berani untuk menjadikannya sebagai sebagai permintaan rasmi.
Pada saya, situasi ini sangat menghairankan – kerana ia membawa maksud kerajaan negeri telah bersetuju untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM2 bilion lagi duit rakyat negeri Pulau Pinang untuk pembinaan sebuah terowong dengan 30 tahun tempoh konsesi tol, berbanding sebuah jambatan, semata-mata YAB Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berani untuk membuat permohonan rasmi.
Saya tidak melihat ini sebagai alasan yang munasabah, dan ini sudah semestinya bukan satu contoh tadbir urus yang bagus. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mendapat lebih baik.
Sama ada isu ini mengenai pembinaan jambatan ketiga, atau terowong bertol mahupun tidak bertol, ia sama sekali tidak akan mengalihkan tumpuan kita terhadap persoalan-persoalan utama yang melingkari isu pembinaan terowong kerajaan negeri Pulau Pinang ini, yang sehingga kini pihak mereka masih belum memberi penjelasan yang mencukupi.
Persoalan ini termasuklah:
1. Sama ada jumlah RM305 juta untuk tiga kajian yang dilakukan adalah wajar
2. Bagaimana satu syarikat bertujuan khas (SPV) berkenaan diberikan hak untuk melakukan tiga kajian berkenaan – mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM59.4 juta, pendapatan sebanyak RM51.8 juta, manakala modal berbayar sebanyak RM8 juta – jika model bisnes utama mereka sehingga ke hari ini hanyalah untuk melakukan kajian-kajian berkenaan
3. Sama ada wujud konflik kepentingan apabila hak melakukan kajian kemungkinan itu diberikan pada syarikat berkenaan, yang turut menerima kontrak pembinaan projek itu berjumlah RM6.34 bilion.
4. Bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang memilih untuk menanggung keseluruhan kos projek berkenaan, tetapi turut memberi kebenaran kepada sebuah syarikat swasta untuk mengutip tol selama 30 tahun pada kadar yang sama dengan tol jambatan kedua Pulau Pinang;
5. Sama ada DAP telah beralih dari pendirian manifestonya yang terdahulu dan tidak lagi menentang sebarang pengenaan tol;
6. Bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang sanggup menanggung kos projek yang akan menggunakan tanah premium negeri di tepi pantai – dijangka nilainya akan meningkat secara mendadak – mengambil kira faktor bahawa kos projek ini ditetapkan pada 2012 dan dijangka siap pada tahun 2025. Ini bermaksud nilai sebenar projek berkenaan kepada rakyat negeri Pulau Pinang boleh mencecah RM15 bilion dan mungkin RM20 bilion bila siap pada 2025 – dan ini belum lagi mengambil kira tempoh 30 tahun konsesi tol; dan
7. Mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menjual tanah ini secara berperingkat mengikut kemajuan pembinaan serta mengambil peluang dari peningkatan nilai tanah, sebaliknya membenarkan sebuah syarikat swasta untuk mengambil keuntungan di atas kenaikan nilai tanah itu?
Selepas empat tahun kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP mempertahankan projek terowong bertol berkenaan, dan selepas menghabiskan RM305 juta untuk keseluruhan tiga kajian yang mereka dakwa hampir siap, rakyat berasa terkejut dengan sikap kerajaan negeri Pulau Pinang yang tiba-tiba bersetuju untuk membatalkan projek terowong itu dan digantikan dengan jambatan ketiga.
Saya juga mengambil maklum bahawa YB Lim Hock Seng sudah pun mengesahkan projek terowong itu sudah dibatalkan, dan RM305 juta yang dibayar untuk tiga kajian itu sudah ‘hangus’ dan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak boleh menggantikan semula jumlah yang telah dibayar.
Sekiranya projek berkenaan dijalankan secara telus, dan ia merupakan satu keputusan yang tepat dan teliti, mengapa tiba-tiba mahu membatalkannya?
Adakah kerana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mampu memberi jawapan kepada soalan yang mudah ini, dan bersedia untuk diteliti, tetapi sebaliknya mengambil keputusan untuk membatalkan projek terowong serta mengalihkan perhatian masyarakat kepada perbincangan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mengenai jambatan ketiga?
Fakta bahawa laporan dari Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai projek Terowong Pulau Pinang sudah tertanggung dua kali, sehingga mengakibatkan kemarahan seorang ADUN PKR sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini mungkin dapat memberi petunjuk terhadap sebab sebenar mengapa keputusan secara tiba-tiba untuk menghentikan projek ini dilakukan.
Dato’ Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Strategik Komunikasi BN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails